Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
essential oil

10 Minyak Pati (Essential Oil) Terbaik di Malaysia 2024

Percaya atau tidak, essential oil boleh beri tidur yang cukup serta mengurangkan stres.

Hidup anda sering dibelenggu tekanan hingga menyebabkan anda sukar tidur nyenyak pada waktu malam? 

Jika ya, apa kata cuba aromaterapi dengan menggunakan minyak pati atau essential oils yang diperbuat daripada ekstrak bahan botani seperti bunga dan daun tumbuhan.

Ini kerana aroma essential oil ini boleh beri kebaikan tidur yang cukup, membantu menenangkan fikiran serta mengurangkan stres.

Oleh itu, kali ini kami kongsikan dengan anda 10 jenis dan jenama essential oil yang bagus dan aroma essential oil terbaik untuk anda. 


Senarai 10 Jenama Essential Oil Terbaik

Essential oil terbaik secara keseluruhan
Tanamera Essential Oil Lavender 10ml
Tanamera Essential Oil Lavender 10ml
mulai
RM46.80
Semak Tanamera Essential Oil Lavender 10ml harga dibawah:
add_circle Membantu mengurangkan migrain
add_circle Melegakan ketegangan
add_circle 100% semula jadi
add_circle Merawat jerawat
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kuantiti sedikit

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Minyak pati jenama Tanamera dengan bauan Lavender ini sesuai digunakan oleh anda yang susah lelapkan mata setiap malam kerana boleh jadi rawatan alternatif untuk insomnia. 

Ciri-ciri;

Bagus untuk mengurangkan masalah gementar, sakit kepala serta tekanan emosi. 

Turut berkesan jika dijadikan penghalau serangga yang mengganggu anda untuk tidur nyenyak.   

Selain boleh rawat rambut gugur, jenama essential oil yang bagus ini membantu dalam rawatan sakit perut, perut kembung, muntah dan perut senak. 

Cara penggunaannya juga mudah, hanya perlu tambahkan 5-8 titik minyak ini ke dalam air dalam air dalam oil burner atau campurkan 5 titik ke dalam 10ml minyak pelarut.

Review;

‘Saya guna minyak pati Lavender ini ketika nak tidur dan setiap kali nak tenangkan diri. Baunya pun best, suka sangat. Memang puas hati dengan kualitinya,’

Rosemary essential oil
Claire Organics Rosemary Pure Essential Oil
Claire Organics Rosemary Pure Essential Oil
mulai
RM42.00
Semak Claire Organics Rosemary Pure Essential Oil harga dibawah:
add_circle Boleh sihatkan rambut & kulit kepala
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Tanpa paraben & alkohol
add_circle Tidak merengsakan kulit
add_circle 100% vegetarian
remove_circle Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil

Diperbuat daripada ekstrak daun pokok Rosemary, minyak pati Claire Organics ini sesuai untuk melegakan badan yang penat bekerja dan memberi tenaga kepada minda. 

Terdapat 3 cara untuk anda gunakan minyak ini iaitu dengan gunakannya dengan diffuser dan letakkannya di sisi anda ketika sedang berehat, membaca atau sebelum tidur. 

Boleh juga disapu pada badan seperti tapak kaki dan dada.

Tapi sebelum itu, anda perlu campurkan essential oil ini dengan carrier oil (minyak pelarut) seperti minyak avokado dan Jojoba.

Ini kerana jika disapu begitu sahaja, ia boleh sebabkan alergi kulit. 

Nak lagi best, boleh tambahkan 6-10 titik minyak ini dalam air mandian agar kulit lebih lembab.

Frankincense untuk kerohanian
Claire Organics Frankincense Pure Essential Oil
Claire Organics Frankincense Pure Essential Oil
mulai
RM72.00
Semak Claire Organics Frankincense Pure Essential Oil harga dibawah:
add_circle 100% diimport dari Australia
add_circle Bau segar seperti bau lemon
add_circle Melegakan kulit kering
add_circle Tidak toksik
remove_circle Perlu campurkan minyak pati dengan minyak pelarut (carrier oil) jika mahu disapu pada badan

Selain boleh digunakan dalam alat diffuser, minyak pati Frankincense ini juga boleh dihidu untuk menambah baik kuasa otak dan tenaga anda. 

Malah boleh dicampur dalam air mandian untuk menenangkan badan yang penat. 

Uniknya lagi, tiada masalah juga jika ia dicampur dengan air biasa di dalam botol spray. 

Kemudian, goncangkan botol itu agar campuran kedua-dua bahan tadi sebati. 

Selepas itu, boleh semburkannya pada udara untuk menyegarkan mood anda. 

Manakala untuk dapatkan kulit yang cantik, digalakkan untuk tambahkan beberapa titik minyak ini ke dalam krim pelembab sebelum sapukannya pada wajah.

Essential oil untuk diffuser
Deroma Humidifier Essential Oil 30ml
Deroma Humidifier Essential Oil 30ml
mulai
RM28.50
Semak Deroma Humidifier Essential Oil 30ml harga dibawah:
add_circle Bau-bauan menenangkan
add_circle Selamat digunakan
add_circle Terdapat 10 pilihan bau
add_circle Menyegarkan bau bilik
remove_circle Tidak boleh digunakan pada kulit

Untuk anda yang gemarkan bau wangi dalam bilik, di ruang tamu atau pejabat, kami sarankan anda untuk guna minyak pati ini.

Essential oil ini diformulasikan khas untuk kegunaan alat humidifier dan diffuser terbaik Malaysia. 

Antara bau-bauan menarik yang boleh anda pilih ialah English Lavender (untuk tenangkan diri & kurangkan stres) dan Chamomile & Lavender (agar tidur lebih nyenyak). 

Ada juga bau seperti Peppermint & Eucalyptus bagi melegakan sakit kepala & membantu pernafasan dan Ylang Ylang & Mangnolia (untuk bangkitkan mood dan kreativiti anda). 

Cara untuk gunanya juga sangat ringkas, hanya perlu penuhkan tangki humidifier atau air purifier anda dengan air bersih dan campurkan dengan beberapa titik minyak pati ini. 

Kemudian, boleh guna alat itu seperti biasa. 

Thieves essential oil
Young Living Essential Oils (Thieves 15ml)
Young Living Essential Oils (Thieves 15ml)
mulai
RM36.60
Semak Young Living Essential Oils (Thieves 15ml) harga dibawah:
add_circle Boleh membantu ketika demam
add_circle Bau unik & wangi
add_circle Mengurangkan sakit telinga
remove_circle Harga terlalu mahal

Minyak pati dengan aroma Thieves ini merupakan antara produk best-seller dari Young Living kerana memiliki bau yang menarik. 

Lagipun bagus untuk menyokong sistem daya tahan badan terutamanya ketika orang di sekeliling anda sakit seperti demam. 

Bukan itu sahaja, dikatakan boleh melegakan sakit tekak jika anda hidu baunya. 

Seperti essential oil yang lain, boleh gunakan minyak pati ini dengan alat diffuser.

Peppermint untuk bersenam
Now Foods Essential Oils Peppermint
Now Foods Essential Oils Peppermint
mulai
RM27.00
Semak Now Foods Essential Oils Peppermint harga dibawah:
add_circle 3 pilihan saiz, 30ml, 59ml & 118ml
add_circle Untuk kegunaan aromaterapi
add_circle 100% minyak pati asli
add_circle Harga berpatutan

Jika anda suka aroma essential oil terbaik yang menyegarkan seperti daun pudina, memang wajib gunakan minyak pati Peppermint ini. 

Lagipun bau pudina boleh mengurangkan tekanan, mengurangkan masalah batuk dan menyegarkan penafasan serta udara.

Bagi mereka yang mempunyai bilik khas senaman, boleh letak aroman minyak pati ini untuk membantu tubuh menjadi lebih segar dan cergas.

Boleh tambahkan beberapa titik essential oil terbaik Malaysia jenama Now ini ke dalam tangki air diffuser anda. 

Ingin diingatkan jika sapu pada kulit, anda perlu campurkan minyak pati ini dengan carrier oil seperti minyak zaitun, badam atau jojoba oil.

Geranium essential oil
Evoke Occu 10ML/30ML Geranium Essential Oil
Evoke Occu 10ML30ML Geranium Essential Oil
mulai
RM3.88
Semak Evoke Occu 10ML/30ML Geranium Essential Oil harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk buat lilin homemade
add_circle 2 pilihan saiz, 10ml & 30ml
add_circle Boleh guna dalam diffuser
add_circle Bau menenangkan
remove_circle Ibu hamil & menyusu badan perlu dapatkan nasihat doktor sebelum guna

Minyak pati Evoke ini pula bukan hanya bagus untuk memberikan tenaga-tenaga positif kepada pengguna malah dapat memberi kesegaran pada ruang.  

Misalnya membantu menghilangkan bau busuk di setiap ruang seperti bilik tidur, ruang tamu dan tandas kerana baunya jenis wangi floral. 

Jika anda seorang yang suka buat sabun sendiri, boleh tambahkan sekitar 0.5% hingga 2% minyak ini ke dalam sabun homemade anda agar lebih beraroma. 

Jangan risau,  harganya sangat murah berbanding jenama lain di pasaran.

Lavender untuk rutin waktu malam
doTERRA Essential Oil Lavender 15ml
doTERRA Essential Oil Lavender 15ml
mulai
RM39.40
Semak doTERRA Essential Oil Lavender 15ml harga dibawah:
add_circle Boleh ditambah ke dalam air mandian
add_circle Melegakan iritasi kulit yang sederhana
add_circle Membantu mengurangkan perasaan tekanan
remove_circle Perlu larutkan dengan minyak kelapa jika mahu disapu pada kulit

Sukar lelapkan mata pada waktu malam atau sering rasa gelisah? 

Wajib cuba essential oil Lavender doTERRA ini kerana ia boleh bantu untuk tidur lebih lena. 

Boleh titikkan beberapa titis essential oil Lavender ini pada bantal dan cadar sebelum waktu tidur. 

Selain itu, boleh juga tambahkan 3-4 titik minyak pati ini ke dalam alat diffuser

Campuran essential oil untuk tidur ini dengan air dalam diffuser akan membantu anda untuk lena. 

Barulah anda lebih fokus dalam setiap aktiviti sebab anda boleh rasai sendiri kebaikan tidur yang cukup.

Yang penting, bilik atau ruang tamu juga bakal berbau wangi, jadi tiada lagi bau kepam.

Cedarwood essential oil
Evoke Occu 10ML Cedarwood Essential Oil
Evoke Occu 10ML Cedarwood Essential Oil
mulai
RM3.88
Semak Evoke Occu 10ML Cedarwood Essential Oil harga dibawah:
add_circle Boleh jadi penghalau serangga
add_circle Kurangkan kegelisahan
add_circle Bau wangi semula jadi
add_circle Antibakteria
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak boleh disapu secara terus pada kulit

Bau bilik yang kepam boleh mengganggu anda untuk berehat atau fokus ketika bekerja.

Jalan penyelesaian, dapatkan minyak pati bauan Cedarwood yang boleh mengurangkan bau busuk ini. 

Boleh tambah beberapa titik essential oil ini ke dalam air diffuser atau humidifier untuk dijadikan aromaterapi. 

Bukan itu sahaja, anda boleh tambahkan beberapa titik minyak ini ke dalam botol spray yang berisi air. 

Kemudian, goncang sehingga kedua-duanya sebati sebelum disembur ke udara bilik atau ruang tamu.

Sweet Orange essential oil
Plant Therapy Orange Sweet Essential Oil
Plant Therapy Orange Sweet Essential Oil
mulai
RM48.00
Semak Plant Therapy Orange Sweet Essential Oil harga dibawah:
add_circle Bau oren segar & wangi
add_circle Boleh guna dalam diffuser & humidifier
add_circle 3 pilihan saiz, 10ml, 30ml & 100ml
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Ibu hamil perlu dapatkan nasihat doktor sebelum guna

Minyak pati oren dari Plant Therapy ini pula boleh bantu merangsang sistem pertahanan badan dan melegakan ketegangan. 

Malah boleh memberikan tenaga dan menenangkan diri anda dan selamat juga dihidu oleh kanak-kanak. 

Lagi bagus, aroma essential oil terbaik ini boleh bangkitkan mood dan kurangkan perasaan sedih yang dialami. 

Boleh dicampur dengan minyak pati lain seperti Bergamot, Lemon, Vanilla, Frankincense dan Geranium untuk aroma yang lebih menarik.


Apa Kebaikan Minyak Pati?

Essential oil atau lebih dikenali sebagai minyak pati dalam bahasa Melayu sering digunakan untuk aromaterapi kerana ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan kita. 

Ini kerana minyak pati ini diperbuat daripada bahan yang berasaskan ekstrak tumbuhan yang bagus. 

Setiap minyak pati memiliki kebaikan yang berbeza-beza, antaranya seperti berikut:

  • Minyak pati Lavender boleh melegakan stres & membantu kita untuk tidur dengan nyenyak 
  • Minyak pati lemon boleh digunakan untuk membantu masalah penghadaman, membangkitkan mood serta legakan sakit kepala 
  • Minyak pati Tea Tree boleh melawan jangkitan 
  • Ada minyak pati yang bagus untuk merangsang tenaga manusia 
  • Ada juga minyak pati yang boleh mengurangkan mual, meningkatkan tahap konsentrasi kita & kurangkan keradangan 
  • Paling bagus, ada juga minyak yang dikatakan boleh mengurangkan keresahan (anxiety) 

Artikel Berkaitan

End of Article