Kecantikan

15 Cara Berkesan Hilangkan Kurap Cepat 2026 (Kulit & Badan)

Kalau badan kena gatal kurap, cara merawat kurap adalah dengan guna ubat kurap paling berkesan. Jadi jom kita lihat ubat kurang terbaik.


Editor · Updated 3 Jan 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Cara Berkesan Hilangkan Kurap Cepat 2026 (Kulit & Badan)

Kurap atau tinea corporis merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.

Antara cara rawatan kurap adalah dengan menyapu krim yang disarankan oleh doktor dengan menyapukannya di sekitar kepingan dan kawasan kurap.

Kandungan

Tapi anda boleh cuba bahan semula jadi untuk merawat kurap seperti bawang putih, aloe vera, cuka atau bahan tradisional lain.

Selain kurap badan, kurap air dan panau di muka juga boleh dirawat dengan menggunakan ubat kurap yang betul.

Jom kita lihat cara hilangkan panau atau gatal kurap dengan cepat menggunakan ubat kurap terbaik dan ubat kurap paling berkesan.


Senarai 15 Cara Berkesan Hilangkan Kurap

Ubat Kurap Semburan Cap Kaki Tiga
Ubat kurap terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
Ubat Kurap Semburan Cap Kaki Tiga
Dari RM16.90
Melegakan gejala jangkitan kulit
Disahkan Halal
Harga sedikit mahal
3 lagi
Cepat kering
Bau menyenangkan
Tidak meninggalkan kesan pada kulit

Sebab menjadi pilihan utama:

Sedikit berbeza dengan ubat kurap lain kerana jenis semburan, Tinea-Kare Cap kaki tiga dapat merawat pelbagai jangkitan kulit.

Antaranya ialah kurap, kulat air pada kaki, athlete's foot, kurap pada celah kelangkang dan panau.

Ciri-ciri:

Dirumus khas dengan Clotrimazole yang menghalang ergosterol synthesis dan mempunyai spektrum antimikotik yang luas.

Semburan pam bukan aerosol mesra pengguna dan cepat kering, meninggalkan bau yang menyegarkan.

Boleh digunakan dengan mudah pada kawasan badan yang sukar dicapai seperti bahagian belakang atau ketiak.

Reka bentuk botol yang kecil memudahkan untuk dibawa ke dalam beg tangan atau poket.

Anda hanya perlu basuh dan keringkan kawasan yang terjejas, semburkan dua kali sehari dan teruskan selama 2-4 minggu sehingga semua tanda jangkitan hilang.

Review:

"Saya punya kutu air yang dah bertahun-tahun ada pada kaki, pakai ni kejap je dah hilang walaupun botol dia kecil dan mahal tapi berbaloi sebab berkesan."

Dermoplex Antifungal Cream 15g
Ubat kurap terbaik di farmasi 2 daripada 15
Dermoplex Antifungal Cream 15g
Dari RM12.90
Cepat kering
Lulus KKM
Tidak sesuai untuk alergi tolnaftate

Bagi yang mempunyai masalah penyakit kurap, athlete's foot, tinea versicolor (bintik putih), dan gatal pangkal paha, cuba je krim kurap Dermoplex.

Produk ini mengandungi bahan aktif termasuk Tolnaftate 1%, Methylparaben 0.32%, dan Propylparaben 0.048%.

Sapukan dengan lembut ke permukaan kulit kering 2-3 kali sehari dan teruskan rawatan selama 14 hari walaupun selepas gejala hilang.

Namun, krim tidak digalakkan untuk pesakit dengan hipersensitiviti terhadap tolnaftate.

Hasilnya, kesan kurap semakin pudar, kurang masalah gatal, menggaru dan tidur lebih lena.

Ubat Kurap Tolnaftate
Ubat kurap untuk orang dewasa 3 daripada 15
Ubat Kurap Tolnaftate
Dari RM7.89
Halal
Mudah diserap ke dalam kulit
Hanya untuk kawasan kecil

Three Legs Tolnaftate Cream dirumus khas untuk menghapuskan jangkitan kulat dan kegatalan pada kulit seperti kurap, panau dan kaki berair.

Menggunakan bahan aktif Tolnaftate yang berkesan merawat pelbagai jangkitan kulat.

Boleh digunakan dua kali sehari untuk melegakan dan menyembuhkan.

Ubat kurap jenis sapuan berbentuk krim yang mudah diserap ke dalam kulit dan tidak berminyak.

Namun, mengambil sedikit masa untuk melihat keberkesanannya dan kurang sesuai untuk kawasan terjejas yang besar.

Untuk kegunaan luar sahaja dan jauhi dari kanak-kanak.

Candid-B Cream
Ubat kurap untuk badan 4 daripada 15
Candid-B Cream
Dari RM16.90
Menghentikan pertumbuhan kulat
Mengurangkan bengkak
Boleh menyebabkan reaksi alahan dan kekeringan
1 lagi
Menghindari gatal-gatal dan kemerahan

Krim Candid-B boleh merawat jangkitan kulat di pelbagai bahagian badan, seperti jari kaki, paha dalaman, bahagian sulit, lengan, dan kaki.

Ia juga berkesan dalam merawat jangkitan kulit seperti kurap dan athlete's foot.

Krim ini mengandungi gabungan dua bahan aktif - beclomethasone dan clotrimazole.

Clotrimazole berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan kulat pada kulit.

Ditambah lagi, Betamethasone adalah steroid yang mengurangkan keradangan, kemerahan dan gatal-gatal yang berkaitan dengan jangkitan kulat.

Sebelum menggunakan krim, maklumkan kepada doktor anda jika anda hamil, merancang untuk hamil, atau menyusu.

Ubat Kurap Hurix
Ubat kurap untuk budak 5 daripada 15
Ubat Kurap Hurix
Hurix
Dari RM26.90
Mengurangkan kegatalan
Boleh merawat ekzema
Bukan untuk ekzema teruk
1 lagi
Murah

Kulit anak rasa gatal, mengelupas dan berair, atau mengeluarkan bau tidak menyenangkan? Jangan risau, cuba sapu ubat kurap Hurix.

Produk ini boleh merawat jangkitan kulat termasuk tinea pedis, tinea corporis, psoriasis and eczema.

Bahan utamanya adalah asid salisilik dan asid benzoat yang selamat digunakan untuk kanak-kanak.

Asid salisilik membantu mengeluarkan sel kulit mati, mengurangkan kemerahan dan keradangan.

Asid benzoat pula membantu mencegah jangkitan bakteria.

Kedua-dua bahan ini bekerjasama untuk merawat kerengsaan dan keradangan kulit akibat luka bakar, gigitan serangga, jangkitan kulat, atau ekzema.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL 19920935XC.

Sediakan satu ubat kurap ini di rumah sebagai rawatan kecemasan untuk rawatan kulit.

coconut oil
Ubat kurap untuk ibu mengandung 6 daripada 15
Absolute Coco Virgin Coconut Oil (1L)
Absolute Coco
Dari RM45.88
Cepat kering
Tidak melekit
Bau kuat
1 lagi
Boleh digunakan dalam masakan

Lagi satu bahan semula jadi yang boleh merawat masalah kulit kurap ialah minyak kelapa.

Ini kerana asid lemak yang dijumpai di dalam kandungan minyak kelapa didapati boleh membunuh sel fungal dengan merosakkan sel membran mereka.

Minyak kelapa turut bermanfaat sebagai pelembap semula jadi dengan khasiat anti-oksida dan anti-bakteria.

Sapukan minyak kelapa ke kawasan kulit yang bermasalah dan ulangi rawatan ini sebanyak beberapa kali yang diperlukan.

Walaupun sedikit berbau, minyak kelapa ini cepat kering dan tidak akan meninggalkan rasa melekit selepas disapu.

Cap Pokok Kelapa Ubat Kurap 15g
Ubat kurap kering 7 daripada 15
Ubat Kurap Cap Pokok Kelapa
Dari RM9.90
Sesuai untuk semua masalah kulit gatal
Mengandungi bahan tradisional
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Jika anda mempunyai masalah kegatalan kulit, cubalah produk ini.

Ubat ini bukan sahaja boleh merawat masalah kulit yang gatal, tapi juga masalah seperti kurap, panau, kulat air, alergi, gatal-gatal, dan pelbagai lagi.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu sapukan pada bahagian kulit yang gatal dan biarkan krim kering dengan sendirinya.

Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi dan malam selepas mandi untuk hasil yang optimum.

Sumifun Eczema Cream Treatment Antifungal
Ubat kurap untuk bayi 8 daripada 15
Krim Ekzema Herbal Antibacterial
Dari RM27.95
Campuran ekstrak bahan semula jadi
Sesuai untuk semua peringkat umur
Tidak sesuai untuk kegunaan dalaman

Jika bayi anda ada masalah gatal-gatal kulit seperti kurap, psoriasis, ruam, mengelupas atau gatal, Sumifun Eczema Cream adalah pilihan terbaik untuk anda.

Salah satu ubat kurap paling berkesan dalam menghilangkan bakteria dan fungus hingga ke akarnya.

Ini kerana kandungannya yang terdiri daripada ekstrak tumbuhan semula jadi seperti Phellodendri, Kochia Scoparia, Dictamni, DL-Menthol dan Cnidium monnieri.

Campuran bahan dalam krim ini sesuai untuk digunakan pada semua peringkat umur, dari bayi sehingga orang tua.

Cukup sapukan krim ini pada kawasan kulit yang gatal 2-3 kali sehari. 

Antifungal Aloe Vera Cream Tinea
Ubat kurap untuk ibu menyusu 9 daripada 15
Krim Tinea Aloe Vera Antifungal
Dari RM6.40
Boleh digunakan untuk ekzema
Tidak mengandungi bahan terlarang
Sedikit pedih
1 lagi
Dapat hilangkan masalah gatal 3 hari

Krim lidah buaya ini boleh digunakan pada ahli keluarga anda yang sedang mengalami penyakit kurap mahupun ekzema.

Dengan kegunaan krim ini, rasa gatal yang dialami akan berkurangan dengan serta merta. 

Krim ini mampu mengawal keradangan yang dialami seawal tiga hari sahaja!

Selain kurap, krim ini juga sesuai digunakan untuk merawat ekzema dan atasi masalah kulit kering.

Ubat kurap paling berkesan 10 daripada 15
AARSHAVEDA Organic Turmeric Powder
Aarshaveda
Dari RM120
Menyihatkan semula kulit
Kurangkan rasa gatal
Harga mahal
1 lagi
Bertindak sebagai anti bakteria

Kunyit merupakan salah satu bahan masak atau bahan organik yang mudah didapati untuk merawat penyakit kulit seperti penyakit kurap.

Kunyit berkesan untuk merawat penyakit kurap disebabkan oleh kandungan zat anti bakteria yang terkandung di dalamnya. 

Selain itu, ubat ini mempunyai zat anti inflammasi jadi sangat berkesan sapu pada gatal kurap.

Melalui penggunaan kunyit organik kemudian ditambah dengan minyak kelapa hingga menjadi pes dan dapat merawat penyakit kurap.

Ubat kurap tradisional 11 daripada 15
BRAGG Apple Cider Vinegar (946ml)
Bragg
Dari RM47.10
Kuatkan kulit
Kurangkan iritasi kulit
Penutup botol mudah bocor
1 lagi
Melegakan muscle badan

Tahukah anda, produk keluaran BRAGG ini juga boleh merawat masalah penyakit kulit kurap?

Mudah sahaja cara untuk mengubati penyakit kurap menggunakan cuka epal. 

Basahkan bebola kapas dengan cuka epal ini dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. 

Ulang rawatan ini sebanyak mana yang diperlukan, tapi jika kelihatan semakin teruk, berhenti dan rujuk rawatan doktor pakar.

Ubat kurap di leher 12 daripada 15
Aiken Tea Tree Oil 100% Pure (10ML)
Dari RM18.11
Menggunakan minyak daun teh
Pudarkan parut jerawat
Sedikit pedih
1 lagi
Kurangkan bintik hitam

Tea tree oil ataupun dikenali sebagai minyak daun teh mempunyai sifat anti radang yang boleh merawat penyakit kulit kurap. 

Ini kerana sifat anti radang yang terkandung di dalam minyak daun teh tersebut mampu meredakan rasa gatal.

Namun begitu, minyak daun teh ini tidak boleh digunakan secara langsung diatas kulit anda.

Perlu diingatkan untuk buat petch test sebelum penggunaan kerana krim ini mungkin boleh menyebabkan rasa pedih pada sesetengah jenis kulit.

Campurkan minyak daun teh ini dengan pelembap muka harian dan sapukan ke atas kawasan yang bermasalah. 

Ulang rawatan ini beberapa kali sehari mengikut keperluan anda.

3LEGS TINEA KARE ANTI-FUNGAL CREAM
Ubat kurap air 13 daripada 15
Ubat Kurap Tinea-Kare Cap Kaki Tiga
Dari RM11.50
Krim cepat kering
Keberkesanan cepat
Tidak semua kulit sesuai
2 lagi
Tidak ada kesan sampingan
Sah KKM

Selain daripada ubat-ubatan tradisional, anda juga boleh guna rawatan moden seperti menggunakan krim 3Legs ini.

Dengan kandungan bahan clotrimazole 1%, produk ini dicipta untuk menentang fungal kurap yang telah menjadi perumah di kulit anda.

Jika penyakit kulit anda didapati hilang selepas menggunakan krim ini, teruskan penggunaannya selama dua ke empat minggu untuk mencegah penyakit ini berulang.

Jangan risau, krim ini tidak mempunyai kesan sampingan dan anda boleh gunakan dengan selamat kerana telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Creobic Antifungal Cream
Ubat kurap di farmasi 14 daripada 15
Krim Creobic Antifungal
Dari RM6.99
Harga murah
Berkesan selama 7 hari
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
2 lagi
Mengandungi bahan aktif
Bunuh kuman kurap sehingga ke akar

Dengan menggunakan krim daripada Creobic ini, anda dapat mengurangkan kesan penyakit kulit kurap anda.

Krim ini menyerang kulat pada kulit dengan menggunakan triple-action treatment untuk membunuh kurap dan penyakit-penyakit kulat yang lain.

Selain itu, krim ini juga elok digunakan oleh orang dewasa dan anda hanya perlu sapu bahagian yang dijangkiti selama 7 hari berturut-turut untuk kesan yang lebih cepat.

Untuk keselamatan, sila simpan ubat ini di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.

Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan, jadi sila rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Ubat kurap air 15 daripada 15
Losyen Freederm Antifungal (30ml)
Freederm
Dari RM16.85
Tidak ada kesan sampingan
Harga murah
Perlu dibasuh selepas guna
1 lagi
Sah KKM

Kurap boleh juga menjangkiti bahagian kulit yang terlindung seperti kawasan lipatan dan kawasan yang berbulu.

Bagi merawat kurap di kawasan ini, jenis ubat dalam bentuk losyen atau gel lebih sesuai digunakan.

Losyen Freederm bertindak dengan aktiviti antikulat berspektrum luas manakala Terbinafine bertindak menghalang pembentukan dan tumbesaran kulat.

Jangkitan fungus pada kulit termasuk kurap air, tinea krunis, kurap, panau dan jangkitan fungus pada kuku boleh dirawat.

Anda boleh gunakan ubat ini untuk mengurangkan kurap pada bahagian yang dijangkiti tersebut.


Apa Itu Kurap?

Menurut portal MyHealth, terdapat tiga jenis kurap atau dermatophyte yang dikenal pasti.

Antaranya adalah jenis Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton. 

Selain daripada menjangkiti kulit, kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti kuku dan rambut.

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). 

Malah, kurap boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama.

Contohnya, berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan menggunakan kuku jari yang dijangkiti kulat. 

Jom dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.


Apakah Penyebab Dan Punca Kepada Penyakit Kurap?

Dikenali juga sebagai tinea corporis, kurap disebabkan oleh jangkitan kulat (fungi) daripada golongan dermatophyte. 

Bukan hanya berlaku pada badan, penyakit kulit ini juga boleh berlaku pada kulit kepala, kaki, janggut, muka, kuku, dan rambut.

Antara punca utama jangkitan kurap ialah:

  • Sentuhan langsung dengan pesakit kurap

Kuman ini mudah merebak melalui titisan pernafasan dan juga melalui luka terbuka.

Elakkan menggaru kawasan yang dijangkiti dan menyentuh individu atau haiwan dengan masalah kulit, serta objek yang mungkin dijangkiti kulat (fomites).

  • Keadaan kulit yang sentiasa lembap

Ia boleh menjangkiti kawasan lain yang sentiasa lembap seperti kulit, muka, kuku dan rambut.

Kulit yang selalu lembap menggalakkan pertumbuhan kuman kurap. 

Ini berlaku jika memakai pakaian dari kain yang tidak menyerap peluh atau tinggal di iklim yang sangat lembap dan panas.

  • Keadaan kesihatan yang lemah

Sistem imun yang lemah akan meningkatkan risiko dijangkiti kuman kurap. 

Jadi, pastikan tubuh sentiasa sihat dan cukup rehat.


Bagaimana Mengenal Pasti Kurap?

Kurap boleh dikesan melalui beberapa gejala dan tanda pada kulit. 

Antaranya ialah tompok-tompok merah yang tidak gatal pada kulit.

Ia boleh bermula dengan sebesar biji jagung tetapi boleh membesar dan merebak membentuk rupa seperti gegelang (ringworm).

Tanda lain termasuk ruam, gatal-gatal, atau kemerahan bersisik yang timbul di atas permukaan kulit.

Tambahan pula, ada keadaan timbul bisul-bisul kecil berair di sekeliling ruam dan kadangkala bintik-bintik merah di bahagian tengah.

Kadangkala, pengecaman penyakit kurap agak sukar kerana boleh menyerupai Bowen’s disease, eczema, psoriasis, dan penyakit kulit yang lain.

Jika mengesyaki diri anda mempunyai penyakit kurap, segera dapatkan pemeriksaan doktor. 

Ujian khas akan dijalankan seperti ujian kulit dengan menggunakan kaedah seperti kaedah skin scraping.

Ini penting bagi mengesahkan diagnosis dan memulakan rawatan secepat mungkin.


Cara Menghilangkan Kurap Di Kulit

Kami yakin ada sesetengah individu merawat kurap menggunakan cara tradisional iaitu dengan menyapu aloe vera, minyak cuka atau bawang putih pada bahagian kurap.

Tapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana keadaan sesuatu kurap kerana takut cara tradisional menjadikan kurap dapat membentuk dengan lebih besar dan teruk.

Jadi, gunakan ubat dalam bentuk krim yang disarankan oleh doktor dan selalunya ubat-ubat ini mengandungi bahan aktif.

Bahan aktif yang dimaksudkan seperti imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox yang harus disapu dengan cara yang betul.

Tapi sekiranya kawasan yang dijangkiti kurap adalah besar dan banyak, gunakan ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil.

Bagaimanapun, ubat jenis ini mempunyai kesan sampingan pada sesetengah individu.

Jadi sebaiknya dapatkan nasihat dan ubat dari pengamal perubatan yang arif tentang preskripsi.

Jom dengarkan penerangan lebih mendalam menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation