Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
minyak cengkih

7 Minyak Cengkih Untuk Terapi Murah & Terbaik 2024

Ramai tak tahu khasiat minyak cengkih.

Kebiasaannya jika kurang sihat kita akan pergi mendapatkan rawatan di klinik dan akan menerima ubat daripada doktor. 

Namun, anda juga boleh mencari ikhtiar lain sekiranya masih lagi sakit selepas makan ubat-ubatan moden.

Perubatan tradisional seperti meminum minuman herba, atau menggunakan minyak urutan herba sememangnya terkenal di negara kita.

Jika anda sering mengalami batuk-batuk, selesema atau sakit alahan yang lain, anda mungkin boleh mencuba ubat tradisional seperti minyak bunga cengkih.

Bukan apa, ramai tak tahu khasiat minyak cengkih. Jadi kami kongsikan senarai jenama dan harga minyak cengkih berpatutan untuk terapi harian anda.


Senarai 7 Minyak Cengkih Murah & Terbaik

Minyak cengkih terbaik secara keseluruhan
Minyak Aromaterapi Cengkih Wagas Oil
Minyak Aromaterapi Cengkih Wagas Oil
mulai
RM17.50
Semak Minyak Aromaterapi Cengkih Wagas Oil harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk newborn baby
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Jumlah minyak sikit

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Minyak Aromaterapi Cengkih Wagas Oil ini mudah digunakan kerana botolnya adalah jenis roll

Ciri-ciri;

Ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Anda boleh juga gunakan pada bayi yang baru lahir.

Lagipun hanya perlu roll minyak cengkih ini di tangan, dan sapukan di kawasan dada, belakang badan dan tapak kaki.

Selain pada tangan dan badan, minyak bunga cengkih ini boleh disapukan pada bantal juga sebelum anda tidur. Ini bagi menambah aroma bunga cengkih semasa anda tidur.

Untuk masalah selesema, anda boleh sapukan secara nipis minyak cengkih ini pada bahagian hidung.

Selain selesema dan batuk, minyak cengkih ini juga sesuai untuk meredakan atau merawat masalah kahak, masalah penafasan, sakit kepala serta sakit gigi.

Walaupun minyak bunga cengkih ini digunakan untuk pelbagai rawatan, harga minyak cengkih ini masih lagi murah.

Ulasan;

“Alhamdulillah bila sapu minyak ni malam-malam, anak dah mula tidur lena. Masalah batuk pun makin berkurangan.”

Minyak cengkih viral
Minyak Cengkih Raed
Minyak Cengkih Raed
mulai
RM100.00
Semak Minyak Cengkih Raed harga dibawah:
add_circle Mengandungi Vitamin E
add_circle Sesuai untuk newborn baby
remove_circle Mahal sedikit

Jika anda mencari minyak bunga cengkih viral, Minyak Cengkih Raed ini antara yang popular di TikTok.

Anda boleh menggunakan minyak cengkih ini kepada bayi yang baru lahir tanpa risau kesan sampingan buruk.

Selain itu, di dalam minyak cengkih ini juga mengandungi Vitamin E dan coconut oil sebagai salah satu khasiat minyak cengkih jenama Raed untuk kesan terapi yang lebih baik.

Selain dari batuk, selesema, dan masalah kahak, minyak bunga cengkih ini juga boleh digunakan untuk merawat masalah kembung perut bayi anda.

Botol yang digunakan pula adalah jenis roll, jadi ia mudah digunakan pada anak-anak anda tanpa perlu risau risiko tertumpah.

Walaupun harga minyak cengkih ini mahal sedikit berbanding jenama lain, namun anda akan memperolehi minyak cengkih dengan isi padu 10ml. 

Antara sebab Minyak Cengkih Raed ini viral adalah keberkesanannya mengeluarkan lendir kahak dari dalam badan.

Minyak Cengkih Sakit Gigi
Minyak Cengkih Ruqyah As’syifa
Minyak Cengkih Ruqyah As’syifa
mulai
RM14.80
Semak Minyak Cengkih Ruqyah As’syifa harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk sakit gigi
add_circle Boleh menghilangkan loya
remove_circle Kurang berkesan untuk masalah kahak

Jika anda mempunyai masalah sakit gigi, anda boleh gunakan Minyak Cengkih Ruqyah As’syifa ini dahulu sebelum menunggu appointment klinik gigi.

Untuk setiap pembelian, anda akan mendapat jumlah isi padu minyak bunga cengkih sebanyak 10ml. 

Selain itu, botol yang digunakan juga adalah jenis roll, jadi mudah digunakan dan disapukan pada tempat yang sepatutnya.

Selain melegakan sakit gigi, anda juga boleh menggunakan minyak bunga cengkih ini untuk melegakan loya, sakit kepala, dan sakit sendi atau urat.

Bagaimanapun, untuk masalah kahak yang kronik, minyak bunga cengkih ini kurang menampakkan hasilnya.

Kelebihan tambahan untuk pengguna muslim, minyak ini juga dikatakan telah diruqyah dengan ayat Syifa.  

Minyak cengkih untuk batuk
Minyak Angin Cengkih Suhib
Minyak Angin Cengkih Suhib
mulai
RM9.50
Semak Minyak Angin Cengkih Suhib harga dibawah:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Isi padu minyak banyak
remove_circle Botol bukan jenis roll
remove_circle Untuk kegunaan luar sahaja

Anda boleh dapatkan Minyak Angin Cengkih Suhib ini untuk merawat masalah batuk ataupun masalah lain seperti sakit kepala, sakit pinggang, sesak nafas dan sakit kepala.

Apa yang menarik adalah harga minyak cengkih ini dijual pada harga yang sangat murah. Memang sesuai untuk golongan B40.

Walaupun murah, khasiat yang terkandung dalam minyak ini tetap sama seperti minyak bunga cengkih lain untuk merawat sakit seperti batuk dan selesema.

Dengan harga yang murah, anda akan mendapat isi padu minyak cengkih sebanyak 15ml. Jadi akan tahan lebih lama dan tidak cepat habis.

Bagaimanapun, minyak ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja dan jenis botol yang digunakan bukan jenis roll.

Minyak cengkih baby
Minyak Cengkih Junior
Minyak Cengkih Junior
mulai
RM9.90
Semak Minyak Cengkih Junior harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk newborn baby
add_circle Mengandungi pelbagai herba lain
remove_circle Kurang sesuai untuk orang dewasa

Jika anda merupakan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak pertama, ini merupakan minyak bunga cengkih khas untuk bayi anda.

Bayi yang baru lahir kebiasaannya mudah terdedah dengan masalah seperti kembung perut, selesema dan batuk. 

Minyak Cengkih Junior ini berupaya melegakan masalah perut kembung, penafasan serta batuk dan selesema bayi anda.

Bukan itu sahaja, minyak bunga cengkih ini juga dikatakan boleh melembap dan menyihatkan kulit si manja.

Selain itu, minyak ini turut bertindak sebagai antibakteria dan antioksidan bagi melindungi bayi anda dari mudah terkena jangkitan kuman atau mudah jatuh sakit.

Minyak cengkih di farmasi
Minyak Bunga Cengkih Muscare
Minyak Bunga Cengkih Muscare
mulai
RM20.00
Semak Minyak Bunga Cengkih Muscare harga dibawah:
add_circle Berdaftar dengan KKM
add_circle Boleh campur dalam minuman
remove_circle Kurang sesuai untuk bayi

Jika anda suka memakai produk kesihatan yang telah berdaftar dengan KKM kerana kelihatan lebih menyakinkan, anda boleh dapatkan Minyak Bunga Cengkih Muscare.

Apa yang menarik tentang minyak bunga cengkih ini adalah mempunyai ramuan 44 jenis herba tempatan terpilih. 

Bukan sahaja dapat melegakan masalah seperti batuk dan selesema, tetapi mampu melegakan badan dari masalah vertigo, pening dan sakit kepala.

Selain dapat digunakan secara luaran, minyak bunga cengkih ini juga boleh diminum bersama campuran air suam atau panas bagi melegakan sakit tekak berpanjangan.

Selepas menggunakan minyak bunga cengkih ini, penafasan anda dikatakan akan lebih lancar dan tekak anda juga akan berasa nyaman.

Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah bunyi bising di telinga, masalah tersebut akan beransur hilang. 

Minyak cengkih untuk selesema
Minyak Aromaterapi Cengkih Bidan Liza
Minyak Aromaterapi Cengkih Bidan Liza
mulai
RM10.00
Semak Minyak Aromaterapi Cengkih Bidan Liza harga dibawah:
add_circle Boleh mengurangkan stres
add_circle Boleh menyegarkan badan
remove_circle Botol bukan jenis roll.

Minyak bunga cengkih Bidan Liza ini dikatakan bukan sahaja mampu melegakan masalah selesema, tetapi turut mampu mengurangkan stress.

Dengan harga yang murah, anda akan mendapat isi padu minyak bunga cengkih sebanyak 10ml. 

Selain itu, jika anda mempunyai masalah kulit gatal, anda boleh sapukan minyak bunga cengkih ini pada bahagian yang terkesan untuk melegakan rasa gatal.

Untuk ibu-ibu mengandung, minyak bunga cengkih ini juga mampu menghilangkan rasa loya atau mual dan dapat menyegarkan badan.

Bagaimanapun, botol minyak bunga cengkih ini bukan jenis roll dan perlu titikan pada tangan anda untuk menggunakannya.


Kebaikan Minyak Cengkih

Jika kita sering mengalami masalah kesihatan seperti batuk, selesema, sakit kepala atau masalah penafasan, tentu kita akan mencari produk kesihatan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. 

Produk kesihatan seperti minyak bunga cengkih antara yang menjadi pilihan dalam merawat atau melegakan masalah-masalah kesihatan yang disebutkan tadi. 

Tidak asing lagi, kita mengetahui bahawa bunga cengkih mempunyai banyak khasiat termasuk mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh. 

Khasiat minyak cengkih tidak hanya kepada masalah kesihatan seperti batuk dan selesema, tetapi ia turut digunakan untuk melegakan sakit gigi, sendi serta urat. 

Selain orang dewasa, minyak bunga cengkih ini turut digunakan untuk kanak-kanak dan juga bayi yang baru lahir. 

Untuk newborn baby pula, kebiasaanya minyak bunga cengkih ini digunakan untuk melegakan masalah kembung perut.

Selain untuk rawatan, terdapat juga produk minyak cengkih yang digunakan untuk menghilangkan rasa ngantuk dan memberi kesegaran pada badan. 

Bagaimanapun, penggunaan minyak bunga cengkih haruslah mengikut garis panduan yang ditetapkan.


Artikel Berkaitan

End of Article