Gaya Hidup

10 Dulang Hantaran Sebagai Tanda Pengikat Silaturrahim Antara Dua Keluarga

Gadget, manisan, alat penjagaan diri & beg tangan adalah biasa sebagai isi dulang hantaran. Ini senarai dulang hantaran nikah & kahwin yang cantik & murah!


Editor · 14 May 2020, 6:35pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Dulang Hantaran Sebagai Tanda Pengikat Silaturrahim Antara Dua Keluarga

Pada masa kini, dulang hantaran sudah menjadi kemestian di setiap majlis pertunangan atau pernikahan. Ianya merupakan barangan berian daripada kedua-dua belah pihak untuk pasangan masing-masing sebagai tanda kasih dan penghargaan. Kebiasaannya, kita boleh melihat barangan seperti gadget, persalinan kain, manisan, alat penjagaan diri dan set beg tangan atau kasut sebagai isi dulang hantaran.

Kandungan

Adakah upacara berbalas dulang hantaran itu wajib dalam sesebuah perkahwinan?

Mengikut cara Islam, berbalas dulang hantaran tidak termasuk dalam rukun nikah. Ianya lebih kepada adat Melayu yang ingin memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Terpulanglah kepada pasangan pengantin sendiri dan sentiasa ingat untuk berbelanja dengan bijak. Jika anda merancang untuk menggubah dulang hantaran untuk hari bahagia, apa kata DIY sendiri. 

Selain dari jimat kos, anda juga boleh memastikan bahawa gubahan akan menepati citarasa anda sendiri. Untuk menggubah dulang hantaran, ikuti beberapa tips dibawah:

  • Pastikan anda mempunyai dulang hantaran. Ianya adalah ‘base’ kepada hantaran anda.
  • Jangan lupa lapik dulang dengan kain seperti organza, ikut citarasa sendiri.
  • Pilih tema sama ada hendak menggunakan bunga segar atau bunga palsu kemudian pilih aksesori tambahan seperti riben, manik, kristal dan lain-lain. Jangan lupa padankan dengan warna yang bersesuaian.
  • Pastikan gubahan anda kukuh dan tidak mudah jatuh!
  • Jika memberi hantran seperti manisan atau kek, pastikan ianya diletakkan dalam satu bekas khas sebelum diletakkan diatas dulang agar tidak terkena habuk atau serangga.

Sekarang kita sudah tahu bagaimana cara untuk menggubah, ayuh kita pilih dulang hantaran terbaik dipasaran! Jom kita lihat!

10 Dulang Hantaran Kahwin & Tunang yang Cantik 

Dulang hantaran untuk pihak lelaki dengan harga murah 1 daripada 10
Dulang Hantaran Wedding Kayu Modern & Simple Dark Mahagony
Partnership with
Dari RM9
Lihat harga di Shopee Malaysia

Siapa kata murah itu tidak cantik? Kadang kala, less is more. Untuk si jejaka, apa kata si gadis hadiahkan hantaran dengan tema hipster. Perhiasannya lebih santai dan simple. Dulang ini tampak lebih maskulin dan harganya sangat mampu milik! Terdapat banyak konsep yang boleh digunakan dengan dulang ini. Serlahkan kreativiti anda!

Dulang hantaran untuk perempuan pilihan terbaik 2 daripada 10
Plastic Gift Tray
Partnership with
Dari RM9.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan dulang hantaran sebegini, terdapat banyak konsep yang anda boleh cuba. Salah satu daripadanya adalah ‘hidden’ hantaran dimana setiap barangan telahpun dibungkus menggunakan kotak dan kain yang telah dihiasi aksesori. Kotak tersebut akan diletakkan diatas dulang untuk memberi elemen of  ‘surpise’ di dalam majlis.

Dulang hantaran tunang – simple dan timeless 3 daripada 10
Round Wooden Gift Tray
Partnership with
Dari RM33.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dulang hantaran berkaki sebegini adalah yang biasa kita lihat di majlis pertunangan. Ianya berbentuk bulat dan mempunyai motif ukiran corak yang simple tetapi menarik. Untuk dulang sebegini, kebiasaanya barang hantaran telah diletakkan di dalam kotak tersendiri kemudian diletakkan sahaja ke atas dulang.

Dulang hantaran besi pilihan terbaik 4 daripada 10
Dulang Besi Hantaran Petak
Partnership with
Dari RM9.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan dulang hantaran besi sebegini, anda boleh meletakkan apa jua barangan hantaran kerana ianya mempunyai kedalaman yang cukup serta lebih kukuh dan stabil. Anda boleh gunakan konsep Inggeris dengan dulang ini, tambahkan bunga kecil di dalam tona lembut. Pasti nampak neutral!

Dulang hantaran untuk cincin pilihan terbaik 5 daripada 10
Dulang Hantaran Kerawang
Partnership with
Dari RM4.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Cincin dan frame wang hantaran selalunya menjadi dulang highlight pada hari pernikahan. Pilihlah dulang dengan penutup sebegini untuk memberi feel yang lebih manis. Ini kerana item di dalamnya sangat berharga dan pastikan ianya hanya dibawa oleh orang terdekat. Almaklumlah, dulang terpenting sekali dalam banyak-banyak perkara.

Dulang hantaran untuk kek dengan rekaan minimalis 6 daripada 10
Wedding Souvenir Décor Square Plastic Chrome Tray
Partnership with
Dari RM13.50
Lihat harga di Shopee Malaysia

Untuk meletakkan kek hantaran, dulang mestilah kukuh dan tidak mudah jatuh. Ianya harus mudah untuk dibawa dan dipindah-pindah. Dulang sebegini ideal untuk kek kerana ianya mempunyai handle di tepi seumpama talam. 

Hanya tambahkan aksesori perhiasan mengikut konsep majlis. Pastikan kek terlindung agar tidak terkena habuk dan serangga ya!

Dulang hantaran kayu dengan gaya lebih ‘rustic’ dan klasik 7 daripada 10
Dulang Hantaran Kayu Pallet Hexagon Terbaru
Partnership with
Dari RM18
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda impikan tema yang lebih rustic, bolehlah pilih dulang hantaran kayu ini. Apa yang menarik tentang dulang ini adalah ianya berbentuk hexagon. Untuk menghias dulang kayu amat mudah kerana warnanya sesuai untuk dipadankan dengan apa jua warna bunga atau perhiasan.

Dulang hantaran ekslusif pilihan terbaik 8 daripada 10
Gold Wire Stand Mirror Top Gift Stand
Partnership with
Dari RM79.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Sesiapapun pasti akan jatuh hati dengan dulang hantaran ini. Ianya tampak ekslusif dan bergaya. Dulang sebegini tidak memerlukan aksesori perhiasan yang banyak. Perincian berwarna emas dan bahagian cermin di atasnya membuatkan dulang hantaran ini lain dari yang lain.

Dulang hantaran tembaga dengan gaya ala Melayu lama 9 daripada 10
Dulang Hantaran Tembaga
Partnership with
Dari RM110
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kembalikan suasana perkahwinan Melayu lama dengan perincian dulang tembaga sebegini. Ianya tidak lapuk ditelan zaman dan pasti akan mencuri perhatian hadirin yang hadir. Dulang hantaran ini boleh dijadikan kenangan dan diturunkan kepada generasi yang akan datang kerana dulang tembaga sememangnya tahan lama dengan penjagaan yang betul.

Dulang hantaran dengan rekaan moden untuk majlis nikah 10 daripada 10
Bekas Hantaran Acrylic
Partnership with
Dari RM135
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dulang hantaran tertutup sebegini semakin popular di majlis perkahwinan. Ianya akan membuatkan gubahan tampak bersih dan mahal. Penggunaan dulang sebegini juga akan memastikan bahawa tiada sesiapa akan mengganggu barangan di dalamnya dan perhiasan juga tidak akan mudah jatuh. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa salahnya?


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation