Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Ada Webcam Barulah Best Nak Sembang Online, Check Out 10 Webcam Terbaik Ini

Tidak perlu lagi bertemu face-to-face untuk bersembang!

Apakah kegunaan webcam? 

Webcam adalah aksesori tambahan kamera kecil yang diletakkan pada komputer anda. Ianya boleh digunakan untuk menangkap gambar, merekod video serta streaming secara langsung melalui video call seperti Skype. Kini, kebanyakan laptop sudah mempunyai webcam built-in manakala untuk komputer biasa anda harus membeli external webcam.

Terdapat banyak jenis webcam yang dijual di pasaran hari ini. Pemilihan webcam bergantung kepada objektif individu sama ada untuk gaming ataupun live stream.

Edisi kali ini kami sudah senaraikan jenis-jenis webcam mengikut kesesuaian aktiviti agar anda boleh membuat pembelian yang bijak. Ayuh kita lihat!

10 Webcam Terbaik di Malaysia

Webcam berkualiti dengan harga yang murah
AONE
mulai
RM16.00
Semak AONE EW-101 Webcam harga dibawah:

Dengan harga yang murah anda boleh dapatkan webcam berkualiti yang dilengkapi sensor High Resolution VGA CMOS. Webcam ini juga didatangi dengan 6 lampu LED yang boleh anda ubah mengikut kesesuaian dan keselesaan. Ianya mudah dikendali dan turut mempunyai mikrofon untuk kemudahan berkomunikasi.

Kini, anda boleh beli webcam yang lengkap dengan tidak mengoyakkan poket semasa berbelanja.

Webcam terbaik untuk PC / komputer anda – menjimatkan ruang
APPLE GREEN
mulai
RM23.00
Semak APPLE GREEN Webcam Live 118 harga dibawah:

Webcam ini mudah untuk dikendali dengan hanya ‘plug-and-play’ menggunakan USB port. Kameranya mempunyai resolusi 10MP dan saiz yang slim tidak memakan banyak ruang. Anda boleh ubah webcam ini agar bersesuaian dengan ketinggian yang anda inginkan. Kini, anda bolehlah menjalankan interview kerja terus dari rumah!

Webcam terbaik untuk aplikasi Windows 7
OEM
mulai
RM33.00
Semak HD Webcam Camera harga dibawah:

Webcam ini mampu mengubahsuai kontras gambar jika berada dalam keadaan gelap mahupun terang yang dilengkapi dengan automatic light processing. Kini, anda boleh berhubung dengan kawan-kawan yang jauh tanpa isu video kabur dan audio tidak kedengaran.

Webcam ini boleh digunakan dengan Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Webcam terbaik untuk Youtuber – live streaming lebih lancar
OEM
mulai
RM37.00
Semak USB 2.0 HD 12 Megapixels Webcam harga dibawah:

Webcam ini sesuai untuk Youtuber kerana ianya dilengkapi mod night vision untuk stream dalam keadaan kurang cahaya. Ianya diperbuat daripada lensa kamera yang berkualiti untuk memberikan visual lebih terang. Mikrofon built-in pada webcam ini juga boleh merakam bunyi dari jarak sejauh 8 meter.

Hanya plug in USB dan anda boleh terus menggunakan webcam tanpa perlu apa-apa software.

Webcam terbaik untuk Macbook – sesuai untuk gajet Apple
ASHU
mulai
RM63.90
Semak ASHU X200 Webcam harga dibawah:

Dilengkapi sensor CMOS, webcam HD ini menyokong penggunaan dengan Windows XP dan MacOS 10.5. Hanya plug USB ke port dan ianya siap untuk beroperasi. Webcam ini didatangi dengan mikrofon built in agar anda mudah untuk berkomunikasi.

Webcam terbaik untuk video call – kualiti dijamin hebat
SENSONIC
mulai
RM65.00
Semak SENSONIC VC7000 Webcam harga dibawah:

Menjanjikan kualiti video call HD 720p dan kualiti gambar 8MP, webcam ini sesuai untuk anda yang selalu menggunakan aplikasi video call seperti Skype. Ianya mempunyai mikrofon dan ciri terkini face-tracking untuk memberi fokus pada wajah anda. Webcam ini menyokong penggunaan dengan Windows XP, Vista dan Windows 7.

Webcam terbaik untuk kegunaan esktra pada laptop
LOGITECH
mulai
RM87.00
Semak LOGITECH C170 Webcam harga dibawah:

Untuk laptop anda harus memilih webcam dengan klip universal seperti webcam ini. Dengan resolusi 5MP anda boleh mula video call dan menghantar gambar kepada keluarga dan kawan-kawan. Webcam ini juga dilengkapi mikrofon dengan teknologi RightSound. Selain itu, video call anda lebih berkualiti dengan Logitech Vid HD.

Webcam HD terbaik – paparan lebih jelas
Microsoft
mulai
RM129.00
Semak Microsoft Lifecam HD-3000 Webcam harga dibawah:

Antara ciri yang semua orang mahukan pada sesebuah webcam adalah kualiti gambar dan video yang clear. Webcam HD dari Microsoft ini bukan sahaja memberi kualiti terbaik malahan ianya merupakan webcam widescreen. Dengan teknologi TrueColor, visual anda akan menjadi lebih terang dan tidak pecah.

Webcam terbaik untuk sesi bergaming
RAZER
mulai
RM465.00
Semak RAZER Kiyo Streaming Webcam harga dibawah:

Webcam Razer ini adalah pilihan gamer untuk memastikan sesi gaming yang berkualiti. Ianya mempunyai ring light yang boleh di ubahsuai dan pada live stream dan ianya boleh menghantar video sebanyak 60fps. Webcam ini boleh digunakan dengan software gaming yang top seperti Open Broadcaster Software dan Xsplit.

Pastikan anda memilih webcam ini untuk keperluan gaming dengan lebih lancar.

Webcam terbaik untuk conference call – tidak kira dimana jua anda berada
LOGITECH
mulai
RM1,999.00
Semak LOGITECH ConferenceCam Connect Webcam harga dibawah:
add_circle Dilengkapi alat kawalan jauh
add_circle Bateri boleh dicas semula
add_circle 4X digital zoom
add_circle Ada speaker
remove_circle Harga mahal

Webcam ini adalah must-have untuk semua pejabat. Ianya menyokong video call HD dan boleh meliputi 90 darjah pandangan dengan autofokus. Amat sesuai untuk kegunaan semasa mesyuarat, ianya juga dilengkapi telefon speaker dan teknologi RightLight 2 untuk memberi paparan visual lebih jelas tidak kira dalam apa jua pencahayaan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article