Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

19 Sunscreen & Sunblock untuk Kulit Jeragat di Malaysia 2024

Amat penting untuk lindungi kulit dari sinaran UVA & UVB!

Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen matahari atau sunblock adalah amat penting dalam penjagaan kulit.

Jenis skincare ini menjadi pelindung matahari dari terus kena masuk ke dalam lapisan kulit dan merosakkan tekstur kulit.

Malangnya, kita semua tidak mempunyai jenis kulit sama jadi untuk anda yang mempunyai kulit jeragat, jangan risau kami ada jalan penyelesaian.

Kami ada senarai sunblock terbaik untuk jeragat, sunscreen untuk jeragat, suncreen elak jeragat dan sunscreen untuk bintik hitam terbaik. 

Sunscreen terbaik untuk jeragat di Watsons pun ada juga.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 19 Sunblock/Sunscreen Terbaik Untuk Jeragat

Sunblock terbaik untuk jeragat secara keseluruhan
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
3W Clinic
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
From
RM8.50
Check 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) price below:
add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
add_circle Tidak melekit
add_circle Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry
remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan harga yang sangat berpatutan, mudah didapati secara online dan teksturnya yang tidak terlalu melekit seperti sunblock lain.

Ciri-ciri:

Sunblock dari 3W ini terkenal dan harga yang sangat murah. Satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah rm15.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Bahan titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda inginkan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat dan tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply. 

Cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak, tapi dengan ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembab dan segar sepanjang hari.

Review:

“Walaupun harga murah, ini merupakan sunblock paling best yang boleh anda cuba. Tidak membuatkan kulit berminyak dan tidak membuatkan kulit anda bercapuk.”

Sunscreen yang tidak berminyak
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Biore
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
From
RM19.80
Check Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Tidak mengeringkan kulit
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
add_circle Boleh dipakai pada wajah & badan
remove_circle Perlu reapply jika berpeluh dengan banyak

Diperkaya dengan ekstrak Vitamin E serta Rice Germ, sunblock ini dapat melindungi kulit anda dari sinaran UV

Malahan dapat merawat dan menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam. 

Tidak berminyak atau melekit, produk ini juga merupakan waterproof atau kalis air. 

Jadi, anda tidak perlu bimbang sekiranya sedang berpeluh kerana ia akan kekal lama tidak kira apa jua kondisi cuaca.

Sunscreen/sunblock dengan Vitamin E – kekal hidrasi untuk kulit kering
Nivea Sun Protect & Moisture SPF50 (75ml)
Nivea
Sunblock muka SPF 50 yang sesuai untuk ke pantai
From
RM27.68
Check Nivea Sun Protect & Moisture SPF50 (75ml) price below:
add_circle Sesuai untuk muka & badan
add_circle Cepat meresap
remove_circle Sedikit berminyak pada wajah

Nivea Sun Lotion Moisturising ini mempunyai tekstur sangat lembut dan ringan.

Sunscreen ini mampu melindungi kulit anda dari terjadinya sunburn.

Dengan formula Panthenol serta Vitamin E, sunblock ini dapat menghidrasi kulit anda dari terasa kering, korasakan dan kekusaman akibat pendedahan berpanjangan di bawah matahari. 

Krim pelindung matahari ini juga mempunyai sistem anti-penuaan.

Memang selamat digunakan setiap hari terutama buat para remaja yang aktif melakukan aktiviti luar!

Sunscreen untuk kulit kering dan jeragat
Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 50ml
Cetaphil
Sunblock drugstore untuk kulit berminyak
From
RM73.80
Check Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 50ml price below:
add_circle Bebas paraben
add_circle Tiada alkohol
add_circle Teknologi Mexoryl
remove_circle Harga yang mahal

Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 ini bebas dari sebarang alkohol, pewangi tiruan serta paraben.

Jadi, sunblock jenama Cetaphil ini merupakan jalan penyelesaian terbaik buat anda yang memiliki kulit sensitif. 

Dengan menggunakan teknologi Mexoryl yang dipatenkan, produk ini menggabungkan tujuh bahan yang dapat membuat lapisan pada kulit. 

Sunscreen ini mampu membina penghalang fizikal demi melindungi kulit dari kerosakan cahaya terik matahari. 

Tinggi dengan kandungan SPF50, sunblock ini dapat membantu memperbaiki masalah kulit sensitif dalaman.

Pada masa yang sama dapat memberi kelegaan dan mengekalkan lembapan pada wajah. 

Sunscreen terbaik untuk yang alami masalah fungal-acne
Cosrx Aloe Soothing Sun Cream 50ml
Cosrx
Harga sunblock yang berpatutan dan murah untuk kulit sensitif
From
RM32.00
Check Cosrx Aloe Soothing Sun Cream 50ml price below:
add_circle Mempunyai Titanium Oxide
add_circle Mengandungi ekstrak Aloe Vera
remove_circle Mungkin membuatkan kulit wajah sedikit bersinar

Sunscreen dari jenama CORSX ini mengandungi lebih 5,500 ppm ekstrak Aloe Vera.

Kandungan ini mampu menjaga kulit anda sepenuhnya dari jangkitan serta kuman berbahaya. 

Tekstur krim yang sangat ringan, menyerap dengan pantas dapat menjadikan kulit terasa lebih segar dan terhidrat. 

Krim ini sesuai buat semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. 

Sunscreen untuk kulit kombinasi yang berjeragat
Etude House Sunprise Mild Airy Finish SPF50
Etude House
From
RM31.50
Check Etude House Sunprise Mild Airy Finish SPF50 price below:
add_circle Tidak menyebabkan white cast
add_circle 100% mineral base untuk kulit sensitif
add_circle Diperbuat dari 20 bahan semula jadi
remove_circle Mengandungi silikon

Sekiranya anda sedang mencari sunscreen/sunblock yang sesuai bagi kondisi kulit kombinasi, cuba Etude House Sunprise ini. 

Jenama ini dapat memberi perlindungan dari sinar UV serta membantu dalam memberi efek pencerahan semula jadi dan menghilangkan bintik-bintik hitam yang tidak diingini. 

Malah,  diperbuat dari 20 bahan semula jadi untuk menjadikan kulit cantik berseri.

Terdapat juga kandungan Titanium Dioxyde serta Zinc Oxygen, sangat efektif dalam mengekalkan kelembapan buat kulit. 

Pada masa sama dapat menghidrat kawasan kering serta mengawal akses minyak dan menutup liang pori.

Sunscreen spf50
Supergoop! Everyday Sunscreen With Sunflower Extract SPF50
Supergoop!
Supergoop Play Supergoop Everyday Sunscreen SPF 50
From
RM170.00
Check Supergoop! Everyday Sunscreen With Sunflower Extract SPF50 price below:
add_circle Tidak meninggalkan whitecast
add_circle Menyerap dengan pantas
add_circle Mempunyai SPF
remove_circle Harga mahal
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Tanpa anda sedari, aktiviti harian selalunya mendedahkan kulit kita kepada sinaran matahari secara aktif, mengakibatkan kulit menjadi kusam.

Malangnya, ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit. 

Buat anda yang mempunyai masalah pertumbuhan jeragat, cari produk yang mengandungi SPF tinggi seperti sunblock dari Supergoop ini.

Bukan apa, demi melindungi kulit dari kerosakan sinaran matahari.

Sunscreen spf 50 pa+++ terbaik untuk kulit jeragat
Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)
Nano White
Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)
From
RM29.90
Check Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml) price below:
add_circle Mempunyai Arbutin, Niacinamide, Hyaluronic acid
add_circle Dermatologist tested
add_circle Ekstrak dari buah bearberry
remove_circle Tekstur yang sedikit tebal

Diperbuat dengan Nanotechnology Omega White-C yang berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. 

Jangan risau, sesuai untuk semua jenis kulit cuma jika terdapat iritasi, minta untuk berhenti dari menggunakannya.

Fungsi krim pelindung matahari ini dapat menghapus liang pori yang tersumbat dengan kotoran serta melindungi kulit daripada bintik-bintik hitam serta kekusaman. 

Gunakan Nanowhite Omega Day Shield Sunscreen ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil tona kulit yang lebih sempurna.

Sunscreen terbaik untuk kulit berminyak dan berjeragat
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)
AIKEN
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
From
RM17.24
Check Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Formula cepat menyerap
add_circle Tidak menyumbat lubang pori-pori
add_circle Membantu memberikan kelembapan
remove_circle Ada pewangi tambahan
remove_circle SPF yang rendah

Agak sukar nak cari sunblock yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai spf dan merawat jerawat.

Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori jadi liang pori anda tidak akan tersumbat. 

Untuk suncreen ini paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak. 

Sunblock terbaik untuk kulit berminyak secara keseluruhan
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
From
RM28.79
Check Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel price below:
add_circle Mengandungi Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian. 

Sunscreen Wardah untuk jeragat
Wardah UV Field Shield
Wardah
wardah sunscreen
From
RM17.90
Check Wardah UV Field Shield price below:
add_circle Tiada alkohol
add_circle Vitamin E & Pro Vitamin B5
remove_circle Mempunyai pewangi

Produk dari Wardah sememangnya terkenal bebas alkohol dan bagus untuk kulit wajah berminyak dan juga berjeragat.

Dengan kandungan Vitamin E & B5 ini memberikan kelembapan pada wajah.

Tekstur produk Wardah UV Field Shield ini sedikit tebal dan tidak akan menjadi punca white cast apabila anda meratakan pada wajah. 

Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana drugstore.

Sunscreen Eucerin untuk jeragat
Eucerin Sensitive Protect Oil Pigment
Eucerin
Eucerin Sensitive Protect Oil Pigment
From
RM109.90
Check Eucerin Sensitive Protect Oil Pigment price below:
add_circle Glycyrrhetinic acid untuk DNA’s repair
add_circle Thiamidol untuk mencerahkan pigmentation
add_circle Mudah menyerap
remove_circle Harga mahal

Fakta tentang sunblock, bila kita sapukan pada kulit muka dan badan, sebenarnya kita sudah mengurangkan risiko pigmentation pada kulit. 

Jadi untuk sunblock Eucerin sangat sesuai mereka yang mempunyai pigmentation dan kulit berminyak. 

Dengan bahan glycyrrhetinic asid akan membaiki kesan pigmentasi yang berlaku.

Kemudian, bahan thiamidol akan mencerahkan kulit sekaligus menjadikan tona kulit sekata dan mengurangkan dark spot

Jangan risau, tekstur sunblock dari Eucerin ini mudah menyerap dan tidak berminyak.

Paling penting, suncreen ini sangat sesuai untuk pakai harian walaupun anda pakai solekan.

Sunscreen untuk kulit sensitif dan jeragat
Bio Essence Bio Water Sunscreen
Bio Essence Bio Water Sunscreen
From
RM32.83
Check Bio Essence Bio Water Sunscreen price below:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mempunyai hyaluronic acid
add_circle Tidak berminyak dan melekit
add_circle Campuran bio energy complex
remove_circle Sukar didapati pada pasaran
remove_circle Mahal dan kuantiti yang sedikit

Sunscreen dari Bio Essence ini mempunyai bahan hyaluronic acid yang sangat terkenal dalam penggunaan pembuatan krim wajah.

Ini kerana fungsinya bagi mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. 

Tambah pula tekstur yang tidak terlalu melekit dan tidak terlalu berat ini licin sahaja bila dipakai pada kulit. 

Paling penting mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan white cast.

Campuran dari Bio Energy Complex pula meningkatkan kadar baik pulih kulit dan menjadikan kulit kekal segar dan sihat. 

Sunblock/screen muka untuk glow effect
Axis-Y No Stress Physical Sunscreen
Axis-Y No Stress Physical Sunscreen
From
RM15.00
Check Axis-Y No Stress Physical Sunscreen price below:
add_circle Tiada pewangi
add_circle Mugwort extract untuk menyejukkan kulit
add_circle Niacinamide untuk mencerahkan kulit
add_circle Squalane mengekalkan kelembapan
remove_circle Ada kesan white cast

Axis-Y ini terkenal dengan serumnya yang membuat tona kulit sekata. 

Jadi kebaikkan tersebut juga diterapkan pada sunscreen yang mempunyai spf 50++ ini. 

Bahan utama seperti mugwort yang membantu mengurangkan haba dan kesan pedih akibat sinaran yang terkena kulit wajah. 

Malah mampu untuk meredakan jerawat dengan bahan antibakteri dan anti iritasi. 

Dengan campuran bahan Niacinamide yang sememangnya terkenal dengan fungsi membuatkan tona kulit sekata sesuai untuk kurangkan kesan pigmentasi dan mengecilkan liang pori. 

Ciri ini juga akan menjadikan kulit anda bukan saja dilindungi dari sinaran matahari tapi memperbaiki tekstur kulit.

Mineral sunscreen terbaik untuk jeragat
21 SOMEBYMI Truecica Mineral Calming Tone Up Suncream Sunblock
21 SOMEBYMI Truecica Mineral Calming Tone Up Suncream Sunblock
From
RM45.00
Check 21 SOMEBYMI Truecica Mineral Calming Tone Up Suncream Sunblock price below:
add_circle Mempunyai zinc oxide
add_circle Mengandungi aloe vera
add_circle Tiada bahan kimia berbahaya
add_circle Mempunyai perlindungan UV
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Jika anda mencari sunblock jenis mild dan meredakan keadaan kulit jeragat, pastikan anda cuba sunblock dari SOMEBYMI. 

Bahan zinc oxide merupakan bahan utama dan terbaik perlu ada di dalam sunblock anda.

Ianya memberikan perlindungan board spectrum untuk melindungi sinaran UVA/UVB. 

Aloe vera juga menjadi bahan utama dalam sunblock ini bagi memberikan keredaan dan menyejukkan kulit wajah. 

Tidak mengandungi bahan kimia yang pastinya boleh menyebabkan masalah iritasi dan jerawat pada kulit anda. 

Bukan itu sahaja tau, hanya dengan menggunakan sunblock setiap hari.

Ianya mampu memberikan kecerahan yang sekata pada wajah!

Hybrid sunscreen terbaik untuk jeragat
KAYMAN Suntella UV Milk
KAYMAN Suntella UV Milk
From
RM69.00
Check KAYMAN Suntella UV Milk price below:
add_circle Hybrid sunscreen
add_circle Tone up effect
add_circle Centella asiatica untuk keserian pada wajah
add_circle Niacinamide untuk tona cerah
add_circle Ceramide NP untuk melembapkan kulit
remove_circle Harga mahal

Kayman produk tempatan yang kini terkenal dalam kalangan para wanita dari semua umur. 

Sunscreen hybrid yang dikeluarkan Kayman ini menjadi rebutan ini kerana ianya memberikan perlindungan UV yang meluas pada kulit wajah.

Suka sangat bila sunscreen terbaik ada tone up effect yang akan menjadikan kulit atau tona lebih sekata dan cantik!

Ada beberapa ulasan menyatakan tiny bump and parut jerawat pada kulit mereka makin berkurangan dengan penggunaan yang konsisten!

Sunscreen ini digabungkan dengan bahan terbaik seperti Centella asiatica untuk keserian pada wajah, Niacinamide memberikan tona yang cerah pada wajah.

Dirumuskan dengan Ceramide NP untuk melembapkan kulit yang kering dan berikan anda keselesaan pada kulit anda sepanjang hari.

Sunscreen kulit berjeragat Joseon Relief Sun
Beauty of Joseon Relief Sun Sunscreen
Beauty of Joseon
Beauty of Joseon Relief Sun Sunscreen
From
RM45.00
Check Beauty of Joseon Relief Sun Sunscreen price below:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Boleh mencerahkan kulit
remove_circle Cepat kering dan perlu re-apply

Beauty of Joseon Relief Sun ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif.

Selain bertindak sebagai pelindung sinaran UV, sunscreen ini turut mengandungi ekstrak beras sebanyak 30% sebagai salah satu bahan untuk melembutkan dan memutihkan kulit.

Memang telah terbukti air beras kaya dengan asid amino dan mineral, di mana ia memberikan kelembapan luar biasa pada kulit kering.

Selain ekstrak beras, produk ini turut mengandungi kompleks probiotik yang boleh memberi nutrisi dan daya tahan semula jadi kulit.

Semasa memakai sunscreen ini, ia tidak akan meninggalkan lapisan putih pada kulit kerana tekstur krimnya yang nipis.

Sunblock untuk lelaki kulit berjeragat
YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Sunscreen SPF 50+
YOU
YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Sunscreen SPF 50+
From
RM34.90
Check YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Sunscreen SPF 50+ price below:
add_circle Sesuai untuk lelaki
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Tidak melekit
remove_circle Boleh pedihkan mata sedikit

YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Sunscreen SPF 50+ menawarkan perlindungan UV intensif dengan SPF 50 PA ++++ dan Photosensitive Smart Powder. 

Diperkaya dengan minyak biji bunga matahari, SymWhite 377, dan asid hyaluronik, sunscreen ini bukan sahaja melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari tetapi juga membantu mencerahkan kulit kusam, memberikan anda wajah yang berseri dan glowing

Teknologi SUNBRELLA IntelliBright memberikan kesan glowing semula jadi yang ekstra, sesuai untuk kulit kusam. 

Dengan tekstur yang tidak melekit, antioksidan, dan perlindungan spektrum luas, YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Sunscreen adalah pilihan terbaik untuk kulit yang sihat dan berseri.

Sangat sesuai untuk lelaki yang mahu melindungi kulit wajah dan menyelesaikan masalah jeragat.

Sunscreen terbaik Skintific
SKINTIFIC Sunscreen 5x Ceramide Serum Sunscreen Stick SPF50
SKINTIFIC
SKINTIFIC Sunscreen 5x Ceramide Serum Sunscreen Stick SPF50
From
RM29.00
Check SKINTIFIC Sunscreen 5x Ceramide Serum Sunscreen Stick SPF50 price below:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Melembap dan selesa pada wajah
add_circle Bebas alkohol dan paraben
remove_circle Saiz kecil

Skintific 5X Ceramide Serum Sunscreen direka untuk memperbaiki dan memulihkan skin barrier anda sambil memberikan perlindungan matahari. 

Formula canggih ini mengandungi 5X Ceramide, yang terkenal dengan keupayaannya yang luar biasa untuk memperbaiki dan memulihkan skin barrier, menjadikannya ideal untuk mereka yang mempunyai kulit rosak, jeragat atau sensitif. 

Selain itu, turut menampilkan teknologi Penapis UV terkini yang dipatenkan oleh BASF Germany (Tinosorb S/M), sunscreen ini menawarkan perlindungan spektrum luas dari sinar UVA dan UVB dengan SPF 50+ PA++++ tanpa menyebabkan iritasi pada kulit wajah.

Tekstur ringannya menyerap dengan cepat, meninggalkan kemasan yang tidak berminyak dan melembapkan. 

Diperkaya dengan Asid Hyaluronik, ia berkesan memulihkan dan mengunci kelembapan, menjaga kulit anda terhidrat sepanjang hari. 

Bebas dari alkohol, wangian, dan paraben, Skintific 5X Ceramide Serum Sunscreen adalah pilihan sempurna untuk rutin penjagaan kulit yang selamat dan berkesan.


Bagaimana Cara Pilih Sunblock/Sunscreen Untuk Jeragat?

Jeragat terbentuk akibat pendedahan kepada sinar UV matahari dan penggunaan sunblock/sunscreen boleh membantu mencegahnya.

Tapi, bagaimana memilih sunblock/sunscreen yang sesuai untuk kulit yang berjeragat?

Jangan risau, berikut tips untuk membantu anda membuat pilihan.

  • SPF

Semakin tinggi SPF, semakin tinggi tahap perlindungan daripada sinar UVB.

Untuk kulit yang berjeragat, digalakkan menggunakan pelindung matahari dengan SPF yang tinggi, sekurang-kurangnya SPF 30 atau lebih tinggi.

Namun, SPF hanya melindungi kulit daripada sinar UVB, jadi pastikan produk yang anda pilih juga melindungi dari sinaran UVA matahari.

  • Pilih sunscreen dengan perlindungan UVA

Selain SPF, pastikan produk sunblock/sunscreen anda juga menawarkan perlindungan UVA.

Sinaran UVA boleh menyebabkan penuaan, kedutan dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Pilih produk dengan label "spektrum luas" atau "UVA/UVB" untuk melindungi kulit daripada kedua-dua jenis sinaran.

  • Bahan-bahan 

Untuk membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV, pilih produk yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C atau vitamin E.

Selain itu, elakkan bahan yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan merengsa, seperti alkohol dan pewangi.

  • Mengandungi zinc oxide atau titanium dioxide

Zinc oxide dan titanium dioxide adalah bahan fizikal yang digunakan dalam sunblock/sunscreen untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Kedua-duanya memberikan perlindungan UVA dan UVB yang baik.

Zinc oxide dan titanium dioxide juga membantu mengurangkan radikal bebas dan memberikan perlindungan yang baik untuk kulit yang mengalami masalah jerawat. 

  • Jenis kulit

Anda haru juga sesuaikan sunblock/sunscreen dengan jenis kulit semasa memilih produk ini. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, pilih produk yang ringan dan tidak menyumbat pori. 

Manakala, jika anda mempunyai kulit kering, pilih pelindung matahari yang mengandungi bahan pelembap.

  • Sesuai dengan aktiviti harian

Apabila memilih sunblock/sunscreen pastikan anda memilih produk yang sesuai untuk aktiviti harian anda.

Jika anda aktif di luar rumah dan sering berpeluh, pilih produk yang kalis air untuk perlindungan yang lebih lama.

Jika anda sering makeup, pilih produk yang boleh digunakan sebagai asas solekan dan boleh mencerahkan kulit.


Kelebihan Dan Kekurangan Sunblock/Sunscreen Untuk Jeragat

Salah satu kelebihan menggunakan sunscreen atau sunblock untuk jeragat ialah membantu melindungi kulit daripada sinaran UV, antara faktor utama yang menyebabkan jeragat.

Selain itu, sunscreen/sunblock juga boleh membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kulit dan mempercepatkan proses penuaan.

Penggunaan produk ini juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser kulit.

Tapi kekurangan utama sunscreen/sunblock ialah ia boleh menyebabkan masalah kulit lain jika tekstur produk tidak sesuai dengan kulit anda.

Contohnya, masalah jerawat, ruam-ruam dan bintik hitam.

Anda juga harus menggunakan produk skincare lain yang dirumus khusus untuk merawat jeragat pada kulit seperti serum dan bukan hanya bergantung kepada sunscreen/sunblock untuk kesan yang lebih baik.


Pentingkah Memakai Sunscreen Bagi Menghindari Jeragat Atau Freckles? 

Ya! Punca terjadinya jeragat di muka dan badan adalah disebabkan sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit.

Ini menyebabkan terhasilnya pigmentasi hitam sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. 

Berdasarkan ahli dermatologi juga, sunscreen/sunblock seharusnya digunakan setiap hari walaupun anda berada di dalam bangunan yang tertutup.

Bukan apa, sekarang terjadi masalah lapisan ozon serta pencemaran cuaca yang akan merosakkan kulit anda.

Apa pun jom tonton video berikut untuk mengetahui cara pilih sunscreen yang sesuai.


Artikel Berkaitan

End of Article