Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Dulang Hantaran Sebagai Tanda Pengikat Silaturrahim Antara Dua Keluarga

Tanda kasih kepada yang tersayang…

Pada masa kini, dulang hantaran sudah menjadi kemestian di setiap majlis pertunangan atau pernikahan. Ianya merupakan barangan berian daripada kedua-dua belah pihak untuk pasangan masing-masing sebagai tanda kasih dan penghargaan. Kebiasaannya, kita boleh melihat barangan seperti gadget, persalinan kain, manisan, alat penjagaan diri dan set beg tangan atau kasut sebagai isi dulang hantaran.

Adakah upacara berbalas dulang hantaran itu wajib dalam sesebuah perkahwinan?

Mengikut cara Islam, berbalas dulang hantaran tidak termasuk dalam rukun nikah. Ianya lebih kepada adat Melayu yang ingin memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Terpulanglah kepada pasangan pengantin sendiri dan sentiasa ingat untuk berbelanja dengan bijak. Jika anda merancang untuk menggubah dulang hantaran untuk hari bahagia, apa kata DIY sendiri. 

Selain dari jimat kos, anda juga boleh memastikan bahawa gubahan akan menepati citarasa anda sendiri. Untuk menggubah dulang hantaran, ikuti beberapa tips dibawah:

  • Pastikan anda mempunyai dulang hantaran. Ianya adalah ‘base’ kepada hantaran anda.
  • Jangan lupa lapik dulang dengan kain seperti organza, ikut citarasa sendiri.
  • Pilih tema sama ada hendak menggunakan bunga segar atau bunga palsu kemudian pilih aksesori tambahan seperti riben, manik, kristal dan lain-lain. Jangan lupa padankan dengan warna yang bersesuaian.
  • Pastikan gubahan anda kukuh dan tidak mudah jatuh!
  • Jika memberi hantran seperti manisan atau kek, pastikan ianya diletakkan dalam satu bekas khas sebelum diletakkan diatas dulang agar tidak terkena habuk atau serangga.

Sekarang kita sudah tahu bagaimana cara untuk menggubah, ayuh kita pilih dulang hantaran terbaik dipasaran! Jom kita lihat!

10 Dulang Hantaran Kahwin & Tunang yang Cantik 

Dulang hantaran untuk pihak lelaki dengan harga murah
mulai
RM7.00
Semak Dulang Hantaran Wedding Kayu Modern & Simple Dark Mahagony harga dibawah:

Siapa kata murah itu tidak cantik? Kadang kala, less is more. Untuk si jejaka, apa kata si gadis hadiahkan hantaran dengan tema hipster. Perhiasannya lebih santai dan simple. Dulang ini tampak lebih maskulin dan harganya sangat mampu milik! Terdapat banyak konsep yang boleh digunakan dengan dulang ini. Serlahkan kreativiti anda!

Dulang hantaran untuk perempuan pilihan terbaik
mulai
RM9.90
Semak Plastic Gift Tray harga dibawah:

Dengan dulang hantaran sebegini, terdapat banyak konsep yang anda boleh cuba. Salah satu daripadanya adalah ‘hidden’ hantaran dimana setiap barangan telahpun dibungkus menggunakan kotak dan kain yang telah dihiasi aksesori. Kotak tersebut akan diletakkan diatas dulang untuk memberi elemen of  ‘surpise’ di dalam majlis.

Dulang hantaran tunang – simple dan timeless
mulai
RM9.90
Semak Round Wooden Gift Tray harga dibawah:

Dulang hantaran berkaki sebegini adalah yang biasa kita lihat di majlis pertunangan. Ianya berbentuk bulat dan mempunyai motif ukiran corak yang simple tetapi menarik. Untuk dulang sebegini, kebiasaanya barang hantaran telah diletakkan di dalam kotak tersendiri kemudian diletakkan sahaja ke atas dulang.

Dulang hantaran besi pilihan terbaik
mulai
RM9.90
Semak Dulang Besi Hantaran Petak harga dibawah:

Dengan dulang hantaran besi sebegini, anda boleh meletakkan apa jua barangan hantaran kerana ianya mempunyai kedalaman yang cukup serta lebih kukuh dan stabil. Anda boleh gunakan konsep Inggeris dengan dulang ini, tambahkan bunga kecil di dalam tona lembut. Pasti nampak neutral!

Dulang hantaran untuk cincin pilihan terbaik
mulai
RM10.90
Semak Dulang Hantaran Kerawang harga dibawah:

Cincin dan frame wang hantaran selalunya menjadi dulang highlight pada hari pernikahan. Pilihlah dulang dengan penutup sebegini untuk memberi feel yang lebih manis. Ini kerana item di dalamnya sangat berharga dan pastikan ianya hanya dibawa oleh orang terdekat. Almaklumlah, dulang terpenting sekali dalam banyak-banyak perkara.

Dulang hantaran untuk kek dengan rekaan minimalis
mulai
RM13.50
Semak Wedding Souvenir Décor Square Plastic Chrome Tray harga dibawah:

Untuk meletakkan kek hantaran, dulang mestilah kukuh dan tidak mudah jatuh. Ianya harus mudah untuk dibawa dan dipindah-pindah. Dulang sebegini ideal untuk kek kerana ianya mempunyai handle di tepi seumpama talam. 

Hanya tambahkan aksesori perhiasan mengikut konsep majlis. Pastikan kek terlindung agar tidak terkena habuk dan serangga ya!

Dulang hantaran kayu dengan gaya lebih ‘rustic’ dan klasik
mulai
RM18.00
Semak Dulang Hantaran Kayu Pallet Hexagon Terbaru harga dibawah:

Jika anda impikan tema yang lebih rustic, bolehlah pilih dulang hantaran kayu ini. Apa yang menarik tentang dulang ini adalah ianya berbentuk hexagon. Untuk menghias dulang kayu amat mudah kerana warnanya sesuai untuk dipadankan dengan apa jua warna bunga atau perhiasan.

Dulang hantaran ekslusif pilihan terbaik
mulai
RM49.90
Semak Gold Wire Stand Mirror Top Gift Stand harga dibawah:

Sesiapapun pasti akan jatuh hati dengan dulang hantaran ini. Ianya tampak ekslusif dan bergaya. Dulang sebegini tidak memerlukan aksesori perhiasan yang banyak. Perincian berwarna emas dan bahagian cermin di atasnya membuatkan dulang hantaran ini lain dari yang lain.

Dulang hantaran tembaga dengan gaya ala Melayu lama
mulai
RM80.00
Semak Dulang Hantaran Tembaga harga dibawah:

Kembalikan suasana perkahwinan Melayu lama dengan perincian dulang tembaga sebegini. Ianya tidak lapuk ditelan zaman dan pasti akan mencuri perhatian hadirin yang hadir. Dulang hantaran ini boleh dijadikan kenangan dan diturunkan kepada generasi yang akan datang kerana dulang tembaga sememangnya tahan lama dengan penjagaan yang betul.

Dulang hantaran dengan rekaan moden untuk majlis nikah
mulai
RM135.00
Semak Bekas Hantaran Acrylic harga dibawah:

Dulang hantaran tertutup sebegini semakin popular di majlis perkahwinan. Ianya akan membuatkan gubahan tampak bersih dan mahal. Penggunaan dulang sebegini juga akan memastikan bahawa tiada sesiapa akan mengganggu barangan di dalamnya dan perhiasan juga tidak akan mudah jatuh. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa salahnya?


Artikel Berkaitan

End of Article