Keibubapaan

7 Susu Formula Untuk Bayi Pramatang Malaysia 2026

Bayi pramatang agak sukar dijaga jadi ibu bapa perlu beri susu formula untuk bayi pramatang yang terbaik. Jadi kami senaraikan susu untuk bayi pramatang.


Editor · Updated 11 Oct 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Susu Formula Untuk Bayi Pramatang Malaysia 2026

Bayi pramatang dikategorikan apabila kandungan dilahirkan sebelum cukup 37 minggu.

Menurut portal MyHealth, di Malaysia lebih kurang 8% bayi dilahirkan pramatang dan memerlukan penjagaan rapi untuk tumbesaran yang sihat.

Kandungan

Jadi untuk menjaga si comel yang lahir sebelum waktunya memang susah lebih-lebih lagi pemilihan susu formula.

Bagaimanapun, tidak semua susu formula bayi sesuai dan anda perlu memilih susu untuk bayi pramatang.

Jadi kami mudahkan anda dengan bantu menyenaraikan susu formula untuk bayi pramatang terbaik untuk bayi anda.


Senarai 7 Susu Formula Untuk Bayi Pramatang

susu formula untuk bayi pramatang
Susu bayi tanpa gula 1 daripada 7
Nestle Lactogen Step 1 (1.3kg)
Nestle
Dari RM86.11
Sesuai untuk bayi 0-12 bulan
Mengandungi kultur probiotik
Sukar mendapatkan produk di pasaran
3 lagi
Meningkatkan fungsi usus
Membantu dalam perkembangan tulang & gigi
Mengandungi DHA & RHA

Nestlé Lactogen Step 1 adalah formula susu bayi yang sesuai untuk bayi dari 0 hingga 12 bulan. 

Susu formula ini mengandungi probiotik yang meningkatkan fungsi usus dan pencernaan, kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, serta zat besi untuk pembentukan sel darah merah.

Malah, formula ini mengandungi DHA dan ARA yang membantu dalam perkembangan otak dan mata yang sihat. 

Dengan susu formula ini, ibu bapa boleh memberikan nutrisi terbaik kepada bayi mereka dalam tempoh penting pertumbuhan awal. 

enfamil premature
Susu formula untuk bayi kuning 2 daripada 7
Enfamil NeuroPro EnfaCare Premature Baby Formula Milk
Enfamil
Dari RM168
Menguatkan tulang
Bantu perkembangan otak
Harga mahal
1 lagi
Menambahkan berat badan

Nutrisi dalam susu formula Enfamil NeuroPro ini mengandungi DHA, vitamin D & C, MFGM dan minerals.

Semua nutrisi ini sangat bagus untuk kesihatan si comel, antaranya:

  • Meningkatkan berat badan si bayi di usia pramatang.
  • Bantu perkembangan otak.
  • Menguatkan tulang.
  • Meningkatkan imunisasi badan.

Selain itu, protein lemak yang dicampur bersama MFGM dan DHA adalah rumusan yang ada pada susu ibu.

Susu ini juga telah disyorkan oleh kebanyakan pediatrik untuk bayi yang pramatang dan ada masalah kuning atau jaundice. 

Susu formula untuk tambah berat badan bayi 3 daripada 7
Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g)
Nestlé
Dari RM36.65
Membantu tumbesaran
Mengandungi karbohidrat & protein
Tidak sesuai untuk bayi lactose intolerant
1 lagi
Mengandungi DHA, ARA & minyak MCT

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran. 

Susu Pre NAN® merupakan susu formula khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau dilahirkan kurang daripada 2.5 kg. 

Susu ini dapat dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4kg. 

Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil. 

Bagaimanapun ibu bapa dinasihatkan agar merujuk paediatrician bagi tempoh terbaik untuk memberikan anak susu ini.  

S26 SMA GOLD Step
Susu s26 untuk bayi pramatang 4 daripada 7
S26 SMA GOLD Step 1
S-26
Dari RM115
Mampu meningkatkan berat badan
Mengandungi lebih 9 vitamin bagus
Harga mahal
1 lagi
Terdapat DHA & AA

Susu premium S26 SMA Gold Step 1 ini mengandungi alpha-lactalbumin yang diperkaya dengan protein Whey dari lembu yang baik untuk tumbesaran bayi. 

Diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA.

Khasiat ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak serta lutein dan choline untuk tumbesaran bayi.

Walaupun harganya sedikit mahal tapi sangat bagus untuk kesihatan dalam tempoh panjang untuk si comel. 

Susu pramatang terbaik secara keseluruhan 5 daripada 7
SIMILAC Neosure
Abbott
Dari RM63.86
Mengandungi DHA dan AHA
Bantu tambah berat badan
Bertahan untuk sebulan atau kurang
2 lagi
Mengandungi OptiGro
Harga murah

Sebab menjadi pilihan utama:

Mengandungi kalori tinggi untuk pertumbuhan dan kaya dengan kalsium serta fosforus untuk pertumbuhan tulang bayi.

Ciri-ciri:

Susu bayi untuk pramatang dari Similac ini mengandungi DHA, AHA dan vitamin E, Lutien dan Nukleotida bagus untuk tumbesaran si kecil.

Malah kandungan protein, tenaga, vitamin dan mineral dalam susu ini lebih banyak berbanding susu bayi jenama lain.

Jadi bagus untuk perkembangan otak, mata dan perkembangan bahagian lilitan kepala bayi.

Review:

“Harga murah lepastu baby pun tak ada cirit-birit ke apa, alhamdulillah berat anak pun naik dengan jayanya.”

NUTRICIA NEOCATE LCP 400G
Susu bayi soya 6 daripada 7
Nutricia Neocate LCP 400G
Dari RM98.90
Direka untuk bayi alergi susu lembu
Tidak mengandungi bahan terlarang
Sukar dapat di pasaran
1 lagi
Sesuai untuk bayi sensitif

Jika bayi pramatang anda mengalami masalah alergi dengan susu lembu, jangan risau kerana Nutricia Neocate direka khas untuk bayi anda.

Kandungan utama diperbuat daripada asid amino yang mudah dicerna dan tidak menyebabkan si comel alergi.

Malah, dalam kandungan susu ini tiada gula, pewarna atau perasa tambahan menjadikan sangat bagus untuk bayi pramatang.

Susu ini juga sesuai jika bayi anda mengalami masalah kolik atau acid reflux.

DUMEX Dupro Preterm
Susu bayi paling murah 7 daripada 7
DUMEX Dupro Preterm
DUMEX
Dari RM32.10
Harga murah
Mengandungi DHA dan AA
Sukar dapat dipasaran

Kebanyakan susu formula untuk bayi pramatang pasti harga mencecah RM50 ke atas.

Tapi tidak untuk jenama Dupro dan walaupun harganya murah tidak bermakna kualitinya tidak setanding dengan jenama lain.

Kandungannya mengandungi DHA dan AA yang dapat menyokong tumbesaran si comel.

Selain itu mengandungi nutrisi penting seperti kalsium dan IcFOS yang bagus untuk tulang.


Berapa Banyak Bayi Pramatang Minum Susu?

Untuk pengetahuan, semua anggota bayi pramatang adalah bersifat tidak cukup bulan dan memang lain daripada bayi yang dilahirkan matang.

Penjagaannya bergantung pada tahap pramatang seseorang bayi, tetapi tetap memerlukan penjagaan rapi.

Antaranya pemantauan tahap gula dalam badan, pembekalan nutrisi yang mencukupi di mana memerlukan susu formula sebagai nutrisi tambahan pada peringkat awal umurnya.

Untuk penerangan lebih lanjut, jom tonton video di bawah.


Bilakah Susu Formula Boleh Digunakan Sebagai Alternatif Susu Ibu?

Sebenarnya susu ibu adalah susu terbaik untuk si kecil supaya tumbesarannya sempurna.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan untuk berikan penyusuan susu badan selama 6 bulan pertama kehidupan si comel.

Ini kerana penyusuan susu ibu menawarkan beberapa kebaikan bukan sahaja kepada bayi dan ibu sendiri.

Tapi, jika si ibu mengalami beberapa masalah, perlulah diberikan susu formula.

Antara masalah yang boleh dialami oleh si ibu adalah:

  • Bayi mengalami nipple confuse.
  • Si ibu mengalami masalah kesihatan.
  • Susu si ibu tidak mampu menampung demand si kecil.
  • Si ibu perlu makan ubat yang tidak sesuai untuk proses penyusuan demi kesihatan.
  • Bayi dan si ibu perlu duduk berasingan selepas tempoh berpantang atas beberapa faktor.

Cuma ingin diingatkan, pastikan susu formula yang diberikan sesuai untuk si comel.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation