Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Hantaran Tunang Sebagai Tanda Jalinan Ikatan Dua Keluarga

Nak bertunang? Ikuti checklist ini!

Apabila tiba bulan Disember, sudah pasti ramai yang mengadakan majlis perkahwinan juga majlis pertunangan. Ini kerana, musim cuti sekolah ini memudahkan saudara dan sahabat handai dari jauh datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis anda. Untuk artikel kali ini, kami akan memberikan anda checklist yang anda boleh rujuk untuk menyediakan hantaran tunang. 

Berapakah jumlah dulang yang diperlukan untuk hantaran pertunangan?

Jika diikutkan adat Melayu, dulang hantaran haruslah berjumlah angka ganjil dan pihak perempuan akan memberi jumlah dulang yang lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebagai contoh, apa yang biasa kita lihat adalah pihak lelaki akan memberi 7 dulang hantaran, manakala pihak perempuan akan membalas dengan 9 dulang hantaran. 

Antara hantaran yang wajib pada hari pertunangan adalah, pihak lelaki akan memberikan satu dulang berisi tepak sirih bersama cincin tanda dibalas pula satu dulang berisi sirih junjung oleh pihak perempuan. Ayuh lihat senarai untuk hantaran;

8 Hantaran Pertunangan Dari Pihak Lelaki :

Untuk dijadikan gubahan coklat buat yang tersayang
Ferrero Rocher
mulai
RM33.90
Semak Ferrero Rocher T30 harga dibawah:

Pemberian coklat pada hari pertunangan adalah kemestian. Ianya melambangkan kemanisan cinta antara dua hati. Gubah coklat ikut kreativiti seperti kek coklat bertingkat-tingkat, pasti ianya menjadi tumpuan. Jangan lupa hiasi dengan bunga-bunga untuk gaya lebih romantis.

Telekung premium berkualiti tinggi
mulai
RM34.00
Semak Siti Zainab Telekung 2 Layer harga dibawah:

Telekung ini diperbuat daripada material viscose yang sejuk dan tidak jarang, sesuai untuk beribadah. Ianya mempunyai double layer lace menjadikan si pemakai kelihatan manis dan ayu. Telekung ini tidak mempunyai saiz namun boleh dipakai oleh sesiapa sahaja dari saiz S hingga XL. 

Dengan harga yang murah, anda boleh dapatkan telekung ini dalam lebih 20 variasi warna.

Baju kurung moden untuk ke majlis bertandang
mulai
RM58.00
Semak Eve Pearl Bridesmaid Dinner harga dibawah:

Dengan harga yang murah anda boleh dapatkan baju kurung moden ready-made ini sebagai tanda kasih. Baju kurung ini mempunyai unsur lace dihiasi embroidery pada lengan dan dipadankan dengan kain dipenuhi pearl untuk gaya yang anggun dan mahal. Ianya boleh dipakai pada majlis bertandang.

Mandian menyegarkan untuk kulit lebih sihat.
The Body Shop
mulai
RM199.00
Semak The Body Shop Strawberry Premium Collection harga dibawah:

Dilengkapi lebih dari 5 jenis bahan mandian, set berasaskan mangga ini wangi dan sesuai dijadikan sebagai hantaran. Produk yang ditawarkan bebas kimia merbahaya dan tidak mengandungi lemak haiwan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan usah risau akan kulit iritasi atau merengsa. Manjakan diri dengan sesi mandian ala spa dirumah anda.

Set penjagaan kulit untuk kulit lebih menawan.
Fresh
mulai
RM258.00
Semak Fresh Radiance Romance Gift Set harga dibawah:

Set ini di datangi dengan krim siang, krim malam serta mask muka untuk kulit yang sentiasa  tampil awet muda. Kesemua produk ini diperbuat daripada ekstrak bunga teratai (lotus). Ianya juga membantu menyeimbangkan tona dan melembapkan kulit. Lakukan penjagaan kulit ini sebagai rutin harian anda untuk kulit yang tampil fresh dan glowing.

Bauan harum untuk tingkatkan keyakinan diri!
BVLGARI
mulai
RM237.40
Semak BVLGARI Omnia Pink Sapphire (40ml) harga dibawah:

Perfume dengan botol yang unik dari Bvlgari ini dipenuhi dengan bauan sitrus serta haruman lebih woody dan musky. Ianya memberi wangian yang fresh sesuai untuk kegunaan harian. Bakal pasangan anda pasti menggemari bauannya

8 Hantaran Pertunangan Dari Pihak Perempuan :

Sejadah murah untuk dijadikan hantaran pertunangan
mulai
RM15.00
Semak Sejadah Super King Size harga dibawah:

Dengan harga murah, anda boleh memiliki sejadah setebal 22mm dilengkapi corak timbul menarik serta lapisan bawah ambalnya adalah anti-slip. Ianya amat selesa untuk beribadah. Sejadah eksklusif ini gebu dan berbaloi dengan harga yang berpatutan.

Set coklat lengkap untuk hantaran pertunangan
Cadbury
mulai
RM59.90
Semak Cadbury JOY Deliveries Gift Bigger Box - Teddy Bear Set harga dibawah:

Set ini lengkap dengan anak patung beruang ini hanya perlukan sedikit penambahan hiasan untuk dijadikan hantaran tunang yang comel. Anda akan mendapat lebih dari 10 keping bar coklat beraneka perisa.

Baju Melayu sedondon untuk majlis bertandang
mulai
RM76.32
Semak KAMDAR MEN Juma'art Baju Melayu Cekak Musang harga dibawah:

Baju Melayu cekak musang dengan reka gaya slim fit ini sesuai untuk dijadikan busana majlis bertandang. Kainnya berkualiti tinggi, tidak jarang, mudah diseterika dan tidak panas. Ambillah warna sedondon dengan cik tunang, barulah sepadan.

Wangian fresh untuk si jejaka
Dior
mulai
RM460.00
Semak Dior Sauvage Eau De Toilette harga dibawah:

Gabungan bauan Bergamot dan Woody Musk memberi bau 2-dalam-1 yang segar serta maskulin. Sesuai digunakan pada siang mahupun malam hari, wangian daripada Dior ini adalah top seller 2019 untuk wangian lelaki.

Tablet Samsung terbaik dengan harga mampu milik
Samsung
mulai
RM699.00
Semak Samsung Galaxy Tab A 8.0 T295 (LTE Version) harga dibawah:
add_circle Badan logam tahan lama
add_circle Kamera utama yang baik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Kualiti kamera depan kurang memuaskan

Tablet ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya juga mempunyai ciri asas tablet jika anda hanya mahukan gadget ekstra untuk kegunaan seharian. Dengan harga yang murah, tablet ini menawarkan kamera yang berkualiti dengan paparan visual dan bunyi terbaik. Ianya boleh digunakan dengan simkad ataupun WiFi.

Tampil yakin dengan jam tangan segak
Armani
mulai
RM674.50
Semak Armani Renato Chronograph Watch (AR 11233) harga dibawah:

Jam tangan kronograf dengan 3 dail dilengkapi strap leather ini tampak bergaya, berkualiti dan dijual pada harga sangat berpatutandan dilengkapi dengan 10ATM kalis air. Jam tangan ini juga berwarna classic brown akan membuatkan si pemakai kelihatan classy. Pastinya menjadi tumpuan pada hari pertunangan nanti.


Artikel Berkaitan

End of Article