Teknologi

9 Mouse Gaming Bagus untuk Permainan Komputer Kegemaran Anda

Berikut merupakan beberapa pilihan gaming mouse di pasaran yang boleh didapati online bagus untuk semua jenis game bagi 2026 di Malaysia.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Mouse Gaming Bagus untuk Permainan Komputer Kegemaran Anda

Walaupun kita lihat dengan mata kasar tetikus semua sama saja tapi terdapat perbezaan antara mouse biasa dan mouse gaming.

Antara perbezaannya adalah resolution DPI, rekaan dan jumlah butang yang ada pada mouse.

Kandungan

Malah mouse gaming menggunakan komputer atau laptop yang mempunyai kapasiti RAM besar (2GB) dan spesifikasi hardware yang sesuai dengan game.

Jadi, bagi memudahkan pencarian anda tentang mouse gaming terbaik, jom kita lihat senarai berikut.


Senarai 9 Mouse Gaming Terbaik

Razer Viper V2 Pro
Mouse gaming terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
Razer Viper V2 Pro
Partnership with Razer
Dari RM319.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sangat ringan
Bateri tahan sehingga 80 jam
Harga mahal
2 lagi
Kebolehan responsif yang menakjubkan
Tidak sesuai untuk pemain tangan kidal

Sebab menjadi pilihan utama:

Razer Viper V2 Pro mempunyai berat yang sangat ringan dan sangat selesa apabila anda membuat kerja atau bermain game.

Ciri-ciri:

Mouse ini juga mempunyai kebolehan responsif yang terbaik dengan menggunakan sensor Focus Pro 30K. Memang best kalau main game.

Bahagian bateri mouse gaming ini mampu bertahan sehingga 80 jam. Jadi kebaikannya anda boleh bermain game secara berterusan dalam tempoh yang lama. 

Tambahan lagi, butang kekunci mouse gaming ini menggunakan butang optikal yang direka untuk mengelakkan double-cliking sekaligus membantu mouse ini tahan lama. 

Bagaimanapun, Razer Viper V2 Pro tidak sesuai untuk pemain yang menggunakan tangan kidal. 

Review:

“Memang selesa pun, smooth je cursor. Memang lekat dengan apa yang kita press,”

Terbaik untuk yang inginkan mouse yang ergonomik dan selesa serta berpatutan
Tetikus ergonomik 2 daripada 9
Razer Deathadder Elite Ergonomic Gaming Mouse
Partnership with Razer
Dari RM269
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ergonomik dan sangat selesa dipegang
5G sensor
Lampu RGB terlindung semasa digunakan
2 lagi
Mempunyai 16,000 DPI
Hampir tiada penambahbaikan dari model terdahulu

Dengan reka bentuk yang bersifatkan ergonomik menjadikan pilihan ramai pengguna permainan berkomputer. 

Ciri mouse ini mempunyai pengesan optikal yang paling advance yang mampu untuk memberikan ketepatan resolusi berbanding mouse lain di dunia.

Selain itu, mouse Razer Deathadder Elite ini memiliki butang DPI di hujung jari anda dan pengcahayaan yang boleh diubahsuai.

Bagi yang gemar dengan kehadiran lampu RGB, anda mungkin tidak dapat melihatnya semasa menggunakan mouse ini kerana ianya terlindung semasa digunakan. 

Razer Deathadder Elite ini juga tidak mempunyai penambahbaikan yang baru dari model terdahulu.

Tetapi jika anda mahukan mouse gaming terbaik yang berwayar, boleh dapatkan mouse Razer Deathadder Elite ini.

Logitech G502 LIGHTSPEED
Tetikus tanpa wayar 3 daripada 9
Logitech G502 Lightspeed
Partnership with Logitech
Dari RM388.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sangat responsif dan pantas
Sensor HERO terbaik
Untuk pemain tangan kanan sahaja
1 lagi
Bahan binaan berkualiti

Logitech G502 LightSpeed merupakan sebuah mouse gaming yang mempunyai kadar responsif yang pantas tanpa memerlukan penyambungan wayar. 

Bukan itu saja, Logitech G502 LightSpeed sesuai untuk dijadikan mouse untuk kerja. 

Jadi anda tidak perlu menukar mouse lain untuk melakukan kerja selepas puas bermain game. 

Selain itu, reka bentuk mouse gaming terbaik ini sangat ergonamik dan mempunyai berat yang fleksibel. 

Mouse gaming ini menggunakan sensor HERO dari Logitech dan mempunyai jangka hayat bateri sehingga 60 jam. 

Apa yang menarik, mouse Logitech G502 LightSpeed ini juga boleh dicas semasa digunakan dengan Powerplay charging mat.

Razer Basilisk V3
Tetikus berwayar 4 daripada 9
Razer Basilisk V3
Partnership with Razer
Dari RM224.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk premium
26K DPI Optical Sensor
Bunyi scroll wheel mungkin terlalu kuat
2 lagi
Scroll wheel baru terbaik
Berwayar

Razer Basilisk V3 mungkin lebih menonjol daripada mouse gaming terbaik yang lain dengan reka bentuk yang premium. 

Selain itu, menggunakan scroll wheel yang terkini dengan dilengkapi pelbagai mod.

Antara Razer Basilisk V3 dan Razer Viper V2 Pro, kedua-dua mouse gaming ini mungkin tidak jauh beza dari segi ergonamik dan kadar responsif yang terbaik. 

Bagaimanapun, Razer Basilisk V3 ini merupakan mouse gaming berwayar. 

Jadi mungkin bagi anda yang tidak sukakan mouse berwayar ia kurang sesuai untuk anda. 

Namun, kelebihan mouse berwayar adalah anda tidak perlu risau dengan masalah bateri. 

Logitech G304 LIGHTSPEED
Mouse untuk game yang murah 5 daripada 9
Logitech G304 Lightspeed
Partnership with Logitech
Dari RM139
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga mampu milik
Bateri tahan lama
Kurang ergonamik
1 lagi
Memiliki 6 butang program

Mouse gaming terbaik ini menggunakan sehingga 12,000 DPI sensor optik untuk mengesan pergerakan yang sangat kecil. 

Logitech G304 LIGHTSPEED ini juga dibina dengan bahan yang tahan lasak dan ringan sekaligus menjadikan berat mouse ini hanyalah 99 gram.

Apa yang menarik, anda boleh mengubah kadar DPI dengan menggunakan software. 

Jadi anda mempunyai kebebasan untuk menentukan kadar DPI mengikut keselesaan penggunaan anda. 

Teknologi Lightspeed dan Hero sensor juga digunakan pada mouse ini bagi menambah sensitiviti pada mouse. 

Tambah lagi, mouse ini memiliki 6 butang program untuk kesesuaian cara gaming anda.

Razer Naga Pro
Mouse untuk game mmorpg 6 daripada 9
Razer Naga Pro
Partnership with Razer
Dari RM645
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terbaik untuk gamers cross-genre
Dilengkapi optical mouse switch
Harga agak mahal
2 lagi
Bateri tahan lama sehingga 150 jam
Tidak sesuai untuk MacOS

Jika anda merupakan pemain MMO atau MOBA, pemilihan mouse gaming yang betul adalah penting. 

Game seperti ini memerlukan mouse dengan ketepatan yang tinggi, dan responsif yang terbaik.

Malah Razer Naga Pro memiliki 12 butang panel yang boleh digunakan untuk menetapkan pelbagai program pada game tersebut.

Selain itu, reka bentuk mouse gaming ini agak ergonomik dan sangat selesa buat pemain tangan kanan. 

Turut mempunyai ruang letak jari kelingking, jadi anda tidak terasa penat sangat memegang mouse terlalu lama. 

Bagaimanapun, jika anda pemain tangan kidal, anda model mendapatkan model ini dalam bentuk berwayar. 

Kebolehan sensor dan klik pada mouse ini juga menakjubkan. Memang sangat sesuai dan berbaloi pada harganya.

SteelSeries Prime Wireless Pro
Mouse untuk game counter strike 7 daripada 9
SteelSeries Prime Wireless Pro
Partnership with SteelSeries
Dari RM589
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Selesa digunakan
Bateri tahan lama
Menggunakan cable Type-C yang tidak standard
1 lagi
Pantas dicas semula

SteelSeries Prime Wireless Pro direka secara khusus untuk pengguna tangan kanan dan memiliki cengkaman yang selesa pada jari. 

Ini kerana bahan binaan badan mouse gaming terbaik ini menggunakan bahan plastik ABS micro-textured yang menghasilkan permukaan matte. 

Dengan berat 80 gram, mouse gaming ini mungkin sedikit berat jika dibandingkan dengan mouse gaming lain, tapi anda tak akan perasan berat mouse gaming ini.

SteelSeries Prime Wireless Pro ini juga boleh dicas semula dengan menggunakan wayar type-C.

Malah dikatakan mampu tahan sehingga 100 jam dengan sekali pengecasan penuh.

Cuma untuk mencapai hayat bateri yang lama, anda perlu menutup mod RGB untuk penjimatan tenaga.

Dengan sensor optical TrueMove Air 18,000 CPI, anda akan merasai pengalaman gaming yang smooth. 

Kadar responsif yang diberikan memang sangat sesuai untuk bermain game seperti counter strike.

Razer DeathAdder V2
Mouse untuk claw grip 8 daripada 9
Razer DeathAdder V2
Partnership with Razer
Dari RM169.60
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Antara sensor terbaik
Reka bentuk sesuai untuk cengkaman
Butang bahagian tepi kurang selesa
1 lagi
Menyokong pelbagai saiz tangan

Razer DeathAdder V2 menggunakan sensor 20,000 DPI untuk menghasilkan kepekaan yang tinggi apabila berlaku pergerakan. 

Jadi mouse gaming terbaik ini sangat sensitif terhadap pergerakan kecil.

Selain itu, mouse berwayar kebiasaannya mempunyai kelebihan dalam penghantaran input dari mouse ke komputer yang lebih pantas. 

Tidak ada isu connectivity terputus semasa menggunakannya.

Ciri menarik pada mouse ini adalah sesuai digunakan oleh mana-mana pemain tangan kanan. Saiz tangan tidak menjadi masalah.

Untuk cengkaman pada mouse, Razer DeathAdder V2 sesuai digunakan. Ia boleh menjadi mouse untuk claw grip.

SteelSeries Sensei 310
Mouse macro untuk crossfire 9 daripada 9
SteelSeries Sensei 310
Partnership with SteelSeries
Dari RM345
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ringan digunakan
Reka bentuk menarik
Non-braided cable
1 lagi
Kasar dan senang digenggam

Jika anda serious gamer, mouse keluaran Steeleseries ini adalah antara yang terbaik kerana merangkumi segala keperluan gamers hari ini. 

SteelSeries Sensei 310 mempunyai darjah ketepatan yang tinggi menjadikan ia sebuah mouse yang efisyen apabila mengendalikan game yang bercorak sasaran. 

Dengan menggunakan bahan plastik, permukaan mouse ini menghasilkan cengkaman yang lebih selesa. 

Memang sangat sesuai untuk gamers yang mempunyai tangan mudah berpeluh malah dengan Sensor TrueMove3 mouse gaming ini dapat memastikan tidak mempunyai masalah tracking. 

Akhir sekali mouse ini mampu menghasilkan 12,000 DPI dan 350 IPS. Mungkin tidak tinggi namun memadai untuk crossfire.

Adakah Mouse Gaming Terbaik Untuk Gaming?

Bagi kaki gamers, sememangnya memiliki mouse gaming terbaik adalah impian terbesar. 

Ini kerana setiap gamers mahukan sebuah mouse yang boleh memberikan responsif yang diinginkan semasa bermain game. 

Jika mouse tersebut gagal memberikan input yang diinginkan, ini akan mempengaruhi kualiti permainan game tersebut. 

Lagipun mouse gaming beri banyak kelebihan terhadap pemain jika dibandingkan dengan mouse biasa. 

Antara kelebihan yang ada pada mouse gaming adalah seperti kadar DPI yang lebih tinggi, sensor yang lebih responsif dan juga butang panel tambahan untuk permainan game tertentu.

Selain itu, sesetengah mouse gaming juga dibina dengan lebih ergonomik untuk gamers yang mahu bermain game dengan lebih lama. 

Mouse bukan gaming mungkin tidak ada ciri-ciri tersebut. Dari segi harga pula, kebanyakkan mouse gaming adalah lebih mahal kerana adanya ciri-ciri tersebut. 

Jadi, jika anda seorang gamers yang serious, anda patut melabur lebih sikit untuk membeli mouse gaming yang terbaik dan sesuai dengan corak permainan anda. 

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui perbezaan mouse biasa dan gaming.

Lagi daripada ProductNation