PUBG memang sudah menjadi fenomena dalam dunia gaming sampai ada yang terpaksa pinjam handphone abang atau kakak untuk main game tu.
Tapi kalau boleh, lebih baik beli fon untuk main game PUBG yang ada gyroscope untuk kawalan tepat.
Jadi, kitaorang senaraikan 8 telefon gaming murah dan smartphone gaming termurah bawah RM1,000.
Tak perlu pening kepala cari smartphone gaming dan telefon yang sokong gyroscope PUBG paling sesuai untuk sesi battle royale korang!

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
8 Smartphone Gaming Murah Bawah RM1,000


- Cipset: MediaTek Helio G100
- OS: Android 15, HiOS 15
- RAM: 16GB (8GB + 8GB virtual)
- Storage: 256GB UFS 2.2
- Paparan: 6.78” Curved AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 1080 x 2400 piksel (~387 ppi)
- Kamera: 50MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 50MP (swafoto)
Tecno Camon 40 Pro sesuai untuk korang yang mencari smartphone gaming dengan NFC pada harga berpatutan.
Dikuasakan MediaTek Helio G100 dan dipadankan RAM 16GB (8GB + 8GB virtual), ia mampu menjalankan permainan ringan hingga sederhana dengan lancar.
Skrin 6.78” Curved AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kaca Gorilla Glass menghasilkan visual gaming yang responsif dan tajam.
Bateri besar 5200mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan anda boleh bermain berjam-jam tanpa risau kehabisan kuasa.
Selain gaming, Camon 40 Pro menawarkan pengalaman NFC untuk pembayaran mudah atau pindahan data pantas.
Kamera utama 50MP Sony dengan OIS membolehkan anda merakam aksi permainan atau moment spontan dengan jelas, sementara kamera 50MP swafoto sempurna untuk panggilan video.
Reka bentuk kalis air IP68/IP69 menambah ketahanan untuk penggunaan lasak.
Dengan Android 15 dan HiOS 15, antaramuka mesra pengguna serta fungsi AI canggih seperti AIGC Portrait Mode 2.0 dan Floating Windows memudahkan korang multitask antara gaming dan aktiviti lain.
Tecno Camon 40 Pro memang pilihan ideal bagi korang yang mahukan smartphone gaming dengan NFC dan prestasi seimbang.

- Cipset: MediaTek Dimensity 7300-Ultra (4 nm)
- OS: Android 14, HyperOS
- RAM: 8 GB
- Storage: 256 GB UFS 4.1
- Paparan: 6.67″ AMOLED, 120Hz, 2000 nits HBM
- Resolusi: 1220 × 2712 (~446 ppi)
- Kamera: 50 MP (lebar), 8 MP (ultra-lebar), 2 MP (makro)
POCO X7 5G menjanjikan gabungan mantap antara prestasi gaming dan kemampuan fotografi yang hebat.
Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7300-Ultra (4 nm) dan dipadankan 8 GB RAM, ia mampu menjalankan permainan popular seperti Mobile Legends pada tetapan tinggi dengan lancar.
Skrin 6.67″ CrystalRes 1.5K AMOLED beresolusi 1220×2712 dan kadar segar semula 120 Hz memberikan visual yang tajam dan responsif, sambil kecerahan puncak 2000 nits menjamin paparan jelas di bawah cahaya terang.
Di bahagian fotografi, kamera utama 50 MP dengan OIS memastikan setiap tangkapan permainan atau pemandangan di dunia sebenar kelihatan terperinci.
Lensa 8 MP ultra-lebar dan 2 MP makro menambah fleksibiliti, manakala kamera depan 16 MP (Sony IMX480) sesuai untuk selfie.
Bateri 5110 mAh dengan pengecasan pantas 45 W boleh bagi korang tempoh bermain berjam-jam tanpa risau habis bateri.
Dengan sistem Android 14 dan HyperOS, antaramuka kekal lancar dan mesra pengguna.
Ketahanan IP68 pula melindungi telefon korang dalam situasi atau keadaan yang lasak.
POCO X7 5G memang solusi smartphone gaming murah yang menawarkan kamera terbaik dalam kelasnya tersendiri.

- Cipset: MediaTek D6300
- OS: Android™ 14, XOS 14.5
- RAM: 8GB (+8GB RAM tambahan)
- Storage: 256GB UFS 2.2
- Paparan: 6.7-inch HD+ LCD, 120Hz
- Resolusi: 720 × 1600 piksel
- Kamera: 48MP (utama), 8MP (swafoto)
- Bateri: 5000 mAh, 18W Fast Charging
Infinix Hot50 5G membuktikan bahawa anda boleh mendapatkan smartphone gaming murah dengan 8GB RAM.
Memang cukup besar untuk gaming!
Dikuasakan dengan MediaTek D6300 dan dipadankan dengan RAM 8GB (boleh ditambah hingga 16GB), ia mudah mengendalikan permainan popular seperti Mobile Legends pada tetapan sederhana.
Skrin 6.7 inci HD+ LCD dengan kadar segar semula 120Hz memastikan visual permainan lancar, manakala bateri 5000mAh boleh bagi korang bermain lebih lama sebelum perlu mengecas.
Storan 256GB memberi ruang luas untuk muat turun permainan dan media.
Selain itu, kamera belakang 48MP (Sony IMX582) menangkap gambar dengan jelas dan kamera depan 8MP sesuai untuk live streaming atau video chat semasa sesi gaming.
Dengan XOS 14.5 berasaskan Android™ 14, antara muka telefon ini mesra pengguna dengan memudahkan navigasi dan pengurusan prestasi memori.
Slot dual SIM dan NFC pula menjadikan Hot50 5G peranti serba boleh untuk keperluan harian dan hiburan korang.
Infinix Hot50 5G memang sesuai sebagai smartphone gaming murah dengan 8GB RAM yang berbaloi dimiliki.

- Cipset: Mediatek Dimensity 6300 (6 nm)
- OS: Android 15, One UI 7
- RAM: 6GB
- Storage: 128GB
- Paparan: 6.7” PLS LCD, 90Hz
- Resolusi: 720 x 1600 piksel
- Bateri: 5000 mAh, 25W Fast Charging
- Kamera: 50MP + 2MP (belakang), 8MP (depan)
Samsung Galaxy A06 5G membuktikan bahawa telefon bajet pun mampu memberikan pengalaman gaming yang memuaskan, terima kasih kepada bateri besar 5000mAh dan pengecasan pantas 25W.
Skrin 6.7 inci PLS LCD dengan kadar segar semula 90Hz menjadikan animasi permainan kelihatan lancar tanpa gangguan visual.
Dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 6300 dan dipadankan dengan 6GB RAM, ia cukup cekap untuk menjalankan permainan ringan hingga sederhana seperti Mobile Legends atau Free Fire.
Storan 128GB memberi ruang luas untuk muat turun permainan dan aplikasi, manakala Android 15 bersama One UI 7 memastikan antaramuka mesra pengguna dan responsif.
Kamera belakang 50MP + 2MP membolehkan anda merakam detik kemenangan dalam kualiti tinggi, manakala kamera 8MP depan sesuai untuk sesi live gaming atau panggilan video.
Dengan ketahanan bateri yang terbaik, Galaxy A06 5G adalah smartphone gaming dengan bateri 5000mAh yang sangat sesuai untuk mereka yang suka bermain tanpa risau kehabisan kuasa.

- Cipset: Snapdragon® 4 Gen 2
- OS: Android 14, Funtouch OS 14
- RAM: 8GB + 8GB (Memory Extension)
- Storage: 256GB UFS 2.2
- Paparan: 6.67-inch AMOLED, 120Hz
- Resolusi: 2400 × 1080 piksel
- Bateri: 5000 mAh, 80W Fast Charging
- Kamera: 50MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 20MP (swafoto)
vivo Y100 5G membuktikan bahawa korang tidak perlu belanja besar untuk dapatkan smartphone gaming murah yang bagus.
Dikuasakan Snapdragon® 4 Gen 2 dan 8GB RAM (boleh ditambah 8GB lagi), ia lancar mengendalikan permainan popular dengan tetapan sederhana.
Skrin 6.67 inci AMOLED 120Hz memaparkan grafik yang halus dan responsif, manakala bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 80W memastikan korang boleh bermain lama tanpa gangguan.
Reka bentuknya nipis dan ringan (185.5g), sesuai untuk sesi gaming panjang.
Slot dual SIM + microSD membolehkan korang untuk tambah storan sehingga 1TB untuk muat turun banyak game.
Boleh main game sampai mata bengkak!
Kamera 50MP dan 20MP depan pula cukup baik untuk rakaman detik kemenangan atau live streaming.
Dengan Android 14 dan Funtouch OS 14, pengalaman pengguna kekal lancar dan mesra gamers.
vivo Y100 5G memang solusi gaming bajet yang tidak mengecewakan.

- Cipset: Unisoc T8300 (6nm)
- OS: Android 15
- RAM: 8GB + 12GB RAM Tambahan
- Storage: 256GB
- Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
- Resolusi: 1080 x 2392 (~386 ppi)
- Kamera: 50MP (lebar), 2MP (kedalaman), 16MP (swafoto)
- Bateri: 5110 mAh, 45W Fast Charging
Redmi Note 14 5G membuktikan yang korang tak perlu berbelanja besar untuk pengalaman gaming yang lancar.
Skrin 6.67" FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1000 nits membolehkan animasi permainan dan grafik tajam dipaparkan tanpa sebarang masalah.
Dipacu dengan Unisoc T8300 (6nm) dan dipadankan dengan 8GB RAM fizikal + 12GB RAM tambahan, telefon ini mampu menjalankan permainan popular seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile dengan baik pada tetapan sederhana hingga tinggi.
Storan 256GB memberikan ruang luas untuk simpanan permainan dan media, manakala bateri 5110mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan korang dapat terus bermain tanpa risau bateri habis.
Kamera utama 50MP dan lensa depth 2MP tidak hanya cantik untuk fotografi, malah boleh merakam moment penting dalam kualiti tinggi.
Kamera swafoto 16MP juga tidak mengecewakan untuk rakaman live.
Ditambah lagi, Redmi Note 14 5G dilengkapi NFC, sensor cap jari dalam skrin dan ketahanan IP54 untuk kalis debu dan percikan air.
Dengan Android 15 dan Xiaomi HyperOS, pengalaman penggunaan lebih intuitif dan mesra gamers.
Kesemuanya menjadikan Redmi Note 14 5G sebagai smartphone gaming murah yang berbaloi untuk dimiliki.

- Cipset: Unisoc T8300 (6nm)
- OS: Android 15
- RAM: 8GB + 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
- Resolusi: 1080 x 2392 (~386 ppi)
- Kamera: 50MP (lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)
Nubia Neo 3 tampil dengan reka bentuk futuristik yang lengkap dengan RGB lighting di belakang dan butang trigger khas untuk gaming.
Dipacu oleh cipset Unisoc T8300 (6nm), ia menyokong sehingga 5G dan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz untuk pengalaman visual yang lancar.
Sesuai untuk kaki game yang nak prestasi tinggi tanpa bajet besar!
Paparan 6.8 inci dengan kadar kecerahan tinggi, bateri besar hingga 6000mAh, dan mod Bypass Charging menjadikannya pilihan menarik dalam kelas harga bawah RM1000.
Inilah telefon yang sesuai untuk gaming berat atau untuk penggunaan harian yang tahan lama.
Spesifikasi Smartphone Apa Yang Sesuai Untuk Main PUBG?
PUBG Mobile merupakan antara gaming paling popular di Malaysia tapi bagaimana mencari smartphone yang sesuai untuk bermain game ini?
Sebelum itu, kena tahu bahawa PUBG Mobile menggunakan Unreal Engine 4 bagi memastikan kelancaran permainan dari segi grafik dan keseluruhan prestasi.
Jadi, antara ciri-ciri spek phone gaming sesuai untuk main PUBG adalah:
- Processor berkuasa tinggi
- RAM dan storage yang mencukupi
- Paparan skrin saiz besar
- Bateri tahan lama
- Kualiti bunyi yang baik
- Kawalan suhu telefon terkawal
Bagi smartphone gaming Android, apa yang korang perlu cari adalah Android versi 5.1.1 ke atas dengan minimum RAM 2GB dan storan sebanyak 16GB.
Spek ini cukup untuk bermain game PUBG Mobile tapi dalam setting grafik yang rendah.
Manakala bagi kategori iPhone pula, korang kena cari model yang menggunakan iOS7 ke atas kalau nak beli iPhone untuk tujuan main game PUBG.
Dari segi chipset pula, sekurang-kurangnya pemproses Snapdragon 435 atau ke atas.
Itu hanya keperluan spek yang minimum.
Bagi merasai pengalaman yang lebih seronok, RAM haruslah sebesar 4GB, chipset Snapdragon 636 atau MediaTek P60 octa core ke atas.
Telefon pintar iPhone pula, cuma pastikan menggunakan iOS paling terbaru.