Kecantikan

11 Skincare Untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2026

Penyelesaian masalah kulit berminyak adalah menggunakan produk untuk kulit berminyak jadi kami ada senarai skincare untuk kulit berminyak untuk anda.


Editor · Updated 29 Jun 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Skincare Untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2026

Untuk pengetahuan anda, penjagaan wajah ini sebenarnya banyak langkah dan urutannya.

Bermula dari make up remover, cleanser, toner, serum dan langkah seterusnya. 

Kandungan

Jadi, memang bukan mudah nak dapatkan kulit licin mulus, glow dan sihat.

Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Nak mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah, memang tidak mudah.

Jadi kami senaraikan produk untuk kulit berminyak yang sesuai untuk anda.


Senarai 11 Skincare Untuk Kulit Berminyak

Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g
Skincare murah 1 daripada 11
Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g
Partnership with
Dari RM14.37
Lihat harga di Lazada Malaysia
Natural vitamin C dari Jepun
Tea tree Oil dari Australia
Tiada kandungan SPF
2 lagi
Bebas paraben
Sesuai untuk kulit sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Bagi mengurangkan masalah masalah kulit berminyak, Aiken adalah pilihan yang tepat.

Ciri-ciri:

Moisturizer adalah satu langkah yang tepat kerana teksturnya menyejukkan dan membuatkan kulit menjadi segar. 

Ditambah pula dengan moisturizer yang mudah menyerap dan mampu untuk mencerah kulit.

Malah diperkaya dengan vitamin C asli dari Jepun memberikan kesan glowing pada wajah. 

Bukan itu saja, kulit berminyak juga dapat dikurangkan dan efektif dalam mengurangkan kesan parut jerawat. 

Selain itu, kandungan tea tree oil dari Australia ini sudah dibuktikan keberkesanannya dalam mengawal dan mengurangkan masalah jerawat pada bahagian kulit. 

Review:

“Mudah menyerap pada kulit, tidak berminyak dan melekit pada wajah. Kulit pun makin cerah,”

serum
Skincare untuk kulit berminyak drugstore 2 daripada 11
COSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml
Partnership with COSMODERM
Dari RM30.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan putih
Mengurangkan penghasilan minyak
Kulit menjadi sensitif pada sinar UV
2 lagi
Melembapkan kulit
Teksturnya tak melekit

Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera, buah-buahan dan minyak Tea Tree.

Bahan ini mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dan bertindak membersih pori terbuka. 

Selepas toner, serum boleh diaplikasi kepada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus.

Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka. 

Eucerin ProACNE Solution Toner
Skincare untuk kulit berminyak di area t zone 3 daripada 11
Eucerin ProACNE Solution Toner
Partnership with Eucerin
Dari RM56.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Memberikan kulit bersih mulus
Liang pori terjaga
Harga yang sedikit mahal
2 lagi
Mempunyai Lactic Acid
Dapat mengurangkan blackheads

Toner merupakan skincare yang paling wajib selepas mencuci muka.

Ini kerana bila mencuci muka, lubang liang pori kulit terdedah akibat dari bahan pencuci tersebut. 

Maka toner Eucerin akan bertindak untuk melindungi kulit wajah dan memberikan hasil kulit bersih mulus. 

Malah toner juga berfungsi membersihkan liang pori dan menjaga dari terus tersumbat akibat kotoran luar. 

Hydrogenated castor oil mengurangkan blackheads, kulit juga makin licin, masalah lain juga makin berkurang.

Lactic acid bertindak mengurangkan masalah berminyak anda terutama pada T zone serta menjaga tahap kelembapan wajah tanpa mengeringkan kulit. 

Wardah Lightening Day Gel
Skincare yang memutihkan kulit 4 daripada 11
Wardah Lightening Day Gel Moisturizer
Partnership with Wardah
Dari RM24.59
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit berminyak & kombinasi
Mengandungi UVA/UVB filter
Lebih berkesan jika guna set lengkap Wardah
3 lagi
Telah diuji secara dermatologi
Mudah meresap ke dalam kulit
Bebas alkohol

Wardah terkenal dengan set penjagaan yang murah dan berkualiti dari Indonesia.

Jadi, Wardah Lightening Day sesuai bagi mereka yang inginkan kulit segar, kurang berminyak dan sihat. 

Ini kerana mengandungi Niacinamide dan tekstur produk ini dalam bentuk gel kerana mudah menyerap dan menyejukkan.

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga dapat dikurangkan kerana Niacinamide bertindak untuk memberikan kesan cerah pada wajah.

Himalaya Oil Clear Lemon Face Wash
Skincare untuk kulit berminyak remaja 5 daripada 11
Himalaya Oil Clear Lemon Face Wash
Partnership with Himalaya
Dari RM11.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ekstrak lemon melawan kulit berminyak
Madu untuk mencuci
Bau estrak lemon yang sedikit kuat
1 lagi
Soap Free

Formulasi pencuci dari Himalaya ini bercirikan soap free dan menggunakan herba.

Walaupun hanya menggunakan herba sebagai bahan utama tapi mampu membuang kotoran pada wajah.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak sangat bagus gunakan pencuci muka ini kerana sudah terbukti berkesan.

Kebanyakan feedback yang diperoleh memberitahu kulit wajah bebas minyak selama 3-5 jam selepas mencuci. 

Terdapat juga Lemon untuk menyingkirkan kotoran yang tersimpan dalam lubang pori.

Manakala kandungan madu pula menjadikan kulit lebih lembut, sihat dan kekal lembab. 

SIMPLE Daily Skin Detox Purifying Facial Wash
Skincare untuk kulit berminyak dan berjerawat 6 daripada 11
SIMPLE Daily Skin Detox Purifying Facial Wash
Partnership with
Dari RM22.87
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai Niacinamide
Mengunci tahap kelembapan
Mungkin tak berkesan pada sesetengah jenis kulit
1 lagi
Mengurangkan lebihan minyak

Bahan asas dan wajib untuk masalah kulit berminyak adalah kandungan Niacinamide.

Ini kerana Niacinamide dapat mengawal penghasilan sebum agar tiada lebihan minyak berlaku. 

Ditambah pula dengan campuran kandungan vitamin B3, dapat menjadi kulit lebih berseri dan bintik hitam berkurangan. 

Pro amino acid pula akan memastikan kulit anda kekal lembab tanpa menjadikan kulit berminyak. ‘

Bahan lain yang membantu mengurangkan kulit berminyak juga datang dari zinc serta witch hazel yang dapat memberi kesegaran wajah. 

Safi Hydra Glow Oil Free Serum
Skincare untuk kulit berminyak drugstore 7 daripada 11
Safi Hydra Glow Oil Free Serum
Partnership with
Dari RM27.81
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat mengekalkan kelembapan
Mampu melegakan iritasi
Mengandungi pewangi
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Serum Safi ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan kering.

Ini kerana bahannya fokus untuk penghidratan dan mempunyai tekstur ringan dan bersifat hipoalergenik yang telah dapat kelulusan dari ujian saintifik.

Selain itu, mampu meredakan kemerahan pada kulit akibat berminyak ataupun kulit kering.

Dalam masa yang sama dapat memulihkan lapisan kulit yang rosak dan melegakan kulit anda.

Bahan seperti glycerin berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan hingga lapisan kulit dalam serta memastikan kulit kekal segar. 

Manakala bahan Hyaluronic acid pula dapat kekalkan kelembapan pada wajah tanpa menjadikan berminyak serta meningkatkan tahap keanjalan kulit. 

INNISFREE Super Volcanic Pore Clay Mask 2X
Skincare untuk kulit berminyak dan kusam 8 daripada 11
Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 2X
Partnership with Innisfree
Dari RM68
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Organik clay dari Jeju Volcanic
Mengecilkan liang pori
Harga yang mahal untuk mask
1 lagi
Mengurangkan lebihan minyak

Clay Mask dari Innisfree ini berfungsi membekalkan nutrisi pada wajah dan keutamaannya untuk mengurangkan kesan minyak pada wajah. 

Malah bagus untuk menyerap sehingga 98% lebihan minyak untuk menjadikan wajah berseri tanpa minyak. 

Bukan itu sahaja, liang pori juga bersih tanpa tersumbat akibat kotoran luar seperti minyak, daki serta kotoran dari persekitaran.

Bila dah pakai mask, kulit rasa segar, bersih dan anjal. 

Cuma ingin diingatkan mask ini hanya perlu pakai 2 kali seminggu je. 

Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml
Skincare untuk kulit berminyak umur 30 (anti aging) 9 daripada 11
Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml
Partnership with Bio Essence
Dari RM23.72
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menghalang pembentukan garisan halus
Mengandungi emas 24k
Tiada bahan aktif untuk jerawat teruk

24K Bio-Gold Rose Gold Water adalah essence bertekstur ringan dan mengandungi ekstrak mawar Jepun yang dikenali Eijitsu. 

Ekstrak ini berfungsi untuk memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah.

Malah, merupakan gabungan ideal untuk memberi penghidratan tambahan buat kulit bagi menghapus garisan halus akibat penuaan.  

24K Gold kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas, membersihkan dan mengecilkan lubang pori.

Ideal untuk kesemua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi.

Hanya gunakan 2 kali sehari untuk kulit lebih sihat. 

Skincare terbaik untuk kulit berminyak secara keseluruhan 10 daripada 11
COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)
Partnership with COSRX
Dari RM45
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tanpa alkohol
Memperbaiki tekstur kulit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Dapat memberi kelembapan wajah
Mengurangkan kemerahan

Essence ini dibuat dengan lendir siput domestik yang telah ditapis sebanyak 96%.

Lendir siput ini merupakan  bahan utama dalam skincare ini kerana dikatakan mampu menjaga tekstur kulit.

Malah dapat mengekalkan lembapan dan menggalakkan kulit menjadi lebih sihat. 

Essence ini juga bertindak menambah zat nutrien kepada kulit untuk mencegah dan memperbaiki kerosakan pada kulit.

Secara tidak langsung kulit kekal anjal dan kelihatan awet muda sepanjang masa. 

Sangat sesuai digunakan untuk anda yang mengalami masalah kulit berminyak.

Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi
Skincare untuk lelaki 11 daripada 11
Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin (118ml)
Partnership with Neutrogena
Dari RM21.90
Lihat harga di Watsons Malaysia
Tidak melekit
Mengawal minyak
Tidak boleh dipakai oleh budak bawah 3 tahun
3 lagi
Formula non-comedogenic
Boleh guna waktu pagi & malam
Disarankan oleh ahli dermatologi

Moisturizer ini bebas minyak dan diformulasi sangat ringan menjadikan sesuai digunakan untuk kulit kombinasi yang cenderung berminyak. 

Malah, dapat melembapkan kawasan kering sambil mengawal sebum minyak bagi menghasilkan kulit lebih halus. 

Sesuai juga digunakan oleh lelaki kerana kulit lelaki kebanyakannya alami masalah kering dan berminyak. 


Bahan Utama Skincare Untuk Kulit Berminyak

Bila nak pilihan produk, pastikan mempunyai bahan yang sesuai mengikut masalah kulit anda. 

Jadi ini tips dan bahan yang wajib ada jika anda mempunyai masalah kulit berminyak.

Retinol: Terkenal dengan sumber anti aging dan sangat bagus untuk kulit berminyak. 

Dalam masa yang sama mampu membersih sel kulit mati dan menjadikan kulit berseri bersih. 

Niacinamide: Dikenali sebagai vitamin B3 yang baik untuk beberapa fungsinya seperti melegakan iritasi, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kulit berminyak.

Salicylic acid: Berfungsi menyingkirkan masalah jerawat, membuang sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran sehingga liang pori anda. 

Lipophilic yang sangat tertarik pada minyak, bermaksud dapat menyingkirkan minyak pada wajah anda malah menjadikan kulit wajah lebih segar.

Hyaluronic acid: Mampu meningkatkan tahap kelembapan pada wajah tetapi tidak menyebabkan kulit berminyak.

Jadi, pastikan bahan ini ada dalam produk yang dipilih dan tidak perlu semua bahan ini perlu ada, cukup hanya salah satunya dari 4 bahan diatas.

Apa pun sebelum memilih produk skincare, sebaiknya anda ketahui cara mengawal minyak pada wajah terlebih dahulu.


Apakah Rutin Penjagaan Kulit Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak?

Make up tak kekal lama, muka berkilat dan melekit sehingga kita jadi tak selesa.

Jika dibiarkan, akan menjadi tempat pengumpulan kotoran sehingga timbul masalah jerawat.

Secara tak langsung, kita mencari rutin penjagaan yang terbaik untuk kulit berminyak.

Masa ini ramai beranggapan hanya menggunakan skincare khas untuk kulit berminyak akan dapat hasil yang efektif. 

Tapi sebenarnya ada penjagaan lain juga. Antaranya elakkan mencuci wajah dengan kerap, cukup sekali 2 kali sewaktu pagi dan malam.

Ini kerana jika anda terlalu banyak kali cuci wajah, liang pori juga mengerah untuk menghasilkan lebih banyak minyak lagi.

Tapi jika ingin membersihkan solekan untuk bersolat, anda boleh cuci menggunakan micellar water saja.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tonton video di bawah.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation