Membeli memang mudah tapi untuk membuat keputusan yang mana satu produk terbaik memang sukar.
Jadi topik kita sekarang, membuat perbezaan ciri-ciri laptop gaming bawah RM 4,000 yang mempunyai spesifikasi yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing.
Bukan apa, dengan cara ini kami dapat bantu anda membuat pilihan. Jom lihat senarai dibawah yang mungkin dapat membantu anda membuat keputusan untuk membeli dengan lebih bijak.
Isi kandungan
- Berapa saiz RAM yang sesuai untuk bermain game?
- 10 Laptop Gaming Bawah RM 4,000
- Kesimpulan
- Artikel laptop berkaitan
Berapakah saiz RAM yang sesuai untuk bermain game?
Sedikit penerangan mengenai RAM, dipetik dari sebuah portal, RAM adalah sebagai tempat penyimpanan data dan dalam pada masa yang sama, satu aplikasi atau software yang lain sedang berjalan dan hasilnya kedua-duanya bergerak dengan lancar.
Mudah kata, makin besar RAM, makin banyak data yang boleh diproses dalam satu masa (multitasking). RAM ini ada ada disetiap gadget tidak kira samada komputer riba atau desktop.
Kebesaran RAM yang ada 1GB, 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, sehingga 32GB. Jadi, jika anda ingin bermain game, sebaiknya RAM yang digunakan adalah 8GB dan ke atas untuk kelancaran ketika bermain game.
Malah, bukan hanya sesuai untuk bermain game, malah boleh guna untuk kerja editing video, mereka bentuk grafik, pemodelan 3D atau apa saja kerja intensif.
10 Laptop Gaming Bawah RM4,000
- ASUS Nvidia Gaming Laptop
- HP Pavilion Gaming Laptop 15-ec2023AX
- MSI Prestige 15 A11SB
- Asus TUF Gaming F15 FX506L
- DELL G15 5510
- Acer Nitro 5 AN515-55-52Z1
- HP Probook 445 G7 Gaming Laptop
- Huawei Matebook D 15" Notebook
- Lenovo Gaming 3 151MH05 81Y400VKMJ
- MSI Thin GF63
- CPU : Intel i7 6th Gen Processor
- Grafik : 2GB Nvidia 940 Graphic
- Memori : 4GB
- Storage : 500GB HDD
- Skrin : 15.6”
- Berat : NA
Antara kriteria yang perlu diambil berat apabila membeli laptop adalah spesifikasi, tahap kelancaran, harga dan jenama. Tidak kira samada laptop tersebut refurbished atau tidak asalkan dalam keadaan baik.
Laptop gaming jenis Asus i7 Nvidia ini terkenal di kalangan penggemar gadget kerana harganya jauh lebih murah dan paling penting lancar semasa sesi bermain game.
Menariknya lagi, laptop ini boleh menyokong software VR. Jadi anda boleh bermain game dengan puas di alam fantasi.
Selain daripada boleh bermain game, laptop ini juga mampu membantu mereka melakukan kerja editing video atau gambar yang menggunakan software yang berat.
Skrinnya luas membuatkan anda berasa puas menonton drama atau movie.
- CPU : AMD Ryzen™ 5 5600H
- Grafik : Nvidia® GeForce® GTX 1650
- Memori : 8GB DDR4-3200 SDRAM
- Storage : 512GB SSD
- Skrin : 15.6” FHD
- Berat : 1.98kg
Khas untuk kaki gamers, laptop gaming ini sesuai buat anda yang inginkan laptop pada tahap kelancaran yang tinggi.
Tambah pula spesifikasi bahagian skrin yang mempunyai keluasan 15.6 FHD yang dapat memberi visual lebih terang dan puas ketika bermain game.
Jangan risau, Termal penyejuk (thermal cooling) sudah sedia ada pada laptop ini untuk mengawal haba jika penggunaan untuk jangka masa yang lama. Tapi, jika menggunakan laptop cooling, lebih baik.
Laptop ini walaupun agak berat tapi disebabkan saiznya nipis memudahkan anda membawa ke mana saja dan bahagian grafik pula menggunakan high-grade graphics untuk penggunaan multi-tasking.
- CPU : Intel® Core™ i5-1135G7 Processor
- Grafik : Nvidia GeForce MX450
- Memori : 2GB
- Storage : 512GB NVMe PCle SSD
- Skrin : 15.6” FHD
- Berat : 1.6kg
Laptop MSI selalu menjadi bualan banyak pihak kerana kelancarannya ketika gamers bermain game. Ini kerana dilengkapi dengan unit pemprosesan yang berkapasiti besar sekaligus dapat elak masalah lagging.
Dengan keluasan skrin 15.6” berdefinis tinggi, anda dapat bermain game dengan puas dan kad grafik yang digunakan pada laptop ini sesuai untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi game.
Malangnya, memori laptop ini tidak besar berbanding laptop gaming yang lain dimana 8GB saja. Sepatutnya laptop gaming 16GB tapi jangan risau, masih boleh digunakan untuk gaming.
Melihat pada keupayaan laptop ini untuk membuat kerja-kerja editing, menonton movie atau drama memang bagus dan sesuai kerana CPU digunakan jenis intel Core 15.
Memang harga sedikit mahal berbanding laptop lain tapi kualiti yang diberikan sangat memuaskan.
- CPU : Intel® Core™ i5-10300H 4 Cores Processor
- Grafik : Nvidia GeForce GTX1650
- Memori : 8GB
- Storage : 512GB NVMe PCie SSD
- Skrin : 15.6” FHD
- Berat : 2.2kg
Laptop Asus terkenal di pasaran kerana harganya mampu milik buat laptop konvensional tapi kini, sedang bersaing dengan laptop gaming terkenal kerana mempunyai kelebihan tertentu.
Mungkin nak bawa desktop gaming agak sukar dan jika bermain game di smartphone, skrin pula kecil. Jadi, laptop Asus TUF gaming adalah saiz dan berat yang sesuai untuk dibawa ke mana saja jika anda seorang kaki game.
Secara jujurnya storage yang ada pada laptop gaming Asus ini sebenarnya agak kecil tapi anda boleh menaik taraf (upgrade) pada kad SSD dan HDD.
Berita baik lain pula, kaki game boleh bermain apa saja jenis game menggunakan laptop ini kerana CPU dan papan kekunci selesa dan sesuai digunakan untuk bermain game.
Tapi, jangan ingat laptop Asus TUF F15 gaming hanya khas bermain game saja, sebenarnya boleh untuk melakukan editing video, gambar serta boleh membuat kerja-kerja pejabat yang menggunakan software Microsoft, Excel dan lain-lain.
- CPU : Intel® Core™ i5-10200H 10th Gen Processor
- Grafik : Nvidia® GeForce® GTX1650
- Memori : 8GB
- Storage : 512GB NVMe PCie
- Skrin : 15.6” FHD
- Berat : 2.4kg
Laptop baru 2021, Dell G15 5510 dapat memberi sesiapa saja yang bermain game rasa berpuas hati kerana CPU yang digunakan intel® Core™ 10th Gen dan menggunakan teknologi Game Shift.
Walaupun bersaiz besar dan berat, laptop gaming ini dapat menyokong semua jenis gaming dan tiada masalah memuat turun software yang agak berat untuk kerja lain misalnya, editing.
Anda juga boleh melakukan kerja 2-dalam-1 tanpa gangguan. Contoh situasi, ketika bermain game, anda boleh membuka beberapa tab browser. Tiada masalah! Game tak akan lagging.
Bahagian papan kekunci Dell G15 pula, bahagian tapak mempunyai lampu LED dan butang huruf sangat smooth apabila jari menari-nari atas papan kekunci.
Anda boleh klik disini untuk melihat spesifikasi dengan lebih terperinci.
- CPU : Intel® Core™ i5-10300H Processor
- Grafik : Nvidia® GeForce® GTX1650 Ti
- Memori : 8GB
- Storage : 512GB NVMe PCie
- Skrin : 15.6” FHD
- Berat : 2.3kg
Bagi yang sudah biasa dengan laptop gaming dari Acer pasti kurang teruja melihat reka bentuk Acer Nitro 5 ini kerana lebih kurang sama dengan yang sebelum.
Cuma tak dapat dinafikan, reka bentuk laptop dari Acer memang stylo dan wujud aura gaming.
Acer Nitro 5 merupakan laptop gaming bajet tetapi tetap mempunyai kualiti yang baik kerana penggunaan CPU, Intel® Core™ i5-10300H yang membuatkan laptop ini lancar ketika bermain game.
Bahagian kamera hadapan pula berkualiti HD dan speaker dari laptop Acer Nitro 5 ini pula bagus.
Manakala, bahagian skrin visual pula sangat terang dan jelas cuma agak kurang terang apabila sudut skrin laptop berubah ke arah atas dan ke bawah.
Anda boleh klik disini untuk melihat spesifikasi dengan lebih terperinci.
- CPU : AMD Ryzen 5 4500U APU
- Grafik : AMD Radeon® Vega 6
- Memori : 4GB
- Storage : 256GB m.2 SSD
- Skrin : 14.0” HD
- Berat : mulai 1.6kg
HP Probook 445 G7 mempunyai RAM yang kecil iaitu 4GB tapi CPU yang digunakan AMD Ryzen 4 4500 membuatkan sepanjang anda bermain game tidak lagging dan banyak software bersaiz besar boleh disokong.
Baterinya pula dapat bertahan sehingga 6 jam tanpa perlu cas sambil bermain game. Berat yang dimiliki pula memudahkan anda bawa ke mana saja kerana tak sampai 2kg pun.
Menariknya lagi, bahagian papan kekunci HP Probook 445 G7 ini kalis air tapi bukan bermakna anda boleh masuk laptop dalam kolam, laut atau sungai.
Bahagian lubang port terdapat lebih 5 jenis iaitu USB 3.1 Gen 1, USB Type-C, stereo (microphone and headphone), HDMI, AC Power dan RJ-45.
- CPU : AMD Ryzen™ 5 3500U Mobile Processor
- Grafik : AMD Radeon® Vega 8
- Memori : 8GB
- Storage : 512GB + 1TB
- Skrin : 15.6” HD
- Berat : 1.53kg
Laptop gaming Huawei Matebook D15 direka khas dengan sistem privasi yang tinggi kerana banyak security dan privasi yang tersorok.
Melihat dari luaran, pasti ada yang beranggapan laptop ini tidak mempunyai kamera tapi sebenarnya kamera hadapan HP Matebook terletak sedikit tersorok di antara butang F6 dan F7.
Seterusnya, laptop ini mempunyai fingerprint scanner pada bahagian power button. Maximum fingerprint adalah sebanyak 10 cap jari pengesahan.
Bahagian sisi pula terdapat beberapa port. Antaranya USB-A 3.0, USB-A 2.0, USB-C, HDMI dan juga headset dan microphone.
Menariknya lagi, laptop Huawei ini boleh dihubungkan dengan telefon pintar Huawei jadi memudahkan segala pindaan apa-apa data.
Namun, laptop dari Huawei ini disyorkan untuk bermain game ringan saja kerana jika game berat, akan ada sedikit lagging.
Selain daripada bermain game, laptop ini juga sesuai untuk kerja-kerja pejabat seperti Excel atau Microsoft. Anda boleh klik disini untuk melihat spesifikasi dengan lebih terperinci.
- CPU : Intel Core i5-10300H
- Grafik : Nvidia GeForce GTX 1650 Ti
- Memori : 8GB
- Storage : 512GB
- Skrin : 15.6” FHD
- Berat : 2.2kg
Dengan penggunaan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1650 Ti dan Intel Core i5-10300H membuatkan kelancaran ketika bermain game sangat baik.
Manakala bahagian papan kekunci laptop ini pula sangat selesa buat para gamers yang menggunakan papan kekunci semasa bermain game.
Walaupun skrin paparan laptop ini agak kurang memuaskan, tapi cahaya dan warna cukup tidak menyakitkan mata semasa bermain game walaupun dalam tempoh yang lama.
Paling menarik sekali, ketahanan bateri selama 80% dengan hanya 1 jam kerana laptop Lenovo Gaming 3 151MH05 ini menggunakan teknologi Rapid Charge.
- CPU : Intel Core i5-10500H Processor
- Grafik : Nvidia GeForce GTX 1650 Max Q
- Memori : 8GB
- Storage : 256GB
- Skrin : 15.6” FHD IPS
- Berat : 1.86kg
Material yang digunakan untuk laptop MSI Thin GF63 ini adalah plastik dan brush aluminium. Apa yang menjadi masalah, bahagian brush aluminium meninggalkan kesan cap jari jadi memerlukan kerajinan untuk sentiasa lap selepas menggunakannya.
Lebih menarik lagi, jika dilihat dari semua aspek build quality laptop ini sangat berkualiti dan berpuas hati walaupun laptop ini dalam kumpulan laptop gaming bajet.
Bahagian papan kekunci pula, sangat efektif kerana jarak butang antara butang yang lain sangat dekat dimana memudahkan anda untuk menaip atau bermain game yang menggunakan papan kekunci dengan cepat.
Namun, malangnya untuk I/O Connection laptop MSI Thin GF63 ini tidak mempunyai HD card reader tapi itu tidak menjadi masalah jika anda jarang menggunakannya.
Tapi apa yang penting, ketika bermain game menggunakan laptop pastikan setting Medium untuk dapatkan kelancaran kerana jika setting Max, mungkin akan sedikit lagging.
Kesimpulan
Artikel berkaitan