Kecantikan

16 Scrub Badan Untuk Hilangkan Daki Terbaik di Malaysia 2026

Scrub badan hilangkan daki terbaik di Malaysia: Sumber Ayu Lulur Mandi RM6.50, disemak 19 Sept 2026. 16 pilihan ikut jenis kulit dan kegunaan.


Editor · Updated 19 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Scrub Badan Untuk Hilangkan Daki Terbaik di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan untuk scrub badan hilangkan daki di Malaysia ialah Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub 230g, RM6.50 (harga disemak 19 September 2026), kerana ada 3 jenis pilihan scrub dan mengandungi AHA serta antioksidan pada harga murah. Kulit sensitif elakkan jenis ini dan pilih Naam Oat'sy Bot'sy Body Scrub (RM28) sebaliknya.

Selain dari penjagaan muka, kulit badan juga memerlukan penjagaan rapi terutama bagi yang sudah berkahwin dan bersalin.

Kandungan

Salah satu cara penjagaan badan adalah menggunakan scrub badan untuk hilangkan daki dan kotoran dengan lebih bersih.

Ada pelbagai jenis body scrub terbaik di pasaran dan ada juga produk hilangkan daki di Watsons yang anda boleh dapatkan sendiri.

Jadi, kami senaraikan jenama scrub badan atau sabun scrub badan terbaik di bawah. 

Bagaimana Kami Pilih

Kami bandingkan harga semasa di Shopee dan Lazada Malaysia, baca bahan aktif setiap scrub, dan kumpulkan produk ikut kegunaan (seluruh badan, ketiak, celah peha, selepas bersalin) supaya senang dicari ikut keperluan anda. Produk yang tiada harga semasa kami keluarkan daripada senarai.


Senarai 16 Body Scrub Terbaik

Untuk hilangkan bau badan: Grace and Glow Rouge 540 Brightening Clay Body Scrub

Grace and Glow Body Scrub
Untuk hilangkan bau badan 1 daripada 16
Grace and Glow Rouge 540 Brightening Clay Body Scrub
Dari RM42
Menanggalkan sel kulit mati
Mengurangkan penampilan kulit kusam
Stok terhad
2 lagi
Mencerahkan kulit & mengurangkan parut
Menjadikan kulit lebih anjal

Jika anda sedang mencari scrub berbau harum dan boleh cerahkan badan, beli je scrub badan Grace & Glow.

Produk viral TikTok 2 dalam 1 body scrub dan body mask yang mempunyai bauan minyak wangi berjenama Baccarat Rouge 540. 

Dengan bahan utama Kaolin Clay, scrub badan ini boleh bersihkan kulit, menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih anjal.

Turut mengandungi niacinamide untuk mencerahkan kulit, mengurangkan parut dan mengurangkan penampilan kulit kusam

Scrub badan untuk putih yang wangi dan sesuai untuk lelaki dan wanita.

Untuk lelaki: Dove Body Scrub

Dove Body Scrub
Body scrub untuk lelaki 2 daripada 16
Dove Body Scrub
Dari RM31.92
Lebih lembut pada kulit
Bau buah
Tekstur agak cair
2 lagi
Bekas besar
Sesuai untuk lelaki dan wanita

Tekstur Dove Body Scrub sangat lembut seperti aiskrim dan boleh sapu banyak pada badan sebagai scrub harian.

Dirumus dengan ¼ krim pelembap untuk melembapkan kulit dan bahan nourishing yang boleh exfoliate dan memulihkan nutrien semula jadi kulit.

Produk ini juga boleh hilangkan daki, menanggalkan kulit mati dan kulit kering yang kusam.

Baunya pun wangi, tidak merengsa, mudah digosok dan mudah dibilas.

Selepas cuci, kulit rasa lebih lembut, licin dan sedikit cerah.

Untuk kulit kering: Naturals by Watsons Olive Body Scrub

Naturals by Watsons Olive Body Scrub
Scrub badan untuk kulit kering 3 daripada 16
Naturals by Watsons Olive Body Scrub
Dari RM25.42
Organik olive oil
Bebas ujian terhadap haiwan
Mengandungi alkohol
1 lagi
Ujian Dermatologist

Naturals by Watsons mengeluarkan skrub badan terbaik yang bebas ujian keatas haiwan malah mempunyai ujian dari dematalogis yang sah.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif dan kulit kering, boleh cuba gunakan skrub ini kerana bahan yang digunakan minyak olive yang selamat untuk kulit.

Malah gabungan lain adalah dari 100% pengelupasan asli seperti walnut shell yang sangat lembut pada kulit badan. 

Tak perlu risau jika kulit keringkerana kulit akan jadi lebih lembut dan lembap dari nutrisi minyak olive yang berkesan sehingga kedalam lapisan kulit dalam.

Tidak rugi cuba tau, badan lebih bersih, cantik dan lembap sepanjang hari. 

Scrub kopi untuk badan: NATURALS BY WATSONS Coffee Sugar Body Scrub 200g

natural by watsons coffee
Scrub kopi untuk badan 4 daripada 16
NATURALS BY WATSONS Coffee Sugar Body Scrub 200g
NATURALS
Dari RM22
Harga murah
Menyegarkan kulit
Memedihkan mata
2 lagi
Mencerahkan kulit
Menyingkirkan kulit mati

Natural by Watsons merupakan produk baru yang dikeluarkan oleh mereka pada pertengahan tahun ini.

Fungsi scrub ini dapat menyingkirkan sel kulit mati dengan baik sehingga menjadikan kulit licin dan segar.

Ini kerana campuran Coffea Arabica (Coffee) Seed Powder, Parfum, Chlorphenesin, Sodium Benzoate, Coffea Arabica (Coffee) Seed Oil, Crambe Abyssinica (Abyssinian) Seed Oil, Niacinamide, Propanediol dan lain-lain lagi.

Cara penggunaan adalah dengan cara sapukan Naturals by Watsons Coffee Sugar Scrub ke seluruh badan selepas mandi.

Kemudian, bilas badan dengan air bersih dan gunakan dua kali seminggu atau sekerap yang perlu jika kulit anda terasa kasar.

Terbaik secara keseluruhan: Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub 230g

Body scrub terbaik secara keseluruhan 5 daripada 16
Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub 230g
Dari RM6.50
Mencerahkan kulit
Mempunyai 3 jenis pilihan scrub
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Mempunyai anti oksidan dan AHA

Sebab menjadi pilihan utama:

Scrub badan Sumber Ayu diformulasikan dengan bahan semula jadi yang memastikan kulit anda wangi lebih lama dan sangat baik untuk kelancaran peredaran darah.

Ciri-ciri:

Terdapat 3 jenis scrub iaitu skrub bunga dengan ekstrak mawar, skrub susu untuk mencerahkan kulit dan skrub badan bengkoang yang boleh meratakan tona kulit. 

Dengan harga sangat murah dibawah RM10 untuk setiap satu, anda tidak perlu kerap ke spa lagi selepas ini hanya untuk mandi lulur. 

Body scrub terbaik ini juga mampu mempercepat pembentukan semula sel kulit kerana diformulasikan daripada bahan AHA. 

Bukan itu sahaja, bagi yang mengalami masalah tumit kasar, boleh dapatkan produk dari Indonesia yang bagus untuk melembutkan kulit dan hilangkan daki pada siku, lutut dan tumit yang merekah. 

Review:

“Teksturnya tak begitu kasar dan berkrim, memang bagus untuk hilangkan daki. Bau pun wangi, bila cuba memang kulit jadi lembut dan nampaklah ada perbezaan. Rasa lebih bersih lepas pakai ni.”

Selepas bersalin: Tanamera Tropical Boreh Scrub 120g

Tanamera Tropical Boreh Scrub 120g
Scrub badan selepas bersalin 6 daripada 16
Tanamera Tropical Boreh Scrub 120g
Dari RM53.91
Menghilangkan keletihan otot
Kulit terasa lebih lembut
Harga mahal
3 lagi
Menyingkirkan sel kulit mati
Sesuai untuk ibu hamil
Elakkan guna pada kuku

Ucapkan selamat tinggal kepada badan penat selepas bersalin dengan penggunaan produk Tanamera.

Ini kerana mengandungi herba berkhasiat seperti bawang putih dan halia yang boleh melegakan sakit otot dan demam. 

Diperbuat daripada bahan semula jadi lain seperti kayu manis, daun pandan, daun limau, buah pala dan kayu Pulasari.

Jadi skrub badan ini akan menghangatkan kulit dan meningkatkan peredaran darah. 

Cara penggunaan hanya campurkan serbuk skrub ini dengan 10ml minyak kelapa dara dan air mawar sebelum dilumurkan pada badan. 

Review pengguna memang memberangsangkan sebab ramai kata memudahkan wanita untuk dapatkan rawatan spa di rumah sendiri.

Untuk hilangkan daki: FRESHOP Detox Scrub For Whitening, Sunburn, Parut & Bacne (700g)

FRESHOP Detox Scrub For Whitening, Sunburn, Parut & Bacne (700g)
Untuk hilangkan daki 7 daripada 16
FRESHOP Detox Scrub For Whitening, Sunburn, Parut & Bacne (700g)
Dari RM47
Jangka hayat produk 24 bulan
Hilangkan daki
Harga mahal
3 lagi
Memudarkan parut
Kurangkan masalah bau badan
Hanya untuk badan

Untuk anda yang mengalami masalah badan berjerawat, kami sarankan untuk dapatkan segera skrub badan untuk hilangkan daki dari Freshop ini. 

Bukan sahaja boleh mengurangkan jerawat badan, malah boleh juga mencerahkan semula kulit yang terkena sunburn. 

Jika anda menggunakan dengan konsisten, skrub ini mampu untuk mencerahkan semula kulit yang berkerak.

Seperti di kawasan ketiak, celahan paha dan leher tapi jangan risau kerana skrub ini tidak akan menghakis kulit.

Kulit automatik akan licin, bersih dan lembut serta merta setiap kali selepas penggunaan produk putihkan celah paha ini.

Scrub jenama Watson: GINVERA Real Spa Lavender Shower Scrub 750g

Scrub badan Watson 8 daripada 16
GINVERA Real Spa Lavender Shower Scrub 750g
Ginvera
Dari RM11.80
Meningkatkan peredaran darah & oksigen
Menghalang masalah bau badan
Guna konsisten untuk dapat hasil
3 lagi
Melembapkan kulit
Menenangkan diri
Bau wangi

Malu dan sering tidak yakin untuk berdepan dengan orang ramai akibat masalah bau badan dan kulit kasar? 

Jangan khuatir, produk scrub badan terbaik dengan campuran ramuan lavender dan chamomile Ginvera ini akan memberikan anda pengalaman seperti di spa. 

Kandungan scrub sebanyak 750g ini turut mengandungi asid Bio Mineral (BMA) yang kaya dengan mineral yang bagus untuk kulit. 

Dengan penggunaan yang konsisten, masalah kulit kering anda juga boleh diatasi. 

Tambah pula formula skrub badan jenis gel dapat menyingkirkan sel kulit mati agar sel baru dapat terbentuk dengan cepat. 

Kulit memang akan jadi lebih lembut, licin dan paling penting, lebih berseri.  

Untuk whitening: Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g

Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub
Body scrub whitening 9 daripada 16
Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g
Good Virtues Co.
Dari RM20.61
Mencerahkan kulit badan
Mempunyai black seed oil
Tidak sesuai untuk kulit nipis
2 lagi
Melembutkan kulit
Estrak Himalayan

Produk Good Virtues Co. tak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah menjadi pilihan ramai wanita Malaysia. 

Kandungannya kaya dengan mineral dan nutrien yang akan membaiki dan meremajakan kembali kulit badan anda. 

Tambahan pula, sel-sel kulit mati dan daki akan disingkirkan jika penggunaan secara konsisten.

Ekstrak garam Himalaya semula jadi pula bakal memberikan kulit yang lebih cerah dan berseri. 

Anda boleh guna scrub ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu dan jangan lupa untuk bilas badan dengan air sehingga bersih selepas menggunakannya. 

Harganya juga berpatutan kerana ada 200 gram scrub dalam setiap pembungkusan.

Untuk cerahkan celah peha: ScrubDistrict Magic Whitening Scrub

ScrubDistrict Magic Whitening Scrub
Produk untuk cerahkan celah peha 10 daripada 16
ScrubDistrict Magic Whitening Scrub
Dari RM66
Hilangkan jerawat belakang badan
Kulit lebih cerah
Harga mahal
2 lagi
Bersihkan daki
Parut hitam berkurang

Berat 350 gram, skrub ini bukan hanya boleh dipakai pada badan malah boleh digunakan pada wajah.

Ini kerana scrub ini mampu mengurangkan masalah whitehead dan blackhead. 

Tambahan pula, bagi yang ada masalah ketiak hitam, anda boleh cerahkan semula kawasan badan itu dan celah peha anda. 

Setiap 1 bekas mampu bertahan hingga 1 atau 2 bulan jika anda gunakannya dengan kuantiti yang seimbang.

Jadikan skrub ini teman baik ketika mandi kerana baunya wangi dan kulit juga bakal terasa lebih licin selepas penggunaan. 

Warna pastel pada bekas pembungkusan pula sangat comel dan sesuai untuk wanita yang pentingkan kecantikan.

Untuk punggung: Nakiz Lively Scrub (100g)

Nakiz Lively Scrub (100g)
Scrub punggung 11 daripada 16
Nakiz Lively Scrub (100g)
Dari RM44.90
Ada ekstrak kopi & madu
Mencerahkan tompok hitam
Harga mahal
3 lagi
Kulit terasa mulus & lembut
Tarikh luput 2024
Tidak boleh dipakai pada muka

Produk dari Thailand ini sangat sesuai jika anda inginkan sesuatu yang boleh mengurangkan masalah kulit punggung gelap atau berjerawat. 

Paling menarik, skrub ini diperbuat dengan ekstrak tebu yang dapat mengembalikan keremajaan kulit. 

Waktu mandi akan menjadi lebih tenang dengan skrub ini kerana boleh menanggalkan sel kulit mati tanpa rasa sakit walaupun di kawasan sensitif. 

Dengan berat 100g, produk Nakiz ini mengandungi manik-manik skrub yang lembut.

Selain sesuai digunakan pada punggung, anda juga boleh gunakannya di celah atau pangkal paha yang hitam juga boleh dicerahkan semula. 

Selain itu, kelembapan kulit badan juga bakal dikekalkan sekaligus tidak akan menyebabkan kulit kering kerana mengandungi ekstrak Propanediol.

Untuk tangan: TEMYRACLE Brightening Body Scrub 400g

TEMYRACLE Brightening Body Scrub 400g
Scrub tangan 12 daripada 16
TEMYRACLE Brightening Body Scrub 400g
Dari RM30
Tanpa paraben
Menghalus & melembapkan kulit
Harga mahal
2 lagi
Kulit jadi cerah, lebih sekata
2 pilihan bau, Dream Cream & Berry Toast

Skrub keluaran tempatan ini diformulasikan dengan garam laut mineral dan sabun organik.

Setiap bekas sebanyak 400g boleh membantu menghilangkan daki dan kotoran yang terhasil pada celah-celah badan termasuk bahagian kaki dan tangan. 

Bukan itu sahaja, sel kulit mati pun boleh disingkirkan ketika mandi dengan produk Temyracle. 

Cara penggunaannya sangat senang, mula-mula basahkan tubuh dengan air dan exfoliate badan anda dengan body scrub ini. 

Pastikan anda tidak menggunakannya di kawasan luka dan jangan lupa untuk bilas dengan air. 

Menarik lagi, jika dah guna produk ini, anda tidak perlu guna sabun kerana skrub sudah tersedia wangi serta dapat bertindak sebagai sabun badan.

Untuk mencerahkan badan: A Bonne Spa Milk Bath Salt Body Scrub Pouring Cap (350g)

A Bonne Spa Milk Bath Salt Body Scrub Pouring Cap (350 g)
Scrub mencerahkan badan 13 daripada 16
A Bonne Spa Milk Bath Salt Body Scrub Pouring Cap (350g)
Dari RM16.90
Menanggalkan daki degil
Sel kulit mati hilang
Jenis serbuk
2 lagi
Menghalang kulit dari kering & kasar
350g gram dalam 1 pek

Jangan ambil mudah tentang penjagaan kulit badan lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin.

Bagi mereka yang ingin menjaga kulit, skrub badan ini pilihan yang tepat.

Ini kerana mengandungi protein susu yang akan mengekalkan kelembapan kulit untuk jadikan kulit kelihatan berseri. 

Malah, turut mempunyai khasiat susu dan garam spa semula jadi.

Body scrub ini juga diformulasikan dengan Alpha Arbutin dan Allantoin dimana berfungsi memastikan kulit tidak mudah rengsa dan masalah selulit dapat dikurangkan.

Produk ini bukan sahaja mampu meratakan tona warna kulit tapi boleh melancarkan peredaran darah. 

Menariknya lagi, kulit yang kusam akan terlihat seperti remaja semula kerana kembali anjal. 

Untuk jerawat badan: ODEON FACE & BODY SCRUB 300 ML (ORIGINAL)

Body scrub untuk jerawat badan 14 daripada 16
ODEON FACE & BODY SCRUB 300 ML (ORIGINAL)
Odeon
Dari RM11.70
Ada kulit kacang walnut
Boleh exfoliate sel kulit mati
Tekstur agak kasar
2 lagi
Kulit kurang berminyak
Harga murah

Skrub badan yang berkrim ini dapat menyental kulit agar menjadi lebih berseri. 

Tidak seperi skrub yang lain kerana skrub ini akan berbuih apabila digunakan ketika mandi, jadi badan akan terasa lebih bersih tanpa daki. 

Menariknya lagi, produk Odeon boleh dipakai pada bahagian ketiak, wajah dan badan untuk hilangkan jerawat badan.

Kuantiti skrub ini pula ialah sebanyak 300ml dan diperbuat daripada 100% bahan semula jadi tanpa bahan bahaya. 

Memang sesuai untuk anda yang mengalami masalah belakang badan berjerawat sebab akan mengurangkan keradangan dan jerawat akan kering dengan cepat. 

Terdapat 6 jenis skrub Odeon yang boleh dipilih iaitu Apricot & Almond, Papaya & Cucumber, Strawberry & AloeVera, Turmeric & Yogurt, Honey & Olive dan Butter & Vanilla.

Untuk ketiak: YOKO Armpit & Bikini Area Spa Salt 220gm

YOKO Armpit & Bikini Area Spa Salt 220gm
Scrub ketiak 15 daripada 16
YOKO Armpit & Bikini Area Spa Salt 220gm
Dari RM9.90
Ada vitamin E
Tanggalkan daki di ketiak
Tidak boleh dipakai di wajah
2 lagi
Lembut & licinkan kulit
Mengandungi ekstrak herba semula jadi

Skrub YOKO ini sangat bagus buat sesiapa yang mahu mencerahkan bahagian ketiak dan Miss V yang gelap. 

Selain itu, produk ini juga sesuai digunakan pada bahagian punggung, paha, bahu dan lengan. 

Dengan penggunaan yang konsisten, sel kulit mati juga dapat disingkirkan, jadi badan anda akan menjadi lebih segar dan bersih.

Apa yang bagusnya lagi adalah dikatakan mampu memutihkan badan jika digunakna dengan konsisten dalam masa 7 hari. 

Lagi bagus, produk ini boleh menanggalkan daki dan mampu mengurangkan kemunculan kedutan pada kulit tubuh. 

Kesannya, anda tidak akan kelihatan tua sebelum waktunya. 

Cara penggunaanya pastikan basahkan dulu badan sebelum menyental kulit dengan skrub dari Thailand ini.

Untuk kulit sensitif: Naam Oat'sy Bot'sy Body Scrub

Naam Oat'sy Bot'sy Body Scrub
Scrub badan untuk kulit sensitif 16 daripada 16
Naam Oat'sy Bot'sy Body Scrub
Dari RM28
Kurangkan masalah jerawat badan
Antioksidan & antiseptik
Harga mahal
3 lagi
Sesuai untuk semua jenis kulit
Cruelty-free
Tidak boleh guna pada muka

Badan berdaki tapi takut nak guna skrub sebab kulit jenis sensitif? 

Usah risau kerana skrub Naam sangat lembut dan bagus untuk mereka yang mempunyai sensitive skin type.

Jika gunakan dengan konsisten, anda boleh mengurangkan masalah kulit kering dan gatal. 

Kawasan tubuh seperti siku, kaki dan lengan juga boleh disental menggunakan produk ini untuk exfoliate kulit. 

Paling penting, boleh digunakan mereka yang vegan kerana diperbuat dari bahan semula jadi seperti oat, minyak pati lada putih Sarawak, garam Himalaya dan minyak zaitun.   

Paling penting, penggunaan produk ini sangat bagus untuk merangsang peredaran darah dan kulit juga akan jadi sangat lembut dan cantik.

Anda diiingatkan untuk menggunakannya sebanyak 2-3 kali sahaja dalam seminggu. 

Cara Pilih Scrub Badan yang Sesuai

Jenis kulit anda

Kulit sensitif atau mudah gatal perlukan butiran halus (gel atau oat), bukan garam kasar. Kulit tebal atau berdaki tebal (contohnya selepas bersalin) boleh guna scrub garam atau kopi yang lebih kasar.

Tujuan penggunaan

Ada scrub untuk seluruh badan, ada yang direka khusus untuk kawasan tertentu sahaja seperti ketiak, celah peha atau punggung, kerana kawasan ini lebih sensitif dan gelap.

Bahan aktif

AHA dan vitamin C membantu mencerahkan, manakala minyak semula jadi (olive, black seed) melembapkan. Baca senarai bahan sebelum membeli jika kulit anda mudah bereaksi.

Harga dan saiz bekas

Harga berbeza dari RM6.50 sehingga lebih RM60 bergantung pada saiz dan jenama. Untuk kegunaan harian, pilih bekas besar (700g ke atas) supaya lebih jimat jangka panjang.


Fungsi Scrub Badan 

Kebiasaanya, scrub badan terdiri dari bahan-bahan semulajadi seperti campuran biji kopi, gula dan minyak esen.

Fungsi utama scrub adalah untuk menghilangkan daki dan membersihkan permukaan kulit.

Ini kerana kulit anda sering terdedah kepada pencemaran udara, habuk, dan kotoran harian.

Jadi, scrub badan boleh membersihkan liang pori daripada kotoran terkumpul dan menanggalkan lapisan sel kulit mati.

Produk ini juga membantu meningkatkan peredaran darah di kawasan yang diurut dan hasilnya, kulit kelihatan lebih anjal.

Selepas scrub badan, penggunaan produk penjagaan kulit seperti losyen badan akan diserap dengan lebih baik dan kulit anda sentiasa lembap.

Bagaimanapun, anda tidak boleh scrub badan setiap hari dan lakukan sekitar 2 ke 3 kali seminggu sahaja terutamanya untuk kulit sensitif dan kering.


Kebaikan Scrub Badan

Bagi yang nak kulit nampak sihat dengan kos rendah dan boleh dilakukan di rumah, gunakan je scrub badan.

Antara kebaikan utama scrub badan ialah membersihkan kulit dengan lebih menyeluruh.

Segala kotoran, daki badan, sel kulit mati dan sebum berlebihan yang terkumpul pada permukaan kulit boleh dihilangkan.

Ini juga faktor yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak berseri.

Terdapat juga formula dalam body scrub yang boleh mencerahkan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu, sabun scrub badan membantu membaiki sel kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Selepas scrub, badan pun kurang rasa letih dan boleh tidur dengan lebih nyenyak.


Jenis Scrub Badan 

Sebelum beli scrub badan yang dijual di pasaran, ketahui dan fahami terlebih dahulu jenis scrub yang ada agar boleh dapatkan produk yang sesuai dengan jenis kulit. 

Ini kerana jika tersalah pilih, mungkin akan sebabkan kulit jadi rengsa atau sensitif dengan bahan yang digunakan. 

Jadi, jom kita lihat perbezaan jenis skrub badan.

  • Scrub badan kopi 

Jangan ingat kopi hanya boleh diminum saja kerana bagus jika digunakan untuk membuang sel kulit mati pada badan.

Selepas penggunaan, kulit akan jadi semakin mulus selepas ini. 

  • Scrub badan garam 

Bahan semula jadi garam sering kali digunakan untuk membuat scrub badan kerana tekstur kasarnya boleh membuang sel kulit mati dengan mudah. 

Antara garam yang digunakan dalam pembuatan scrub jenis ini ialah garam Himalaya dan garam laut. 

  • Scrub badan berasaskan tumbuhan 

Jika anda memiliki kulit yang kering, produk body scrub yang diperbuat daripada tumbuhan seperti oat, kacang almond dan beri sangat bagus untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  • Scrub badan herba 

Untuk yang inginkan pengalaman scrub atau lulur badan seperti di spa, boleh dapatkan produk yang mengandungi herba-herba yang bagus untuk kulit badan. 

Memang bagus untuk semua wanita terutama yang sedang berpantang kerana akan mengandungi kulit kayu manis, bawang putih dan halia. 

  • Scrub badan gula 

Selain garam, bahan seperti gula perang turut boleh memuluskan kulit. 

Jika digunakan dengan konsisten, produk-produk ini memang boleh menghilangkan daki atau kotoran degil. 

Tapi, kalau ingin mengetahui bagaimana memilih skrub yang betul, jom tonton video berikut.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation