Zaman kini, tidak kira samada musim cuti persekolahan ataupun tidak, pasti setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kahwin. Dan anda sudah tentu telah menerima beberapa kad undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, bukan?
Apakah hadiah yang sesuai buat pengantin baru?
Jika terlalu banyak kenduri kahwin yang hendak dihadiri, pastinya anda beli sahaja yang sama. Tetapi kalau yang kahwin itu saudara-mara ataupun sahabat-handai, mungkin akan membuatkan anda buntu untuk memilih hadiah yang bersesuaian. Tips penting, pilihlah hadiah yang boleh digunakan oleh pasangan baru berkahwin ini selepas majlis nanti.
Lebih baik lagi, jika anda hadiahkan sesuatu yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan tahan lama. Tambahan pula untuk pengantin yang akan menjalani kehidupan berkeluarga di rumah baru, hadiah seperti kelengkapan set pinggan mangkuk adalah terbaik untuk mereka. Ayuh lihat idea-idea hadiah yang boleh dijadikan rujukan buat anda;
15 Hadiah Untuk Pengantin Baru
Bekas kekasih menjemput anda ke majlis perkahwinannya? Pasti anda tidak mahu berbelanja besar membeli hadiah tetapi masih mahu memberi sesuatu yang bermakna agar dapat dimanfaatkan untuk mahligai cinta yang baru dibinanya.
Buku ini menerangkan tentang perbezaan antara lelaki dan wanita yang perlu difahami oleh pasangan masing-masing agar rumah tangga kekal harmoni selamanya. Dengan perspektif dan pandangan yang berbeza di dalam buku ini, menarik untuk dibuat bacaan santai.
Jika ada ahli keluarga yang terdekat seperti adik-beradik atau saudara-mara yang bakal berkahwin, elok juga berikan set baju tidur untuknya dan pasangan. Diperbuat daripada material satin silk, baju tidur ini memberi keselesaan untuk tidur malam tanpa membuatkan badan berpeluh.
Terdapat 7 warna dan saiz daripada S sehingga 5XL pilihan anda. Pengantin baru dan pasangannya pasti akan gembira untuk menggunakan baju tidur ini.
Jika bakal pengantin baru sukakan kelainan, inilah hadiah kahwin rare yang sesuai untuknya. Karpet ini bukan sahaja dapat menambah seri dalam dekorasi kediaman, malah selesa dijadikan ambal untuk bersantai bersama pasangannya nanti. Dengan bersaiz 100 X 50 cm dan ketebalan 3 cm ini diperbuat daripada bulu haiwan tiruan yang gebu dan lembut.
Warnanya yang gelap seakan-akan bulu beruang menjadikan karpet ini tidak mudah kotor. Bahagian belakang karpet ini pula diperbuat daripada fabrik suede yang lembut, tahan lasak dan tidak licin. Pengantin baru tentu sukakan hadiah ini!
Bekas menyimpan rempah ratus ini, anda boleh memilih untuk dihadiahkan kepada sahabat sebagai simbolik pahit manis persahabatan yang dijalin bersama dengannya. Dilengkapi dengan 6 biji botol kaca berbentuk menarik dengan penutup yang diperbuat daripada besi logam tahan karat (stainless steel).
Disertakan dengan tray yang boleh dipusing 360 darjah agar mudah untuk sahabat anda menggunakannya. Hadiah yang menarik, pasti akan membuatkan sahabat anda tersenyum lebar.
Anda buntu memikirkan hadiah yang sesuai untuk pengantin lelaki? Apa kata hadiahkan saja toolkit ini kepadanya. Dilengkapi dengan 45 jenis peralatan dalam 1 kotak yang mudah untuk dibawa kemana saja. Ianya sesuai digunakan untuk membaiki serta menyelenggara alatan kecil seperti jam dan kacamata.
Di samping itu, peralatan di dalam toolkit ini juga boleh digunakan untuk membaiki telefon bimbit, laptop, MP3 player dan pelbagai alat eletronik lain. Hadiah ini memang berbaloi untuk seorang bakal suami!
Sepupu adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas adik-beradik. Agak buntu juga memilih hadiah yang sesuai untuk sepupu sempena majlis perkahwinannya. Marilah pilih sesuatu yang dapat dimanfaatkannya selalu. Periuk nasi non-stick ini berkapasiti 1.8L dan disertakan dengan waranti selama 1 tahun.
Walaupun mampu memasak nasi untuk 10 orang, ia berbentuk kompak dan mudah dikendalikan dengan fungsi memasak yang automatik. Sepupu anda tentu gembira menerima hadiah ini.
Bagi pengantin baru berbangsa Cina, pasti anda juga harus memilih hadiah yang bersesuaian buat mereka. Hadiahkan water fountain ini untuk melegakan tekanan akibat kerja dan juga dapat menenangkan perasaan yang bercelaru. Bunyi air yang mengalir dapat memberi ketenangan pada fikiran dan hati mereka.
Air juga dikatakan sebagai simbol pembawa rezeki. Ianya dapat memberi udara segar buat ruangan yang luas dan mengekalkan lembapan semasa musim panas. Jadi, tidak mudah terasa bahang semasa berada di dalam rumah.
Burung merak sangat sinonim dengan masyarakat India di serata dunia malah burung merak jantan telah dinobatkan sebagai Burung Kebangsaan negara India. Burung ini adalah simbol keanggunan, kemegahan dan kebahagiaan. Pilihlah jam dinding berbentuk burung merak ini untuk dihadiahkan kepada pengantin berbangsa India.
Dilengkapi dengan fungsi jarum yang berdetik secara senyap, ianya direka dengan 3 warna berbeza iaitu emas (gold), hitam dan putih. Anda boleh memilih warna pilihan yang sesuai untuk kegunaan bakal pengantin.
Oven toaster yang multifungsi ini dilengkapi dengan mesin pembuat kopi untuk memudahkan penyediaan sarapan pagi buat anda. Dilengkapi dengan non-stick coating frying pan dan removable crumb tray, anda boleh membakar roti anda bagaikan bersarapan pagi di hotel.
Mesin pembuat kopi yang berkapasiti sehingga 400ml, anda boleh sediakan 5 cawan untuk sekali minum. Bukan hanya itu, toaster oven ini juga berguna untuk memanaskan makanan seperti roti dan pastries kegemaran.
Material set pisau ini diperbuat daripada gred stainless steel terbaik iaitu 420. Tidak mudah berkarat, tahan lasak dan anti-bakteria, pisau ini tidak perlu disteril setiap kali selepas anda menggunakannya. Hanya basuh dengan air dan sabun, bilahnya mudah untuk dibersihkan.
Pemegang set pisau ini yang ergonomik, memudahkan anda memegang tanpa terasa licin. Hadiahkan set pisau 5-dalam-1 ini buat pengantin baru agar dapat memasak lauk kegemaran pasangan dengan lebih baik.
Kakak kesayangan anda jenis seorang yang suka memasak dan akan berkahwin tidak lama lagi? Inilah hadiah yang sesuai untuknya. Set memasak non-stick dari jenama terkenal ini dilengkapi dengan kuali yang digunakan untuk menggoreng (24 cm), periuk kuah (18 cm) serta penutupnya dan disertakan sebatang sudip.
Jaminan waranti selama 2 tahun daripada Tefal Malaysia, anda tidak perlu risau jika ada sebarang kerosakan. Percayalah, kakak anda tentu sangat menghargai hadiah ini!
Frame tulisan khat dengan ayat Kursi ini sesuai dihadiahkan untuk pengantin baru berbangsa Melayu. Kanvasnya diperbuat daripada bahan PVC premium yang kalis air, tidak luntur dan cantik serta ‘glossy’. Frame pula diperbuat daripada kayu jelutong yang tahan lasak dan tidak mudah patah.
Sangat sesuai untuk dijadikan dekorasi di dinding ruang tamu, pasti akan menarik perhatian tetamu yang mengunjungi ke rumah baru pengantin.
Hadiah ini jarang sekali diberi kepada pengantin baru. Khas buat pengantin yang gemar ‘baking’, oven elektrik ini bersesuaian untuknya. Oven multifungsi ini boleh digunakan untuk memanas makanan, bake, broil dan roast. Kegunaan konvensional oven ini ialah kadar pemanasannya sama rata.
Makanan anda akan membakar dengan sempurna. Dilengkapi dengan timer selama 120 minit untuk memberi isyarat bahawa makanan yang dibakar sudah pun siap.
Pembersih vakum jenis cordless dan handheld ini sememangnya pilihan ramai zaman kini. Ini kerana tanpa menggunakan wayar kabel, sistem operasinya menggunakan bateri yang dicas. Jadi anda tidak perlu mengubah vakum kepada plug yang berdekatan semasa memvakum bahagian kediaman berlainan.
Dengan menggunakan kuasa Cyclone dan dual-speed, anda boleh membersih kawasan yang susah untuk dicapai seperti bawah sofa dan meja. Tidak menggunakan bag, vakum ini mudah ditanggal untuk dibersihkan.
Rambut adalah mahkota wanita. Jadi, wanita amat menitikberatkan penjagaan rambut supaya kekal cantik. Ada juga wanita inginkan stail yang berbeza untuk rambut mereka, maka pilihlah set stail rambut 9 dalam 1 ini untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin wanita agar tampil menawan di hadapan suaminya nanti.
Walaupun harganya agak mahal tetapi kualiti pengering rambut ini tahan lama dan di datangi dengan waranti jika berlaku sebarang kerosakan. Usah risau, penggunaan pengering rambut ini pasti berbaloi dengan wang yang dilaburkan.