Jenama printer Canon sinonim dengan penghasilan pelbagai jenis mesin pencetak sama ada jenis inkjet, laser mahupun scanner.
Kualitinya pula tidak perlu dipertikaikan lagi, jadi tidak hairanlah jika mana-mana bilik pejabat atau rumah pasti ada Canon Printer Malaysia.
Tapi apa yang menjadi masalah, anda tak tahu mana satu printer canon terbaik dengan harga ink printer Canon yang jimat dan berbaloi.
Jadi jom lihat jenis printer dan juga harga printer Canon terkini untuk anda buat perbandingan dan pembelian yang bijak.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 10 Jenis Printer Canon Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Speksifikasi printer ini sesuai untuk kegunaan dalam kalangan pelajar dan guru kerana ink digunakan adalah jenis cecair dan murah.
Ciri-ciri:
Berita baik bagi mereka yang sering mencetak dokumen menggunakan printer kerana Canon Pixma G3010 memang direka khas untuk mencetak dalam kuantiti yang banyak.
Tidak seperti printer yang lain, printer ini menggunakan dakwat cecair (Refillable Ink Tank) dimana harga dakwat lebih murah berbanding penggunaan dakwat katrij.
Menariknya lagi, printer ini mampu mencetak 9 jenis kertas termasuk saiz business card dan anda juga boleh custom saiz (lebar 55 - 215.9 mm, panjang 89 - 676 mm).
Paling best, printer ini boleh sambung dengan smartphone dengan menggunakan aplikasi Canon PRINT / SELPHY (Android, iOS) untuk scan, copy dan print.
Review:
“Best! Beli mula-mula sebab nak guna buat kerja tapi end up terus buat bisnes dalam kolej je. Kualiti pun bagus.”
Printer All-in-One ini mempunyai beberapa fungsi seperti mengimbas, mencetak serta menyalin dokumen.
Printer multifungsi ini biasanya sesuai untuk guru kerana harganya murah dan fungsi yang pelbagai.
Printer ini juga boleh digunakan untuk mencetak daripada telefon dan komputer secara wireless dengan menggunakan aplikasi muat turun daripada smartphone anda.
Rekaan pencetak ini yang sleek dan trendy, menjadikannya antara pencetak kegemaran pengguna.
Walaupun tidak bersaiz portable, pencetak ini sebenarnya ringan bagi memudahkan anda untuk mengubah posisi mengikut sudut bersesuaian.
Ciri lain lagi, bahagian stack-up kertas mampu menampung 60 helai dalam masa yang sama.
Jangan risau, tidak mudah tersangkut pada tray pencetak tersebut.
Printer Canon E410 ini merupakan printer yang mempunyai fungsi 3 dalam 1; mencetak, scan dan photocopy.
Dengan fungsi yang ada pada printer ini, harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan.
Malah, harga katrij untuk printer ini pula murah. Memang sesuai untuk guru ataupun pelajar!
Printer ini juga mempunyai mod senyap semasa digunakan jadi tidak ada masalah menggunakannya pada waktu malam.
Kami yakin tak ganggu orang rumah atau housemate yang sedang tidur ketika sedang mencetak.
Namun, Canon Pixma 3-in-1 (E410) mempunyai kelemahan kerana tidak mempunyai sokongan WiFi dan tidak boleh mencetak dokumen yang banyak dalam satu-satu masa.
Selain itu, printer ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan kompak jadi tidak memerlukan ruang yang luas untuk disimpan.
Dokumen dalam telefon pintar sudah tidak menjadi masalah dengan printer Canon Pixma TS3470 kerana anda boleh terus mencetak dari alat peranti.
Printer ini bukan saja boleh mencetak tapi boleh mengimbas dan menyalin apa jua dokumen yang diperlukan.
Model printer ini dikatakan paling sesuai untuk kegunaan di mini pejabat atau peniaga kecil.
Ini kerana mampu mencetak sehingga 200 helai kertas tanpa menggunakan dakwat yang banyak.
Cartridge pilihan 745 (black) dan 746 (berwarna) padanan yang sesuai untuk penjimatan dakwat printer.
Jangan risau jika WiFi anda bermasalah, ia masih boleh digunakan dengan sambungan USB 2.0 yang sesuai untuk sistem operasi Windows dan Mac OS.
Tidak seperti printer lain, warna badan canon pixma E3370 ini berwarna merah menjadikan penampilannya sangat elegan dan versatile jika ada di atas meja anda.
Seperti rekaan luaran yang kelihatan elegan, fungsi printer ini juga boleh tahan bagus dimana dapat berfungsi multifungsi, 3 dalam 1; cetak, salin dan imbas.
Paling best, printer ini boleh sambung dengan smartphone dengan menggunakan aplikasi Canon PRINT / SELPHY (Android, iOS) untuk scan, copy dan print.
Ciri lain lagi, bahagian stack-up kertas mampu menampung 60 helai dalam masa yang sama.
Jenis percetakan boleh cetak pelbagai jenis kertas antaranya A4, A5, B5, LTR, LGL dan banyak lagi malah anda boleh customize saiz kertas yang ingin di imbas atau salin.
Untuk pengetahuan, mesin printer ini dapat berfungsi satu sistem selama lebih kurang 65 saat.
Anda gemar untuk mencetak gambar-gambar kenangan anda atau memerlukan printer yang boleh cetak gambar di rumah? Boleh dapatkan je printer Canon Pixma TS5370A ini.
Printer ini sesuai untuk mencetak gambar pada photo paper atau glossy paper dan memberikan kualiti cetakan terbaik, serta boleh mencetak pada kertas pelbagai saiz.
Selain itu, printer ini juga jenis all-in-one yang boleh melakukan tugasan lain seperti scanning dan juga photocopy, jadi anda boleh gunakan untuk tujuan cetakan lain juga.
Selain mudah digunakan dan disambungkan secara wireless, printer ini boleh mencetak dengan pantas iaitu 13.0ipm untuk cetakan hitam dan 6.8ipm untuk cetakan berwarna, jadi kurang masa menunggu cetakan.
Jumlah cetakan yang disarankan pada printer ini adalah 30-100 helai cetakan sebulan.
Printer tanpa wayar Canon SELPHY CP1500 bersaiz kompak ini membolehkan anda mencetak foto yang tahan lama dalam pelbagai saiz, memberikan fleksibiliti untuk anda menyimpan gambar kenangan.
SELPHY CP1500 menawarkan pencetakan yang lancar terus dari pelbagai peranti, termasuk telefon pintar, komputer, malah terus dari kamera anda pun boleh!
Sambungan serentak membolehkan beberapa pengguna menyambung dan mencetak secara wireless, menjadikannya pilihan printer terbaik untuk seisi rumah.
Tambahan lagi, dengan ciri kod QR, foto anda menjadi lebih interaktif, menambahkan lagi pengalaman penggunaan.
Untuk kelajuan cetakan pula, dengan cetakan saiz kad ia mengambil masa kira-kira 23 saat sahaja untuk menyelesaikan cetakan.
Apa yang membezakan SELPHY CP1500 adalah kemampuannya untuk menghasilkan cetakan yang tahan lama dan tahan air, minyak, serta cap jari, memastikan ketahanan foto sehingga 100 tahun.
Pencetak serbaguna 3-in-1 Canon MF641CW direka untuk memenuhi pelbagai keperluan di pejabat seperti mencetak, mengimbas, dan menyalin dengan sambungan WiFi.
Kelajuan printer ini memang bagus, boleh mencetak sehingga 18 halaman setiap minit untuk cetakan mono dan berwarna, memastikan produktiviti anda tidak terjejas.
Resolusi pencetakan yang mengagumkan sehingga 9,600 x 600 dpi menjamin hasil yang tajam dan berwarna, memenuhi standard tinggi cetakan dokumen profesional.
Jumlah cetakan bulanan yang disyorkan adalah 250 hingga 2,500 halaman, sesuai digunakan dalam persekitaran pejabat yang dinamik.
Selain itu, anda boleh navigasi dengan mudah menerusi Paparan LCD Sentuh Warna 5 inci, menyediakan antara muka untuk pengendalian yang mudah.
Canon PRO 200 merupakan sebuah printer dengan dakwat 8 warna, memberikan kualiti cetakan dengan warna yang lebih banyak terutamanya warna merah dan biru untuk warna yang hidup dan realistik.
Ia dilengkapi Chroma Optimizer yang unik menambahkan kilauan pada fotografi, mengawal pantulan permukaan dan menghalang kesan bronzing.
Kesan ini akan memberikan rasa dan kualiti cetakan profesional, ibarat mencuci gambar di kedai gambar yang mahal.
Kelajuan cetakan foto juga agak pantas dengan kelajuan hanya 35 saat untuk cetakan borderless berukuran 4 x 6 inci.
Pencetak ini juga menawarkan pelbagai pilihan sambungan yang serbaguna, termasuk Wireless, Wired LAN, Wireless Pictbridge, Mopria, AirPrint, dan Direct Wireless, memastikan ia boleh disambung dengan pelbagai jenis peranti.
Selain itu, ia dilengkapi dengan panel paparan LCD warna 3.0 inci, memastikan operasi yang lancar dan mudah.
Dapatkan kualiti cetakan gambar terbaik dengan dengan Canon PRO 200.
Printer terbaru Canon PIXMA G3770 ini menggunakan sistem tangki dakwat berintegrasi yang mudah diisi semula jika dakwat habis.
Pencetak 3-in-1 berprestasi tinggi ini direka untuk memenuhi keperluan mencetak, mengimbas, dan menyalin anda, menjadikannya pilihan ideal untuk kekalkan produktiviti harian.
Dari segi kelajuan cetakan, printer ini boleh mencetak 11 cetakan imej bagi setiap minit untuk cetakan mono dan sehingga 6 ipm untuk cetakan berwarna (A4, piawai ISO).
Printer PIXMA G3770 ini menawarkan pelbagai pilihan sambungan, termasuk Wi-Fi, AirPrint, Mopria, dan Direct Wireless, memastikan integrasi yang lancar dengan peranti anda.
Jumlah pencetakan bulanan yang disyorkan pula bermula dari 150 hingga 1,500 halaman, menjadikannya sesuai untuk cetakan berkala atau sederhana.
Tips Membeli Printer
1. Printer dan dakwat
Kos printer bergantung kepada penggunaan dakwat cartridge atau toner. Printer inkjet atau deskjet, mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.
Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak.
Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).
2. Kertas dan jumlah penggunaan
Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000.
Bergantung kepada penggunaan masing-masing.
Manakala untuk cetakan gambar pula anda harus lihat dari segi resolusi, isipadu dakwat dan jenis kertas gambar yang boleh digunakan pada mesin printer.
Inkjet Printer Vs Laser Printer
Dari segi teknologi, pencetak Inkjet menggunakan dakwat cecair yang disemburkan melalui nozel mikroskopik ke atas kertas, sesuai untuk mencetak foto berkualiti tinggi dan dokumen berwarna.
Manakala untuk pencetak laser, menggunakan serbuk toner dan fuser yang dipanaskan untuk mencetak toner ke atas kertas. Sesuai untuk dokumen teks dan pencetakan monokrom.
Selain itu, dari segi kelajuan cetakan, printer laser boleh mencetak dengan lebih pantas terutamanya dalam pencetakan monokrom dan jumlah cetakan besar.
Ia tidak untuk printer inkjet yang lebih perlahan berbanding pencetak laser, terutamanya untuk pencetakan dalam jumlah besar.
Untuk kualiti cetakan pula, sudah semestinya pencetak inkjet lebih baik untuk mencetak foto berkualiti tinggi dan dokumen berwarna. Printer laser lebih sesuai untuk mencetak teks.
Perbezaan terakhir dari segi kos, printer inkjet memerlukan belanja lebih banyak untuk membeli dakwatnya, terutamanya untuk pencetakan berkualiti tinggi.
Tetapi untuk printer laser, kos menggantikan toner tidak terlalu mahal dan ia boleh digunakan lebih lama dan lebih banyak halaman boleh dicetak dengan 1 toner.
Itu antara perbezaan printer inkjet dan juga printer laser.
Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri, jadi terpulang kepada anda untuk mengetahui keperluan kerja cetakan anda dan beli printer yang sesuai dan terbaik dari jenama Canon ini.