Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Miliki ‘Glass Skin’ Dengan 7 Serum Ini Yang Diterbangkan Khas Dari Korea

Tampil dengan wajah halus, mulus dan berseri!

Didalam rejimen kecantikan Korea, serum adalah seperti raja daripada segala produk penjagaan wajah yang lain. Terdapat beberapa produk lain didalam rejimen kecantikan Korea yang anda tidak boleh langkau seperti krim mata, pelembap dan krim pelidungan matahari tetapi serum mungkin adalah produk yang paling digemari kerana fungsinya yang disasarkan kepada masalah kulit tertentu adalah meluas dan juga mengandungi bahan aktif yang tinggi. Kebanyakan produk Korea dikatakan terbaik daripada produk daripada US sendiri kerana bahan-bahan yang digunakan adalah lebih kuat dan mereka juga sering menggunakan formula dan rumusan inovatif.

Ketahui jenis kulit anda miliki agar tidak menyebabkan keosakan. Untuk membantu anda memulakan pengembaraan anda dalam memburu serum yang sesuai, berikut adalah serum Korea yang terbaik boleh anda dapatkannya secara online.

Serum Korea terbaik untuk kulit berjerawat – membaiki kulit lebih berkesan
DR. JART+ Cicapair Serum
From
RM165.00
Check DR. JART+ Cicapair Serum price below:

Bagi anda yang mengalami masalah kulit cenderung untuk jerawat, gunakan serum yang menenangkan kulit anda dan dalam masa yang sama membaiki masalah dari dalam. Tidak cukup sekadar merawat jerawat anda melalui spot treatment dan untuk membaiki kulit anda secara keseluruhan pula.

Anda boleh mencuba Cicapair Serum oleh Dr. Jart+ ini yang melegakan keradangan dan dalam masa yang sama membaikpulih untuk mendedahkan kulit yang sihat dan cerah. Dengan menggunakan ekstrak Centella Asiatica, bahan aktif yang digunakan untuk mendorong pemulihan kulit rosak dengan efek menenangkan dan menyejukkan.

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini

Serum untuk kulit berminyak – halang pengeluaran minyak berlebihan
LANEIGE Fresh Calming Balancing Serum (80ml)
From
RM145.00
Check LANEIGE Fresh Calming Balancing Serum (80ml) price below:

Serum ini pula sesuai untuk anda yang mencari jalan penyelesaian kepada jenis kulit yang berminyak. Serum ini diformulasi tanpa minyak dan menggunakan ekstrak buah laici dan air laut dalam (deep seawater) yang berfungsi untuk menenangkan kulit sensitif dan mengekalkan kadar regulasi minyak dan lembapan dalam kulit dengan cara membekalkan hidrasi.

Teksturnya yang nipis dan berair amat sesuai digunakan oleh sesiapa yang mengalami kulit berminyak. Produk ini bebas alkohol dan pewangi tiruan menjadikan ia sebagai pilihan terbaik untuk jenis kulit berminyak.

Serum Korea dengan fungsi pencerahan – penghapus kulit mati dan kusam
Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum (50ml)
Some By Mi
From
RM43.50
Check Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum (50ml) price below:
add_circle Mengandungi bahan anti-radang
add_circle Mengandungi bahan Antioksida
add_circle Mengandungi bahan anti-bakteria dan anti-mikrobial
remove_circle Mengandungi alkohol
remove_circle Mengandungi pewangi (semulajadi)

Some By Mi amat terkenal dengan produk Miracle Toner-nya yang membantu menanggalkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih cerah dan berseri. Amat sesuai jika anda mempunyai kulit yang kering dan kusam.

Dengan menggunakan komponen Alpha Hydroxy Acid, (AHA), dan Beta Hydroxy Acid (BHA) serta Poly Hydroxy Acid (PHA), untuk menghilangkan sel kulit mati dengan lembut dan tidak mendatangkan iritasi. Kulit anda akan kelihatan bersih, cerah dan berseri dalam masa 30 hari!

Serum dari Korea terbaik untuk kulit kering dengan ekstrak minyak zaitun
PYUNKANG YUL Moisture Serum (100ml)
From
RM79.20
Check PYUNKANG YUL Moisture Serum (100ml) price below:

Anda sudah tentu tahu tentang produk Korea yang sering menggunakan asid Hyaluronik untuk menarik lembapan pada kulit bukan? Serum daripada Pyunkang Yul ini pula adalah salah satu produk dari Korea yang tidak menggunakan asid Hyaluronik tetapi mendapat sambutan yang sangat tinggi. Serum ini menggunakan ekstrak minyak zaitun dan akar buah Barberry untuk memberikan hidrasi yang tinggi dan mengurangkan suhu kulit sensitif.

Tiada lagi masalah kemerahan dan keradangan kulit. Dengan menggunakan formula oil-moisture balancing. minyak dan lembapan di dalam kulit menjadi seimbang dan kulit sentiasa tampil dengan efek glossy.

Baca juga: Naikkan Kembali Seri Wajah Anda Dengan 8 Serum Terbaik untuk Kulit Kering

Serum untuk memutihkan kulit, merawat kulit berparut dan tona tidak sekata
INNISFREE Whitening Pore Synergy Serum (50ml)
From
RM128.00
Check INNISFREE Whitening Pore Synergy Serum (50ml) price below:

Diperbuat daripada ekstrak jus kulit limau dari Pulau Purba Jeju, serum ini menjadikan kulit yang lebih cerah dan tona sekata dengan formula untuk memutihkan kulit berkesan. Kulit buah limau Jeju ini mengandungi enam jenis Flavonoid citrus yang membantu untuk mencerahkan dan membaiki tona kulit.

Ianya juga melicinkan tekstur kulit dan mengecilkan liang pori yang terbuka. Diperkaya dengan campuran ampoule dan essence supaya produk boleh menembusi kulit dengan pantas serta berkesan dalam penjagaan kulit agar bersih dan berseri.

Serum yang mengandungi Vitamin C untuk menghalang kulit hiperpigmentasi
PURITO Pure Vitamin C Serum (60ml)
From
RM76.90
Check PURITO Pure Vitamin C Serum (60ml) price below:

Dengan menggunakan ekstrak Vitamin C, serum ini mampu merawat kulit rosak yang disebabkan oleh kesan cahaya matahari dan parut jerawat teruk. Produk ini menggalakkan pengeluaran kolagen dalam kulit supaya kulit yang baru akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Diperkaya dengan 84% asid Hyaluronik yang akan melembap dan menghidrasi kulit secara mendalam.

Serum ini dapat membantu produksi kolagen yang akan menghilangkan kedutan, meningkatkan keanjalan, menghapus kesan bintik gelap, melicinkan kulit bertekstur dan juga menghilangkan kesan parut jerawat. Kulit anda akan lebih sekata dan cerah!

Serum untuk melawan anti-penuaan agar kulit lebih anjal dan licin
SULWHASOO First Care Activating Serum EX (60ml)
From
RM271.60
Check SULWHASOO First Care Activating Serum EX (60ml) price below:

Kulit matang lebih berisiko untuk terdedah kepada kerosakan dari luar samada kesan kedutan, hiperpigmentasi daripada kesan UV dan juga tekstur kulit yang kendur. Serum ini diperbuat dengan resepi ekstrak bunga eksotik Peoni, teratai suci, Solomon’s Seal, lili putih dan Rehmannia yang menjalani proses pembuatan selama 18 jam, terbukti dalam melawan tanda-tanda penuaan.

Serum ini berkesan dengan memberi penghidratan agar kulit bersinar, membaiki tekstur kulit, mencerah kesan hiperpigmentasi dan melembutkan kulit. Kini anda pasti dapat menyamar umur anda dengan wajah bak remaja!

Artikel Berkaitan 

End of Article