Panduan & Idea Hadiah

30 Idea Barang Hantaran Kahwin Lelaki dan Perempuan 2026


Editor · Updated 19 Oct 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

30 Idea Barang Hantaran Kahwin Lelaki dan Perempuan 2026

Masuk fasa endemik, kami yakin ramai pasangan inginnmelangsungkan majlis pernikahan walaupun dalam serba sederhana.

Tak mengapa asalkan majlis akad nikah berjalan dengan lancar dan adat resam tidak lupakan.

Kandungan

Salah satu adat yang biasa kita lakukan ialah sesi membalas hantaran antara dua pihak. 

Jadi, mesti ramai yang masih berfikir-fikir mahu sedia apa untuk dulang hantaran kahwin nanti, kan? 

Kami bantu anda dengan membuat pilihan pelbagai idea hantaran perkahwinan yang boleh dapatkan melalui Shopee dan Lazada.

Tak perlu lagi ke pusat membeli-belah untuk bersesak-sesak. Hanya click and check out! 


Senarai 15 Idea Hantaran Kahwin Pengantin Lelaki

Clarks Men Shoe Un Lipari Step Slip-On
Hantaran kasut lelaki 1 daripada 30
Clarks Men Shoe Un Lipari Step Slip-On
Partnership with Clarks
Dari RM449.10

Biasanya memang kasut menjadi pilihan utama untuk dulang hantaran.

Bukan apa ia sudah pasti dapat digunakan selepas memasuki alam rumah tangga. 

Malah sebagai simbolik melangkah ke dunia baru sebagai suami isteri. 

Kasut dari jenama Clarks ini cukup menggambarkan lelaki budiman dan kemas bergaya.

Dari material kulit premium sudah pasti ia tahan lama. 

Rekaan juga diperincikan dengan teknologi keselesaan Ortholite Footbed membuatkan si pemakai selesa memakainya walaupun berdiri dengan lama. 

Huawei Watch Fit 3
Hantaran jam tangan lelaki 2 daripada 30
Huawei Watch Fit 3
Partnership with Huawei
Dari RM469
Reka bentuk nipis 9.9mm, ringan dipakai
Skrin AMOLED 1.82 inci besar
Tiada GPS terbina dalam pada model asas
1 lagi
Bateri tahan sehingga 10 hari

Lupakan jam tangan biasa, sebaiknya pilih smartwatch yang bercirikan teknologi dan sistem mudah alih notifikasi dan senama seperti jam HUAWEI Watch Fit ini.

Sesuai untuk bakal suami anda yang aktif bergerak dan seiring dengan teknologi semasa.  

Jam pintar Huawei ini mempunyai dual chipset architecture dan sistem penjimatan kuasa sekaligus memberikan bateri bertahan selama 10 hari.

Untuk aktiviti sukan, Huawei Watch Fit mempunyai 96 mod senaman dan satu sistem dimana anda boleh set mengikut potensi anda sendiri.

Mesti seronok si suami bila dapat tahu isteri sangat caring tentang kesihatan dia!

Dexandra Perfume Set for Hantaran
Hantaran set minyak wangi lelaki 3 daripada 30
Dexandra Perfume Set for Hantaran
Partnership with
Dari RM79

Jenama minyak wangi tempatan Dexandra menyediakan set lengkap minyak wangi berbentuk hantaran.

Dilengkapi dengan minyak wangi pilihan anda, tuala kecil dan hiasan untuk dulang hantaran.  

Jadi anda tak perlu kelam-kabut untuk mengeluarkan bajet yang besar untuk set minyak wangi.

Terdapat 14 bauan menarik yang sesuai dipilih untuk personaliti suami anda.

G2000 Men 100% Cotton Long Sleeve Formal Shirt Slim Fit
Hantaran pakaian lelaki 4 daripada 30
G2000 Men 100% Cotton Long Sleeve Formal Shirt Slim Fit
Partnership with
Dari RM199

Baju kemeja berkolar kualiti tinggi dari G2000 memiliki potongan kain yang terletak.

Diperbuat dari 100% kapas yang selesa dipakai pada cuaca panas seperti di Malaysia ini.

Selain baju Melayu, baju kemeja juga boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran.

POLO HILL Mens Genuine Leather Bi-Fold Wallet M-PHW-8147
Hantaran kahwin wallet lelaki 5 daripada 30
POLO HILL Mens Genuine Leather Bi-Fold Wallet M-PHW-8147
Partnership with
Dari RM49.90

Tak sah kalau dulang hantaran tiada wallet!

Pilihan wallet dari jenama Polo Hill ini cukup berbaloi, harga yang berpatutan dengan kualiti material kulit yang tahan lama. 

Rekaannya minimal dengan 9 slot kad, 1 slot berzip, 1 slot berbingkai dan 2 slot duit kertas. Senang disimpan di kocek seluar atau beg tangan. 

Apa salahnya letak wallet sebagai hantaran, lagi-lagi kalau wallet bakal suami sudah lusuh.

Hannan Men Series Skincare Set
Hantaran set skincare lelaki 6 daripada 30
Hannan Men Series Skincare Set
Partnership with
Dari RM260

Jika bakal suami anda sukakan skincare, dapatkan set penjagaan wajah dari Hannan ini.

Jangan risau, produk kecantikan ini sangat sesuai untuk kulit wajah lelaki. 

Satu set ini lengkap dengan pencuci wajah gel, penyegar, gel jerawat dan krim pelindung UV. 

Testimoni dari produk ini cukup meyakinkan dengan keberkesanan kecutan jerawat dalam masa dua minggu sahaja. 

Harga yang ditawarkan pun berbaloi, memang sesuai untuk dijadikan dulang hantaran.

Amazin' Graze Apple Bundle (620g)
Hantaran set makanan 7 daripada 30
Amazin' Graze Apple Bundle (620g)
Partnership with
Dari RM46.53

Kalau anda tak sempat untuk buat tempahan kek atau manisan sebagai hantaran, boleh jadi kreatif dengan menukar dengan set makanan sihat dari Amazin’ Graze ini. 

Set bundle pilihan Apple ini mempunyai 3 pilihan dari Apple Crumble Granola 250g, Apple Cinnamon Goodness Bowl 240g dan Immunity Booster Trail Mix 130g.

Setiap hidangan superfoods ini akan memberi kepuasan dan tenaga membekalkan untuk aktiviti harian. 

Anda ubah suai sedikit pek bundle Amazin’ Grace dengan hiasan hantaran, pasti akan nampak cantik dan menarik diatas dulang nanti.

Raynrose Gubahan Sirih Junjung
Hantaran sirih junjung 8 daripada 30
Raynrose Gubahan Sirih Junjung
Partnership with
Dari RM49

Hantaran tak lengkap kalau tiada sirih junjung untuk dibawa ketika berarak. 

Tapi kini sirih junjung boleh diganti dengan gubahan sirih junjung dari daun palsu sahaja.

Lagipun menjimatkan kos dan tidak perlu dijaga dengan rapi.

Anda boleh dapatkan khidmat gubahan sirih junjung dari Raynrose.

Junjung sirih rekaan dari mereka akan menyediakan gubahan ringkas sirih junjung dan memerlukan 1 - 3 hari untuk disiapkan.

DSV - Sejadah Makbul Design Makkah
Hantaran sejadah lelaki 9 daripada 30
DSV - Sejadah Makbul Design Makkah
Partnership with
Dari RM180

Cukup cantik dan eksklusif rekaan sejadah dari DSV ini. Jadi sangat sesuai untuk diletakkan diatas dulang hantaran.

Terdapat 5 rekaan corak untuk dipilih yang berkonsepkan Mekah dan Kiswah Kaabah. 

Material dari baldu sudah memberi aura mahal. Ia tidak terlalu tebal atau nipis dan sangat lembut. 

Malah ia juga ringan dan mudah dibawa, lebih lagi kalau ke masjid untuk solat Jumaat.

Sony Wireless Bluetooth Portable Headphones WH-CH510
Hantaran aksesori gaming lelaki 10 daripada 30
Sony Wireless Bluetooth Portable Headphones WH-CH510
Partnership with Sony
Dari RM145
Bateri tahan hingga 35 jam
Pengecasan pantas
Tidak boleh dilipat
1 lagi
Pilihan warna menarik

Si dia gemar bermain game atau mendengar muzik, wajib tambah headphone dalam dulang hantaran. 

Headphone Sony ini pula direka khas dengan fungsi pengecasan pantas.

Anda boleh mendengar lagu atau podcast selama 90 minit walaupun hanya sempat dicas sekurangnya 10 minit.  

Dengan built-in microphone dan dapat berfungsi hand free calling, anda boleh menjawab sebarang panggilan walaupun telefon berada dalam poket.  

Aksesori audio ini juga boleh digunakan bersama voice assistant yang ada pada telefon pintar anda, jadi anda boleh mainkan muzik dengan mudah.  

kasut skechers sukan
Hantaran kasut sukan 11 daripada 30
Skechers Men Go Walk Lite
Partnership with
Dari RM110.13

Hadiahkan pengantin lelaki anda kasut sukan bergaya daripada Skecher ini!

Rekaan yang sleek dan warna biru hitam ini pasti tampak bergaya apabila digayakan.

Bukan hanya boleh dipakai untuk aktiviti kasual malahan untuk ke pejabat juga sesuai.

Jean Miss Pure Homme Perfume For Men
Hantaran minyak wangi 12 daripada 30
Jean Miss Pure Homme Perfume For Men
Partnership with
Dari RM22.90

Set perfume merupakan antara hadiah hantaran yang wajib ada dalam sesebuah perkahwinan.

Perfume khas daripada Jean Miss Pure Homme pastinya mampu memberi bau maskulin kepada pengantin lelaki.

canon
Hantaran kamera DSLR 13 daripada 30
Canon EOS 3000D
Partnership with Canon
Dari RM1,439.10

Bagi pasangan yang suka mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar, hadiah ini sangat tepat buat mereka.

Kamera Canon EOS 3000D ini didatangkan dengan pelbagai free gift contohnya seperti bag, sd card dan sebagainya.

Bahagiakan pengantin lelaki dengan menghadiahkan kamera ini di hari bahagia anda.

scl loafer
Hantara kasut kulit 14 daripada 30
SCL Slip-On Men Loafers
Partnership with SCL
Dari RM49.80

Inginkan kasut yang boleh digayakan untuk majlis formal dan tidak formal? SCL Slip-On Men Loafers adalah pilihan tepat.

Rekaan pada kasut ini pasti membuat si pemakai tampak kemas.

Malah bukan hanya dipakai ke pejabat tapi sesuai untuk keluar berjalan jalan.

jeep bried case
Hantaran beg kulit 15 daripada 30
JEEP Briefcase Office Bag
Partnership with JEEP
Dari RM46.80

Beg kulit jenama Jeep ini sesuai untuk para lelaki berkarier. 

Pasti mereka akan tampak bergaya menggayakan beg ini untuk ke pejabat.


Idea Hantaran Kahwin Pengantin Perempuan

aldo
Hantaran kasut tinggi 16 daripada 30
ALDO Sevadosa Women Block Heel
Partnership with ALDO
Dari RM369

Mungkin ada yang beranggapan pelik jika menjadikan kasut tinggi sebagai hantaran tapi sebenarnya pilihan yang tepat.

Lepas kahwin, pasangan anda boleh pakai untuk keluar berjalan. 

ChristyNg Flower Power Canvas Tote
Hantaran tote bag 17 daripada 30
Christy Ng Flower Power Canvas Tote
Partnership with Christy Ng
Dari RM34

Tote bag daripada ChristyNg ini sesuai dijadikan sebagai hantaran.

Lagipun tote bag ini boleh dijadikan untuk dibawa ke pasaraya untuk muatkan barangan basah atau kering.

Malah, boleh juga masukkan barangan lain mengikut kesesuaian.

Beg berwarna biru cerah dengan dihiasi bunga kecik ini kelihatan simple namun tampak elegan.

Kalau nak bawa ke tempat kerja pun sesuai.

skechers women
Hantaran kasut sukan 18 daripada 30
Skechers Women Ultra Flex 2.0 Shoes - 13356-PNK
Partnership with Skechers
Dari RM179.50

Bagi wanita yang aktif bersukan dan sukakan aktiviti outdoor, kasut Sketchers ini wajib anda berikan kepada mereka sebagai hantaran. 

Warna pink lembut ini juga kelihatan lembut dan pasti dapat menyerlahkan gaya si pemakai.

Kasutnya yang sangat ringan memberikan keselesaan untuk melakukan aktiviti aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak. 

Hantaran wangian 19 daripada 30
Hugo Boss The Scent Private Accord For Her Eau de Parfum
Partnership with Hugo Boss
Dari RM399

Lengkapkan set hantaran anda dengan memberikan perfume dari bran Hugo Boss ini!

Wangian yang lembut dan tidak begitu tajam ini pasti membuat si pengantin lelaki tidak jemu menghidunya.

SEMBONIA Women Synthetic Leather Court Shoe
Hantaran kasut perempuan 20 daripada 30
SEMBONIA Women Synthetic Leather Court Shoe
Partnership with
Dari RM149

Memang tak sah kalau hantaran tiada kasut tumit tinggi untuk si isteri, biarpun lepas kahwin tak pakai! 

Kasut bertutup dari Sembonia ini cukup minimalis, anggun dan hanya 3 inci tumit.Ia sesuai disarung untuk apa jua majlis atau hanya sekadar ke pejabat. 

Diperbuat dari kulit tiruan tahan lama dan tapak kasut yang memberi keselesaan pada kaki. 

Terdapat tiga pilihan warna kasut untuk disesuaikan pada dulang hantaran buat si pengantin perempuan. 

Samsung Galaxy Watch Active 2
Hantaran jam tangan perempuan 21 daripada 30
Samsung Galaxy Watch Active 2
Partnership with Samsung
Dari RM569.99
Ringan dan selesa dipakai
Harga murah
Pantauan aktiviti senaman kurang menyeluruh
3 lagi
Ada pilihan model LTE
Memerlukan banyak aplikasi pihak ketiga
Bateri cepat habis jika kerap bersenam

Jangan lupa aksesori sampingan untuk diberi pada bakal isteri anda.

Jam tangan dari Samsung Galaxy Watch Active2 sesuai untuk dijadikan pelengkap gaya mereka.

Mempunyai pilihan rekaan yang feminin dan warna-warna lembut. 

Selain itu ia mampu mengesan pergerakan harian anda tidak kira berjalan, berenang, berlari anak atau menaiki anak tangga. 

Jam ini akan berfungsi secara automatik dengan mengesan 7 jenis aktiviti senaman yang dilakukan.

Malah mempunyai sistem 8 pengesanan photodiodes pada bahagian belakang kepala jam untuk mengawasi degupan jantung sama ada dalam keadaan normal atau pun tidak.

Ketahanan bateri pula, jam pintar ini boleh bertahan sepanjang hari dengan penggunaan biasa dan penggunaan bateri akan banyak jika anda menggunakan apa-apa sistem yang ada pada smartwatch ini.

Body & Earth Home Bath Spa Kit Gift Set - Ocean
Hantaran set minyak wangi perempuan 22 daripada 30
Body & Earth Home Bath Spa Kit Gift Set - Ocean
Partnership with
Dari RM105

Bakal isteri mesti suka kalau ada set wangian dalam hantaran nanti.

Lebih lagi kalau dapat set lengkap dengan mandian wangian seperti Body & Earth ini. 

Set mandian ini mengandungi shower gel, bubble bath, body lotion, scented candle, bath salt dan bakul seperti bath tub. 

Setiap produk diformulasi dengan minyak biji bunga matahari dan vitamin E bagi memberi kelembapan mendalam pada kulit. 

Manakala wangian minyak pati memberi pengalaman seperti di spa hotel dan menyegarkan minda setiap kali selepas mandi. 

Satu set dengan 7 produk ini sudah pasti nampak gah diatas dulang hantaran nanti.

Dreamyza Kirana Embroidered Sulam Chiffon Brides Baju Kurung in Off White
Hantaran sepersalinan perempuan 23 daripada 30
Dreamyza Kirana Embroidered Sulam Chiffon Brides Baju Kurung in Off White
Partnership with
Dari RM289

Idea hantaran yang seterusnya ialah pakaian untuk pengantin perempuan, baju kurung.

Potongan baju kurung moden ini mempunyai hiasan renda bunga-bunga kecil yang menaikkan lagi seri pemakai.

Jahitan bahu dilengkapi pad supaya dapat memberi postur badan yang lebih menarik. Malah material kain juga sangat selesa, ringan, tidak panas dan ada efek flowy. 

Baju kurung ini juga sesuai untuk dipakai ketika majlis bertandang nanti.

Fazura Skincare Combo Set
Hantaran set skincare perempuan 24 daripada 30
Fazura Skincare Combo Set
Partnership with
Dari RM79.80

Produk penjagaan wajah dari pelakon terkenal tanah air Fazura Skincare pun boleh dijadikan sebagai idea hantaran.

Walaupun ia sekadar starter kit set tapi ia lengkap dengan 5 produk penjagaan wajah.

Malah ia kemas diletakkan dalam kotak yang menarik.

Jadi anda hanya perlu tambah hiasan diatas dulang tanpa perlu menyusun produk skincare ini. 

Harga pun sangat berbaloi!

Kraf Kg Emas Sirih Junjung Hantaran & Bekas Cincin
Hantaran sirih junjung perempuan 25 daripada 30
Kraf Kg Emas Sirih Junjung Hantaran & Bekas Cincin
Partnership with
Dari RM48

Bagi sirih junjung untuk diberi pada pihak perempuan, sebaiknya lengkap dengan bekas cincin atau gelang. 

Gubahan dari Krag Kg Emas ini ringkas, kecil dan dihiasi dengan daun sirih serta bunga hiasan palsu.

Menariknya, bunga gambir dan bunga kapur dari bahan semulajadi dan gubahan ini adalah handmade. 

Jika disaat akhir baru nak mencari sirih junjung, dapatkan sahaja khidmat gubahan sirih junjung secara online di Shopee atau Lazada.

Zara Awliya Telekung Cassandra
Hantaran set telekung perempuan 26 daripada 30
Zara Awliya Telekung Cassandra
Partnership with
Dari RM99

Tak kisahlah nak hadiahkan 7 atau 5 dulang sekalipun, set telekung mesti ada diantaranya, simbolik sebagai isteri solehah.

Telekung Cassandra dari jenama Zara Awliya ini cukup manis dan ayu dengan 12 pilihan warna menarik.

Dihiasi sulaman bunga-bungaan kecil dan sangat sejuk dipakai kerana diperbuat dari fabrik kapas. 

Saiz telekung ini free size dan bahagian muka dijahit dengan getah bagi dapat disesuaikan dengan muka pemakai. 

Malah setiap telekung, anda akan menerima percuma kotak dan beg khas telekung.

Memang sesuailah untuk diletakkan diatas dulang hantaran nanti. 

NAELOFAR Najma Comfort Sejadah
Hantaran sejadah Naelofar 27 daripada 30
NAELOFAR Najma Comfort Sejadah
Partnership with
Dari RM107.90

Tidak sempurna jika hanya menghadiahkan set telekung tanpa sejadah.

Rekaan digunakan bermotifkan corak moden yang tampak eksklusif.

Malah, bungkusan kotak yang serba mewah pasti menaikkan seri hantaran anda.

NAELOFAR Giya Printed Square
Hantaran tudung Naelofar 28 daripada 30
NAELOFAR Giya Printed Square
Partnership with
Dari RM42

Perempuan mana yang tidak gembira jika dihadiahkan dengan tudung daripada Naelofar ini!

Corak dan design nya yang up-to-date didambakan oleh setiap wanita.

Kainnya yang diperbuat daripada soft silky satin akan kelihatan terletak dan beralun apabila digayakan oleh si pemakai 

Tidak salah jika ingin menghadiahkan tudung ini yang turun didatangkan dalam kotaknya yang tersendiri.

dUck The Seoul Shawl in Yeppeuda
Hantaran tudung dUck 29 daripada 30
dUck The Seoul Shawl in Yeppeuda
Partnership with dUck
Dari RM300

Jadikan tudung shawl daripada dUck sebagai hantaran untuk pengantin perempuan.

Design yang berlatar belakangkan gunung ganang dan pemandangan cantik di Korea membuatkan corak lebih cantik apabila digayakan si pemakai.

Paling penting, rekaan corak kotak yang menarik dicampur dengan gubahan bunga pada hantaran nanti pasti menaikkan seri dulang hantaran.

GIVENCHY
Hantaran barangan essential 30 daripada 30
GIVENCHY Irresistible Eau De Parfum & Makeup Gift Set Christmas (Limited Edition)
Partnership with GIVENCHY
Dari RM410

Barangan mewah dari Givenchy ini dapat membuat bakal ister tersenyum lebar lebih-lebih lagi produk limited edition.

Set ini dilengkapi perfume dan makeup berona pink dan sangatlah sesuai dihadiahkan kepada si pengantin wanita.

Produk ini adalah barangan essential bagi setiap wanita setiap kali keluar dari rumah.

Saiznya yang kecik comel muat untuk diletakkan dalam beg dan dibawa kemana sahaja. 


Tips Pilih Barang Hantaran Kahwin & Tunang

  • Berapa dulang?

Anda dan pasangan wajib bincang dahulu berapa dulang yang ingin disiapkan.

Kebiasaannya, jika pihak lelaki memberi 3 dulang, pihak perempuan akan membalas dengan 5 dulang. 

Manakala jika beri 7 dulang, pihak perempuan perlu membalas dengan 9 dulang. 

Apa yang perlu anda faham setiap pihak perlu memberi dalam bentuk ganjil dan pihak perempuan perlu membalas lebih banyak dulang. 

  • Tema

Jangan lupa dengan tema, biar ia bersesuaian dengan majlis anda. Pilih gubahan yang serasi dengan warna, konsep majlis dan pilihan barangan anda. 

Pastikan warna dulang hantaran untuk pihak lelaki dan wanita tidak sama.

Beritahu pada pasangan warna apa yang anda hendak untuk gubahan hantaran. Double check!

  • Bajet

Ini adalah yang paling mustahak! Jangan tenggelam dengan keterujaan membeli barang hantaran sehingga melebihi bajet. 

Rancang dahulu bajet anda dan pasangan. Kemudian tentukan barangan yang sesuai dengan bajet dan keperluan masing-masing.

Sebaiknya pilih barang yang boleh digunakan ketika majlis atau selepas majlis. 


Beza Hantaran Tunang & Kahwin

  • Hantaran Tunang

Ia bergantung kepada keluarga dan adat resam sesebuah negeri. Seperti di Pahang, hantaran bagi majlis pertunangan biasanya diberi manisan atau kuih-muih. 

Malah ada juga yang telah lengkap dengan separuh wang hantaran telah diberitahu ketika majlis peminangan yang lalu. 

Namun biasanya untuk bilangan dulang hantaran lebih ringkas seperti diberi 3, dibalas 5 sahaja. 

  • Hantaran Kahwin/Nikah

Bagi hantaran untuk majlis nikah atau persandingan lebih gah atau banyak bilangannya. Tapi ia bergantung pada perbincangan dua belah pihak pasangan. 

Hantaran untuk majlis persandingan wajib ada sirih junjung beserta hiasan wang hantaran atau mas kahwin. 

Ada juga yang lengkap dengan set sepersalinan seperti pakaian, wangian, aksesori diri dan sebagainya. 

Kini dah ramai pengantin yang kreatif dengan barang hantaran masing-masing. Pastinya ia boleh digunakan di alam rumah tangga kelak.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation