Jawapan ringkas: minyak angin terbaik di Malaysia ialah Freshcare Medicated Oil Roll On, dari RM6.50 di Shopee Malaysia (harga disemak 24 September 2026, 749 jualan, rating 5.0). Bentuk roll-on tidak tumpah dan senang dibawa ke mana-mana. Kalau anda cari jenama klasik yang keluarga lama guna, Minyak Angin Cap Kapak dari RM4.30 tetap pilihan popular dengan 532 jualan.
Kalau pening kepala atau sakit perut, pasti ramai yang akan sapu minyak angin untuk melegakan kesakitan tersebut.
Kandungan
- Panduan Memilih Minyak Angin
- 12 Minyak Angin Terbaik, Disusun Mengikut Kegunaan
- Pilihan Terbaik Keseluruhan: Freshcare Medicated Oil Roll On
- Terbaik untuk Aromaterapi: Safecare Minyak Angin Aromatherapy
- Terbaik untuk Jenama Klasik: Minyak Angin Cap Kapak
- Terbaik untuk Bau Limau: Yu Yee Oil Cap Limau
- Terbaik untuk Bajet Rendah: Eagle Brand Green Medicated Oil Minyak Angin Cap Lang
- Terbaik untuk Jenama Antarabangsa: Tiger Balm White
- Terbaik untuk Minyak Thai: Thai Siang Pure Oil
- Terbaik untuk Sakit Otot: Kwan Loong Medicated Oil
- Terbaik untuk Ketenangan: Minyak Angin Aromatherapy Bidara Ruqyah
- Terbaik untuk Bayi & Kanak-Kanak: Minyak Bayini Mestika
- Terbaik untuk Herba Tradisional: TYT Herbal Medicated Oil
- Terbaik untuk Krim Gamat: Krim Susu Kambing & Gamat MH Saujana Mega Teratai Mustafa Itam
- Bagaimana Kami Pilih
- Soalan Lazim
- Artikel berkaitan
Penggunaan minyak sakit perut atau minyak buang angin ada banyak kebaikannya kepada kita jika digunakan dengan betul.
Tidak sesuai minyak angin sesuai dengan kulit seseorang, jadi anda jangan lupa untuk melakukan patch test pada kulit sebelum sapukan dalam kuantiti yang banyak.
Jika anda mencari minyak angin yang sesuai untuk pelbagai kegunaan, jom lihat senarai minyak angin terbaik untuk anda seisi keluarga.
Minyak Angin Cap KapakRM4.30Shopee
Freshcare Medicated Oil Roll OnRM6.50Shopee
Yu Yee Oil Cap LimauRM29.30Shopee
Eagle Brand Green Medicated Oil Minyak Angin Cap LangRM1.95Shopee
Tiger Balm WhiteRM12.90Shopee
Thai Siang Pure OilRM21.88Shopee
Kwan Loong Medicated OilRM16.40Shopee
Safecare Minyak Angin AromatherapyRM5.99Shopee
Minyak Angin Aromatherapy Bidara RuqyahRM13Shopee
Minyak Bayini MestikaRM9.60Shopee
TYT Herbal Medicated OilRM18.78Shopee
Krim Susu Kambing & Gamat MH Saujana Mega Teratai Mustafa ItamRM15.90Shopee
Panduan Memilih Minyak Angin
Bentuk Botol Atau Roll-On?
Botol tradisional lebih pekat dan tahan lama, manakala roll-on lebih senang dibawa dan tidak mudah tumpah dalam beg. Pilih ikut gaya hidup anda.
Kandungan Minyak Untuk Kegunaan Tertentu
Minyak angin dengan kandungan minyak pudina (peppermint) dan kayu putih (eucalyptus) lebih sesuai untuk masalah pencernaan, manakala kandungan methyl salicylate lebih sesuai untuk sakit otot.
Sesuai Untuk Siapa?
Sesetengah jenama (contohnya Minyak Bayini) diformulasi khas untuk bayi dan kanak-kanak dengan kepekatan yang lebih rendah. Jangan guna minyak angin dewasa pada bayi tanpa nasihat doktor.
12 Minyak Angin Terbaik, Disusun Mengikut Kegunaan
Pilihan Terbaik Keseluruhan: Freshcare Medicated Oil Roll On
2 lagi
Tampil dengan pelbagai pilihan bauan aromaterapi seperti teh hijau, citrus dan cherry, minyak angin Freshcare ini anda boleh beli mengikut pilihan masing-masing.
Freshcare Medicated Oil Roll On ini mampu memberikan anda ketenangan dan menyegarkan tubuh serta minda anda dengan pantas.
Sangat berkesan juga untuk melegakan simptom demam seperti sakit kepala, sakit-sakit otot dan stres.
Untuk anda yang selalu mengalami loya akibat mabuk dalam perjalanan, anda perlu ada sekurangnya sebotol minyak ini dalam beg.
Kalau nak hilangkan rasa mengantuk ketika pandu kereta pun boleh, hanya sapu sahaja pada belakang tengkuk anda.
Selain sesuai untuk kegunaan orang dewasa dan remaja, minyak angin jenis roll ini tidak berbau herba dan anda boleh gunakan di mana sahaja.
Terbaik untuk Aromaterapi: Safecare Minyak Angin Aromatherapy
3 lagi
Untuk anda yang sering loya atau mual akibat mabuk perjalanan (motion sickness), anda boleh bawa minyak angin dalam bentuk roll-on ini.
Dengan saiz yang kecil, minyak angin ini amat senang untuk dibawa balik kampung dan bercuti ke luar negara.
Dirumuskan daripada menthol, kapur barus dan minyak pati, minyak angin ini akan memberikan rasa dingin yang menyegarkan untuk melegakan badan yang masuk angin.
Menarik lagi, minyak aromaterapi ini juga boleh meredakan kegatalan akibat gigitan nyamuk dan semut.
Bagaimanapun, minyak angin ini tidak disarankan untuk di sapu d bahagian bawah hidung bagi mengelakkan kesan iritasi pada kulit.
Terbaik untuk Jenama Klasik: Minyak Angin Cap Kapak
2 lagi
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Minyak angin Cap Kapak ini antara minyak angin paling popular di Malaysia ini mampu mengurangkan sakit kepala dan simptom selesema dengan cepat.
Ciri-ciri;
Minyak angin ini juga berkesan untuk mengurangkan rasa kegatalan pada kulit akibat gigitan serangga.
Selain itu, mampu memberi kelegaan sementara dengan berkesan untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan pada perut akibat senggugut atau masuk angin.
Cara penggunaan sangat mudah, anda perlu titiskan beberapa titis minyak angin pada kawasan yang sakit dan urut dengan lembut.
Namun ingat, jangan lumur minyak ini berdekatan hidung kanak-kanak terutamanya yang berumur 2 tahun ke bawah.
Jika anda mudah mengalami motion sickness, anda boleh cuba bau atau sapukan minyak ini pada kain sapu tangan kecil dan hidu baunya sepanjang perjalanan anda.
Review;
‘Minyak cap kapak best kalau sakit kepala, jadi lega lepas pakai. Memang kena standby ada satu botol dekat rumah. Selalu guna untuk melegakan pernafasan’
Terbaik untuk Bau Limau: Yu Yee Oil Cap Limau
2 lagi
Ibu yang baru sahaja melahirkan anak boleh cuba guna minyak Yu Yee Cap Limau ini kerana berkesan untuk melegakan perut kembung bayi.
Minyak angin ini juga dipercayai dapat membantu melegakan masalah colic yang dialami bayi akibat sistem pencernaan yang masih belum matang.
Bukan itu sahaja, minyak Yu Yee turut digunakan secara tradisional untuk melegakan gejala kesakitan ringan seperti sakit otot dan sendi untuk semua peringkat umur.
Jika anda nak gunakan pada bayi, titiskan beberapa titisan minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu.
Selepas itu, anda terus usap tangan berminyak tadi dengan lembut pada perut, belakang dan kaki bayi.
Kami nasihatkan anda untuk simpan minyak angin ini di tempat yang tinggi dan tertutup untuk lebih selamat kerana botolnya diperbuat daripada kaca.
Terbaik untuk Bajet Rendah: Eagle Brand Green Medicated Oil Minyak Angin Cap Lang
1 lagi
Mengandungi Eucalyptus, menthol dan Camphor (kapur barus), minyak angin Cap Lang boleh digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan pada perut.
Selain itu, minyak angin hijau ini juga boleh disapu dengan tujuan untuk menghangatkan badan selepas mandi.
Review pengguna juga mengatakan minyak angin ini sangat berkesan untuk kembung perut dan sakit kepala.
Menariknya, rasa minyak angin tidak berangin terlalu kuat dan tidak terlalu panas apabila disapu pada kulit badan.
Ada beberapa pilihan saiz untuk minyak angin ini dan anda boleh pilih saiz paling kecil untuk mudah di bawa semasa travel atau balik kampung.
Terbaik untuk Jenama Antarabangsa: Tiger Balm White
3 lagi
Kurang gemar guna minyak angin sebab takut tumpah? Usah risau, boleh guna minyak angin jenis balm ini sahaja.
Apa yang menarik tentang minyak angin berasaskan herba ini ialah berkesan untuk pelbagai kegunaan seperti melegakan sakit kepala dan hidung tersumbat.
Selamat digunakan kerana telah mendapat perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Boleh juga digunakan untuk meredakan sakit otot, senggugut dan sakit pinggang atau belakang.
Tiger Balm antara minyak angin yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas di tempat kerja atau di rumah kerana tahan lama dan tidak mudah rosak.
Kami perlu ingatkan anda bahawa minyak angin Tiger Balm ini sedikit panas dan berangin berbanding minyak angin yang lain, jadi sapukan pada kulit sedikit dulu untuk cuba.
Terbaik untuk Minyak Thai: Thai Siang Pure Oil
3 lagi
Minyak angin keluaran negara Thailand ini mujarab untuk melegakan kekejangan anggota badan dan sakit perut termasuk senggugut atau masuk angin.
Minyak angin ini dirumus khas dengan bahan semula jadi seperti pudina, minyak ini mempunyai bau yang berangin agar sakit otot dan pening kepala anda cepat dilegakan.
Boleh juga digunakan untuk berurut dan hilangkan sakit sendi seperti lenguh-lenguh pada bahu dan kaki.
Menariknya, terdapat dua pilihan minyak angin yang anda boleh pilih iaitu formula putih dan fomula merah.
Tapi perlu diingatkan, jangan sampai terkena mata ketika disapu pada badan yang sakit.
Minyak angin ini juga tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun dan tidak boleh disapu pada kulit yang rosak atau luka.
Terbaik untuk Sakit Otot: Kwan Loong Medicated Oil
2 lagi
Minyak angin Kwan Loong boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala, pening, loya akibat mabuk perjalanan dan lebam pada kulit.
Boleh juga digunakan sebagai minyak panas urut untuk meredakan sakit sendi, lenguh, sakit belakang dan sakit perut.
Malah boleh disapu untuk kesakitan akibat gigitan serangga juga boleh dikurangkan dengan penggunaan minyak ini.
Ini kerana minyak ini akan memberikan sensasi menyejukkan pada kulit anda jika disapu pada kawasan yang sakit.
Bau menyegarkan dari minyak angin ini juga akan melegakan hidung tersumbat supaya anda akan rasa lebih selesa.
Terbaik untuk Ketenangan: Minyak Angin Aromatherapy Bidara Ruqyah
2 lagi
Mengandungi daun bidara asli, minyak angin ruqyah ini boleh dijadikan sebagai pendinding diri ketika keluar rumah atau pergi ke tempat baru.
Selain itu, minyak angin ini juga boleh melegakan angin dalam badan dan sesuai digunakan oleh anda yang sering migrain dan sakit belakang.
Baunya yang menyegarkan dan berangin dalam tempoh yang agak lama akan membantu mengurangkan stres berbanding minyak angin biasa.
Minyak angin ini juga boleh memberi kelegaan sementara kepada kesakitan anda seperti kerap bersin, lenguh kaki, tangan dan sakit sendi.
Untuk orang muslim, anda disarankan untuk baca selawat dulu sebelum guna minyak ini agar hilang semua kesakitan dengan lebih mujarab.
Terbaik untuk Bayi & Kanak-Kanak: Minyak Bayini Mestika
1 lagi
Apa yang menarik tentang minyak Mestika ini ialah bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah boleh juga melegakan hidung tersumbat untuk semua peringkat umur.
Selain itu, minyak ini boleh digunakan secara tradisional untuk mengurangkan sakit perut dan masalah kanak-kanak kencing malam.
Jika anda mahu gunakan ke atas bayi, boleh sapu minyak Bayini ini pada dada, perut, pinggang dan tapak kaki bayi.
Selepas itu, anda terus gosok dengan lembut pada bahagian tersebut terutamanya selepas mandi atau ketika cuaca sejuk.
Anda juga boleh bawa minyak angin ini pulang ke kampung yang banyak nyamuk dan sapukannya untuk kurangkan rasa gatal daripada kesan gigitan nyamuk.
Terbaik untuk Herba Tradisional: TYT Herbal Medicated Oil
3 lagi
Dengan campuran herba terpilih, minyak TYT mampu menyelesaikan pelbagai kesakitan ringan seperti sakit belakang, sakit perut dan sakit kepala.
Jika anda mengalami masalah terseliuh, minyak ini boleh juga digunakan sebagai minyak urut terbaik.
Dalam masa yang sama, minyak buang angin ini juga berkesan untuk melegakan selesema dan hidung berair terutamanya jika anda mengalami masalah resdung.
Yang penting, minyak ini selamat digunakan oleh bayi dan ibu hamil kerana tidak mengandungi camphor (kapur barus), menthol dan eucalyptus.
Bau herba semula jadi dan segar dari minyak ini pula membantu menghalau serangga agar anda tidak mudah digigit nyamuk.
Terbaik untuk Krim Gamat: Krim Susu Kambing & Gamat MH Saujana Mega Teratai Mustafa Itam
2 lagi
Krim susu kambing dan gamat ini digunakan secara tradisional untuk mengurangkan rasa kebas kaki tangan, kembung perut berlebihan dan senggugut.
Jika anda batuk berpanjangan, boleh cuba sapu minyak krim susu kambing ini pada dada dan belakang badan anda.
Cukup sesuai untuk ibu mengandung kurangkan kaki bengkak, cramp kaki tangan dan lenguh anggota badan.
Menariknya, ibu dalam pantang juga boleh guna sebagai minyak urut, mencairkan lemak dengan sapukannya di perut sebelum pakai bengkung.
Selain itu, minyak krim susu kambing ini boleh disapu pada luka jika terkena sengatan serangga berbisa.
Krim ini sedikit panas pada sapuan awal, jadi kami sarankan anda sapu sedikit pada awal penggunaan bagi kulit biasa dahulu.
Bagaimana Kami Pilih
Kami menyemak 12 minyak angin yang dijual di Shopee Malaysia pada 24 September 2026, terus dari pautan yang kami paut sendiri. Kesemua 12 listing masih aktif dan harga disahkan pada tarikh yang sama; tiada produk perlu digantikan pada semakan kali ini.
Soalan Lazim
Apakah Kebaikan Minyak Angin?
Minyak angin adalah produk yang biasanya mengandung campuran minyak esensial seperti minyak peppermint, minyak kayu putih atau minyak cengkeh.
Berikut adalah beberapa kebaikan atau manfaat yang dikaitkan dengan penggunaan minyak angin.
-
Meredakan masalah pernafasan
Minyak angin sering digunakan untuk meredakan gejala pernafasan seperti hidung tersumbat, batuk, dan sinusitis.
Minyak esensial yang terkandung di dalamnya dapat membantu membuka saluran pernafasan, meredakan peradangan dan memberikan sensasi segar.
-
Meredakan sakit kepala
Aplikasi topikal atau inhalasi minyak angin dapat membantu meredakan sakit kepala ringan.
Kandungan minyak peppermint dalam minyak angin dapat memberikan sensasi pendinginan dan mengurangi rasa sakit.
-
Mengurangkan rasa sakit otot dan sendi
Minyak angin juga digunakan untuk meredakan rasa sakit otot dan sendi.
Campuran minyak esensial di dalamnya dapat memberikan kesan analgesik, mengurangi peradangan dan meningkatkan sirkulasi darah.
-
Meringankan gangguan pencernaan
Beberapa orang menggunakan minyak angin untuk membantu meredakan gangguan pencernaan seperti kembung, mual dan muntah.
Kandungan minyak peppermint dan minyak kayu putih dapat membantu melonggarkan otot saluran pencernaan dan meredakan ketidaknyamanan.
-
Rasa lebih tenang
Aroma minyak angin dikaitkan dengan memberi kesan relaks atau tenang pada penggunanya.
Penggunaan minyak angin dalam aromaterapi dapat membantu mengurangi stres, kecemasan dan hati rasa lebih tenang.
Bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa setiap individu mungkin memiliki respons yang berbeza terhadap minyak angin.
Sebaiknya anda lakukan konsultasi dengan profesional kesihatan sebelum menggunakan minyak angin, terutama jika anda memiliki masalah kesihatan tertentu.
Paling penting, pastikan anda ikuti arahan penggunaan yang disarankan dan elakkan penggunaan yang berlebihan.
Jika anda mencari cara urutan buang angin yang senang, anda boleh tonton video di bawah. Selamat mencuba!



