Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
headset gaming terbaik

7 Gaming Headset Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Gaming lebih menarik dengan voice chat dan kesan audio yang jelas!

Pemain game tegar pasti mahukan headset yang terbaik bagi memudahkan interaksi ketika bermain bersama rakan atau pemain kedua. 

Gajet yang lengkap dengan kesan audio dan mikrofon ini menjadikan permainan video lebih menarik.

Ada pelbagai ‌brand headphone terbaik di pasaran dan anda boleh dapatkan earphone Bluetooth gaming terbaik dengan harga yang berpatutan.

Jika anda nak pengalaman gaming kualiti bertaraf professional, jom lihat senarai jenama headphone terbaik.


Penyunting

Senarai 7 Gaming Headset Terbaik

Gaming headset terbaik secara keseluruhan
Razer BlackShark V2
razer blackshar
From
RM219.00
Check Razer BlackShark V2 price below:
add_circle Mikrofon boleh bengkok
add_circle Fabrik kusyen telinga selesa & besar
add_circle Kawalan mute on/off
add_circle Teknologi Advanced Passive Noise Cancellation
remove_circle Mikrofon pendek
remove_circle Telinga mudah panas

Sebab menjadi pilihan utama;

Untuk si kaki game, anda akan rasa puas bermain online game menggunakan Razer BlackShark V2 dengan adanya teknologi Advanced Passive Noise Cancellation. 

Ciri-ciri;

Bunyi kedap dari earcups headset ini akan mengurangkan segala bunyi noise dan menawarkan butiran audio yang berkualiti dari teknologi Razer™ TriForce 50mm Drivers.

Rekaan yang ringan hanya seberat 240 gram dengan kemasan kusyen lembut sangat selesa dipakai dan tidak menyebabkan telinga panas atau berpeluh. 

Model ini menggunakan sistem 3.5 mm audio jack, jadi tidak ada masalah untuk plug terus pada peranti tambahan game anda. 

Walaupun mikrofon pendek, tapi mudah dilaras mengikut kedudukan yang anda selesa dan tidak akan beri tekanan pada pipi atau rahang. 

Review;

‘Barang paduu, soft.. mmg padulahh.. Haha, orang panggil jarak dekat pun kau tak dengar..’

Gaming headset untuk PUBG mobile
Soyto 830 LED 3.5mm Game Earphone Gaming
Gaming headset paling murah
From
RM29.90
Check Soyto 830 LED 3.5mm Game Earphone Gaming price below:
add_circle Tahan lasak
add_circle Menyokong pelbagai peranti
add_circle Ear pad selesa
add_circle Volume mudah laras
remove_circle Ukuran kepala kecil

Soyto 830 menyediakan kualiti bunyi yang baik untuk pengalaman permainan lebih menyeronokkan.

Reka bentuk earphone ini direka dengan faktor keselesaan dan sesuai untuk dipakai untuk tempoh lama.

Dengan pencahayaan LED yang menarik pada headphone ini menambahkan elemen gaya dan buat anda lebih bersemangat untuk main game.

Terdapat kawalan bunyi yang mudah diakses pada kabel earphone, membolehkan anda mengubah volume atau mute bunyi dengan cepat.

Headphone ini juga menyokong pelbagai peranti yang mempunyai soket 3.5mm, termasuk komputer, konsol permainan dan telefon pintar.

Menarik lagi, kabel headset ini direka tahan lasak jadi anda dapat mengurangkan risiko kabel tercalar semasa penggunaan harian atau permainan yang aktif.

Gaming headset wireless
Logitech G733 Lightspeed Wireless RGB Gaming Headset
Logitech G733
From
RM149.00
Check Logitech G733 Lightspeed Wireless RGB Gaming Headset price below:
add_circle Ear pad selesa dipakai
add_circle Mudah digunakan
add_circle Wireless
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal

Model headset bebas wayar dari jenama Logitech G733 ini direka khas untuk pemain rasa lebih selesa dan bebas bergerak ketika bermain. 

Kualiti audio mikrofon dan speaker lebih jelas walaupun ketika bermain game secara live streaming

Signal wireless headset ini cukup mengagumkan jadi anda boleh bermain game tidak kira duduk jauh mana dari PC atau peranti game

Reka bentuk Logitech G733 ini selesa pada kepala dan telinga pemain, dengan earcups yang diperbuat dari Premium Memory bagi tidak meninggalkan kesan pedih pada cuping telinga. 

Headset ini menggunakan USB-C dan USB-A kabel caj dan mikrofon pula boleh ditanggal dengan mudah jika anda tidak mahu menggunakannya.

Gaming headset untuk handphone
Alcatroz Alpha MG370A
Alcatroz Alpha MG370A
From
RM34.90
Check Alcatroz Alpha MG370A price below:
add_circle Bass sound memuaskan
add_circle Ringan
add_circle Tidak menyakitkan telinga
add_circle Ada dual extension
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Earcup Alcatroz Alpha MG370A diperbuat daripada foam yang lembut akan memberikan keselesaan untuk penggunaan jangka masa yang panjang.

Selain tidak menyebabkan panas dan berpeluh, earmuff yang anti-bunyi memberikan privasi kepada pengguna sekaligus tidak mengganggu bunyi ketika sesi gaming.

Alcatroz Alpha MG370A juga tahan lebih lasak kerana tidak mudah rosak walaupun telah dipulas atau dibaling.

Mikrofon mudah menangkap bunyi dan suara jadi kawan anda akan dapat dengar anda dengan jelas.

Manakala, bunyi yang dikeluarkan dari headset ini juga memuaskan dan akan jadikan pengalaman video anda lebih menarik.

Headset microphone terbaik
HyperX Cloud II Headset
HyperX Cloud II Headset
From
RM339.00
Check HyperX Cloud II Headset price below:
add_circle 100% memory foam
add_circle Kusyen pad menggunakan leather asli
add_circle Pembatalan bunyi pasif
remove_circle Harga mahal

HyperX™ Cloud II menampilkan kotak kawalan audio kad bunyi USB yang direka bentuk baru akan menguatkan audio dan suara untuk pengalaman permainan Hi-Fi yang optimum.

Kemudahan kawalan audio dan mikrofon membolehkan anda melaraskan bukan sahaja volume bunyi tetapi juga volume mikrofon dengan Surround Sound 7.1.

Paling penting, ear pad yang digunakan ialah 100% busa memori pada bahagian kepala dan menggunakan kulit kusyen leather asli.

Pro-gaming headset ini mempunyai rekaan earmuff bentuk cawan tertutup untuk memastikan kedapan bunyi luar tidak tembus dan berikan anda kepuasan bunyi game yang baik.

Turut mempunyai kabel USB untuk disambung pada PC dan Mac dengan mudah.

Headset terbaik murah
Alcatroz Neox HP500 RGB Wired Gaming Headphone
Alcatroz Neox HP500 RGB Wired Gaming Headphone
From
RM49.00
Check Alcatroz Neox HP500 RGB Wired Gaming Headphone price below:
add_circle Rekaan menarik & moden
add_circle Ada teknologi bunyi Surround
add_circle Sokong pelbagai peranti
add_circle Ear pad selesa
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Alcatroz Neox HP500 menyediakan kualiti bunyi yang hebat, sesuai untuk pengalaman permainan yang lebih memuaskan.

Dengan reka bentuk yang menarik dan moden, headphone ini akan menambah gaya pada gaya permainan atau penggunaan harian anda.

Dilengkapi dengan teknologi bunyi Surround, jadi anda dapat dengar arah bunyi dalam permainan untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih imersif.

Kepala headphone ini dilengkapi dengan pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai untuk menambah suasana dan personaliti permainan anda.

Menarik lagi, headphone ini sesuai untuk digunakan dalam jangka masa panjang sebab ada ear pad yang tebal dan kusyen kepala yang selesa. 

Anda boleh menyambung headset ini pada pelbagai peranti seperti komputer, konsol permainan atau telefon pintar dan boleh laras kedudukan mikrofon dengan mudah.

Headset gaming Bluetooth terbaik
Vocoal Headphone Bluetooth Wireless Gaming Headset
Vocoal Headphone Bluetooth Wireless Gaming Headset
From
RM32.20
Check Vocoal Headphone Bluetooth Wireless Gaming Headset price below:
add_circle Wireless
add_circle Ringan
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Boleh dilipat
remove_circle Mudah disconnect

Vocoal headphone wireless ini mempunyai teknologi Noise Reduction yang bagus sesuai untuk anda yang pentingkan kedapan bunyi yang berkualiti. 

Dilengkapi dengan ear pad yang selesa dan ringan akan memberikan anda pengalaman bermain video game dengan lebih lama. 

Dengan rekaan 3D ergonomik, headphone ini mengikut bentuk kepala dan telinga anda dengan baik.  

Menarik lagi, earmuff headphone ini boleh di pusing dan dilipat sekecil tapak tangan untuk memudahkan penyimpanan.

Saiz mikrofon yang kecil dan tersembunyi  pula sesuai untuk penggunaan outdoor dan dapat menghantar audio suara dengan jelas walaupun keadaan bising.


Apakah Kelebihan Headset?

Headset menawarkan kualiti audio yang lebih baik berbanding dengan speaker dan membenarkan anda mendengar bunyi dengan lebih jelas dan mendalam.

Dengan menggunakan headset, anda boleh menikmati bunyi tanpa mengganggu orang di sekeliling anda dan juga dapat mengurangkan gangguan bunyi dari luar.

Kebanyakan headset dilengkapi dengan mikrofon yang berkualiti, membenarkan anda berkomunikasi dengan jelas dalam perbualan atau sembang dalam talian.

Headset yang direka khas untuk permainan atau filem boleh meningkatkan pengalaman tontonan dengan menghadirkan bunyi sekeliling dan kesan bunyi yang lebih baik.

Headset juga boleh digunakan pada pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar, konsol permainan dan lain-lain. 

Turut direka untuk mengurangkan bunyi bising latar belakang adalah berguna untuk orang yang bekerja atau belajar dari tempat yang bising.

Kelebihan fizikal termasuk reka bentuk yang selesa, ear pad telinga yang lembut dan ukuran kepala yang fleksibel.

Headset juga digunakan dalam aplikasi khas seperti realiti maya (VR) atau realiti tambahan (AR) untuk pengalaman audio yang lebih mendalam.

Jom tonton video dibawah jika anda masih keliru headset jenis apa yang sesuai untuk gaming.


Apa Perbezaan Gaming Headset VS Headset Biasa?

Gaming Headset:

Gaming headset menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik, termasuk bunyi bass yang lebih mendalam dan penekanan pada kesan bunyi seperti tembakan atau letupan dalam permainan.

Kebanyakan gaming headset dilengkapi dengan teknologi bunyi Surround yang meningkatkan pengalaman permainan jadi pemain dapat mengenal pasti arah bunyi dalam permainan.

Gaming headset sering datang dengan mikrofon yang berkualiti tinggi yang menghasilkan bunyi yang jelas dan sharp semasa berkomunikasi dalam permainan atau sembang dalam talian.

Reka bentuk gaming headset sering kali lebih moden dan menyerlahkan, serasi dengan tema permainan dan gaya pemain.

Gaming headset sering direka dengan bantalan telinga yang lebih tebal dan kusyen kepala yang lebih selesa untuk membolehkan pemain memakainya dalam tempoh yang lebih lama.

Banyak gaming headset membenarkan penyesuaian mikrofon untuk memastikan ia berada dalam kedudukan yang sesuai untuk menangkap suara dengan baik.

Headset Biasa:

Headset biasa menawarkan kualiti bunyi yang baik, tetapi mungkin tidak mempunyai penekanan khusus pada kesan bunyi seperti gaming headset.

Headset biasa mempunyai reka bentuk yang lebih umum dan serba boleh, sesuai untuk kegunaan harian seperti mendengar muzik atau berkomunikasi dalam panggilan telefon.

Selain itu, sesuai juga digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti mendengar muzik, menonton filem, atau berkomunikasi dalam panggilan telefon.

Sekiranya ada mikrofon, ia mungkin tidak sebaik dan berkualiti seperti yang terdapat pada gaming headset.

Secara keseluruhannya, gaming headset direka khas untuk memenuhi keperluan dan pengalaman permainan yang lebih mendalam.

Manakal headset biasa lebih sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti umum. 

Pilihan antara keduanya akan bergantung kepada kegunaan utama anda dan keutamaan bunyi serta keselesaan yang anda cari.


Bagaimanakah Cara Pilih Headset Gaming?

Ciri-ciri yang diperlukan untuk memilih headset gaming khususnya bergantung kepada saiz kepala, telinga dan bunyi audio pengguna. 

Jadi anda perlu sentiasa kenal pasti fungsi dan jenis audio yang anda suka sebelum membeli sebuah headset.

Bagi saiz kepala yang kecil, pilih headset earmuff bentuk bulat dan untuk saiz kepala yang lebih besar, boleh mencuba over-ear oval ears headset

Selain itu, saiz dan berat headset menjadi faktor utama bagi keselesaan ketika bermain game

Begitu juga dengan kelembutan pad telinga, sebaiknya pilih kualiti pad yang tebal dan tahan lama.

Panjang wayar kabel headset juga memberi kesan pada kualiti bunyi dan audio. 

Signal wayar headset yang panjang menjamin audio yang jelas dan dinamik dan anda juga boleh memasang wayar extension.  

Semoga bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article