Kecantikan

Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Pelihara kulit kombinasi anda dengan menggunakan serum yang mudah serap. Ini senarai serum jenis anti aging, vitamin C & lebih lagi untuk kulit kombinasi.


Editor · Updated 5 Sep 2019

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Kulit sihat dan berseri adalah impian setiap orang yang mementingkan penampilan yang menarik. Oleh itu, penjagaan kulit yang betul boleh dicapai dengan pemilihan produk yang sesuai dengan jenis kulit seseorang. Untuk kulit kombinasi khususnya, agak mencabar dari jenis kulit yang lain kerana ia adalah kombinasi antara dua jenis kulit iaitu kering dan berminyak.

Antara penyelesaian terbaik untuk memelihara kulit kombinasi dengan menggunakan serum yang mengandungi bahan-bahan tidak berkilat, bebas minyak dan mudah serap. Senarai serum terbaik yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah seperti berikut.

Kandungan
Serum untuk kulit kombinasi dari drugstore – murah dan berkualiti
Serum drugstore terbaik  – murah dan berkualiti 1 daripada 7
Wardah Lightening Facial Serum (5x5ml)
Partnership with
Dari RM17.50
Lihat harga di Watsons Malaysia

Serum muka Wardah Lightening berfungsi untuk melembapkan wajah sambil memutih.  Dirumus khas dengan vitamin B3 yang efektif mencerahkan kulit dan mengurangkan noda hitam. Ia juga diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan Hyaluronic Acid yang mampu menganjalkan dan melembapkan kulit.

Dengan mengandungi formula minyak dan pelembap yang seimbang, serum ini sangat sesuai untuk jenis kulit kombinasi.

Baca juga: 9 Serum ‘Best Seller’ Dari Drugstore, Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Serum anti-penuaan untuk kekal awet muda
Serum anti-penuaan untuk kekal awet muda 2 daripada 7
Laneige Perfect Renew Regenerator 40ml
Partnership with
Dari RM235
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Kembalikan keremajaan kulit dengan menggunakan Laneige Perfect Renew Regenerator. Dirumus khas dengan ekstrak Galangal root yang mampu menghasilkan sel kulit baru, tona kulit menjadi sekata, menghilangkan garis halus, melembap serta melicinkan kulit.

Tekstur serum ini yang ringan serta tidak mudah melekit akan cepat menyerap pada lapisan kulit paling dalam. Kulit anda tidak akan kekeringan dan minyak yang berlebihan juga tidak terhasil.

Serum khas dari Korea, terbaik untuk kulit kombinasi
Serum khas dari Korea 3 daripada 7
Pyungkang Yul Cosmetic Moisture Serum (100ml)
Partnership with Pyungkang Yul
Dari RM69
Lihat harga di Hermo Malaysia

Serum Pyungkang Yul Cosmetic Moisture memberikan keseimbangan yang sempurna diantara minyak dan bertindak sebagai pelembap serta tidak akan membuatkan kulit wajah anda berkilat sepanjang hari. Dirumus khas dengan Barberry Root yang berfungsi untuk melegakan kulit sensitif manakala hypoallergenic yang terkandung dalam serum ini, tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi alahan dan iritasi yang teruk.

Kandungan minyak Olive juga mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan untuk bahagian kulit yang kering. Tiada lagi kulit merekah selepas ini!

Memelihara kulit dengan serum Vitamin C
Memelihara kulit dengan serum Vitamin C 4 daripada 7
Cellnique Expert Series Vital Repair Serum (30ml)
Partnership with
Dari RM262.80
Lihat harga di Hermo Malaysia

Vitamin C yang terkandung dalam serum dari Cellnique ini mampu untuk memperbaiki sel, memulihkan parut di muka dan menghalang radikal bebas pada kulit wajah dengan kadar segera. Bahan aktif utama dalam serum ini diekstrak daripada Live Yeast dan Wheat Germ yang berkesan untuk melawan iritasi, kemerahan, penghidratan serta meninggalkan lapisan baru untuk kulit anda.

Dengan teksturnya yang tidak melekit, kulit wajah anda akan kembali bermaya dan berseri. Tiada lagi tanda-tanda kulit keletihan.

Baca juga: Kekal Awet Muda Dengan 10 Serum Yang Mengandungi Vitamin C

Terbaik untuk remaja yang berkulit kombinasi 5 daripada 7
Garnier Sakura White Ultimate Serum (50ml)
Partnership with Garnier
Dari RM41.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Cepat meresap ke dalam kulit
Memberi rasa berangin atau nyaman pada kulit
Mengandungi pewangi
1 lagi
Tiada kesan berminyak

Produk dari jenama Garnier yang terkenal di pasaran Malaysia ini berfungsi untuk memberikan kelembapan sambil memutihkan kulit. Tekstur ringan dan tidak berminyak, membuatkan kulit anda kekal lembap sepanjang hari terutamanya buat remaja yang seringkali melakukan aktiviti luar.

Diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura, Vitamin B3 dan CG, serum ini mampu mencerahkan dan kulit akan kekal terhidrat selama 24 jam.

Serum untuk kulit kombinasi yang berjerawat
Serum untuk kulit kombinasi yang berjerawat 6 daripada 7
Swissvita Acne Solution Serum
Partnership with
Dari RM135
Lihat harga di Hermo Malaysia

Swissvita Acne Solution Serum adalah serum yang mampu menyelesaikan kulit bermasalah seperti jerawat, blackhead dan whitehead yang ketara, mengecilkan pori-pori, melicinkan kulit, mengatasi minyak berlebihan serta mengurangkan kekusaman kulit.

Dirumus khas dengan bahan pengelupasan (exfoliating), serum ini mampu untuk membuang sel-sel kulit mati dan mengembalikan seri pada kulit wajah.

Serum berkualiti dengan harga dibawah RM100
Serum terbaik untuk kulit kombinasi dan jeragat 7 daripada 7
A'pieu Dutch Tulip Blemish Serum (45ml)
Partnership with
Dari RM100
Lihat harga di Hermo Malaysia

A'pieu Dutch Tulip Blemish Serum mengandungi 65% ekstrak Dutch Tulip yang kaya dengan nutrisi EWG green grade formula yang selamat untuk kulit alahan (allergy). Dengan kandungan asid Salicyclic untuk memberi kelembapan pada kulit dan mencerahkan selain menutup kesan parut atau cela pada kulit. Dengan harganya dibawah RM100, sesuai untuk anda yang inginkan revitalisasi kulit dengan sempurna.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation