Bila usia si comel hampir mencapai 6 bulan, peralatan pertama yang ibu bapa akan fikirkan mesti blender makanan bayi ataupun mana-mana jenama mixer terbaik.
Lagipun teruja nak kenalkan si kecil jenis makanan baru berbentuk pejal seperti nasi, sayur dan sumber protein yang lain.
Tapi biasalah, bila pertama kali jadi ibu bapa pasti tidak tahu yang mana satu jenama blender makanan bayi yang bagus.
Jadi kami mudahkan anda dengan menyenaraikan jenama pengisar makanan bayi terbaik untuk bayi anda. Jom lihat!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 13 Jenama Blender Makanan Bayi Yang Bagus
Sebab menjadi pilihan utama:
Bekas pengisar boleh dipanaskan dalam microwave jadi mudah untuk ibu-ibu, dan blender makanan bayi ini dapat berfungsi 4 dalam 1 iaitu mengisar, mengukus, penyahbeku dan pemanas.
Ciri-ciri:
Bahan binaan Samu Giken ini diperbuat daripada bahan Tritan TX berkualiti baik dan bebas BPA.
Mesin pengisar makanan bayi ini mudah dikendalikan dan menggunakan kuasa 300W.
Dengan saiz isipadu 300ml, anda dapat menghasilkan stok makanan bayi yang banyak dan boleh menjimatkan masa penyediaan makanan bayi.
Paling penting, anda juga boleh gunakan satu tangan untuk mengisar makanan jika sedang sibuk melakukan tugasan lain.
Review:
“Sesuai untuk ibu bekerja, semua fungsi ada dengan pengisar ini. Harga pun murah.”
Blender makanan bayi ini dapat berfungsi 4 dalam 1 iaitu mengisar, mengukus, penyahbeku dan pemanas.
Bahan binaan Boboduck ini diperbuat daripada bahan PP Gred makanan, yang bermaksud ia tidak bertoksik dan berbau serta bebas BPA.
Jadi sesuai untuk kebanyakan jenis makanan tidak kira buah, sayur, daging, ayam dan ikan.
Selain itu, mempunyai ciri anti-dry-protection dimana secara automatik memotong kuasa elektrik apabila tiada air dalam tangki air.
Kemudian, bilah keluli tahan karat 316 boleh menghasilkan puri lebih cepat kerana 60saat pusing per saat.
Anda juga boleh gunakan satu tangan untuk mengisar makanan jika sedang sibuk melakukan tugasan lain.
Mini blender ini mampu bantu anda menjimatkan masa si ibu yang bekerja kerana dengan 6 bilah pengisar, dalam 30 saat dapat menghancurkan makanan menjadi puri.
Manakala, bahagian bilah pengisar jenis tahan karat jadi kualiti makanan bayi anda terjaga.
Malah, bukan saja boleh mengisar selain daripada makanan bayi seperti cili, bawang, halia, buah dan lain-lain lagi.
Cara pengendalian juga mudah, hanya tekan bahagian penutup untuk mengisar makanan dan bekas mudah dicuci.
Saiz yang direka sangat sesuai untuk di bawa travel misalnya bercuti atau balik kampung.
Anda tidak perlu membawa mesin alat pengisar yang bersaiz besar tapi hanya bawa saiz kecil.
Walaupun kecil tapi pisau pengisar mampu menghiris daging tanpa tulang, sayur, buah, bawang dan pelbagai makanan bayi.
Jangan risau, selamat digunakan kerana tapak tidak licin dan bahan binaan menggunakan PP, ABS serta bilah keluli tahan karat.
Walaupun perlu dicaj selama 2 jam tapi bateri dapat bertahan selama 30 hari, itu sudah cukup untuk anda mengisar makanan bayi anda.
Saiz bekas isipadu 350ml menjadikan pengisar makanan bayi ini mudah di bawa ke mana saja.
Ciri lain lagi, bahagian bilah pengisar jenis tahan karat jadi kualiti makanan bayi anda terjaga.
Malah, bukan saja boleh mengisar selain daripada makanan bayi seperti cili, bawang, halia, buah dan lain-lain lagi.
Cara pengendalian juga mudah, hanya tekan satu butang untuk mengisar makanan dan bekas mudah di cuci.
Walaupun harganya murah tapi si ibu tak perlu risau bahan buatannya jenis kualiti 100% silikon gred makanan, memenuhi piawaian FDA & LFGB.
Kelebihan pelenyek makanan bayi ini anda boleh terus bagi si comel makanan yang baru saja dimasak jadi kualiti makanan lebih terjamin.
Pelenyek ini mampu melenyek pelbagai makanan bayi yang lembut seperti buah, sayur yang sudah di steam dan banyak lagi.
Bagaimanapun, pengisar makanan bayi jenis ini sesuai untuk bayi berusia 7 bulan ke atas yang sudah ada gigi kerana tekstur makanan akan berketul sedikit.
Pengisar 2 dalam 1 ini boleh mengisar apa saja dari buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dengan lebih cepat dengan elemen pemanas dan motor hibrid yang kuat.
Dilengkapi dengan tangki penyimpanan air untuk fungsi memasak dan mangkuk makanan yang boleh menghasilkan sehingga 500ml makanan pada satu masa.
Selain itu, ia boleh mencampurkan, mencairkan dan memanaskan semula makanan dengan mudah.
Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana dan juga sangat mudah digunakan, jadi memang bagus untuk menghasilkan hidangan sihat untuk bayi anda.
Sebelum memasak, pastikan komponen dipasang dengan betul untuk memastikan pengisar ini berfungsi dengan baik.
Pengisar makanan ini membantu ibu bapa menyediakan makanan rumah yang berkhasiat bagi anak-anak mereka sambil menjimatkan masa dan wang.
Bagi ibu bapa yang ingin membekalkan anak-anak mereka makanan yang sihat dan berkhasiat, dapatkan Philips AVENT Combined Steamer and Blender!
Dengan perkakas ini, anda boleh menyediakan makanan bayi yang sihat seperti mengukus buah-buahan, sayur-sayuran, ikan atau daging dan kemudian mengisar makanan tanpa perlu menuang atau memindahkan makanan!
Mempunyai beberapa bahagian yang mudah untuk dibersihkan dan diisi air untuk memastikan kebersihanya terjamin.
Mesin ini juga padat, cekap dan mempunyai pengisar yang pantas dan berkuasa yang boleh mengisar daging, ikan dan kacang dengan mudah.
Ibu tidak perlu risau kerana pengisar ini mengekalkan nutrien dan tekstur, serta mempunyai 12 resipi yang sesuai untuk setiap tahap pemakanan.
4-in-1 Baby Food Processor Blender Steam Blend ini mempunyai fungsi 4 dalam 1 iaitu untuk mengisar, mengukus, memanaskan semula dan defrost.
Jadi anda dapat memasak dan menyediakan makanan bayi dengan lebih cepat dan mudah.
Pengendalian mesin ini juga mudah, hanya dengan satu butang kawalan anda sudah boleh mengawal untuk memasak dan mengisar.
Sesuai untuk si ibu yang bekerja untuk membuat stok makanan si comel yang banyak.
Perlu diingatkan, mesin ini menggunakan China plug jadi anda mungkin perlu beli adapter plug asing.
Rusch Baby Food Processor membolehkan anda mengukus, mengisar, memanaskan semula, dan mencairkan makanan dengan mudah.
Pengisar makanan bayi ini juga sangat mudah digunakan dengan satu butang dail mengawal semua fungsi.
Sesuai untuk semua jenis makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, dan lain-lain.
Alat ini sangat berbaloi, membantu ibu bapa menjimatkan masa dan wang mereka.
Dengan 5 fungsi dalam 1, termasuk mengukus, mengisar, memanaskan semula, mencairkan, dan sterilize, Samu Giken Model BFP20PG wajib dimiliki oleh ibu bapa yang sibuk bekerja.
Blender makanan bayi ini diperbuat daripada bahan Tritan TX berkualiti tinggi dan bebas BPA. Mudah digunakan dengan satu sentuhan pintar pada panel digital.
Pembancuh makanan bayi serba boleh ini mempunyai mata pisau penyediaan tepat yang premium, jadi makanan bayi anda akan mudah diadun dengan hanya menekan satu butang fungsi.
Ringkas, mudah dan boleh dibawa bersama semasa melancong, semestinya menjadi pilihan ibu bapa untuk memastikan pemakanan anak terjaga.
Dapatkan Swiss Thomas BFP-5800M dan sediakan hidangan berkhasiat untuk si kecil dengan lebih mudah!
Pengisar makanan bayi ini mempunyai tangki air berkapasiti 200ml dan kapasiti cawan sebanyak 300ml.
Bukan sahaja diperbuat daripada bahan PP makanan berkualiti tinggi dan keluli tahan karat, tetapi ia juga bebas BPA serta pilihan selamat untuk bayi anda.
Tambahan pula, mempunyai fungsi 4 dalam 1 (mengukus, mengisar, memanaskan semula, defrost), ciri auto shut-off dan kunci keselamatan kanak-kanak yang berguna.
Bueno 8-in-1 Digital Baby Food Processor sebuah perkakasan dapur yang wajib bagi ibu bapa moden.
Menariknya lagi, blender ini mempunyai hingga 8 fungsi serba guna, termasuk mengukus, mengisar (puree), defrost, warm, auto, dan sterilize.
Selain itu, ia mengekalkan nutrien semula jadi dan mudah digunakan dengan kawalan skrin sentuh dan LED.
Malah, blender ini dilengkapi dengan perlindungan anti-kering, fungsi auto, penunjuk kekurangan air, dan kaki getah yang mudah melekat untuk kestabilan tambahan semasa penggunaan.
Cipta hidangan berkhasiat dan sedap untuk bayi dengan cepat menggunakan blender jenama Bueno ini.
Cara Pilih Blender Makanan Bayi
Dengan blender makanan bayi, ibu bapa boleh menyediakan makanan bayi dengan mudah, cepat dan memenuhi keperluan pemakanan bayi.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara memilih pengisar yang sesuai untuk makanan bayi anda, berikut beberapa tips berguna untuk anda.
-
Saiz
Pastikan pengisar makanan bayi yang anda pilih sesuai dengan keperluan anda dari segi kapasiti.
Pengisar dengan kapasiti 1-2 liter sudah memadai jika anda hanya merancang untuk membuat sedikit makanan bayi.
Tapi, jika anda ingin membuat kuantiti makanan bayi dengan lebih banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk, pilih saiz pengisar yang bersaiz besar.
-
Reka bentuk
Pilih pengisar yang mudah dibersihkan dan diselenggara, terutamanya komponen bilahnya mudah ditanggalkan untuk pembersihan bagi mengelakkan pengumpulan sisa makanan.
Selain itu, pilih pengisar yang mempunyai reka bentuk yang ringkas dan ergonomik untuk menjimatkan masa dan tenaga anda.
-
Fungsi tambahan
Beberapa pengisar makanan bayi juga mempunyai ciri tambahan seperti boleh mengisar buah-buahan, sayuran, mengukus atau pemanas.
Jadi anda dapat menyediakan pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat untuk bayi anda.
Tambah lagi, pastikan pengisar tersebut dilengkapi penutup keselamatan, butang kawalan, tapak tidak licin dan boleh dikendalikan dengan satu tangan.
-
Bahan
Apabila memilih pengisar makanan bayi, pastikan bahan yang digunakan dalam pembinaannya adalah selamat dan tahan lama.
Anda harus memilih baby food processor yang diperbuat daripada bahan bebas BPA atau berkualiti baik seperti bahan PP Gred makan.
-
Jenis
Terdapat dua jenis pengisar makanan bayi iaitu pengisar manual dan pengisar elektrik.
Pengisar manual biasanya lebih murah dan lebih mudah untuk dikendalikan, tapi memerlukan lebih banyak masa dan tenaga.
Sebaliknya, pengisar elektrik lebih cepat dan lebih berkesan mengisar makanan, tapi sedikit mahal.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Blender Makanan Bayi?
Salah satu kelebihan baby food processor ialah memudahkan ibu bapa untuk mengisar makanan bayi dengan mudah dan cepat.
Ini kerana mempunyai bilah yang tajam dan cekap untuk mengisar makanan menjadi tekstur yang lebih halus dan sesuai untuk bayi.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mengisar makanan segar dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ibu bapa juga boleh menjimatkan masa dengan membuat makanan bayi dalam jumlah yang banyak dan boleh disimpan terus dalam peti sejuk selama beberapa hari.
Beberapa baby food processor juga mempunyai fungsi tambahan seperti pengisar, memanaskan makanan, mengukus, dan pengadun yang membolehkan ibu bapa membuat pelbagai jenis makanan dengan bahan-bahan yang berbeza.
Tapi kekurangan baby food processor ialah baby food processor yang berkualiti baik dan mempunyai pelbagai fungsi boleh menjadi agak mahal.
Selain itu, ada pelbagai bahagian yang boleh pecah atau rosak dengan mudah serta mempunyai banyak bahagian yang perlu dibersihkan dan disimpan secara teratur.
Tambahan pula, disebabkan saiznya yang besar, sukar untuk disimpan di dapur dengan ruang yang terhad.
Cara Guna Blender Makanan Bayi
Alat pengisar untuk makanan bayi sama sahaja dengan pengisar makanan yang lain.
Tapi perlu diingatkan anda perlu asingkan blender baby food anda dengan blender untuk masakan.
Ini bagi memastikan kebersihan, rasa dan tekstur makanan/puri anda terjamin.
Iyalah, jangan pula guna pengisar cili kemudian buat puri bayi. Bahaya!
Sebelum anda guna atau beli blender makanan untuk bayi. Semak dahulu ciri-ciri ini:
-
Spesifikasi/Saiz
Pastikan anda lihat saiz jar, kekuatan motor dan kelengkapan yang diberi pada set blender.
Kalau anda ingin sediakan kuantiti yang banyak, cari jar blender isi padu sehingga 1 liter - 2 liter.
Begitu juga dengan kekuatan motor supaya bilah pengisar dapat mengisar makanan dengan baik.
Dengan harga yang baik, anda boleh dapatkan blender bersama steamer.
Tak perlu guna banyak perkakas bila nak sedia puri bayi. Senang sekali cuci!
-
Jenis Makanan
Jangan beli blender yang hanya boleh mengisar bahan lembut semata-mata seperti buah.
Terdapat banyak blender baby mampu mengisar daging, ikan, beras dan bahan-bahan yang lain.
Rancang dahulu hidangan yang mahu diberikan kepada bayi anda.
-
Kebersihan
Perkara yang paling penting ialah cara pengendalian untuk membersihkan peralatan pengisar makanan bayi.
Bayangkan, jika terlalu banyak compartment dan sukar untuk dibersihkan, pasti ada sisa kotoran tertinggal.
Sebaiknya pilih blender yang mudah dibersihkan, tidak terlalu rumit dan mudah ditanggalkan.
Apa pun jom kita lihat video di bawah cara guna food processor baby daripada salah satu jenama popular.
Artikel Berkaitan
- Jenama Blender Terbaik di Malaysia
- Katil Bayi Untuk Keselesaan Si Kecil Semasa Tidur
- Susu Kambing Terbaik Untuk Perkembangan Bayi Anda
- Pilihan Susu Untuk Bayi Pramatang, Nutrisi & Khasiat Susu Dapat Membantu Tumbesaran Si Kecil
- Puting Bayi Yang Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
- Sentuhan Kasih Sayang dengan 11 Losyen Bayi Pilihan Terbaik Ibubapa
- Penghawa Dingin Untuk Penggunaan Bayi Anda Agar Selalu Selesa
- Puting Terbaik Untuk Bayi di Malaysia 2024
- Stroller Travel Terbaik Malaysia 2024
- Baby Wipes (Tisu Basah) Terbaik Untuk Bayi