Kini air purifier sudah menjadi barangan rumah yang wajib ada di rumah terutama yang memelihara haiwan berbulu.
Tapi pastikan pemilihan air purifier terbaik, berkualiti dan harga yang berpatutan supaya pembelian berbaloi.
Jadi kami bantu anda senaraikan penapis udara murah dan berkualiti dengan harga penapis udara bawah RM400.
Jom pilih air purifier terbaik dan murah, boleh jadi barangan elektronik yang diperlukan kalau anda alergik habuk.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Air Purifier Terbaik Dan Murah
Sebab menjadi pilihan utama:
Dengan saiz yang kecil, penapis udara dari Perry Smith ini mempunyai 4 sistem penapis iaitu:
- Pre-Filter.
- Medium Filter.
- Activated Carbon Deodorization Filter.
- H13 0.3 Micron Hepa Filter.
Penapis H13 ini turut berfungsi untuk udara yang terlalu kotor seperti asap rokok.
Ciri-ciri:
Kawalan yang digunakan pada badan penapis ini semuanya touchscreen dan sangat berteknologi.
Malah, terdapat juga teknologi Aurora UV Light dimana dapat membasmi kuman dan virus sebanyak 99.9 peratus.
Sistem yang digunakan adalah Symmetrical Air Flow di mana sangat efektif untuk membersihkan udara dengan seluas kawasan 40m² bersamaan dengan ruang tamu.
Jangan risau, penapis udara ini beroperasi secara ultra senyap dengan bunyi sekuat 25dB bagi memastikan tidur anda tidak terganggu.
Review:
"Nampak solid dan mudah digunakan. Sistem filter pun bagus, siap ada UV. Bila pasang bunyi slow, jadi tak bising. Sangat recommended untuk yang cari air purifier yang berbaloi."
Ciri senyap penapis udara Haier model HA-HAPA3B menjadikan air purifier ini terbaik untuk si kecil anda.
Selain dapat menapis udara kotor, air purifier ini boleh mensterilasikan kembali udara sekeliling dengan baik.
Paling penting, sangat sesuai digunakan sekiranya anda ada bayi kerana imunisasi badan bayi yang masih lemah dan belum cukup kuat perlukan udara yang berkualiti dan bersih.
Dan dengan HEPA filter yang digunakan, anda akan berjaya menapis habuk halus sekitar 0.3 microns.
Malah Honeycomb Activated Carbon membantu menambah kecekapan penapis udara untuk membasmi udara yang tercemar seperti asap rokok dan gas kenderaan.
Fungsinya senyap, penggunaan tenaga yang rendah dan mampu menarik segala habuk, virus atau partikel halus cukup berbaloi untuk diletakkan di dalam bilik si kecil.
Boleh meliputi sehingga 8 hingga 24 meter dan boleh dikawal melalui alat kawalan jauh atau aplikasi Haier.
Teknologi aliran angin Smart Symmetrical dari Nikola Air Purifier ini membantu menyedut udara kotor sehingga 50m3 (538 sq ft).
Jadi sesuai untuk dipasang di ruang tamu atau bilik keluarga terutamanya mereka yang mengalami masalah resdung.
Dua penapis terbaik anti-H12 0.3 Micron HEPA filter dan anti-H13 Smoke FreeCarbon Filter berkuasa menangkis segala habuk, partikel halus, spora kulat, virus dan bermacam lagi akibat ketidakselesaan hidung.
Biarpun harga penapis udara ini cukup murah tapi model Nikola AP300 tetap menyediakan kemudahan pengguna seperti tetapan masa sehingga 12 jam.
Turut mempunyai rekaan skrin layar sentuh yang boleh anda suaikan dengan dekorasi rumah anda.
Kami amat mengesyorkan anda untuk meletakkan penapis udara ini di kawasan berkarpet, langsir tebal dan juga bilik tidur.
Penapis udara terbaik dari Sharp ini merupakan paling efisien menapis partikel kotor dalam udara.
Misalnya jerebu dan asap melalui teknologi Plasmacluster jadi sangat sesuai bagi mereka yang duduk di kawasan bandar padat.
Sebarang bakteria dan virus penyebab penyakit bawaan udara juga dibasmi dengan pantas dan efektif.
Saiz yang sederhana membolehkan penapis ini bekerja di ruang 23m² yakni sesuai di bilik tidur, ruang tamu dan dapur.
Setiap rumah harus memiliki air purifier ini sebagai persediaan menghadapi musim jerebu.
Jenama Midea juga mengeluarkan penapis udara murah dan berkualiti dan model MAP-20BD ini dilengkapi dengan 3 penapis khas iaitu PRE Filter, HEPA Filter dan Active Carbon Filter.
Penapis ini bertindak menapis habuk halus, bulu binatang, kuman, bau asap, alergen kulat dan bakteria influenza.
Air purifier ini juga didatangi dengan ionizer dan boleh kawal pergerakan udara sehingga 4 peringkat.
Kelebihan boleh membersih udara dengan pantas iaitu pada kadar 200/m³ sejam, menjadikan air filter ini yang terbaik untuk rumah anda yang luas.
Pengendalian mesin penapis udara ini juga mudah yang lengkap dengan paparan akses untuk sleep mode, tetapan masa sehingga 8 jam dan kelajuan putaran kipas.
Ulasan prestasi Midea MAP-20BD ternyata positif, lebih-lebih lagi ini sebuah penapis udara dijual pada harga serendah RM400!
Kecil-kecil cili padi! Penapis udara PerrySmith Aurora H10 antara menjadi pilihan kerana mempunyai ciri mudah alih dan ringan.
Sistem penapisan pula cukup berkuasa dengan penapis HEPA anti-H13 0.3 mikron menjadi tunjang utama memastikan udara bersih tanpa sebarang habuk dan hama.
Teknologi aliran udara yang sistematik pula dapat meliputi kawasan sedutan sehingga 95.5m3/h.
Ditambah pula dengan kepelbagaian tetapan seperti butang keselamatan kanak-kanak, sleep mode, lampu tidur, peringatan penukaran penapis dan banyak lagi.
Malah penapis udara murah ini mampu menghilangkan bau busuk di dalam bilik dengan cepat dan berkesan.
Bagi mereka yang takut dengan udara kotor di luar, anda boleh beli penapis udara dari Clair B3S ini.
Pembersih udara ini boleh bawa ke mana saja asalkan anda caj hingga bateri penuh untuk kegunaan selama 10 jam.
Malah, bagi yang ada anak kecil anda boleh letak penapis udara ini pada tepi stroller supaya kuman, bakteria, virus boleh ditapis.
Jangan risau, penapis udara ini seberat 270g saja, sangat ringan dan boleh caj dalam kereta jika kehabisan bateri.
Walaupun murah dan ringan tapi kemampuan tapisan boleh dikatakan bagus kerana terdapat 4 lapisan tapisan.
Antaranya Pre-filter, HEPA-filter, Activated carbon filter dan Sterilizing LED lamp.
Semua ciri ini penting untuk menapis 99% partikel kotor untuk memastikan udara sekeliling anda lebih bersih dan tidak memudaratkan.
Levoit Core Mini Portable mempunyai 3 peringkat penapisan yang akan memerangkap asap, bau busuk dan bunuh hampir 97% zarah bawaan udara bersaiz 0.3 mikron.
Ciri ini akan bantu membersihkan udara daripada habuk, hama halus, debunga dan bulu haiwan yang ada di dalam ruangan tersebut.
Selain itu, anda boleh tambah bauan aromatik seperti essential oil pilihan ke dalam air purifier ini untuk membuat bilik anda bau lebih wangi.
Saiz ukuran ideal untuk air purifier ini adalah 178 kaki dan mempunyai teknologi VortexAir™ yang menggunakan kipas yang kuat dan sistem pembuangan yang dirancang secara khusus untuk menciptakan aliran udara berputar dalam peranti.
Paling penting, tahap kebisingan air purifier ini serendah 25dB dengan adanya teknilogi QuietKEAP™ jadi tidak akan mengganggu aktiviti harian anda ketika udara sedang ditapis.
Dengan saiz yang kecil dan ringan, sedutan dan hembusan angin untuk air purifier ini sederhana jadi anda boleh letakkannya di bahagian ruangan kecil rumah anda atau di atas meja pejabat anda.
Bagi mereka yang mencari air purifier untuk kereta yang selamat, menyingkirkan bau asap rokok dan melindungi kesihatan sepanjang perjalanan, beli je pembersih udara kereta Swiss Thomas.
Pembersih udara mini ini mempunyai isi padu udara yang besar dan bunyi rendah serta kipas turbo yang kuat.
Dilengkapi empat penapis termasuk penapis karbon aktif yang dipertingkatkan dan penapis HEPA gred U13 yang lebih baik dan 80% lebih cekap daripada penapis HEPA biasa.
Selain itu, boleh menapis zarah besar, habuk, bakteria, kuman, virus, zarah bulu kasar, dan pencemaran jenis gas di udara seperti formaldehid, benzena dan bahan kimia.
Terdapat mod kerja dengan kawalan tiga gear automatik dan sensor mengesan tahap pencemaran serta secara automatik menukar gear sedutan motor.
Boleh digunakan dalam kawasan berukuran 10-20 meter persegi dan bertahan selama 90 minit selepas dicas semula dengan pengecas Type-C yang cepat.
Menggunakan arus 300mA dan voltan input DC5V, badannya diperbuat dari ABS, PP, silikon dan beberapa kompenan elektronik.
Sesuai untuk kereta, bilik tidur kecil, pejabat kecil, bilik haiwan kesayangan dan studio.
Tersedia dalam warna hitam, putih dan biru gelap dan diberikan jaminan 2 tahun dan percuma meja aromaterapi.
Daikin Streamer Air Purifier MCQ30ZVMM-H hadir dalam warna putih yang tidak terlalu menarik perhatian dan sesuai untuk bilik tidur kecil.
Berat hanya 5.8kg dengan ukuran H450 x W270 x D270 dan jaminan 1 tahun.
Penggunaan kuasa di antara 9W hingga 25W dan boleh membersihkan udara dalam kawasan bilik seluas 23m² dengan kadar aliran udara 1.0 hingga 3.0 meter padu seminit.
Dilengkapi penapis hepa elektrostatik, penapis biru gin ion dan penapis debu (pm2.5)
Ciri-ciri penapis Daikin yang lain termasuk mempunyai mod turbo, kecerahan boleh laras, child-proof lock, auto-restart selepas kegagalan kuasa dan penstabilan percuma disertakan.
Air purifier Daikin ini mampu menyediakan persekitaran yang selesa dan menyenangkan untuk seisi keluarga.
Air purifier Ruhe menggunakan teknologi Jerman dan membawa udara yang lebih segar dan sihat dalam rumah anda.
Berkesan menangkap PM2.5, habuk, alergen, debunga, mould, asap, dan mengurangkan HCHO serta bau busuk dari udara.
Dilengkapi empat lapisan penapis termasuk penapis HEPA, penapis karbon aktif, penapis photocatalyst dan penapis antibakteria yang membunuh 99% bakteria berbahaya
Sensor pintar dwi terbina dalam di mana dapat memantau bahan berbahaya di udara sepanjang hari dengan mod automatik.
Badannya diperbuat dari bahan ABS Premium, motor berkuasa tinggi kuat menyerap tiga kali ganda dan tahan lebih lama.
Ciri-ciri lain termasuk mempunyai mod auto, bunyi rendah 25dB, fungsi pemasa hingga 8 jam, tiga kelajuan angin (umum, tenang & mod kecekapan tinggi)
Terdapat juga paparan LCD yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang mudah dikendalikan dan lampu latar menunjukkan kualiti udara secara langsung.
Sangat bagus untuk pernafasan dan anak anda tidak akan bersin lagi pada waktu pagi akibat debu.
Hanya perlu plug-in dan air purifer siap untuk melakukan kerja pembersihan udara meliputi kawasan sehingga 27m² dengan fungsi auto detect.
Berfungsi untuk menapis habuk, alergen, asap dan bau untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat.
Mampu menghapuskan 99.99% pelbagai virus termasuk virus H1N1, Staphylococcus Aureus, dan Escherichia Coli.
Mempunyai penapis 3 lapisan berkecekapan tinggi, paparan LED digital dan kawalan app + AI kawalan suara pintar.
Kalau full speed memang kuat sedut dan kalau normal speed memang tak akan dengar.
Operasinya yang senyap dengan bunyi serendah 20dB tidak akan menganggu ketenangan di rumah terutamanya ketika anda tidur atau mempunyai bayi kecil.
Saiznya yang kecil dan sleek design, senang nak pindah dan letak air purifier ini di meja pejabat atau bilik tidur tanpa mengambil banyak ruang dengan tapak kaki bersaiz kertas A4.
Ideal untuk rumah dengan haiwan peliharaan, siri Philips Air Purifier 600i penulen udara yang paling cekap tenaga.
Nikmati udara dalaman yang sihat untuk seisi keluarga kurang daripada 17 minit.
Cepat menyingkirkan virus, alergen, bakteria, bulu haiwan peliharaan, habuk, debunga, hama dan udara berbahaya yang paling kecil termasuk coronavirus.
Dengan rekaan compact, sleek dan ketinggian hanya 34cm, ia direka untuk melengkapkan mana-mana ruang serta boleh diletakkan di rak atau meja.
Sistem penapisan 2 lapisan dengan Nanoprotect HEPA pula memerangkap zarah sekecil 0.003 mikron dan pra-penapis mengumpul zarah yang lebih besar seperti rambut dan habuk.
Kawal pembersih udara di mana sahaja dan bila-bila masa dengan aplikasi Aplikasi Philips Air+.
Tidur tanpa gangguan kerana pembersih udara Philips dibina untuk kekal ultra-calm dan tanpa gangguan cahaya.
Terdapat tiga mod iaitu kelajuan sederhana, kelajuan turbo dan mod tidur dengan bunyi serendah 19db yang tenang.
Dalam dunia yang dipenuhi dengan jerebu, alergen, dan debu, menggunakan penapis udara yang boleh dipercayai adalah penting.
Penapis udara ONE HOME, dilengkapi dengan penapis HEPA sejati, akan membantu anda meningkatkan kualiti udara dalam rumah atau bilik tidur, memastikan anda bernafas dalam udara bersih, meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan secara keseluruhan.
Penapis udara ini menampilkan reka bentuk tiga kelajuan angin, membolehkan anda menyesuaikan aliran udara mengikut kehendak anda.
Selain itu, mod tidur akan memastikan operasi ultra senyap pada waktu malam, jadi anda akan dapat persekitaran yang aman untuk tidur yang nyenyak.
Tambahan pula, ciri penutupan automatik selama 8 jam tidak hanya menjimatkan elektrik tetapi turut menyumbang kepada keberkesanan pembersihan udara dalaman.
Penapis udara ONE HOME ini menggunakan penapis HEPA komposit yang berkesan menangkap dan mengeluarkan zarah PM2.5, membersih secara menyeluruh dan memastikan ruang rumah bebas udara tercemar.
Penapis Udara Samu Giken (AP807) direka untuk menapis dan memerangkap dengan berkesan pelbagai udara tercemar, termasuk PM2.5, debu, alergen, serbuk bunga, kulat, asap, dan mengurangkan formaldehyde serta bau.
Ia menampilkan sistem penapis pelbagai lapisan, termasuk penapis HEPA, Penapis Fotokatalis, dan Penapis Karbon Teraktif.
Kombinasi penapis ini sangat cekap dalam menyingkirkan sehingga 99% jerebu, asap, dan zarah PM2.5, sambil menyerap formaldehyde dan membasmi kuman.
Dengan kemampuan penapisan udara yang pantas, ia dengan cepat boleh meliputi bilik sehingga 60㎡, memastikan pembersihan udara yang menyeluruh.
Dilengkapi dengan Sensor Pintar Dwitapak yang tersedia, penapis udara ini memantau partikel berbahaya di udara sepanjang hari.
Tambahan pula, penapis udara ini akan memberi peringatan untuk menukar penapis selepas 3000 jam bagi memastikan prestasi pembersihan optimum.
Tips Memilih Penapis Udara
Ada pelbagai aspek penting untuk anda perhatikan semasa untuk membeli penapis udara. Jom lihat tips mudah memilih penapis udara terbaik.
-
Jenis penapis / filter
Penapis jenis True HEPA antara penapis yang banyak digunakan dalam model air purifier kerana selamat dan sangat berkesan menapis udara dari sebarang habuk, bakteria mahupun virus.
Pre-Filter pula ialah penapis yang boleh dibasuh semula dan hanya perlu digantikan setelah 3 bulan pakai.
Manakala UV Filter digunakan untuk membasmi habuk, menjadikan udara langsung bebas bakteria dan biasanya digunakan di hospital atau sekolah untuk mengurangkan sebarang penyakit dari bawaan udara.
Lain-lain filter yang terdapat dipasaran ialah Antibacteria Filter, PCO Filter, Activated Carbon Filter dan banyak lagi.
-
Saiz air purifier
Pastikan saiz air purfier dan ruang bilik bersesuaian, oleh itu pilih spesifikasi penapis udara yang 20-40% lebih besar daripada bilik supaya udara sekeliling sentiasa bersih sepanjang hari.
Jangan lupa dengan servis bunyi yang senyap dan tidak menganggu terutamanya penapis udara di dalam bilik tidur.
-
Perincian terbaru
Jangan ketinggalan untuk dapatkan penapis udara yang lebih moden. Kini sudah ada pelbagai penapis udara dengan features alat kawalan jauh, motion sensor serta dilengkapi dengan aplikasi telefon pintar
Lebih bijak, jika anda memilih air purifier jimat elektrik dengan jaminan Energy Star.
Apa Fungsi Penapis Udara?
Alat penapis udara berfungsi sebagai perangkap habuk dan partikel-partikel halus yang terdapat dalam udara yang kita sedut, kemudian mengeluarkan udara baru yang bersih.
Bagi mereka yang mempunyai masalah asma atau alergik harus mendapatkan alat penapis udara.
Selain itu, alat penapis udara boleh mengurangkan jangkitan penyakit bawaan udara seperti selesema, batuk dan sebagainya.
Malah, efektif bagi individu yang mengalami masalah insomnia, berdengkur dan kerap terjaga.
Antara kebaikan lain penapis udara adalah membantu pengguna menikmati tidur yang lebih berkualiti.
Bolehkah Pasang Penapis Udara Ketika Tidur?
Jawapannya ialah boleh, malah amat disarankan supaya dapat memberi pernafasan yang terbaik semasa tidur.
Bukan itu sahaja, udara yang bersih ketika udara dapat meningkatkan penghasilan sel kulit yang baru semasa tidur.
Namun begitu, anda juga dinasihatkan untuk tidak meletakkannya hampir dengan katil.
Sebaiknya biar penapis udara mempunyai jarak sekitar 6 hingga 10 kaki dari bertentang dari kaki katil.
Kalau risau nak pasang penapis udara sehingga 24 jam, sebenarnya memadai sekadar memasang selama 8 jam.
Jadi anda boleh mengaktifkan tetapan masa yang ada pada penapis udara.
Tapi kalau anda mempunyai penapis udara yang kuat, berkualiti dan heavy duty, pemasangan selama 24 jam adalah yang terbaik.
Mengapa Perlu Menggunakan Penapis Udara Dirumah Atau Pejabat?
Penapis udara memberikan banyak manfaat kepada penggunanya seperti meningkatkan kualiti udara dalam rumah dan mengeluarkan zarah bawaan udara yang tidak diingini.
Dengan penapis karbon aktif, ia boleh menyerap bau dengan cekap dan mengurangkan bau dalam rumah yang disebabkan oleh memasak, bau busuk atau sampah haiwan peliharaan.
Penapis HEPA pula menghalang alergen bawaan udara seperti bulu haiwan peliharaan, debunga dan habuk.
Selain menjadikan udara dalam rumah berbau lebih baik, pembersih udara boleh melindungi anda sekeluarga daripada jangkitan bawaan udara dan alergen bawaan udara.
Apabila seseorang yang sakit bersin atau batuk, mereka melepaskan titisan berjangkit ke udara.
Titisan ini boleh dihirup oleh orang lain dan menyebabkan penyakit bawaan udara termasuk selesema biasa dan COVID-19.
Ia akan menapis pelbagai jenis zarah bawaan udara yang membawa kepada gejala alahan seperti mata berair, wheeziness dan ketidakselesaan.
Seterusnya, penapis udara boleh meningkatkan sistem penyaman udara dan memanjangkan jangka hayatnya.
Ini kerana sebilangan besar pencemaran udara boleh memberi tekanan besar pada unit HVAC penghawa dingin.
Habuk dan bahan pencemar lain boleh menyumbat penapis penyaman udara, kipas dan bahagian lain.
Apabila pembersih udara mengeluarkan zarah bawaan udara yang boleh menegangkan aircond, ia membantu memanjangkan jangka hayat penghawa dingin.
Secara ringkasnya, penapis udara di rumah atau pejabat dapat meningkatkan kualiti udara, mencegah jangkitan udara, melindungi kanak-kanak dan orang tua, dan menjadikan persekitaran lebih menyenangkan.
Apa Perbezaan Antara Penapis HEPA Dengan Jenis Lain?
Penapis HEPA singkatan bagi High-Efficiency Particulate Air.
Sejenis penapis udara berprestasi tinggi yang mampu menyaring zarah-zarah halus sehingga 0.3 mikron dengan kecekapan sekurang-kurangnya 99.97%.
Ini pilihan terbaik untuk menyingkirkan alergen dan zarah bawaan udara seperti debunga, asap tembakau, debu hama, habuk, bulu haiwan, bakteria, virus dan bahan cemar lain yang memudaratkan kesihatan.
Terbukti sangat berkesan dalam menghalang sebarang zarah daripada tersedut ke dalam saluran pernafasan dan disarankan pakar kesihatan.
Digunakan dalam pelbagai peralatan elektronik seperti vacuum cleaner, sistem pengudaraan bangunan, penghawa dingin, pembersih udara, dan banyak lagi.
Selain penapis HEPA, terdapat juga penapis ion, penapis karbon aktif, dan penapis ultraviolet.
Penapis karbon aktif, misalnya, digunakan untuk menyerap bau dan gas.
Ia berfungsi dengan menarik dan menyerap molekul bau ke dalam pori-pori karbon.
Penapis ion pula menggunakan elektrik untuk menarik partikel ke dalam penapis.
Ia menghasilkan ion negatif yang menarik partikel positif seperti debu dan alergen.
Tidak seperti penapis HEPA, penapis ultraviolet menggunakan sinar UV untuk mensterilkan dan membunuh mikroorganisma dan patogen seperti kuman, bakteria dan virus yang melaluinya.
Dipasang sebagai sistem pensterilan tambahan dalam peti sejuk, sistem pengudaraan, mesin penapis air, dispenser air minuman dan banyak lagi.
Jika anda mengalami alahan teruk atau sebarang masalah kesihatan utama lain yang berkaitan dengan zarah bawaan udara, dapatkan penapis HEPA.
Artikel Berkaitan
- 9 Air Purifier Untuk Elak Bau Hapak Kereta
- Segarkan Ruang Kegemaran Anda dengan 7 Produk Air Freshener Terbaik
- 8 Pewangi Bilik Tidur Yang Buatkan Tidur Malam Anda Lebih Tenang
- 10 Air Purifier/Penapis Udara Terbaik di Malaysia 2024
- 11 Mesin Pembuat Aiskrim Terbaik di Malaysia 2024
- 8 Steam Iron Terbaik di Malaysia 2024
- Mop Lantai Terbaik di Malaysia