Penggunaan smartphone sudah menjadi benda wajib dalam kehidupan seharian kita, dan untuk yang tak ada bajet banyak mesti nak cari telefon murah bawah RM500 je.
Ada pelbagai range harga dan setiap telefon mempunyai perbezaan fungsi tapi kami nak kongsikan senarai handphone murah bawah RM500.
Kalau anda ada anak dan mahu belikan telefon pintar bawah RM500 atau telefon Android bawah RM500, kami boleh bantu anda.
Paling penting, ada juga telefon gaming bawah RM500 untuk anda yang baru nak ceburi bidang permainan online.
Jenama-jenama besar macam Vivo dan Xiaomi pun ada je tawarkan telefon bajet RM500, dan paling penting telefon bawah RM500 ini bukan second hand.
Jom lihat senarai phone bajet RM500 yang semestinya ia antara telefon murah dan berkualiti.
Ada juga telefon terbaik bawah RM500 tau, memang berbaloi beli phone bawah RM500 sambil boleh jimat duit poket.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik
- Chipset: Mediatek MT6769Z Helio G85 (12nm)
- OS: MIUI 13, Android 12
- RAM: 4GB, 6GB
- Storan dalaman: 64GB, 128GB
- Skrin: 6.71-inci Dot Drop display
- Kamera: 50MP (belakang) 5MP (depan)
Sebab menjadi pilihan utama:
Redmi 12C menjadi pilihan para gamers dan telefon pintar ini juga mempunyai kualiti gambar yang cantik, bateri besar tahan lama dan saiz paparan skrin yang besar.
Ciri-ciri:
Redmi 12C mempunyai ciri-ciri sebuah telefon murah dan mantap yang memuaskan.
Telefon ini dilengkapi pengendali kuasa MediaTek Helio G85 serta saiz RAM sehingga 6GB.
Tidak kurang juga anda boleh tangkap gambar yang menakjubkan dengan kamera belakang 50MP dan nikmati permainan sepanjang hari dengan bateri 5,000mAh.
Selain itu, dengan sistem operasi MIUI 13 berdasarkan Android 12, anda akan mempunyai akses kepada ciri-ciri perisian terkini.
Anda boleh nikmati telefon terbaik Redmi 12C yang murah ini dengan kualiti telefon pintar yang bagus.
Review:
"Sangat memuaskan! telefon cantik, spek okay, bateri tahan lama. Dah test kamera, kualiti gambar dengan warna skrin sangat baik."
- Chipset: Mediatek MT6761 Helio A22 (12 nm)
- OS: Android 12 (Go edition), MIUI 12
- RAM: 2GB, 3GB
- Storan dalaman: 32GB
- Skrin: 6.52-inci
- Kamera: 8MP (lebar) 0.08MP (lensa tambahan) 5MP (depan)
Redmi A1 ialah pilihan terbaik untuk telefon pintar bajet dengan prestasi yang baik yang dikuasakan oleh pemproses Mediatek Helio A22 dengan storan dalaman 32GB dan RAM 2GB, serta kamera belakang Dual 8MP+0.08MP.
Selain itu, telefon Redmi bawah RM500 ini juga dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang tahan lama.
Redmi A1 juga menggunakan sistem operasi Android 12 (Go edition) dan MIUI 12 yang memastikan pengalaman pengguna yang baik.
Dengan harga yang berpatutan, Redmi A1 adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari telefon pintar murah dan berkualiti.
- Chipset: Mediatek MT6762G Helio G25
- OS: Android 12 or Android 12 (Go edition), XOS 10.6
- RAM: 2GB, 3GB, 4GB, 6GB
- Storan dalaman: 64GB, 128GB
- Skrin: 6.6-inci
- Kamera: 13MP (belakang) 8MP (depan)
Mencari telefon pintar yang mesra bajet dengan ciri-ciri hebat? Infinix Hot 20i adalah pilihan yang tepat.
Dengan 7GB RAM (4GB + 3GB) dan 128GB storan dalaman, anda mempunyai banyak ruang untuk menyimpan semua permainan dan aplikasi kegemaran anda.
Paparan HD+ 6.6 inci adalah sempurna untuk gaming, manakala kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP membolehkan anda mengambil gambar yang menakjubkan.
Selain itu, dengan bateri 5,000mAh dan Android 12 dengan XOS 10.6, anda akan mempunyai peranti yang kuat dan boleh dipercayai pada harga yang mampu milik.
Kalau anda nak telefon murah dan berkualiti, boleh terus beli Infinix Hot 20i!
- Chipset: Mediatek MT6765 Helio P35 (12nm)
- OS: Android 12, boleh naik taraf ke Android 13, One UI Core 5.0
- RAM: 4GB
- Storan dalaman: 64GB
- Skrin: 6.5-inci
- Kamera: 50MP (lebar) 2MP (kedalaman) 5MP (depan)
Samsung Galaxy A04 ialah telefon pintar bajet yang menyediakan paparan HD+ 6.5-inci, 3GB RAM, dan storan dalaman 64GB.
Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sistem kamera belakang dual lensa yang terdiri daripada kamera utama 50-megapiksel, dan sensor kedalaman 2-megapiksel.
Telefon murah ini menggunakan Android 12 yang boleh dinaiktaraf ke Android 13, dan bateri 5,000mAh, menjadikannya pilihan terbaik untuk telefon murah dan berkualiti di bawah RM500.
- Chipset: MediaTek Helio G35
- OS: Android 12, ColorOS 12.1
- RAM: 3GB
- Storan dalaman: 64GB
- Skrin: 6.56-inci
- Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
Oppo A17k ialah telefon pintar bajet yang berfungsi dengan chipset MediaTek Helio G35 serta mempunyai saiz 64GB bagi storan dalaman dan 3GB RAM.
Peranti ini mempunyai paparan IPS LCD 6.56-inci dengan resolusi 720 x 1612 piksel.
Selain itu, telefon pintar ini juga mempunyai kamera belakang 8MP yang boleh mengambil gambar dengan baik.
Paling penting, smartphone ini juga menyokong sambungan ke WiFi, Bluetooth, dan 4G LTE.
Telefon ini dikuasakan oleh bateri 5000mAh dan berjalan pada Android 12 dengan ColorOS 12.1 dari Oppo.
Dengan bateri yang besar, spesifikasi yang baik dan harga yang berpatutan, Oppo A17k adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari telefon pintar bajet.
- Chipset: Unisoc Tiger T612 (12 nm)
- OS: Android 12, Realme UI S
- RAM: 4GB
- Storan dalaman: 128GB
- Skrin: 6.5-inci
- Kamera: 50MP (lebar) 0.3MP (kedalaman) 5MP (depan)
Realme C33 adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari telefon pintar bajet dengan prestasi yang baik.
Dikuasakan oleh pemproses Unisoc Tiger T612 dengan 4GB RAM dan 128GB penyimpanan, dilengkapi paparan skrin IPS LCD 6.5-inci yang besar dan dua kamera dengan sensor primer 50MP.
Telefon ini juga menyokong sambungan WiFi, Bluetooth, GPS, dan 4G LTE.
Selain itu, ia dikuasakan oleh bateri 5000mAh yang besar jadi tidak perlu risau bateri phone cepat habis.
Dengan harga yang berpatutan, Realme C33 adalah pilihan tepat untuk pengguna yang mencari telefon pintar murah dan berkualiti.
- Chipset: MediaTek Helio G36
- OS: Android 12 atau 13 (Go edition), MIUI
- RAM: 3GB
- Storan dalaman: 64GB
- Skrin: 6.52-inci
- Kamera: 8MP (lebar) 0.08MP (lensa tambahan) 5MP (depan)
Redmi A2+ merupakan sebuah telefon pintar yang yang dilengkapi dengan cipset berkualiti MediaTek Helio G36.
Untuk kelajuan CPU smartphone ini mampu mencapai sehingga 2.2GHz bagi memastikan kerja multitask anda berjalan lancar tanpa lagging.
Dengan 3GB RAM dan 64GB storan dalaman yang boleh diperluaskan sehingga 1TB, anda akan mendapat ruang yang mencukupi untuk menyimpan semua foto, video dan aplikasi anda.
Kamera belakang 8MP ini disertai dengan lensa tambahan untuk kesan fotografi yang lebih menarik dan turut menyokong rakaman video 1080p.
Untuk swafoto, kamera hadapan 5MP memberikan gambar yang jelas dan tajam, bagaimanapun kemampuan kamera telefon ini adalah terhad.
Bagi bahagian bateri, phone ini hadir dengan bateri 5000mAh, serta pengecasan pantas 10W.
Jadi boleh dikatakan bateri phone ini tahan lama dan sesuai untuk penggunaan dalam tempoh yang panjang.
- Chipset: Unisoc T700
- OS: Android 11
- RAM: 4GB
- Storan dalaman: 64GB
- Skrin: 6.5-inci
- Kamera: 48MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (kedalaman) 8MP (depan)
Motorola Moto E40 mempunyai paparan yang berkualiti dengan kadar penyegaran 90Hz, dengan ini anda boleh scroll media sosial anda dengan sangat lancar.
Paparan skrin anda juga kelihatan hidup dan memukau dengan paparan Max Vision HD+ sebesar 6.5 inci.
Dikuasakan dengan pemprosesan Unisoc T700 octa-core, berkelajuan hingga 1.8GHz, telefon ini memberikan prestasi yang cepat dan responsif.
Untuk bahagian kamera pula, dengan sistem kamera triple 48MP, termasuk pengesan kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP, anda mampu untuk menangkap gambar pada kualiti terbaik.
Teknologi Quad Pixel memastikan sensitiviti cahaya rendah yang bagus, menghasilkan gambar yang lebih sharp dan hidup.
Selain itu, bateri 5,000mAh menjamin Motorola Moto E40 dapat digunakan sepanjang hari.
Tidak kurang juga dengan ketahanan IP52, anda tidak perlu risau dengan sebarang percikan atau tumpahan air.
- Chipset: Octa Core Processor
- OS: Realme UI Go , Android 12
- RAM: 3GB, 4GB
- Storan dalaman: 32GB, 64GB
- Skrin: 6.5-inci
- Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
Motorola Moto E40 merupakan sebuah telefon pintar Android bajet yang menawarkan kebolehan penggunaan pada tahap memuaskan secara keseluruhan.
Dengan skrin IPS sebesar 6.5 inci, anda boleh nikmati visual dengan warna yang kelihatan hidup dan tentu lebih memuaskan semasa menonton video pada telefon anda.
Peranti ini juga boleh didapati dalam dua varian iaitu; 3GB RAM dengan 32GB ROM dan 4GB RAM dengan 64GB ROM.
Turut menyediakan storan untuk aplikasi, foto dan fail anda pada kadar yang sederhana, jadi anda tidak boleh mengambil gambar atau video terlalu banyak.
Dikuasakan oleh pemprosessan Octa-core, Motorola Moto E40 memberikan prestasi yang lancar untuk multitask dan sebarang penggunaan aplikasi.
Telefon pintar ini juga dikuasakan dengan Realme UI Go, berdasarkan Android 12 dan menawarkan interface yang mesra pengguna.
- Chipset: Mediatek Helio G36 (12 nm)
- OS: Android 13, Magic UI 7.1
- RAM: 4GB, 6GB
- Storan dalaman: 128GB
- Skrin: 6.56-inci
- Kamera: 48MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (kedalaman) 5MP (depan)
- Chipset: Mediatek MT6765 Helio P35 (12nm)
- OS: Android 13, Funtouch 13
- RAM: 4GB
- Storan dalaman: 64GB, 128GB
- Skrin: 6.51-inci
- Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
Telefon jenama Vivo ini dikuasakan dengan pemproses Helio P35 yang cekap, memastikan multitask yang lancar.
Selain itu, Vivo Y02T dilengkapi bateri besar 5000mAh yang tahan lama dan membolehkan anda menggunakannya sepanjang hari tanpa masalah.
Untuk kamera pula, telefon ini dilengkapi dengan kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP yang boleh mengambil gambar dengan jelas.
Ditawarkan pilihan warna Orchid Blue atau Cosmic Grey yang menarik, menambahkan lagi sentuhan elegan kepada telefon pintar Vivo ini.
Menggunakan sistem operasi Funtouch OS 13 terkini (Edisi Android 13), Y02T menawarkan antara muka yang mesra pengguna dan pelbagai ciri yang direka untuk meningkatkan pengalaman telefon pintar anda.
Apakah Tips Beli Smartphone Murah & Terbaik?
Sebelum buat pembelian, anda mesti tahu tujuan penggunaan anda pada smartphone untuk apa.
Kalau nak kelancaran bermain game, beli smartphone yang fokus pada gaming atau kalau suka bergambar, carilah smartphone yang kualiti kameranya terbaik.
Kemudian, lihat pula spesifikasinya yang sesuai atau tidak dengan penggunaan harian anda dan mampu berikan kepuasaan secara menyeluruh.
Smartphone murah kini pun sudah banyak yang gunakan chipset yang berkualiti, setanding smartphone yang mahal.
Tapi kalau anda hanya mahu smartphone murah untuk kegunaan harian untuk WhatsApp, Facebook atau carian internet, apa jenis smartphone bawah RM500 pun sudah memadai.
Akhir sekali, anda boleh buat pembelian dengan mudah di Shopee atau Lazada sebab anda boleh bandingkan harga dengan pantas dan beli pada harga terbaik.
Dengan harga yang murah bawah RM500, anda kini boleh memiliki smartphone berkualiti mengikut keperluan dan kehendak anda.
Apakah Ciri-Ciri Utama Bagi Sebuah Telefon Pintar Bajet?
Telefon pintar dengan harga bajet semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana harganya yang berpatutan dan ciri-ciri asas yang memenuhi keperluan.
Bagaimanapun, dengan begitu banyak pilihan yang tersedia di pasaran, ia boleh menjadi cabaran untuk tentukan perbezaan telefon pintar dari yang lain.
Jadi, telefon pintar bajet biasanya mempunyai ciri-ciri utama berikut:
1. Harga yang berpatutan
Telefon pintar bajet direka untuk menjadi murah dan mudah diakses oleh pengguna.
2. Perisian asas
Telefon pintar bajet sering mempunyai komponen perisian asas seperti chipset yang bersaiz kecil, RAM dan kapasiti penyimpanan dalaman yang lebih minima.
3. Paparan yang lebih kecil
Telefon pintar bajet umumnya mempunyai paparan yang lebih kecil daripada model yang lebih mahal, biasanya di antara 5 hingga 6 inci.
4. Kualiti kamera yang sederhana
Telefon pintar bajet biasanya mempunyai kamera yang mampu mengambil foto yang baik dalam keadaan terang.
Tetapi mungkin tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kurang cahaya seperti waktu malam.
5. Ciri-ciri perisian asas
Telefon pintar bajet sering dijalankan pada versi perisian yang lebih ringan.
Namun, mungkin tidak mempunyai ciri-ciri perisian yang canggih seperti face ID, touch ID atau sokongan rangkaian 5G.
6. Reka bentuk yang simple
Telefon pintar bajet biasanya mempunyai reka bentuk yang simple dengan dihasilkan dari bahan plastik atau polikarbonat membuatkannya ringan dan mudah dibawa.
Secara keseluruhan, telefon pintar bajet menawarkan keseimbangan yang baik antara harga yang berpatutan dan fungsi yang menyeluruh.
Artikel Berkaitan
- 10 Smartphone Bagus Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Ansuran Bulanan Serendah RM150
- 7 Telefon Pintar Bawah RM300 Dengan Jaminan Kualiti Yang Tinggi
- 7 Smartphone Kalis Air untuk Mereka yang Inginkan Perlindungan Ekstra
- 8 Telefon Kamera Cantik dan Murah Bawah RM2000
- 8 Smartphone Xiaomi Terbaik & Murah 2024 (Bawah RM1000)
- Smartphone Vivo Terbaik
- Smartphone Bawah RM1500 Terbaik
- Handphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti
- Handphone Murah Bawah RM400 Terbaik