Jenama Canon dalam bidang fotografi adalah tidak asing lagi dalam kalangan peminat kamera.
Namun, jenis-jenis kamera mestilah dipilih mengikut bidang yang anda ceburi kerana kamera fotografi tak semestinya sesuai digunakan untuk rakaman video.
Jadi, kali ini kami akan kongsikan dengan anda tujuh kamera jenama Canon yang boleh bantu anda dapatkan hasil gambar dan video yang terbaik.
Penyunting
Table of Contents
Isi Kandungan
- 7 Pilihan Kamera Canon Terbaik & Terbaru di Malaysia
- Kelebihan Kamera Canon
- Perbezaan Kamera Canon &Nikon
- Artikel Berkaitan
7 Pilihan Kamera Canon Terbaik & Terbaru di Malaysia
- Canon PowerShot G7X MARK III
- Canon PowerShot IXUS 190 Digital Camera
- Canon EOS M50 Mark II
- Canon EOS 4000D
- Canon EOS 5D Mark IV
- Canon EOS M200
- Canon EOS M6 Mark II
- Sensor: 20.1MP 1” CMOS Sensor
- Megapixel: 20.1
- Skrin: 3.0 inci 1.04m-Dot LCD Tilt Screen
- Max video resolution: 4K30p
Jika anda sering menonton video vlog di YouTube, mesti anda perasan bahawa kamera Canon ini telah menjadi pilihan ramai YouTuber kerana mempunyai saiz kecil.
Jadi, memang sesuai untuk content creator yang selalu buat video di luar kawasan sebab tangan anda tak akan lenguh.
Malah, kamera ini juga sesuai untuk beginner sebab sistem menu yang tidak terlalu rumit untuk yang baru berkecimpung dalam bidang content creation.
Paling best, kamera ini mempunyai skrin LCD yang boleh flip sehingga 180 darjah, sesuai untuk rakaman selfie atau potrait.
Yang paling best, kamera digital ini juga hadir dengan sokongan built-in livestream, jadi pengguna boleh terus buat video livestreaming di YouTube menggunakan kamera ini.
- Sensor: CCD image sensor
- Megapixel: 20 MP
- Skrin: 2.7” 230000 dots
- Maximum video resolution: 720p HD
Bagi mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan kamera tapi mempunyai bajet yang terhad untuk dapatkan kamera mahal, inilah pilihan terbaik.
Kamera Canon yang bersaiz kecil dan nipis ini mampu menghasilkan kualiti video HD sehingga 720p.
Walaupun kualitinya tidak setanding telefon pintar dari jenama terkenal, kamera ini sesuai untuk remaja yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi.
Selain itu, turut dilengkapi dengan mod Smart Auto di mana camera setting akan ditetapkan secara automatik mengikut keadaan persekitaran lokasi penggambaran.
Dengan fungsi optical image stabilization, sebarang gegaran ketika merakam gambar atau video tidak akan menjejaskan hasil gambar.
- Sensor: APS-C CMOS Sensor
- Megapixel: 24.1MP
- Skrin: 3.0” skrin sesentuh 1.04m-Dot Vari-Angle
- Maxi video resolution: UHD 4K & HD 720p120
Kamera mirrorless dari Canon ini pula dilengkapi spesifikasi dual pixel focus dimana memudahkan mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi.
Canon EOS M50 Mark II dapat menghasilkan gambar yang jelas kerana fungsi autofokus kamera ini adalah yang terbaik.
Selain itu, ia juga mampu menghasilkan kualiti video slow motion sehingga HD 120p.
Paling penting, kamera ini mempunyai Eye & Face Detection bagi mengesan mata dan wajah subjek walaupun dari jarak jauh.
- Sensor: APS-C CMOS sensor
- Megapixel: 18.0MP
- Lens mount: EF/EF-S
- Skrin: Skrin LCD 2.7 inci, 230 K dots
- Max video resolution: 1,920 x 1,080 & 25fps
Bagi mereka yang inginkan sistem, fungsi dan kamera yang mudah dipelajari, Canon EOS 4000D merupakan pilihan model yang sesuai.
Dengan harga berpatutan, kualiti gambar yang terhasil juga memuaskan kerana memiliki fungsi ISO yang bermula dari 100 hingga 6400.
Malah, kamera ini juga ada pelbagai jenis mod seperti mod landskap dan night potrait yang boleh dipilih mengikut kesesuaian gambar yang ingin diambil.
Contohnya, jika anda mahu mengambil gambar makanan, anda boleh pilih food mode yang akan membuatkan warna makanan tersebut lebih timbul dalam foto yang terhasil nanti.
- Sensor: Full frame CMOS Sensor
- Megapixel: 30.4MP
- Lens mount: Canon EF
- Skrin: 3.2 inci, 1,620,000 dots
- Max video resolution: 4K Video at 30 fps
Kamera Canon EOS 5D Mark IV merupakan antara produk terbaik dari Canon kerana dilengkapi dengan full-frame sensor, sekaligus menjadikan gambar portrait menjadi lebih cantik dengan latar belakang kabur.
Memandangkan kamera ini tidak disertakan dengan lens, anda boleh cuba explore sendiri lens yang sesuai untuk mendapatkan hasil gambar yang diingini.
Paling best, kamera ini boleh touchscreen hampir untuk semua sistem. Memang mudah dan menjimatkan masa.
Malah, kamera EOS 5D Mark IV ini juga dilengkapi dengan built-in Wi-Fi dan GPS. Jika anda mahu lokasi gambar diambil tampil pada foto tersebut, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi GPS.
- Sensor: APS-C sensor
- Megapixel: 24.1MP
- Lens mount: Canon EF-M
- Skrin: 3.0”1.04m-Dot 180° Tilt Touchscreen
- Max video resolution: 4K Video
Dengan berat yang hanya 299 gram, kamera jenis mirrorless ini dapat memudahkan kerja content creator yang gemar berkongsi gambar atau video di media sosial kerana setiap gambar boleh dipindahkan ke telefon menggunakan Wi-Fi dan Bluetooth.
Pengguna juga boleh menukar lens mengikut kesesuaian penggunaan dan kamera Canon EOS M200 ini juga mampu merakam video beresoluis 4K.
Selain itu, kamera Canon EOS M200 juga dilengkapi dengan mod Creative Assist bagi menghasilkan gambar yang memuaskan.
Apa yang paling best, kamera ini boleh hasilkan video time-lapse dan kami yakin anda tidak akan menyesal membeli kamera ini.
- Sensor: APS-C CMOS Sensor
- Megapixel: 32.5MP
- Lens Mount: Canon EF-M
- Skrin: 3.0" 1.04m-Dot Tilting Touchscreen LCD
- Max video resolution: UHD 4K30p & Full HD 120p
Bagi mereka yang meminati membuat content travel videografi, kami syorkan anda untuk cuba menggunakan kamera ini untuk dapatkan footage yang cantik.
Jangan risau, kamera ini mempunyai wifi, jadi anda tak perlu bersusah payah untuk memindahkan fail menggunakan sebarang kabel.
Malah, bateri kamera jenis ini boleh bertahan sehingga 305 shots atau 410 shots jika digunakan dalam mod Eco.
Manakala, dengan sistem Dual Pixel CMOS AF pula, kamera ini boleh mengesan subjek yang bergerak walaupun ketika berada dalam persekitaran yang sibuk.
Paling menarik, kamera ini dapat digunakan dengan aplikasi Canon Camera Connect, maksudnya, kamera ini boleh berfungsi walaupun anda berada jauh daripadanya kerana mempunyai sistem remote control. Senang bukan?
Kelebihan Kamera Canon
Kamera Canon dikatakan telah mengatasi jenama lain dari segi rakaman video. Contohnya, teknologi codecs pada sesetengah model Canon adalah lebih baik berbanding brand lain.
Selain itu, kamera DSLR Canon mempunyai lebih banyak frame rates.
Dari segi harga pula, secara umumnya harga kebanyakan jenama kamera adalah lebih kurang sama saja, tapi terdapat sesetengah jenis lens dan kamera daripada Canon jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jenama lain.
Perbezaan Kamera Nikon Dan Canon
Sekali imbas, kamera dari dua jenama besar ini macam tak ada beza tapi sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum membuat pilihan.
Fungsi Wi-Fi pada kamera Nikon dikatakan lebih baik berbanding Canon. Jadi, kerja-kerja memindahkan gambar atau video dari kamera ke telefon pintar atau laptop lebih cepat.
Seterusnya, fungsi flash pada dua kamera jenis ini juga berfungsi dengan baik terutamanya ketika waktu malam.
Untuk pengetahuan anda, kamera Nikon tidak mempunyai banyak pilihan lens kamera jika dibandingkan dengan lens Canon yang mempunyai lens yang pelbagai.
Malah, ada sesetengah lens Canon mempunyai fungsi depth of field yang bagus, jadi memang sesuai jika jurugambar inginkan hasil gambar mereka lebih terperinci dan jelas.
Selain itu, sistem yang ada pada Canon sering menerima pujian daripada ramai pengguna kerana penggunaan kamera ini lebih mudah difahami dan mesra pengguna.
Malangnya, teknologi Wi-Fi pada kamera ini pula tidaklah sehebat kamera Nikon.
Tuntasnya, kedua-dua jenama ini merupakan jenama terbaik cuma pemilihan harus dibuat mengikut bajet dan keperluan masing-masing.
Artikel Berkaitan
- Rakam Momen Indah Anda Dengan 7 Kamera DSLR Terbaik Ini
- 10 Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Abadikan Kenangan Terindah
- 10 Kamera DSLR Untuk Beginner Yang Ingin Uji Skil Fotografi
- Rakam Detik Indah Secara Menyeluruh Dengan 8 Kamera 360 Ini
- 7 Kamera Digital Waterproof untuk Menangkap Detik Manis di bawah Air
- Sekarang Bolehlah Cetak Gambar Segera Dengan 6 Kamera Instant Ini
- 10 Jenama Drone Murah & Terbaik 2024 (Drone Terbang Lama)
- Kamera DSLR Terbaik di Malaysia