Hobi

15 Jenama Kasut Sukan Terbaik 2026 (Perempuan & Lelaki)

Bagi yang gemar bersukan, pastikan pilih jenis kasut sukan yang betul. Jadi kami senaraikan jenama kasut sukan dengan harga yang berpatutan.


Editor · Updated 11 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Jenama Kasut Sukan Terbaik 2026 (Perempuan & Lelaki)

Jawapan ringkas: tiada satu jenama kasut sukan yang "terbaik" untuk semua orang, ia bergantung pada aktiviti dan bajet anda. Untuk larian harian, adidas Lite Racer 3.0 (RM173.40, adidas Official Store di Shopee Malaysia, disemak 11 Ogos 2026) menawarkan keselesaan dan jenama yang boleh dipercayai. Untuk gim dan latihan silang dengan kusyen lebih lembut, PUMA Softride Cruise 2 (RM228.70, PUMA Malaysia Official Store, disemak 11 Ogos 2026) adalah pilihan popular. Kalau bajet terhad, BUM Equipment Unisex Sport Shoes (dari RM57, disemak 11 Ogos 2026) memadai untuk sukan santai dan sekolah, tetapi kurang sesuai untuk latihan intensif atau larian jarak jauh berulang.

Kalau salah pilih jenis kasut sukan untuk melakukan aktiviti lasak atau beriadah, boleh menyebabkan kaki sakit dan lenguh. 

Kandungan

Kami faham dengan lambakan jenis dan jenama kasut sukan yang ada di kedai kasut sukan sekarang menyukarkan kita untuk buat pilihan terbaik. 

Jangan risau, sebab kali ini kami nak kongsikan dengan anda senarai koleksi kasut sukan terbaik mengikut corak kegunaan anda.


Senarai 15 Jenama Kasut Sukan

PUMA Unisex Softride Cruise Running Shoes
Kasut sukan terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
PUMA Unisex Softride Cruise Running Shoes
Partnership with
Dari RM228.70
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ringan
Unisex
Harga mahal
2 lagi
Terdapat 2 pilihan design
Tapak tengah kasut lembut

Sebab menjadi pilihan utama:

Kasut ini sesuai untuk semua jantina dan sesuai untuk bawa keluar berjalan atau bersukan.

Ciri-ciri:

Kasut yang direka khas untuk berlari atau jogging ini sangat selesa kerana bahagian pelapik dalamnya (sockliner atau insole) mempunyai kusyen SoftFoam+. 

Maksudnya menyokong kaki anda tak kira sejauh mana anda berlari. Manakala bahagian tapak kasut atau outsole pula diperbuat dari getah. 

Bukan itu sahaja, kasut PUMA yang berwarna hitam ini juga sesuai dipadankan dengan pelbagai warna seluar atau baju sukan. 

Antara saiz kasut yang ditawarkan ialah UK6, UK7, UK8, UK9 dan UK10.

Review:

"Elok sangat bagi yang selalu jogging tapi kita pakai 3 bulan kaki tak sakit sepanjang menapak 10 minit ke office. So beli memang 2 in 1. Pergi sukan dengan nak pergi pejabat,"

BUM Equipment Unisex Sport Shoes
Kasut sukan BUM 2 daripada 15
BUM Equipment Unisex Sport Shoes
Partnership with
Dari RM57
Lihat harga di Shopee Malaysia
Unisex
Insole jenis ergonomik
Kurang sesuai untuk kaki jenis lebar
2 lagi
Melindungi buku lali & tumit kaki
Terdapat pelbagai pilihan warna

Buat yang masih tercari-cari kasut sukan murah online, boleh dapatkan kasut sport bawah RM70 ini. 

Walaupun murah tapi material kasut sukan ini diperbuat daripada material Flyknit yang selesa dipakai untuk aktiviti riadah. 

Kasut jenis bertali jenama BUM Equipment ini juga stabil, ringan dan mempunyai sokongan yang baik untuk aktiviti larian di dalam bandar. 

Kaki anda juga boleh bernafas dengan baik dan tidak akan mudah berpeluh dan tiada masalah jika nak pakai kasut ini untuk berjalan-jalan di mall sepanjang hari sekali pun.

Kasut Sukan Wanita Lelaki K112
Kasut sukan murah 3 daripada 15
Kasut Sukan Wanita Lelaki K112
Partnership with
Dari RM18.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Unisex
Kasut lembut
Tapak agak keras pada bahagian tumit
2 lagi
4 pilihan warna
Pelbagai pilihan saiz

Walaupun harga kasut sukan ini murah tapi kualitinya sesuai dipakai untuk aktiviti riadah atau jogging. 

Terdapat 4 pilihan warna menarik iaitu hitam kelabu, hitam ungu, kelabu dan merah. 

Dengan warna yang disediakan boleh dipakai oleh lelaki mahupun wanita atau kanak-kanak.

Selain itu, turut menawarkan pelbagai saiz untuk semua, iaitu dari saiz 36 hinggalah saiz 44. 

Tapi, jika anda mempunyai kaki yang lebar, digalakkan untuk pilih 1 saiz yang lebih besar daripada saiz yang selalu anda pakai.

Apacs Badminton Shoes
Kasut sukan untuk badminton 4 daripada 15
Apacs Badminton Shoes
Partnership with
Dari RM88.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga berpatutan
Pelbagai pilihan saiz
Kurang sesuai digunakan untuk lari marathon
2 lagi
Bahagian depan kasut lebar
Terbaik untuk main badminton

Sering beriadah setiap petang dengan bermain badminton? Anda wajib dapatkan kasut badminton terbaik Apacs ini. 

Ini kerana bahagian Top-Cap kasut ini direka dengan Microfibre akan memberi keselesaan dan ketahanan pada kaki anda.

Selain itu, turut mempunyai kusyen anti gelincir pada bahagian pelapik dalam kasut. Oleh itu, tapak kaki anda tak sakit dan kekal stabil ketika bermain badminton. 

Kasut ini mampu menyerap kejutan dengan baik dan paling menarik, ada pelbagai pilihan saiz kasut yang ditawarkan, iaitu dari UK5 hingga UK11 dan UK12.

FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
Kasut sukan badminton 5 daripada 15
FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
Partnership with
Dari RM189.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kasut ringan
Kasut jenis bertali
Harga sedikit mahal
1 lagi
Cengkaman yang bagus

Jika anda ada bajet lebih, apa salahnya dapatkan kasut badminton jenama FELET yang berkualiti tinggi ini. 

Bahagian tapak di dalam kasut ini dilengkapi dengan kusyen yang bakal memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika bergerak di gelanggang badminton. 

Menariknya lagi terdapat 6 pilihan warna kasut antaranya biru/oren, biru/merah, merah/hitam dan hitam/kuning. 

Bukan itu sahaja, saiz kasut yang ada juga pelbagai iaitu dari saiz UK 6 hingga UK8. 

Memandangkan kasut ini jenis unisex, wanita dan lelaki boleh pakai tanpa masalah.

Thick Base Anti-Slip Water Shoe
Kasut untuk sukan air 6 daripada 15
Thick Base Anti-Slip Water Shoe
Partnership with
Dari RM13.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kasut jenis sarung
Ringan & lembut
Hanya sesuai untuk aktiviti dalam air
2 lagi
Kasut boleh dilipat
Material cepat kering

Kasut ini sesuai digunakan untuk sukan air ini kerana jenis elastik dan tidak berat apabila terkena air.

Ciri ini menjadikan kasut sukan ini sesuai dipakai di kawasan basah seperti tepi kolam atau di pantai. 

Jangan risau, tapak kasutnya yang jenis anti-gelincir dan tebal kerana diperbuat dari getah yang membolehkan anda untuk berjalan di atas pasir atau batu tanpa rasa sakit. 

Terdapat banyak pilihan saiz untuk semua jadi, semua peringkat umur tidak kira lelaki dan wanita boleh pakai kasut ini.

Adidas RUNNING Lite Racer 3.0 Shoes Black GY0699
Kasut sukan untuk jogging 7 daripada 15
Adidas RUNNING Lite Racer 3.0 Shoes Black GY0699
Partnership with
Dari RM229
Lihat harga di Shopee Malaysia
Unisex
Warna hitam menawan
Harga mahal
1 lagi
Pelbagai pilihan saiz

Walaupun mahal tapi kasut untuk berlari dan jogging Adidas ini mempunyai kusyen Cloudfoam yang sangat lembut pada bahagian tapak kaki. 

Hasilnya, tapak kaki anda tak mudah lenguh walaupun berlari dengan terlalu kuat. 

Malah, rekaan kasut sukan yang tidak terlalu sporty ini membolehkan anda untuk memakai ketika bertemu dengan rakan pada hujung minggu atau ke pusat beli belah. 

Barulah tak lenguh walaupun berjalan jauh untuk shopping kan.

Skechers Women BOBS Sport Squad Shoes - 117282-BLK
Kasut sukan perempuan 8 daripada 15
Skechers Women BOBS Sport Squad Shoes - 117282-BLK
Partnership with Skechers
Dari RM299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kasut jenis bertali
Boleh dibasuh dengan mesin cuci
Harga agak mahal
3 lagi
Diperbuat dari bahan kitar semula
Pelapik kasut menyerap kejutan
Kurang sesuai dipakai oleh lelaki

Kaum wanita yang mahu memulakan gaya hidup yang lebih sihat memang disarankan untuk dapatkan kasut sukan Skechers. 

Ini kerana jenama Skechers memang terkenal dengan keselesaan yang ditawarkan untuk anda jogging dan bersenam. 

Direka dengan insole yang berkusyen lembut kerana menggunakan Memory Foam. 

Manakala bahagian tapak kasutnya pula diperbuat daripada getah fleksibel yang boleh mencengkam dengan baik. Jadi, anda tak akan mudah tergelincir.

Line7 L7 S-2550 Men Jogging Shoes
Kasut sukan lelaki 9 daripada 15
Line7 L7 S-2550 Men Jogging Shoes
Partnership with
Dari RM125
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tahan lama
Kusyen lembut
Bukan jenis unisex
3 lagi
Melindungi buku lali
Mengawal berbau busuk
4 pilihan warna (hitam, Navy, kelabu & biru)

Kasut sport jenama Line7 yang diperbuat dari getah ini sesuai dipakai oleh kaum Adam untuk berjogging setiap petang. 

Terdapat pelbagai pilihan saiz yang ditawarkan, iaitu dari UK5 hingga saiz UK10. Lelaki yang berkaki lebar pun boleh pakai. 

Kasut ini mempunyai bahagian tumit yang cukup stabil untuk mengurangkan tekanan dan geseran ketika berlari. 

Bahagian pelapik kasut yang diperbuat daripada pad lembut pula boleh menyerap kejutan, jadi kasut tetap selesa dipakai walaupun ketika melalui permukaan jalan yang tak rata.

PUMA Fierce 2 Women's Training Shoes
Kasut sukan untuk zumba 10 daripada 15
PUMA Fierce 2 Women's Training Shoes
Partnership with Puma
Dari RM359.20
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ringan
Kusyen pelapik kasut lembut
Harga mahal
1 lagi
Banyak pilihan saz (dari UK3-UK6.5)

Untuk wanita yang ingin menambah koleksi kasut sukan, apa kata dapatkan kasut training PUMA yang direka khas untuk kaum Hawa. 

Bukan sahaja boleh digunakan untuk berlatih menari, malah boleh juga dipakai untuk aktiviti light training atau ketika keluar bersiar-siar. 

Kasut sport ini tidak menggunakan tali yang perlu diikat, sebaliknya hanya perlu disarungkan kerana bukaan kasut boleh diregangkan. 

Lapisan tengah pelapik kasut menggunakan EVA foam yang sangat lembut namun tahan lama. 

Memang sangat selesa dipakai untuk berzumba atau melakukan aerobik.

ASICS Gel-Kayano 28 Men Running Shoes In Olive CanvasBlack
Kasut sukan untuk kaki flat 11 daripada 15
ASICS Gel-Kayano 28 Men Running Shoes In Olive Canvas/Black
Partnership with
Dari RM489.30
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tak mudah lenguh
Kaki boleh bernafas
Harga mahal
2 lagi
Bahagian tumit lebih stabil
Tidak sesuai dipakai oleh wanita

Jenama kasut sukan ini pula direka dengan tumit yang stabil agar anda boleh berjalan dan berlari dengan lebih stabil agar kaki mendarat lebih lembut di permukaan trek jogging. 

Kasut Gel-Kayano 28 juga mempunyai kusyen ringan yang diperbuat daripada foam di lapisan tengah pelapik kasut agar kaki boleh melantun dengan baik ketika berlari. 

Malah dapat memberikan sokongan dan keselesaan yang terbaik kepada kaki anda. 

Manakala tapak kasut ini pula adalah 50% tahan lebih lama daripada kasut ASICS standard yang lain. 

Uniknya lagi, kasut sukan ini diperbuat daripada material mesh yang akan memberikan pengudaraan yang baik pada kaki. Jadi, tak mudah busuk walaupun berpeluh.

Adidas Unisex Crazyflight Bounce Tokyo Volleyball Shoe (FX1769)
Kasut sukan untuk bola tampar 12 daripada 15
Adidas Unisex Crazyflight Bounce Tokyo Volleyball Shoe (FX1769)
Partnership with
Dari RM479
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai juga untuk main bola baling
Untuk lelaki & wanita (unisex)
Harga terlalu mahal
2 lagi
Tali kasut boleh adjust
Ringan

Kasut sukan Adidas ini bukan sahaja boleh dipakai untuk bermain bola tampar, malah boleh digunakan untuk menguasai gelanggang indoor lain termasuk badminton. 

Ini kerana bahagian tapak kasutnya yang diperbuat daripada getah dan material EVA tidak mudah tergelincir kerana permukaan gelanggang boleh dicengkam dengan kuat. 

Selain itu, kasut ini juga sangat stabil dan boleh menyokong kaki dengan baik agar si pemakai boleh melompat tanpa tergelincir. 

Paling penting diperbuat daripada fabrik fleksibel yang boleh diregangkan dan dijamin kasut sukan tak mudah koyak atau rosak.

Under Armour UA Women's HOVR™ Apex 2 Training Shoes
Kasut sukan untuk workout 13 daripada 15
Under Armour UA Women's HOVR™ Apex 2 Training Shoes
Partnership with
Dari RM377.40
Lihat harga di Shopee Malaysia
2 pilihan warna (biru & putih)
Tumit kaki rasa stabil
Harga terlalu mahal
3 lagi
Tahan lama
Ringan
Rekaan feminin, tak sesuai dipakai oleh lelaki

Kami sarankan wanita yang sering menyertai zumba, Crossfit, Hiit training atau selalu bersenam di gimnasium untuk dapatkan kasut Under Armour ini. 

Kasut sukan ini direka dengan UA TriBase yang boleh memaksimakan sentuhan dengan permukaan dan gerakan kaki anda juga tampak semula jadi. 

Sekali gus memberikan fleksibiliti untuk mencengkam dengan baik ketika angkat berat. 

Yang penting, terdapat kusyen yang tebal dan lembut untuk menyokong buku lali. 

New Balance Men Fresh Foam X 860v13 Running Shoe (X-Wide)
Kasut sukan untuk kaki lebar 14 daripada 15
New Balance Men Fresh Foam X 860v13 Running Shoe (X-Wide)
Partnership with
Dari RM709
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk jogging & berlari
Pelbagai pilihan saiz
Harga terlalu mahal
2 lagi
Kaki tak mudah sakit
Kasut jenis lebar

Buat kaum Adam yang mengalami kesukaran untuk beli kasut sukan gara-gara kaki anda yang bersaiz lebar, boleh dapatkan kasut sport New Balance ini. 

Ia direka khas untuk golongan seperti anda kerana saiznya lebih lebar dari kasut lain yang ada di pasaran. 

Lagipula, bahagian pelapik dalam kasutnyajuga sangat lembut dan selesa serta diperbuat dari bahan yang boleh diperbaharui semula untuk membantu menjaga alam sekitar. 

Bahagian atas kasut pula jenis berjaring agar kaki anda tetap boleh bernafas dengan baik dan tak mudah busuk walaupun berpeluh.

Decathlon Running Shoes Men (High Cushioning) Grey - Kalenji
Kasut sukan Decathlon 15 daripada 15
Decathlon Running Shoes Men (High Cushioning) Grey - Kalenji
Partnership with Decathlon
Dari RM69
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sangat ringan
Muat dengan selesa
Tidak sesuai untuk lari marathon
2 lagi
Harga murah bawah RM50
Sesuai untuk pelari beginners

Kasut larian Decathlon ini direka khas untuk lelaki yang berlari sekali atau 2 kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. 

Jadi,  memang terbaik untuk aktiviti riadah dan senaman ringan. 

Malah, pemilihan warna kelabu pada kasut ini pula membuatkan tampak ringkas tapi masih tetap sporty. 

Paling penting, ada banyak pilihan saiz untuk semua kerana ada saiz EU39 hinggalah EU45.


Apa Perbezaan Antara Kasut Trainers & Kasut Sukan? 

Trainers dan kasut sukan (sport shoes) adalah kasut yang sama tapi terdapat sedikit perbezaan.

Ini kerana setiap sukan mempunyai pergerakan yang berbeza dan ini menjadikan ciri-ciri sesebuah kasut berlainan.

Jom dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah tentang running shoes dan training shoes.


Boleh Ke Guna Kasut Larian Sebagai Kasut Sukan? 

Kasut berlari atau running shoes boleh dipakai ketika anda beriadah di gym jika anda sering bersenam dengan cara berjalan atau berlari di atas treadmill. 

Tapi, jika anda memang sering menyertai aktiviti sukan seperti bermain badminton atau zumba setiap minggu dengan kerap, adalah lebih baik anda dapatkan kasut sukan khas untuk setiap sukan tersebut. 

Ini kerana kasut berlari (running shoes) selalunya direka untuk hanya menyokong pergerakan ke arah depan dan ia ringan.

Manakala training shoes pula menyokong pergerakan ke pelbagai arah dan ia lebih tahan lama. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation