Cenderamata atau goodies kenduri merupakan barangan pemberian bagi melengkapkan sesebuah majlis perkahwinan.
Ini juga dijadikan sebagai tanda penghargaan bagi tetamu yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis dan mendoakan buat pasangan baru.
Kalau anda masih mencari idea goodies kahwin, jom kami kongsikan contoh goodies kahwin terkini untuk mudahkan misi rancangan perkahwinan anda.
Jadi, kami senaraikan senarai cadangan goodies kahwin terkini untuk anda pilih. Jom lihat!
Table of Contents
Senarai 42 Idea Goodies Kahwin
Anda mahu berikan kelainan untuk majlis perkahwinan anda dan buatkan para tetamu terkenang akan majlis anda? Boleh berikan doorgift tepung ini kepada para tetamu anda.
Selain mempunyai keunikan tersendiri, doorgift ini pasti akan menjadi doofgift yang bermanfaat buat tetamu istimewa anda.
Doorgift tepung ini juga murah, jadi anda tidak begitu terbeban untuk mendapatkannya.
Mahukan doorgift bermanfaat dan lain daripada yang lain? Boleh cuba doorgift bihun ini yang boleh digunakan tetamu anda untuk masak bihun goreng atau bihun sup.
Bukan setakat bermanfaat, ia juga murah dengan harga bermula RM2.00 untuk satu doorgift bihun.
Tetamu anda pasti akan teringat doorgift unik dan istimewa dari anda ini.
Kalau anda bercadang untuk berikan barang Ikea buat tetamu istimewa anda, boleh dapatkan kotak untuk anda isi mug dari Ikea ini.
Kotak ini mempunyai ukuran saiz yang tepat untuk mug Ikea, jadi anda tidak perlu risau jika ianya tidak muat atau terlalu longgar.
Selain untuk majlis kahwin, ia juga sesuai untuk majlis hari jadi, akikah dan lain-lain.
Ada design yang berbeza untuk anda pilih, boleh disesuaikan dengan tema majlis anda.
Tapi sekali lagi diingatkan, ini hanyalah kotak sahaja, jadi perlu beli mug Ikea itu secara berasingan.
Antara trend pemberian doorgift zaman sekarang, doorgift beras buat para tetamu istimewa.
Paling penting, beras yang diberikan kepada tetamu adalah beras basmathi, iaitu beras yang mahal dan sedap dimasak.
Harga juga tidak begitu mahal, jadi boleh disediakan untuk majlis perkahwinan dengan 500 tetamu ke bawah.
Inilah doorgift yang bermanfaat buat para tetamu.
Mungkin ini antara doorgift yang popular dan mudah untuk disediakan, dan tentunya tetamu boleh makan terus selepas menerima doorgift ini.
Anda boleh pilih sama ada mahukan caramel popcorn, extra caramel popcorn atau rainbow popcorn.
Kalau nak buat doorgift khas untuk kanak-kanak bolehlah ambil pilihan rainbow popcorn, pasti kanak-kanak gembira menerimanya.
Paling penting, kedai ini menawarkan servis urgent order, jadi siapa yang last minute baru nak cari doorgift tu bolehlah tempah sekarang!
Kalau majlis anda ada ramai tetamu kanak-kanak, set alat tulis tujuh dalam satu ini memberi kesan lebih bernilai daripada harganya. Lebih 7,000 unit sudah terjual di Shopee Malaysia pada sekitar RM2.49 sekeping berserta beg (disemak 21 Ogos 2026).
Ia antara pilihan termahal dalam senarai ini, jadi ia paling masuk akal untuk majlis yang lebih kecil atau untuk diberikan khusus kepada tetamu kanak-kanak, bukan kepada semua orang.
Kalau anda masih mencari goodies bag kahwin atau kotak doorgift yang murah dan cantik, boleh dapatkan kotak doorgift pelbagai reka bentuk ini.
Kotak ini mempunyai saiz 12.5(L) x 5(W) x 12.5(H) cm, muat untuk letak doorgift seperti botol kicap, popcorn, kotak air, dan doorgift bersaiz mini lain.
Selain itu, kotak ini juga mudah dipasang dan tidak mudah tertanggal pada bahagian talinya.
Beg eco ini pilihan yang baik kalau anda mahu doorgift yang tidak terus dibuang selepas majlis. Lebih 15,000 unit sudah terjual di Shopee Malaysia pada sekitar RM0.49 sekeping (disemak 21 Ogos 2026), dan permukaannya boleh dilukis sendiri kalau anda mahu sentuhan peribadi atau nama pengantin.
Ia dijual kosong, jadi kira sama ada anda mahu mengisinya atau membiarkannya sebagai beg sahaja. Kainnya nipis dan bukan beg tebal, jadi jangan harap ia menampung barang berat.
Beg kertas bercorak kartun ini menyelesaikan masalah pembungkusan untuk majlis yang ada ramai kanak-kanak. Lebih 12,000 unit sudah terjual di Shopee Malaysia pada sekitar RM0.62 sekeping (disemak 21 Ogos 2026).
Kerana ia kertas, ia tidak tahan hujan atau barang basah, jadi elakkan mengisinya dengan makanan berkuah atau minuman. Dan seperti semua pembungkus, kos sebenar doorgift anda masih bergantung pada apa yang anda isikan di dalamnya.
Kalau anda mahu pembungkus yang nampak lebih kemas daripada beg kertas biasa, beg bentuk tangan dengan pemegang ini pilihan yang munasabah. Hampir 2,000 unit sudah terjual di Shopee Malaysia pada sekitar RM0.85 sekeping (disemak 21 Ogos 2026).
Ia lebih mahal daripada beg organza atau beg kertas biasa dalam senarai ini, jadi ia paling berbaloi kalau isi doorgift anda sendiri agak premium dan anda mahu pembungkusan yang setara.
Berikan goodies dalam bentuk kuih yang diletakkan dalam kotak ini jika anda peminat bahulu.
Goodies ini sesuai untuk diberikan kepada orang dewasa atau kanak-kanak kerana kuih ini dalam kategori manisan yang digemari ramai.
Anda boleh pilih bahulu jenis Kemboja ataupun jenis Pusar dan kami cadangkan anda ambil jenis Kemboja kerana ada rainbow rice yang menghiasi bahagian atas kuih bahulu ini.
Doorgift ini bukanlah jenis homemade, tetapi ia pasti akan menjadi doofgift yang dapat dijaga rapi di rumah oleh setiap penerima.
Hadiahkan doorgift kaktus ini yang dibalut dengan paper wrap akan nampak lain daripada lain, dan ia juga sebenarnya perlu dilakukan secara DIY, jadi bolehlah dikategorikan sebagai doorgift homemade.
Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan outdoor, ini adalah antara idea doorgift kahwin yang sesuai dan menarik untuk diberi.
Untuk pakej goodies zip lock murah ini ada pelbagai pilihan snek dan biskut ditawarkan kepada anda.
Anda pilih saja snek yang anda ingini untuk majlis perkahwinan anda, atau kalau anda tidak pening kepala boleh saja campur semua pilihan snek yang ada.
Goodies sebegini diletakkan dalam beg zip lock dengan harga yang begitu murah dan mampu milik.
Kalau nak jimat untuk majlis anda, berikan saja doorgift seperti ini!
Antara doorgift yang tetamu benar-benar simpan dan guna. Pengetip kuku mini ini sudah terjual lebih 15,000 unit di Shopee Malaysia pada harga sekitar RM0.74 sekeping (disemak 21 Ogos 2026), dan kerana ia keluli tahan karat, ia bertahan jauh lebih lama daripada doorgift makanan.
Reka bentuk kartunnya comel tetapi mungkin kurang sesuai kalau majlis anda lebih formal, dan bilahnya kecil jadi kurang selesa untuk tangan yang besar.
Untuk peminat setia coklat pasti akan suka goodies dalam bentuk chocojar ini!
Anda boleh memilih perisa yang diinginkan seperti Nut, Choco Chip, Oreo, Nestum ataupun Cadbury.
Biasanya harga choco jar agak mahal, tapi untuk doorgift majlis perkahwinan, chocojar ini berharga lebih murah kerana diletakkan dalam bekas yang lebih kecil.
Bagaimanapun, choco jar ini mungkin sesuai diberikan untuk majlis perkahwinan di dewan kerana tempat lebih sejuk dan coklat tidak mudah cair.
Doorgift keperluan dapur, memang sangat berguna! Menarik lagi, untuk pilihan doorgift ini anda boleh pilih sama ada nak berikan botol kicap atau sos.
Goodies ini turut menyediakan stiker nama pengantin pada kotak kicap atau sos dengan design yang menarik.
Selain nampak unik, pemberian seperti ini amat berguna untuk tetamu yang datang dan kalau tetamu anda seorang student universiti, ini doorgift paling best untuk mereka.
Jarang tengok orang hadiahkan doorgift seperti papan pemotong? Inilah masa anda untuk berikan tetamu yang hadir goodies unik.
Selain luar daripada kebiasaan hadiah tetamu, goodies seperti ini amat berguna untuk tetamu anda guna di dapur atau letakkan sebagai hiasan tambahan di dapur mereka.
Doorgift papan pemotong berbentuk segi empat ini turut disertakan dengan rekaan cetakan pilihan anda.
Pilih sahaja design ataupun perkataan yang ingin tambah supaya sesuai dengan tema majlis perkahwinan anda.
Kalau kita pergi mall, pasti akan bau biskut sedap ini! Kadang kala teringat-ingat sampai balik rumah.
Inilah peluang anda berikan biskut ini kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda, pasti mereka akan gembira!
Hadiah eksklusif seperti ini, kami sarankan anda berikan kepada tetamu VIP atau saudara terdekat.
Kalau anda sudah ada isi doorgift dan cuma perlukan pembungkus yang nampak kemas, beg organza bertali ini paling mudah. Lebih 27,000 unit sudah terjual dan harganya sekitar RM0.22 sekeping (disemak 21 Ogos 2026), jadi kos pembungkusan hampir tidak terasa dalam bajet.
Ia datang dalam banyak warna, jadi senang dipadankan dengan tema majlis. Ingat bahawa ini pembungkus dan bukan hadiah dengan sendirinya, dan kain organza yang nipis kurang sesuai untuk barang berat atau bersudut tajam.
Diletakkan di dalam kotak elegan berjalur hitam dan putih, sabun berbentuk hati klasik ini adalah cara yang sempurna untuk menunjukkan penghargaan kepada rakan dan keluarga pada hari bahagia anda.
Bukan sahaja berguna, sabun ini juga pasti membuat tetamu anda teruja saat menerima doorgift wangi ini.
Disebabkan ianya datang dalam kotak, anda tidak perlu beli kotak secara berasing lagi.
Pinggan jenis melamine dengan corak bungaan seakan vintage ini akan buatkan doorgift anda nampak lebih eksklusif.
Tambahan pula kotaknya juga didatangkan dengan rekaan seakan corak pinggan akan buatkan goodies ini nampak lebih menarik.
Hadiah untuk tetamu seperti ini sesuai dijadikan hiasan atau boleh juga dijadikan sebagai pinggan kuih minum petang.
Bunga telur sangat sinonim dengan majlis kenduri kahwin, mugkin kerana tradisi yang telah diterapkan dengan orang zaman dulu.
Cuma sekarang terdapat pelbagai rekaan bunga telur seperti jenis bunga lidi, bunga telur gantung, bunga penuh atau sekuntum bunga telur.
Anda boleh pilih mana yang berkenan di hati dan sesuaikan mengikut tema hari perkahwinan anda.
Doorgift dompet batik ini unik tau sebenarnya sebab jarang dijadikan doorgift.
Bukan sahaja dapat mengekalkan warisan dahulu kala, tapi dapat menyokong industri tempatan.
Coraknya yang pelbagai akan membolehkan anda buat pilihan mengikut citarasa anda sendiri.
Set kutleri sesuai dijadikan hadiah untuk tetamu majlis kenduri anda.
Pilih saja set yang lengkap dengan set sudu dan garfu ini, pasti ramai tetamu suka pemberian ini.
Bukan saja bermanfaat kerana boleh digunakan dalam kehidupan seharian, harganya juga mampu milik.
Sesuai juga diletakkan dalam kotak dengan rekaan menarik supaya anda boleh beri terus kepada tetamu undangan anda.
Coklat dalam balang kecil ini adalah antara doorgift paling laris di Shopee Malaysia, dengan lebih 72,000 unit sudah terjual. Harganya sekitar RM1.90 sekeping, dan turun kepada kira-kira RM1.15 sekeping apabila anda tempah 25 keping ke atas, jadi ia paling berbaloi untuk majlis besar (harga disemak 21 Ogos 2026).
Balang 300ml yang lut sinar bermakna tetamu nampak isinya tanpa perlu membukanya, dan bentuknya mudah disusun dalam kotak doorgift bersama barang lain. Satu perkara yang perlu diambil kira: ini coklat leleh, jadi simpan di tempat sejuk dan elakkan majlis luar pada waktu tengah hari.
Jika anda mencari hadiah doorgift menarik dengan harga yang murah, krim tangan ini adalah pilihan tepat.
Dengan bauan yang sangat wangi dan harga murah menjadikan doorgift yang berbaloi.
Malah rekaan pada botol hand cream ini juga menarik menjadikan ia tampak eksklusif.
Gelas kaca sering kali dijadikan goodies untuk majlis perkahwinan kerana rekaan yang cantik dan eksklusif.
Tapi harus berhati-hati dalam memilih gelas kaca sebegini kerana mudah pecah.
Harganya agak mahal menjadikannya sesuai untuk majlis yang jemputan sedikit atau diberikan kepada tetamu VIP.
Jika anda mempunyai bajet yang besar, boleh saja berikan goodies berupa gelas kaca ini kepada semua tetamu anda.
Terapkan elemen islamik dalam majlis perkahwinan amat digalakkan sebenarnya dan hadiah seperti ini buatkan goodies anda tampak lebih eksklusif.
Selain sejadah mini, boleh juga berikan set yassin dengan tasbih kepada tetamu.
Memang cukup berbaloi untuk jadikan doorgift di hari perkahwinan nanti kerana dapat digunakan untuk tempoh masa yang panjang.
Scented candle antara goodies menjadi kegemaran ramai kerana boleh digunakan sebagai wangian aromaterapi rumah.
Walaupun agak jarang kita lihat lilin sebegini dijadikan sebagai doorgift, tapi apa salahnya kalau anda buat sedikit kelainan.
Walaupun harganya agak mahal, tapi jika beli lilin ini secara borong, harganya jauh lebih murah.
Lilin wangi ini turut didatangkan dengan batu kristal beserta hirisan bunga yang pelbagai.
Jadi anda boleh saja buat pilihan sendiri yang mana berkenan di hati.
Tuala dengan bentuk beruang ini sangat comel dan sesuai dijadikan doorgift.
Kualiti kain jenis serap air dengan baik dan tidak berbulu ini boleh digunakan untuk tempoh yang lama.
Untuk cara pembungkusan pula, tuala ini dilipat cantik-cantik dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
Jadi kalau anda nak lekatkan stiker pada plastik tersebut pun boleh.
Pewangi dalam botol bersaiz mini pasti menjadi pilihan tepat untuk dijadikan doorgift.
Bukan saja mudah dibawa tapi pilihan wangiannya juga pelbagai.
Boleh saja pilih mengikut kesesuaian dan wangian yang dirasakan menjadi kegemaran ramai.
Jangan risau, haruman yang lembut sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.
Goodies ini terdiri daripada gabungan beberapa jenis kacang yang disusun secara berlapis-lapis dengan pilihan warna yang menarik.
Kacangnya cukup rangup, bolehlah dijadikan sebagai kudapan semasa perjalanan pulang dari kenduri kahwin anda.
Bagaimanapun, kami tidak sarankan anda berikan goodies ini kepada kanak-kanak kerana mungkin tidak sesuai, risau mereka mudah tercekik.
Setiap pembelian hadir dengan satu pakej lengkap, 50 botol bersaiz 150ml yang diisi dengan 3 jenis kacang.
Jika anda ingin berikan goodies coklat kepada tetamu, berikan saja bar coklat ini.
Menariknya, turut disertakan dengan pembalut cantik yang boleh di reka sendiri dan anda boleh pilih saja rekaan yang anda inginkan.
Untuk goodies jenis makanan mudah cair ini, anda perlulah simpan ditempat yang dingin atau suhu bilik untuk memastikan makanan tidak mudah rosak.
Cermin poket bulat ini antara doorgift paling laris di Shopee Malaysia, dengan lebih 35,000 unit terjual. Harganya bermula sekitar RM0.23 sekeping (disemak 21 Ogos 2026), jadi ia pilihan yang masuk akal apabila senarai tetamu anda panjang dan bajet ketat.
Ia ringan dan nipis, jadi mudah dimasukkan ke dalam beg atau kotak doorgift bersama barang lain. Sedar sajalah ia cermin plastik dan bukan barang mewah, jadi kalau majlis anda mahukan doorgift yang nampak premium, pilihan lain dalam senarai ini lebih sesuai.
Doorgift senduk kayi ini pasti sangat berguna untuk kegunaan di dapur dan pastinya para wanita teruja jika terima goodies ini!
Untuk menambahkan lagi nilai sentimental yang lebih bermakna, anda boleh juga buat tempahan khas untuk menambah ukiran ataupun cop yang anda pilih sendiri.
Boleh tambah nama anda dan pasangan serta tarikh kenduri sebagai kenangan buat tetamu yang hadir.
Seiring dengan cadangan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan straw plastik.
Jadi anda boleh ambil inisiatif untuk jadikan straw besi sebagai goodies kahwin anda.
Turut disertakan bersama berus mini untuk memudahkan proses pencucian.
Kalau nak tambah cop beg tu dengan nama pun boleh cuma perlukan penambahan kos.
Sesuai dengan keadaan virus dan penyakit yang semakin berleluasa, doorgift hand sanitizer boleh dikatakan sangat berguna.
Harganya tidak lebih dari RM1 menambahkan lagi sebab utama untuk anda jadikan doorgift.
Cuma anda perlu bungkus sendiri kerana tidak didatangkan dengan bungkusan, jadi bolehlah merewang bersama sanak saudara semasa membungkus doorgift ini.
Kalau bajet doorgift anda sangat ketat, ini antara pilihan paling murah yang masih nampak kemas. Set 50 keping kunci mangga kartun ini sudah terjual lebih 15,000 unit di Shopee Malaysia dan harganya sekitar RM0.10 sekeping (disemak 21 Ogos 2026).
Kelebihannya berbanding doorgift makanan: ia tidak cair, tidak basi, dan boleh ditempah awal tanpa risau. Kekurangannya, reka bentuk kartun kurang sesuai untuk majlis formal, dan kerana ia dijual dalam set besar anda mungkin terlebih beli untuk majlis kecil.
Pilih Surah Al-Kahfi sebagai hadiah doorgift majlis perkahwinan anda untuk diberikan kepada tetamu yang hadir.
Surah ini dicetak dalam pelbagai rekaan yang cantik dan menarik untuk bahagian muka depan surah.
Bukan sahaja terdapat terjemahan Surah Al-Kahfi, malah turut dilengkapi dengan doa tahlil, surah Yassin dan terjemahannya.
Selain doorgift kahwin, anda juga boleh berikan surah ini kepada tetamu majlis akikah, tahlil, doa selamat dan majlis tunang.
Surah Al-Kahfi ini juga sangat bagus dibaca pada setiap malam kerana akan memberikan pelbagai kebaikan seperti memperkuatkan iman, menjauhkan diri dari sihir dan membawa keberkatan dalam hidup seseorang.
Hadiah yang baik adalah hadiah yang paling berguna, jadi sapu tangan ini pasti akan berguna kepada tetamu anda.
Dengan bajet rendah, anda boleh jadikan sapu tangan ini sebagai goodies atau cenderahati majlis perkahwinan anda.
Terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan design kotak yang menarik serta dengan tali, jadi kotak ini mudah dibawa pulang oleh tetamu anda.
Mencari sesuatu yang sedikit berbeza untuk doorgift kahwin? Anda boleh beli sahaja set manicure ini!
Dengan bajet rendah, anda boleh dapatkan set manicure 4 dalam 1 bersaiz mini ini dalam bekas plastic casing yang berwarna.
Selain sesuai dijadikan doorgift majlis perkahwinan, anda juga boleh berikan set ini semasa birthday party, annual dinner dan lain-lain.
Buku nota poket ini pilihan yang selamat apabila anda tidak pasti siapa tetamu anda: pelajar dan orang dewasa sama-sama boleh gunakannya. Lebih 8,000 unit sudah terjual di Shopee Malaysia dan harganya sekitar RM0.20 sekeping (disemak 21 Ogos 2026).
Muka suratnya terhad kerana saiznya kecil, dan kulitnya nipis jadi ia mudah lecek kalau beg goodies anda penuh. Susun ia di bahagian atas kotak.
Apakah Jenis Doorgift Yang Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan?
Jenis doorgift paling sesuai untuk majlis perkahwinan haruslah yang praktikal dan sesuai dengan bajet.
Ini kerana doorgift selalunya disediakan dalam jumlah yang berskala besar dan akan memakan ruang penyimpanan yang besar.
Walaupun anda nampak harga untuk satu barang RM1 tapi bayangkan jika tetamu sebanyak 1000, jadi berapa banyak anda perlu keluarkan modal?
Jadi sudah menjadi kemestian untuk anda pertimbangkan beberapa perkara.
Antaranya modal, jumlah tetamu yang hadir, ruang penyimpanan dan tempoh penyimpanan doorgift sebelum diagihkan kepada para tetamu pada hari majlis perkahwinan anda.
Sebaiknya pilih doorgift yang tidak ada tarikh luput atau tarikh luput yang lama dan tidak membebankan anda.




