Hidup anda sering dibelenggu tekanan hingga menyebabkan anda sukar tidur nyenyak pada waktu malam?
Jika ya, apa kata cuba aromaterapi dengan menggunakan minyak pati atau essential oils yang diperbuat daripada ekstrak bahan botani seperti bunga dan daun tumbuhan.
Ini kerana aroma essential oil ini boleh beri kebaikan tidur yang cukup, membantu menenangkan fikiran serta mengurangkan stres.
Oleh itu, kali ini kami kongsikan dengan anda jenis-jenis dan jenama essential oil yang bagus dan aroma essential oil terbaik untuk anda.
Essential oil terbaik selain young living pun kami senaraikan di sini!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 16 Jenama Essential Oil Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Minyak pati jenama Tanamera dengan bauan Lavender ini sesuai digunakan oleh anda yang susah lelapkan mata setiap malam kerana boleh jadi rawatan alternatif untuk insomnia.
Ciri-ciri:
Bagus untuk mengurangkan masalah gementar, sakit kepala serta tekanan emosi.
Turut berkesan jika dijadikan penghalau serangga yang mengganggu anda untuk tidur nyenyak.
Selain boleh rawat rambut gugur, jenama essential oil yang bagus ini membantu dalam rawatan sakit perut, perut kembung, muntah dan perut senak.
Cara penggunaannya juga mudah, hanya perlu tambahkan 5-8 titik minyak ini ke dalam air dalam air dalam oil burner atau campurkan 5 titik ke dalam 10ml minyak pelarut.
Review:
"Saya guna minyak pati Lavender ini ketika nak tidur dan setiap kali nak tenangkan diri. Baunya pun best, suka sangat. Memang puas hati dengan kualitinya."
Diperbuat daripada ekstrak daun pokok Rosemary, minyak pati Claire Organics ini sesuai untuk melegakan badan yang penat bekerja dan memberi tenaga kepada minda.
Terdapat 3 cara untuk anda gunakan minyak ini iaitu dengan gunakannya dengan diffuser dan letakkannya di sisi anda ketika sedang berehat, membaca atau sebelum tidur.
Boleh juga disapu pada badan seperti tapak kaki dan dada.
Tapi sebelum itu, anda perlu campurkan essential oil ini dengan carrier oil (minyak pelarut) seperti minyak avokado dan Jojoba.
Ini kerana jika disapu begitu sahaja, ia boleh sebabkan alergi kulit.
Nak lagi best, boleh tambahkan 6-10 titik minyak ini dalam air mandian agar kulit lebih lembap.
Selain boleh digunakan dalam alat diffuser, minyak pati Frankincense ini juga boleh dihidu untuk menambah baik kuasa otak dan tenaga anda.
Malah boleh dicampur dalam air mandian untuk menenangkan badan yang penat.
Uniknya lagi, tiada masalah juga jika ia dicampur dengan air biasa di dalam botol spray.
Kemudian, goncangkan botol itu agar campuran kedua-dua bahan tadi sebati.
Selepas itu, boleh semburkannya pada udara untuk menyegarkan mood anda.
Manakala untuk dapatkan kulit yang cantik, digalakkan untuk tambahkan beberapa titik minyak ini ke dalam krim pelembap sebelum sapukannya pada wajah.
Untuk anda yang gemarkan bau wangi dalam bilik, di ruang tamu atau pejabat, kami sarankan anda untuk guna minyak pati ini.
Essential oil ini diformulasikan khas untuk kegunaan alat humidifier dan diffuser terbaik Malaysia.
Antara bau-bauan menarik yang boleh anda pilih ialah English Lavender (untuk tenangkan diri & kurangkan stres) dan Chamomile & Lavender (agar tidur lebih nyenyak).
Ada juga bau seperti Peppermint & Eucalyptus bagi melegakan sakit kepala & membantu pernafasan dan Ylang Ylang & Mangnolia (untuk bangkitkan mood dan kreativiti anda).
Cara untuk gunanya juga sangat ringkas, hanya perlu penuhkan tangki humidifier atau air purifier anda dengan air bersih dan campurkan dengan beberapa titik minyak pati ini.
Kemudian, boleh guna alat itu seperti biasa.
Minyak pati dengan aroma Thieves ini merupakan antara produk best-seller dari Young Living kerana memiliki bau yang menarik.
Lagipun bagus untuk menyokong sistem daya tahan badan terutamanya ketika orang di sekeliling anda sakit seperti demam.
Bukan itu sahaja, dikatakan boleh melegakan sakit tekak jika anda hidu baunya.
Seperti essential oil yang lain, boleh gunakan minyak pati ini dengan alat diffuser.
Jika anda suka aroma essential oil terbaik yang menyegarkan seperti daun pudina, memang wajib gunakan minyak pati Peppermint ini.
Lagipun bau pudina boleh mengurangkan tekanan, mengurangkan masalah batuk dan menyegarkan penafasan serta udara.
Bagi mereka yang mempunyai bilik khas senaman, boleh letak aroman minyak pati ini untuk membantu tubuh menjadi lebih segar dan cergas.
Boleh tambahkan beberapa titik essential oil terbaik Malaysia jenama Now ini ke dalam tangki air diffuser anda.
Ingin diingatkan jika sapu pada kulit, anda perlu campurkan minyak pati ini dengan carrier oil seperti minyak zaitun, badam atau jojoba oil.
Minyak pati Evoke ini pula bukan hanya bagus untuk memberikan tenaga-tenaga positif kepada pengguna malah dapat memberi kesegaran pada ruang.
Misalnya membantu menghilangkan bau busuk di setiap ruang seperti bilik tidur, ruang tamu dan tandas kerana baunya jenis wangi floral.
Jika anda seorang yang suka buat sabun sendiri, boleh tambahkan sekitar 0.5% hingga 2% minyak ini ke dalam sabun homemade anda agar lebih beraroma.
Jangan risau, harganya sangat murah berbanding jenama lain di pasaran.
Sukar lelapkan mata pada waktu malam atau sering rasa gelisah?
Wajib cuba essential oil Lavender doTERRA ini kerana ia boleh bantu untuk tidur lebih lena.
Boleh titikkan beberapa titis essential oil Lavender ini pada bantal dan cadar sebelum waktu tidur.
Selain itu, boleh juga tambahkan 3-4 titik minyak pati ini ke dalam alat diffuser.
Campuran essential oil untuk tidur ini dengan air dalam diffuser akan membantu anda untuk lena.
Barulah anda lebih fokus dalam setiap aktiviti sebab anda boleh rasai sendiri kebaikan tidur yang cukup.
Yang penting, bilik atau ruang tamu juga bakal berbau wangi, jadi tiada lagi bau kepam.
Bau bilik yang kepam boleh mengganggu anda untuk berehat atau fokus ketika bekerja.
Jalan penyelesaian, dapatkan minyak pati bauan Cedarwood yang boleh mengurangkan bau busuk ini.
Boleh tambah beberapa titik essential oil ini ke dalam air diffuser atau humidifier untuk dijadikan aromaterapi.
Bukan itu sahaja, anda boleh tambahkan beberapa titik minyak ini ke dalam botol spray yang berisi air.
Kemudian, goncang sehingga kedua-duanya sebati sebelum disembur ke udara bilik atau ruang tamu.
Minyak pati oren dari Plant Therapy ini pula boleh bantu merangsang sistem pertahanan badan dan melegakan ketegangan.
Malah boleh memberikan tenaga dan menenangkan diri anda dan selamat juga dihidu oleh kanak-kanak.
Lagi bagus, aroma essential oil terbaik ini boleh bangkitkan mood dan kurangkan perasaan sedih yang dialami.
Boleh dicampur dengan minyak pati lain seperti Bergamot, Lemon, Vanilla, Frankincense dan Geranium untuk aroma yang lebih menarik.
Minyak Pati HiQiLi adalah minyak pati 100% semula jadi dengan gred terapeutik yang diekstrak daripada sumber tumbuhan berkualiti tinggi untuk meningkatkan kesejahteraan emosi dan fizikal anda.
Dihasilkan dengan teliti dan diuji secara menyeluruh mengikut piawaian MSDS, CE, dan FBA, minyak pati ini sesuai untuk pelbagai kegunaan.
Sama ada anda ingin melegakan tekanan, memperbaiki kesihatan kulit, atau mencipta suasana yang menenangkan, HiQiLi menawarkan 42 aroma berbeza, termasuk minyak mawar (rose) yang menenangkan, terkenal dengan aroma manis yang membantu memperbaiki kekeringan kulit, memulihkan keanjalan kulit, dan mengurangkan tekanan emosi serta kebimbangan.
Dengan jangka hayat 3 hingga 4 tahun, minyak pati yang serba boleh ini sesuai digunakan dalam diffuser, untuk urutan, rutin penjagaan kulit, pembuatan lilin, mandian, atau membuat minyak wangi anda sendiri secara DIY.
Bagaimanapun, perlu ingat untuk sentiasa mencairkan minyak pati ini dengan minyak asas, bergantung kepada penggunaan untuk memaksimumkan manfaat dan memastikan keselamatan.
Baby Roll On Essential Oil diformulasikan secara khusus dengan pencairan lembut sebanyak 1.5%, menjadikannya ideal untuk bayi berumur 2 bulan hingga 2 tahun.
Campuran minyak pati ini menawarkan pelbagai manfaat, daripada sokongan resdung dan kelegaan demam hingga meningkatkan imuniti dan menenangkan kulit sensitif.
Dengan bahan utama seperti frankincense yang mempromosikan ketenangan dan menyokong kulit yang sihat, roll-on kami serba boleh dan selamat untuk kanak-kanak kecil.
Direka untuk aplikasi yang mudah, hanya sapukan pada bahagian belakang leher, tapak ibu jari, pelipis, dan sepanjang tulang belakang untuk kesan maksimum.
Setiap campuran dibuat mengikut pesanan untuk memastikan kualiti dan kesegaran tertinggi, menggunakan minyak biji anggur tanpa bau yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Anda mahukan aroma mewah seperti hotel 5 bintang di rumah sendiri? Anda boleh rasainya sendiri dengan VIBIN' 5-Star Hotel Aroma Essential Oil ini.
Dihasilkan daripada ekstrak botani premium yang diimport dari Perancis, minyak pati ini membawa aroma yang elegan dan menenangkan ke dalam mana-mana ruangan rumah.
Sesuai untuk digunakan dalam humidifier dan diffuser, bersama kapas atau tanpa kapas, hanya tambahkan 3 titis bagi setiap 100ml air untuk mencipta suasana yang tenang.
Sama ada anda ingin meningkatkan suasana keanggunan di rumah atau pejabat anda, minyak pati VIBIN' adalah pilihan yang sempurna.
Haruman yang serba boleh ini sesuai untuk bilik tidur, bilik mandi, ruang tamu, bilik mesyuarat, lobi, dan banyak lagi.
Phatoil Essential Oil Diffuser Aroma diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semula jadi 100% tanpa bahan tambahan lain, memastikan manfaat tulen untuk terapi.
Sesuai untuk diffuser, humidifier, spa, dan pembersih udara, setiap botol minyak pati 30ml ini disimpan dalam kaca coklat amber untuk mengekalkan kesegaran dan melindunginya daripada degradasi.
Phatoil Essential Oils adalah pilihan terbaik untuk anda yang baru berjinak dengan minyak pati dan untuk pencinta aroma juga.
Ianya ideal untuk digunakan di rumah anda, dalam kereta, atau di spa.
Minyak ini juga turut membantu membersihkan udara dengan menghapuskan habuk dan bakteria, membuka saluran pernafasan anda, dan memberi kesan positif pada mood.
Gunakannya untuk mencipta suasana yang tenang di bilik tidur, bilik mandi, atau ruang tamu anda, atau tambah beberapa titis ke dalam air mandian anda untuk pengalaman yang menenangkan.
Untuk urutan yang menyegarkan, campurkan beberapa titis dengan minyak pembawa seperti minyak biji anggur dan sapukan pada kulit.
Sens éthéré Essential Oils dihasilkan dengan teliti daripada ekstrak tumbuhan semula jadi untuk meningkatkan kesejahteraan emosi dan fisiologi.
Dengan pilihan 20 aroma berbeza, termasuk Lavender untuk mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kualiti tidur, Peppermint untuk melegakan migrain, dan Tea Tree untuk manfaat anti-radang dan pernafasan, minyak pati ini memenuhi semua keperluan aromaterapi anda.
Sesuai untuk digunakan dalam diffuser, humidifier, urutan, atau sebagai minyak wangi buatan sendiri, minyak ini menyediakan penyelesaian serba guna untuk setiap penggunaan.
Tambahan lagi, Sens éthéré Essential Oils telah melalui ujian ketat dan memenuhi piawaian MSDS, CE, dan FBA, memastikan anda menerima produk berkualiti tinggi yang selamat dan berkesan.
Fragrance Note 100% Pure and Natural Essential Oils merupakan minyak pati yang dihasilkan daripada ekstrak botani berkualiti tinggi yang diperoleh dari seluruh dunia.
Setiap botol 5ml mengandungi lebih daripada 110 titis minyak pati yang kuat, menawarkan pelbagai manfaat untuk memenuhi keperluan kesihatan anda.
Daripada Lavender yang terkenal untuk mengurangkan tekanan dan rasa cemas, kepada Eucalyptus yang berfungsi meningkatkan imuniti dan melegakan masalah pernafasan, minyak pati ini sesuai digunakan pada diffuser, kulit, dan sebagai terapi.
Pilihan 20 minyak unik seperti Orange, Cedarwood, dan Lemongrass, masing-masing dengan manfaat tersendiri daripada meningkatkan mood kepada penjagaan kulit.
Sama ada anda ingin meningkatkan tenaga, memperbaiki kesihatan kulit anda, atau mencipta suasana yang tenang, minyak pati ini menyediakan penyelesaian semula jadi dan berkesan.
Dihasilkan tanpa bahan tambahan lain, minyak pati Fragrance Note pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin menggabungkan manfaat terapeutik aromaterapi ke dalam rutin harian.
Apa Kebaikan Minyak Pati?
Essential oil atau lebih dikenali sebagai minyak pati dalam bahasa Melayu sering digunakan untuk aromaterapi kerana ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan kita.
Ini kerana minyak pati ini diperbuat daripada bahan yang berasaskan ekstrak tumbuhan yang bagus.
Setiap minyak pati memiliki kebaikan yang berbeza-beza, antaranya seperti berikut:
- Minyak pati Lavender boleh melegakan stres & membantu kita untuk tidur dengan nyenyak
- Minyak pati lemon boleh digunakan untuk membantu masalah penghadaman, membangkitkan mood serta legakan sakit kepala
- Minyak pati Tea Tree boleh melawan jangkitan
- Ada minyak pati yang bagus untuk merangsang tenaga manusia
- Ada juga minyak pati yang boleh mengurangkan mual, meningkatkan tahap konsentrasi kita & kurangkan keradangan
- Paling bagus, ada juga minyak yang dikatakan boleh mengurangkan keresahan (anxiety)
Fungsi Essential Oil
Rumah moden kini memerlukan aroma tambahan di dalam rumah bagi menambahkan lagi suasana ketenangan dalam rumah.
Penggunaan essential oil tentunya menjadi salah satu pilihan utama bagi anda yang mahukan rumah sentiasa melekat dengan aroma yang menenangkan.
Essential oil atau minyak pati adalah ekstrak tumbuhan pekat yang mengandungi sebatian aromatik semula jadi dan manfaat tumbuhan tertentu.
Minyak pati mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat, termasuk:
Aromaterapi
Minyak pati seperti lavender, chamomile, dan ylang-ylang sering digunakan dalam aromaterapi untuk membantu relaksasi dan mengurangkan tekanan.
Minyak seperti sitrus (seperti lemon, oren, dan bergamot) dapat membantu meningkatkan mood dan memberikan kesan tenaga.
Minyak pati lavender dan valerian sering digunakan untuk meningkatkan kualiti tidur dan mewujudkan suasana yang menenangkan.
Penggunaan Topikal
Minyak pati seperti tea tree, frankincense, dan rosemary diketahui mempunyai manfaat untuk kulit, termasuk merawat jerawat, mengurangkan keradangan, dan mempromosikan kulit yang bersih.
Minyak peppermint, eucalyptus, dan wintergreen sering digunakan untuk sifat penyejukan dan melegakan kesakitan, terutamanya untuk sakit kepala, otot yang sakit, dan kesakitan sendi.
Selain itu, beberapa minyak pati, seperti tea tree dan eucalyptus, mempunyai sifat antibakteria dan antikulat, menjadikannya berguna untuk luka kecil, luka, dan jangkitan.
Kegunaan Rumah Tangga
Minyak lemon, eucalyptus, dan tea tree mempunyai sifat antibakteria yang boleh digunakan dalam produk pembersihan semula jadi untuk membasmi kuman pada permukaan.
Minyak pati seperti lavender, peppermint, dan lemon boleh digunakan dalam penyebar untuk menyegarkan udara dan menghilangkan bau secara semula jadi.
Penjagaan Peribadi dan Kebersihan
Minyak rosemary dan peppermint boleh membantu mempromosikan pertumbuhan rambut yang sihat dan kesihatan kulit kepala.
Minyak peppermint dan cengkih kadang-kadang digunakan dalam ubat gigi buatan sendiri atau pencuci mulut untuk sifat antibakteria dan rasa segar.
Kesihatan Emosi dan Mental
Minyak pati seperti rosemary dan peppermint boleh membantu meningkatkan fokus dan kejelasan mental, menjadikannya pilihan popular untuk persekitaran belajar atau kerja.
Sokongan Pernafasan
Minyak eucalyptus, peppermint, dan tea tree diketahui membantu melegakan hidung tersumbat apabila dihirup melalui wap atau digunakan dalam sapuan dada.
Minyak pati harus digunakan secara berhati-hati dan dengan panduan yang betul, terutamanya apabila digunakan secara langsung pada kulit atau untuk tujuan terapi, kerana sesetengah minyak boleh menyebabkan kerengsaan atau reaksi buruk.
Selain itu, bagi bayi atau ibu mengandung dan menyusukan, sebaiknya dapatkan dahulu nasihat doktor sebelum anda terus menggunakannya.
Cara Guna Essential Oil
Berikut adalah beberapa cara penggunaan minyak pati (essential oil).
Penyedutan adalah salah satu cara paling popular, di mana anda boleh menggunakan penyebar (diffuser) dengan menambahkan beberapa titis minyak pati untuk menyebarkan aroma di seluruh ruang, membantu mewujudkan suasana yang menenangkan atau menyegarkan.
Anda juga boleh melakukan penyedutan langsung dengan menitiskan beberapa titis minyak pati pada tisu atau sapu tangan dan menghirupnya secara perlahan untuk mendapatkan manfaat aromatik.
Selain itu, penyedutan wap air panas dengan menambahkan beberapa titis minyak pati ke dalam mangkuk berisi air panas dan menghirup wapnya boleh membantu melegakan pernafasan dan hidung tersumbat.
Penggunaan topikal juga sangat berkesan.
Untuk urutan, minyak pati boleh dicampurkan dengan minyak pembawa seperti minyak kelapa atau minyak jojoba, kemudian digunakan untuk mengurut kulit, membantu melegakan otot tegang dan meningkatkan peredaran darah.
Anda juga boleh menambahkan beberapa titis minyak pati ke dalam losyen atau krim kegemaran anda untuk manfaat penjagaan kulit tambahan.
Mandi dengan minyak pati juga memberi pengalaman yang menenangkan dan menyegarkan; cukup tambahkan beberapa titis ke dalam air mandi, tetapi pastikan mencampurkannya dengan minyak pembawa terlebih dahulu untuk mengelakkan iritasi pada kulit.
Untuk kegunaan rumah tangga, minyak pati boleh digunakan dalam pembersihan semula jadi.
Campurkan minyak pati seperti lemon, eucalyptus, atau tea tree dengan air atau cuka untuk membuat semburan pembersih semula jadi untuk permukaan dapur dan bilik mandi.
Anda juga boleh menggunakan minyak pati dalam penyebar atau semburan buatan sendiri untuk menyegarkan udara dan menghilangkan bau tidak menyenangkan di rumah.
Dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri, minyak pati boleh ditambah ke dalam syampu atau perapi untuk manfaat tambahan pada rambut dan kulit kepala.
Untuk kebersihan mulut, minyak pati seperti peppermint atau cengkih boleh digunakan dalam air garam untuk berkumur, membantu menyegarkan nafas dan mengurangkan bakteria mulut.
Namun, penting untuk diingat beberapa peringatan keselamatan semasa menggunakan minyak pati.
Sentiasa lakukan ujian tampalan (patch test) sebelum menggunakan minyak pati pada kulit untuk memastikan tiada reaksi alahan.
Selain itu, minyak pati perlu dicairkan dengan minyak pembawa sebelum digunakan pada kulit untuk mengelakkan kerengsaan atau reaksi kulit.
Penggunaan minyak pati harus dalam jumlah yang sederhana kerana penggunaan berlebihan boleh menyebabkan reaksi negatif seperti sakit kepala atau iritasi kulit.
Akhir sekali, pastikan minyak pati dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan, kerana sesetengah minyak pati tidak sesuai untuk mereka.
Artikel Berkaitan
- 10 Cat Rumah Cantik, Terkini & Moden 2024 (Jenama Bagus)
- 10 Aircond Terbaik Untuk Ruang Tamu di Malaysia 2024
- 10 Sabun Basuh Baju Wangi & Tahan Lama di Malaysia 2024
- 11 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik di Malaysia 2024
- 12 Minyak Angin Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Popular
- Minyak Cengkih Untuk Terapi Murah & Terbaik