Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Brand Pulse Oximeter Terbaik Diluluskan MDA/KKM 2024

Pastikan Pulse Oximeter kita beli telah disahkan oleh Medical Device Authority (MDA)

Pulse oximeter sudah menjadi teknologi wajib ada di setiap rumah untuk digunakan membaca paras oksigen normal dalam darah.

Ini semua kerana musim wabak COVID-19 yang masih belum hilang walaupun sudah masuk tahun ke empat.

Tapi, apa yang menjadi persoalan, adakah jenama oximeter yang bagus anda tu telah disahkan oleh Medical Device Authority (MDA) atau KKM?

Tentu kita mahu beli pulse oximeter yang boleh paparkan bacaan oksigen normal atau bacaan nadi normal oximeter dengan jelas.

Kalau tidak tahu bagaimana cara untuk membacanya pun, pasti akan disertakan sekali manual cara bacaan oximeter dan kita juga boleh belajar cara bacaan oximeter.

Jadi, kami senaraikan pulse oximeter terbaik Malaysia dan paling penting telah disahkan oleh MDA


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Pulse oximeters terbaik di Malaysia

Pulse oximeter terbaik secara keseluruhan
Oxitech Pulse Oximeter
Oxitech Pulse Oximeter
From
RM99.00
Check Oxitech Pulse Oximeter price below:
add_circle Mudah dibawa ke mana saja
add_circle Tahan lama
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Sebab menjadi pilihan utama:

Oxitech Pulse Oximeter menggunakan dua bateri alkali jenis AAA dan penggunaan kuasanya sangat jimat bateri.

Ciri-ciri:

Antara ciri menarik peranti ini ialah ukurannya yang bersaiz kecil, tidak invasif dan paling penting tidak menyakitkan.

Cara penggunaannya, sepit pada hujung jari menggunakan alat ini dan biarkan Oxitech Pulse Oximeter membaca kadar nadi dan tahap oksigen dalam darah.

Jangan risau, produk pulse oximeter ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC1574221-53413.

Review:

"Bateri dapat sekali, dah cuba dan memang berfungsi dengan baik. Sensor dia sangat sensitif dan tepat. Recommended sebab harga pun berpatutan."

Pulse oximeter untuk jari
Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100
Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100
From
RM500.00
Check Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100 price below:
add_circle Skrin LED besar
add_circle Sesuai untuk pemeriksaan apnea tidur
remove_circle Tidak sesuai untuk jari terlalu besar atau kecil

Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100 untuk mengukur %SpO2, membaca kadar nadi dan tahap pernafasan. Sangat sesuai untuk memantau paras oksigen.

Selain itu, paparan skrin LED dari Rossmax ini agak besar jadi mudah untuk pengguna membaca keputusan akhir dan butang kawalan on/off hanya dengan sekali sentuhan saja.

Tapi, pulse oximeter ini akan off secara automatik jika tiada jari dimasukkan selama 8 saat.

Cara penggunaannya hidupkan pulse oximeter, masukkan jari telunjuk pada bahagian kepit dan pastikan jari dalam keadaan lurus, tenang dan tidak bergerak.

Kemudian, tunggu keputusan bacaan. Jika tidak normal, bacaan akan berkelip-kelip.

Jangan risau, produk Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100 ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC6493119-36113.

Pulse oximeter dengan digital thermometer
AEON Technology Pulse Oximeter A320
AEON Technology Pulse Oximeter A320
From
RM249.00
Check AEON Technology Pulse Oximeter A320 price below:
add_circle Tahan gegaran
add_circle Kalis percikan air
remove_circle Mahal

AEON Technology Pulse Oximeter ini digunakan untuk mengukur %SpO2 dan kadar denyutan nadi tidak invasif.

Selain itu, alat ini mempunyai dua jenis butang; butang setting dan butang on/off. Kemudian, pada bahagian skrin mempunyai bacaan plethysmogram dan bargraph.

Paling penting, penggunaan pulse oximeter ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh digunakan di rumah atau hospital.

Gunakan bateri jenis AAA 1.5V Alkaline Bаttеrу untuk hidupkan alat ini dan uniknya lagi, pulse oximeter jenis ini mempunyai CE IP22 yang berfungsi sebagai kalis percikan air.

Jangan risau, produk AEON Technology Pulse Oximeter A320 ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC3978321-65258.

Pulse oximeter user-friendly
Medisana PM100
Medisana PM100
From
RM299.00
Check Medisana PM100 price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Bacaan tepat
add_circle Mempunyai sistem Bluetooth
remove_circle Tidak sesuai untuk pemantauan berterusan

Seperti alat peranti pulse oximeter lain yang ada di pasaran, Medisana Pulse Oximeter PM100 mampu mengukur tahap bacaan oksigen darah dan degupan jantung dengan tepat.

Apa yang menarik tentang model ini adalah penggunaannya sangat mudah.

Hanya dengan menekan satu butang saja alat ini boleh berfungsi.

Saiz yang direka juga sangat user-friendly. Paling penting, saiz kecil dan mudah dibawa ke mana saja.  

Pada bahagian skrin alat ini, terdapat 6 jenis format yang dipaparkan; gelombang, bar, digit dan lain-lain.

Kecerahan skrin juga dapat dikawal kepada 10 tahap mengikut keselesaan pencahayaan keadaan.

Jangan risau, model ini sudah pun diluluskan oleh pihak MDA di bawah nombor pendaftaran GC52083234217.

Pulse oximeter anti-gegar
Biolight M70C
Biolight M70C
From
RM149.90
Check Biolight M70C price below:
add_circle Boleh mengawal brightness
add_circle Mempunyai 4 jenis display berbeza
remove_circle Tidak sesuai untuk pantau pesakit dalam jangka masa panjang

Biolight M70C boleh membaca SpO2% dan bacaan nadi seseorang.

Pada bahagian skrin alat ini anda akan dapat melihat kepelbagaia mod iaitu jumlah oksigen dalam darah, denyutan nadi, gelombang dan intensiti nadi serta ikon bateri.

Sangat sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Setiap pembelian pulse oximeter ini akan diberikan lanyard secara percuma. Jadi, mudah untuk dibawa ke mana saja.

Paling penting, pulse oximeter ini mempunyai teknologi anti-gegar dan mempunyai pelapik silikon untuk jari.

Jangan risau, telah diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GC94689685818.

Pulse oximeter sesuai untuk kegunaan sukan
Beurer Pulse Oximeter PO-30
Beurer Pulse Oximeter
From
RM191.00
Check Beurer Pulse Oximeter PO-30 price below:
add_circle Sesuai untk semua peringkat umur
add_circle Boleh mengawal lampu skrin LED
add_circle Automatik tutup jika tidak digunakan
remove_circle Harga sangat mahal

Beurer Pulse Oximeter PO-30 direka untuk kegunaan sukan yang berada di tempat tinggi seperti mendaki gunung atau memanjat bukit.

Malah sesuai juga untuk mereka yang mempunyai masalah jantung penyakit paru-paru, asma dan lain-lain.

Model ini dapat berfungsi dengan hanya memasang dua bateri AAA di bahagian belakang.

Kemudian, bacaan bateri dipaparkan di bahagian skrin jadi anda boleh mengetahui bateri dalam keadaan penuh atau kurang.

Penggunaanya juga mudahm hanya memasukkan jari anda pada bahagian tengah oximeter.

Setersunya bacaan akan diproses dan dipaparkan dalam masa beberapa saat setelah butang mula ditekan.

Jangan risau, model Beurer Pulse Oximeter PO 30 ini telah diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GC7817621-66828.

Pulse oximeter sesuai untuk penyakit vaskular
Joylee Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter
JOYLEE Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter
From
RM99.00
Check Joylee Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter price below:
add_circle Boleh digunakan selepas melakukan aktiviti sukan lasak
add_circle Sesuai untuk golongan lebih 60 tahun
remove_circle Tidak sesuai untuk neonatal

JOYLEE Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter boleh digunakan sama ada di rumah atau hospital untuk memantau tahap oksigen dalam darah dan bacaan nadi.

Selain itu, alat peranti ini sesuai untuk penyakit vaskular, mereka yang bekerja lebih dari 12 jam sehari.

Mereka yang melakukan sukan lasak, kronik alkohol dan lain-lain sesuai untuk gunakan oximeter ini.

Paling penting JOYLEE Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter sesuai digunakan dalam kalangan ibu mengandung dan anak kecil berusia satu tahun keatas.

Cara penggunaannya mudah saja. Kepilkan pulse oximeter pada jari telunjuk, tekan butang tengah dan tunggu sehingga bacaan habis diproses.

Jangan risau, model ini telah pun diluluskan oleh pihak MDA dibawah nombor pendaftaran GC6804921-68270.

Pulse oximeter untuk kegunaan keluarga
Yuwell Fingertip Pulse Oximeter YX302
Yuwell Fingertip Pulse Oximeter YX302
From
RM150.00
Check Yuwell Fingertip Pulse Oximeter YX302 price below:
add_circle Dapat membaca SpO2 & SaO2
add_circle Boleh melakukan selepas bersukan
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Tidak sesuai untuk memantau pesakit secara berterusan.
remove_circle Tidak boleh guna ketika bersukan

Yuwell Pulse Oximeter YX302 mempunyai sistem non-invasive untuk memantau jumlah oksigen dalam darah (SpO2) seseorang.

Malah, model ini juga dapat membaca SaO2 (arterial oxygen saturation) juga.

Jadi, anda boleh gunakan pulse oximeter model ini selepas melakukan aktiviti sukan untuk melihat bacaan degupan jantung dan kandungan oksigen.

Pulse oximeter ini menggunakan dua biji bateri AAA untuk menghidupkannya.

Malah, mempunyai sistem automatik switch-off jika 8 saat tidak digunakan. Jimat penggunaan bateri!

Cara penggunaannya mudah saja. Kepilkan pulse oximeter pada jari telunjuk, tekan butang tengah dan tunggu sehingga bacaan habis diproses.

Jangan risau, jenama Yuwell Pulse Oximeter YX302 ini telah diluluskan oleh MDA di bawa nombor pendaftaran YGC9480821-57718.

Pulse oximeter mempunyai 4 jenis mod
Yonker Pulse Oximeter YK-82
Yonker
yonker YK-82C
From
RM34.72
Check Yonker Pulse Oximeter YK-82 price below:
add_circle Mengukur dengan cepat dan tepat
add_circle Mempunyai sistem penggera
add_circle Murah
remove_circle Tidak mempunyai sistem Bluetooth

Yonker Pulse Oximeter YK-82 akan mengukur Spo2 dan bacaan nadi dalam bentuk gelombang dan bar.

Jadi, display 4 G-mode ini memudahkan pengguna memahami keputusan akhir pada skrin LED pulse oximeter ini.

Seperti pulse oximeter lain, model ini menggunakan 2 alkalin bateri AAA.

Malah, mempunyai sistem penggera untuk bacaan SpO2 dan denyutan nadi yang telah di set kan.

Cara penggunaannya mudah saja. Tekan butang on/off, kepilkan pulse oximeter pada jari telunjuk dan tunggu sehingga bacaan habis diproses.

Jangan risau, jenama Yonker Pulse Oximeter YK-82 ini telah diluluskan oleh MDA di bawa nombor pendaftaran GC4998120-43555.

Pulse oximeter sesuai untuk pemeriksaan berterusan
Rossmax Handheld Pulse Oximeter SA210
Rossmax
Rossmax SA210
From
RM3,000.00
Check Rossmax Handheld Pulse Oximeter SA210 price below:
add_circle Sesuai untuk memantau masalah apnea ketika tidur
add_circle Mempunyai sistem alat penggera
add_circle Mempunyai sistem silent mode
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Sukar untuk dibawa kemana saja

Rossmax Handheld Pulse Oximeter SA210 ini berfungsi untuk menyemak kandungan oksigen dalam darah.

Bacaan denyutan nadi, memantau masalah apnea ketika tidur, boleh dijadikan alat untuk pemeriksaan berterusan dan lain-lain.

Selain itu, model ini mempunyai sitem alat penggera dimana akan mengeluarkan bunyi.

Jika bacaan tidak normal dan dalam masa yang sama mempunyai sistem silent mode untuk memastikan waktu tidur pesakit atau orang sekeliling tidak terganggu.

Apa yang membezakan model ini dengan model yang lain adalah, Rossmax SA210 mempunyai wayar yang menghubungkan skrin LED utama dengan bahagian probe.

Menariknya lagi, pulse oximeter model ini dapat digunakan mereka yang mempunyai keliling jari sebesar 20mm - 75mm dan berat melebihi 40kg. Bagi kanak-kanak, mereka mempunyai probe yang dikhaskan.

Jangan risau, produk pulse oximeter ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC1574221-53413.

Pulse oximeter terbaik untuk bayi
Microlife Fingertip Pulse Oximeter OXY 200
Microlife
microlife OXY 200
From
RM180.00
Check Microlife Fingertip Pulse Oximeter OXY 200 price below:
add_circle Mempunyai sistem penggera.
add_circle Mudah dibawa kemana saja.

Microlife Fingertip Pulse Oximeter OXY 200 berfungsi untuk membaca kadar oksigen (SpO2) dan kadar degupan jantung.

Sangat mudah digunakan, hanya letakkan hujung jari telunjuk pada bahagian sensor phobe pulse oximeter, tunggu beberapa saat dan keputusan akan keluar pada skrin LED.

Alat ini sudah pun dibukti keberkesanan dalam satu eksperimen klinikal dengan ketepatan yang tinggi.

Jadi, model ini juga diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GB3615421-57602.

Pulse oximeter dengan Bluetooth
Berry Pulse Oximeter BM1000 Check Blood Oxygen Level (Sp02+Pulse Rate) Bluetooth
berry_pulse oximeter
From
RM89.90
Check Berry Pulse Oximeter BM1000 Check Blood Oxygen Level (Sp02+Pulse Rate) Bluetooth price below:
add_circle Boleh sambung bluetooth
add_circle Sesuai untuk kegunaan rumah dan peribadi
add_circle Cip prestasi tinggi
add_circle Paparan skrin HD
add_circle Bacaan dalam 8 saat
remove_circle Harga sedikit mahal

Berry Pulse Oximeter boleh mengukur tahap oksigen dalam darah, khususnya dalam darah arteri tanpa menggunakan banyak alat penyambungan.

Operasi mengukur pula mudah dan cepat. Anda hanya perlu meletakkan jari di dalam sensor fotoelektrik

Kemudian, ukuran yang tepat akan dipaparkan pada skrin dan oximeter automatik ditutup selepas 8 saat.

Mempunyai acuan jari silikon dan boleh mengukur secara normal walaupun dalam gerak isyarat dan arah yang berbeza

Selain itu, ia menentukan kadar nadi dan kekuatan nadi dengan tepat dan memaparkannya dengan mudah pada paparan LED digital yang besar walaupun dalam persekitaran gelap.

Saiznya kecil, ringan dan mudah dibawa untuk mengukur oksigen darah di mana-mana, bila-bila masa.

Peranti ini sesuai untuk semua peringkat umur, dapatkan satu untuk memantau kesihatan keluarga dan diri sendiri.

Paling best, boleh record terus ke phone dan aplikasi senang nak pakai.

Pulse oximeter terbaik untuk anak
Fingertip Pulse Oximeter Yimi Life YM103
Fingertip Pulse Oximeter
From
RM89.00
Check Fingertip Pulse Oximeter Yimi Life YM103 price below:
add_circle Sensitif kepada hujung jari
add_circle Paparan jelas
add_circle Kalis debu
add_circle Kalis air IP22
add_circle Auto shut off
remove_circle Bateri tidak disertakan

Oksimeter Yimi Life model YM103 mempunyai reka bentuk sleek moden warna putih yang minimalis.

Memandangkan peningkatan kes COVID-19, setiap rumah perlu ada satu oksimeter.

Anda boleh menetapkan penggera visual untuk had kadar nadi atau apabila peranti ini memaparkan tahap Sp02 yang tinggi atau rendah.

Selain itu, ia sangat sensitif kepada hujung jari, jadi anda akan mendapat ukuran yang lebih tepat.

Direka khusus untuk mengukur kadar oksigen, mempunyai penunjuk bateri, paparan LED yang mudah dibaca dan kecerahan yang boleh dilaras.

Jangan risau, peranti perubatan ini mempunyai lesen MDA dan mempunyai jaminan 1 tahun.

Pulse oximeter terbaik untuk lelaki
Surgiplus Pulse Oximeter M70C
surgiplus_oximeter
From
RM129.00
Check Surgiplus Pulse Oximeter M70C price below:
add_circle Datang dengan penutup
add_circle Mudah dibawa ke mana-mana
remove_circle Paparan skrin tidak begitu jelas

Sebelum keadaan menjadi terlambat, beli satu oximeter Surgiplus untuk menyelamatkan nyawa anda atau nyawa seseorang yang anda sayangi.

Ciri-cirinya termasuk mempunyai 5 tahap kecerahan, skrin warna oled tft, fungsi memori, dan sangat sensitif serta bacaan tepat.

Kecil dan ringan, jadi anda boleh membawanya ke mana sahaja.

Perlu dimiliki individu yang menghidap COVID-19, masalah jantung, atau penyakit paru-paru kronik, dan sesuai digunakan untuk lelaki.

Tambahan pula, boleh menjimatkan tenaga dengan ciri auto-off selepas 8 saat tidak digunakan.

Pemeriksaan spot masa sebenar yang nyata, cepat dan tepat untuk mengetahui tahap sPO2 serta bacaan nadi anda.

Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak (umur 3 hingga 100 tahun).

Jenama terbaik fingertip pulse oximeter dilengkapi dengan jaminan 10 tahun dan diluluskan oleh KKM serta MDA.

Nombor Pendaftaran MDA adalah GC7968521-77190.


Oximeter Untuk Apa?

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, pulse oximeter merupakan satu alat peranti perubatan yang boleh digunakan mengukur kadar oksigen dalam badan.

Dalam musim wabak berjangkit ni, sebaiknya setiap rumah perlu ada bagi mengambil langkah berjaga-jaga jika dijangkiti. 

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui pautan KKM sebelum membuat pembelian.

Ini kerana pulse oximeter pengimportan dan pengedarannya dalam pasaran dikawal oleh MDA di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Jom kita dengar penjelasan lebih terperinci menerusi video ringkas berikut.


Cara Menggunakan Oximeter

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tahap bacaan oksigen normal menerusi pulse oximeter adalah antara 95% atau lebih.

Sekiranya bacaan kurang dari 94% anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan.

Kami juga yakin ada antara pembaca kami tidak tahu cara menggunakan oximeter.

Jadi, bagaimaman nak guna oximeter, jom kita lihat penerangan ringkas dari video Kementerian Kesihatan Malaysia.


Boleh Ke Guna Pulse Oximeter Untuk Test COVID-19?

Perlu diingatkan bahawa pengguna tidak boleh menggunakan pulse oximeter sebagai ujian saringan atau screen test untuk COVID-19.

Pulse oximeter hanya boleh memeriksa tahap oksigen untuk membolehkan situasi tahap oksigen yang rendah ditangani lebih awal.

Sebaiknya, lakukan saringan swab test COVID-19 di mana-mana klinik dan lakukan RTPCB CovidTest untuk keputusan yang lebih tepat.


Adakah Faktor Lain Yang Mempengaruhi Bacaan Oximeter?

Berikut faktor yang boleh menjejaskan ketepatan bacaan oksimeter nadi:

  • Pergerakan tangan 

Pengukuran oksimeter nadi memerlukan aliran darah yang stabil pada bahagian yang disambungkan.

Elakkan mengerakkan jari atau bercakap semasa pengukuran.

  • Penggunaan pengilap kuku atau aksesori kuku palsu

Tanggalkan sebarang pengilat kuku atau kuku palsu pada jari yng digunakan untuk oximeter.

Ini kerana pewarna kuku boleh memantulkan cahaya yang digunakan peranti untuk menentukan tahap oksigen dalam darah dan mengganggu bacaan pulse oximeter.

  • Kesihatan

Suhu badan yang sangat rendah turut boleh menjejaskan ketepatan bacaan SpO2.

Selain itu, individu yang mengalami hipotermia harus mengelakkan penggunaan oksimeter nadi kerana keadaan peredaran darah yang buruk.

  • Kecerahan cahaya

Pastikan peranti dipasang dengan selamat pada jari dan elakkan pengukuran SpO2 berhampiran lampu terang kerana ia boleh menjejaskan sinaran inframerah.


Keadaan Kesihatan Yang Mungkin Mempengaruhi Ketepatan Bacaan Oximeter?

Pulse Oximeter boleh memberikan bacaan cepat dan mudah digunakan, tetapi keadaan kesihatan tertentu boleh mempengaruhi ketepatannya.

Berikut keadaan yang boleh menjejaskan tahap oksigen darah:

  • Masalah pernafasan

Bagi pesakit asma, pneumonia, bronkitis, dan pesakit Chronic Obstructive Pulmonary (COPD), ujian oksigen darah sangat penting.

Oleh kerana kesukaran bernafas, pengambilan oksigen mungkin rendah. 

Tambahan pula, penyakit asma berterusan menghalang saluran udara kecil di paru-paru sehingga menyukarkan pernafasan dan boleh menyebabkan hipoksia.

  • Warga emas berumur lebih dari 60 tahun

Apabila paru-paru dan jantung bertambah tua, organ dalaman tidak dapat menghantar oksigen yang mencukupi ke seluruh badan. 

Ini kerana tubuh bergantung kepada darah untuk menghantar oksigen.

Sekiranya aliran darah perlahan, oksigen mungkin tidak mencukupi dan ini mengurangkan ketepatan oksimeter.

  • Pesakit kardiovaskular dan serebrovaskular

Sebagai contoh, penyakit jantung hipertensi, strok, kegagalan jantung, dan penyakit arteri perifer.

Pengumpulan lemak pada lapisan dalam saluran darah boleh menyempitkan rongga vaskular.

Ini menghalang darah mengalir dengan lancar dan menyukarkan oksigen untuk sampai ke semua bahagian badan.

Kepekatan darah pada pesakit dengan penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular juga lebih tinggi daripada orang yang sihat.


Adakah Terdapat Pelbagai Jenis Oximeter?

Antara jenis-jenis oksimeter yang umum digunakan termasuklah jenis yang melekat pada hujung jari.

Oksimeter nadi jari paling kerap digunakan kerana senang, pantas, dan mampu memberikan bacaan yang agak tepat. 

Alat kecil ini hanya perlu dilekatkan pada hujung jari untuk mendapat bacaan kadar oksigen dalam masa seminit.

Selain itu, terdapat juga oksimeter jenis bluetooth. Peranti ini lebih mudah dan boleh disambungkan kepada bluetooth atau aplikasi dalam telefon.

Ini juga memudahkan pengguna untuk merekod dan menyimpan data secara mingguan.

Oksimeter pegang tangan pula adalah alat yang lebih besar yang biasanya terdapat di hospital.

Mereka meletakkan peranti pada jari pesakit dan boleh dipakai lebih dari 6 jam.

Ia boleh disambungkan ke dalam jenis monitor lain dan memberikan banyak maklumat kesihatan yang berbeza.

Akhir sekali, terdapat oximeter yang boleh diletakkan pada pergelangan tangan anda, seperti ciri dalam smartwatch atau smartband yang sentiasa memeriksa tahap oksigen. 


Artikel berkaitan

End of Article