Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
nipple cream

9 Nipple Cream Terbaik 2024 (Selamat Untuk Ibu & Anak )

Untuk elak melecet dan penyembuhan luka, pastikan anda pilih nipple cream yang terbaik.

Masalah puting melecet atau luka sering berlaku pada ibu yang menyusukan anak atau mengepam susu.

Ini kerana bayi baru lahir kerap menyusu setiap 30 minit ditambah pula dengan suction dari pam susu menjadikan puting si ibu boleh melecet.

Cara paling cepat untuk meredakan rasa sakit adalah dengan menggunakan krim puting luka dan semestinya kita nak beli nipple cream brand yang bagus

Apabila berlaku situasi ini si ibu perlu guna krim untuk puting luka yang bagus supaya proses penyusuan tidak lagi sakit.

Itulah kegunaan nipple cream dan krim puting melecet ini memang selalu digunakan sehinggalah anak dah putus susu.

Jadi untuk memudahkan anda, kami senaraikan nipple cream yang bagus atau nipple cream yang selamat untuk bayi serta penyembuhan puting luka.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 9 Nipple Cream Terbaik

Nipple cream terbaik secara keseluruhan
Medela Purelan Lanolin Nipple Cream
Medela Purelan Lanolin Nipple Cream
From
RM41.10
Check Medela Purelan Lanolin Nipple Cream price below:
add_circle Tidak berbau
add_circle Selamat untuk bayi
add_circle Tiada tambahan pengawet
add_circle Merawat kulit kering dan merekah
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Apa yang unik tentang krim untuk puting luka dari jenama Medela Purelan ni adalah tidak diuji ke atas haiwan.

Ciri-ciri:

Tambah pula kandungan Linolin yang digunakan adalah 100% asli tanpa menambah apa-apa bahan pengawet.

Ini menjadikan krim dari Madela ini baby friendly, maksudnya tidak berbahaya pada si kecil jika dia termakan krim yang tertinggal pada puting.

Selain itu, krim ini juga boleh merawat kawasan kulit yang kering selain puting. Misalnya bibir, siku, lutut dan tumit kaki merekah.

Paling penting, krim ini tidak berbau dan tidak mempunyai rasa jadi si ibu tidak perlu lap krim sebelum menyusukan bayi.

Review:

“Beli sebab puting wife saya melecet. Tengok dia merana sangat menyusukan anak tapi lepas dia guna krim ni, dia happy saya pun happy.”

Nipple cream untuk ibu menyusu
Mama's Choice Intensive Nipple Cream
Mama's Choice Intensive Nipple Cream
From
RM23.90
Check Mama's Choice Intensive Nipple Cream price below:
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Meredakan kulit kering
add_circle Mengurangkan penampilan stretch mark
add_circle Bebas bau tiruan, alkohol, paraben
remove_circle Hanya 15 ml sahaja

Mama's Choice Intensive Nipple Cream diformulasi dengan 100% bahan semula jadi antaranya kurma, minyak kelapa dan shea butter.

Formulasi ini dapat berikan si ibu kurang merasa kesakitan pada bahagian puting yang luka.

Ditambah pula mengandungi bahan Lanolin yang dapat memberi kelembapan pada permukaan kulit puting.

Krim ini mengandungi 5 bahan penyelamat kulit, antaranya:

  • Lanolin meredakan dan melembapkan kulit kering.
  • Shea butter membantu dalam pemulihan sel dan menggalakkan pengeluaran kolagen.
  • Minyak kelapa terkenal untuk melembapkan kulit.
  • Ekstrak kurma mengandungi sifat antioksidan yang mencegah kerosakan kulit dan mengurangkan keradangan.
  • Vitamin E memulihkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan stretch mark.

Produk ini juga 100% semulajadi dan diuji dermatologi di Singapura serta sesuai untuk ibu-ibu dengan kulit sensitif.

Ibu juga tidak perlu risau jika bayi anda menelan sebahagian daripada krim kerana semua bahan adalah gred makanan.

Nipple cream untuk ibu menyusu
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream
From
RM35.00
Check Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream price below:
add_circle Tidak berbau
add_circle Tidak mempunyai bahan pengawet
add_circle Menggunakan 100% lanolin semula jadi
remove_circle Meninggalkan kesan bagi fabrik jika terkena

Untuk pengetahuan anda, krim puting luka dari jenama Lansinoh HPA ini merupakan produk nombor 1 yang disyorkan para doktor di USA.

Krim ini juga selamat untuk anak setelah diuji secara klinikal. Maksudnya selamat sekiranya anak termakan krim ini jadi si ibu tidak perlu menghilangkan krim sebelum menyusukan anak.

Tambah pula, kandungan krim ini 100% Lanolin semula jadi tanpa sebarang pengawet, paraben, bau dan rasa.

Teksturnya pekat dan boleh memberi kesan pada permukaan fabrik tapi boleh dihilangkan dengan pencuci baju.

Jangan risau, krim ini tidak berbau ubat dan tidak mempunyai rasa jadi si kecil tidak akan menolak puting anda jika dia ingin menyusu.

Organic nipple cream
Earth Mama Organic Nipple Butter
Earth Mama Organic Nipple Butter
From
RM45.00
Check Earth Mama Organic Nipple Butter price below:
add_circle Tidak berbau
add_circle Tidak bergris
add_circle Tidak berminyak
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Tidak menyebabkan kulit iritasi
remove_circle Perlu lap sebelum menyusukan bayi

Kandungan nipple cream ini mengandungi bahan Beeswax semula jadi dan telah digunakan dalam wad kanak-kanak seluruh dunia.

Lagipun bahan organik Beeswax ini dapat memberi kulit lembut, tidak berminyak dan bebas Linolin.

Kandungan lain yang terkandung dalam krim ini adalah koko organik, seed butter, shea butter organik dan mangga seed butter organik.

Semua bahan ini bertindak untuk menghalang kulit dari kekeringan sehingga boleh menyebabkan luka.

Jangan risau, krim ini sudah diuji secara klinikal bagi memastikan kulit si ibu tidak mengalami iritasi apabila menggunakan krim ini.

Nipple cream untuk ibu hamil
Original Pigeon Nipple Care Cream
Original Pigeon Nipple Care Cream
From
RM19.90
Check Original Pigeon Nipple Care Cream price below:
add_circle 100% Lanolin
add_circle Tiada pewangi
add_circle Saiz mudah dibawa
add_circle Tiada bahan tambahan
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Krim penjagaan puting Pigeon tidak mengandungi bahan tambahan atau pewangi yang boleh menyebabkan tindak balas alahan kepada ibu dan bayi dengan jenis kulit sensitif. 

Selain itu, Diperbuat daripada 100% lanolin ultra-asli yang dapat bertindak sebagai agen pelembab kulit yang dapat menembusi hingga ke lapisan dalam kulit puting.

Tambahan pula, krim puting ini boleh melembabkan kawasan puting dari melecet dan melindungi puting daripada kemerahan, keradangan dan kekeringan.

Sangat sesuai digunakan semasa trimester ketiga untuk mengelakkan puting daripada kering dan kekal segar untuk bayi hisap ketika awal bersalin.

Krim ini mempunyai saiz yang mudah dibawa kemana saja tidak kira untuk ke pejabat atau berjalan keluar.

Jangan risau, krim ini selamat untuk bayi jadi tidak perlu lap kawasan tersebut sebelum menyusukan si kecil.

Nipple cream untuk puting lecet
Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter
Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter
From
RM26.20
Check Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter price below:
add_circle Bebas paraben
add_circle Selamat untuk bayi
add_circle Melegakan kesakitan
add_circle Mampu rawat luka melecet
remove_circle Sedikit melekit

Bagi mereka yang menyusukan anak pasti mengalami puting melecet disebabkan bayi sering menyusu atau sedutan mesin pam terlalu kuat.

Jadi, dengan bahan yang mengandungi Pro Vitamin B5, Pretolatum, theobroma cacao (cocoa) seed butter dan panthenol dapat melegakan kesakitan bahagian luka tersebut.

Dalam masa yang sama, kulit puting yang terkoyak sehingga berdarah krim ini dapat merawat dalam masa dua hari cuma pastikan anda sapu dengan kerap.

Selain dapat melegakan kesakitan dan merawat luka melecet, krim ini juga dapat melembabkan kulit pada bahagian sekitar puting.

Jangan risau, krim ini selamat untuk bayi jadi tidak perlu lap kawasan tersebut sebelum menyusukan si kecil.

Krim ini mempunyai saiz yang mudah dibawa kemana saja tidak kira untuk ke pejabat atau berjalan keluar.

Nipple cream selamat untuk bayi
MUSTELA Organic Certified Nursing Comfort Balm for Maternity
MUSTELA Organic Certified Nursing Comfort Balm for Maternity
From
RM76.00
Check MUSTELA Organic Certified Nursing Comfort Balm for Maternity price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Selamat untuk bayi
add_circle Melembapkan puting
add_circle Memulihkan tektstur kulit
remove_circle Harga mahal

Mungkin ada sesetengah krim puting jenama lain mempunyai tekstur yang melekit tapi tidak untuk jenama Mustela kerana kaya dengan omega 6, 9 dan minyak zaitun asli.

Campuran kandungan ini juga bantu untuk melembapkan kulit sebanyk 97% pada bahagian puting, si ibu rasa selesa dan tidak rasa sakit apabila menyusukan si kecil.

Malah dengan kandungan balsem dengan sifat emolien, krim ini juga dapat merawat dan memulihkan tekstur kulit yang rosak atau luka pada bahagian puting.

Dengan campuran semua bahan ini dan 0% paraben, krim ini sangat sesuai untuk wanita mengandung dan hamil.

Jangan risau, krim ini selamat untuk bayi jadi tidak perlu lap kawasan tersebut sebelum menyusukan si kecil.

Nipple cream yang bagus
Buds Organics Nursing Salve 15ml
Buds Organics Nursing Salve 15ml
From
RM52.20
Check Buds Organics Nursing Salve 15ml price below:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mampu merawat luka
add_circle Tidak mengandungi pengawet
remove_circle Harga mahal

Krim puting dari jenama Buds Cherished Organics Nursing Salve ini mempunyai tekstur unik dimana dapat merawat dan melegakan kesakitan akibat kulit puting yang rosak.

Lagipun kandungan salve ini mengandungi bahan berkhasiat seperti minyak jojoba, minyak biji bunga matahari dan mentega shea.

Semua bahan ini mampu menyembuhkan dan melembapkan untuk kulit yang melecet dan luka akibat penyusuan yang kerap pada awal kelahiran.

Malah si ibu juga rasa selesa dan tenang apabila 99.30% daripada bahan yang digunakan untuk merumuskan produk ini datang daripada bahan organik.

Jika puting anda sudah melecet atau berdarah, sebaiknya sapu krim Buds ini dengan lebih kerap untuk penyembuhan yang lebih cepat.

Nipple cream untuk gatal
Bepanthen Dual Action Ointment Nipple Cream
bepathen baby lotion
From
RM14.00
Check Bepanthen Dual Action Ointment Nipple Cream price below:
add_circle Membantu pemulihan semula jadi kulit
add_circle Menjaga kelembapan
add_circle Tanpa pewangi, pengawet, pewarna, atau antiseptik
add_circle Melindungi kulit sensitif
remove_circle Sedikit berminyak
remove_circle Lambat menyerap

Krim Bepanthen berfungsi dengan dua cara, selain menjaga kulit bayi dan melindunginya daripada masalah ruam lampin, boleh juga guna untuk melegakan sakit atau gatal pada puting.

Bepanthen mengandungi Pro Vitamin B5 yang membantu pemulihan semula jadi kulit sensitif serta menjadikannya lembut, halus dan lembap.

Ia juga membantu menjaga kelembapan semula jadi kulit, memberikan syarat optimum untuk pemulihan kulit yang lembut tanpa mengeringkan kulit anda.

Bepanthen juga membentuk lapisan lut sinar yang melindungi kulit yang paling sensitif daripada iritasi dan geseran serta mengekalkan penghalang perlindungan semula jadi kulit.

Bagaimanapun, krim ini perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda mahu menyusukan baby anda.


Fungsi Nipple Cream

Krim puting susu atau nipple cream merupakan losyen khas untuk ibu yang menyusukan bayi yang sering digunakan bagi merawat atau mengurangkan sakit puting selepas menyusukan bayi.

Krim ini ada beberapa guna:

  1. Melembapkan puting atau membantu menjaga puting ibu agar tidak kering dan pecah. Bila ibu menyusukan bayi, kadang-kadang puting boleh sakit atau kering, jadi krim ini bantu elakkan masalah ini.

  2. Kurangkan sakit bila bayi menghisap susu, terutamanya bila bayi baru belajar cara yang betul. Krim ini ada bahan yang boleh melegakan sakit seperti bahan lanolin, shea butter, atau aloe vera.

  3. Elak pedih pada puting si ibu selepas menyusukan bayi yang sudah mempunyai gigi. Bayi selalu sentuh puting ibu, jadi krim ini bantu kurangkan rasa pedih.

  4. Lindungi daripada jangkitan bakteria, jadi memang ada krim puting yang mempunyai bahan untuk lindungi daripada jangkitan kuman atau bakteria.

  5. Kulit sentiasa cantik selepas proses penyusuan sebab penyusuan boleh membuat kulit puting jadi sensitif, jadi krim puting susu boleh bantu kulit kekal cantik dan sihat.

  6. Membantu penyembuhan kalau puting ibu dah sakit atau retak. Jadi krim puting susu bantu cepatkan penyembuhan supaya ibu lebih selesa semasa menyusukan.

Kalau nak pilih nipple cream, pastikan pilih yang selamat dan sesuai untuk penyusuan. Kalau tak pasti, boleh tanya doktor atau pakar untuk panduan yang lebih baik.


Bagaimana Cara Pakai Nipple Cream?

Nipple cream digunakan apabila puting si ibu mula melecet disebabkan terlalu kerap menyusukan si kecil atau position mulut bayi salah.

Bila melecet tu rasanya memang sangat pedih dan perit disebabkan puting si ibu sudah luka, jika dibiarkan mungkin bahagian melecet akan jadi lebih teruk.

Jadi, dengan pemakaian nipple cream dapat membantu merawat luka puting si ibu dan tiada lagi rasa perit apabila si kecil menghisap puting.

Caranya sangat mudah hanya dengan mengoleskan krim sebesar biji kacang pea pada bahagian aerola selepas si kecil habis waktu menyusu.

Sebaiknya oleskan setiap kali selepas habis waktu menyusu jika puting sedang luka dan untuk pencegahan pakai empat atau lima kali sehari.

Cuma pastikan krim puting yang anda pakai baby-friendly supaya anak anda tidak tertelan krim yang mempunyai bahan kimia. 


Artikel Berkaitan

End of Article