Fungsi televisyen pada zaman kini sudah seperti telefon pintar mudah alih dimana anda boleh melayari internet, memuat naik aplikasi, mendengar lagu, membuat panggilan dan bermacam lagi.
Televisyen jenis ini dipanggil smart TV, tapi apa yang membezakan adalah resolusi, saiz skrin, jenama, audio dan ciri-ciri yang lain.
Cuma semakin canggih spek sesebuah TV, semakin tinggilah harga smart TV.
Jadi kami bantu anda untuk dapatkan jenama TV terbaik bawah RM2000 tapi setanding dengan smart TV mahal.
Jom lihat senarai smart TV Malaysia yang murah dan terbaik di bawah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Smart TV Bawah RM2000
Sebab menjadi pilihan utama:
Toshiba smart TV mempunyai reka bentuk bezelless dalam saiz 32 inci dan direka di Jepun, mempunyai kualiti paparan terbaik untuk tontonan seisi keluarga.
Ciri-ciri:
Mempunyai resolusi skrin HD Ready 720p, DTS Virtual X, Regza Power Audio dan kuasa output pembesar suara 10W + 10w.
Dilengkapi dengan Regza Engine Hg, Essential Contrast Booster, Contrast Booster, pengurangan bunyi Digital, pengoptimum Gambar, Mod Permainan, dan Mod Sukan.
Turut menyokong Netflix, Youtube, Amazon Prime Video, rakaman PVR, rakaman USB-HDD, rakaman memori USB, dan time shift.
Untuk sambungan, TV mempunyai WiFi terbina dalam, dual band WiFi, pemain media USB, media USB (2.0 x 2), dan HDMI x 2.
Review:
"TV channel boleh download di Google Apps Store, tak payah susah-susah beli moderm baru dah. Suara jelas dan imej grafik yang mantap. Memang berbaloi beli."
Kini anda boleh menonton drama Korea atau apa-apa rancangan kegemaran dengan lebih mudah kerana Smart TV daripada Megra ini mempunyai fungsi carian suara.
Jadi, anda tak perlu menaip satu-satu huruf untuk mencari tajuk, bercakap saja dengan TV MEGRA. Cara menggunakan juga mudah.
Hanya sambungkan aplikasi YouTube menerusi Smart TV dengan telefon pintar dan sebutkan kata kunci yang berkaitan dengan video yang ingin ditonton pada smartphone.
Tambahan pula, produk ini dilengkapi dengan dua slot HDMI yang membolehkan anda menyambung konsol permainan video dan komputer riba terus ke televisyen ini.
Selain menyokong fungsi Wi-Fi dan sambungan LAN, TV ini juga mempunyai dua slot USB 2.0 di mana anda boleh menyambungkan pendrive pada tv smart yang menggunakan sistem Linux OS ini.
Rekaannya yang agak nipis juga membolehkan anda untuk meletakkan TV ini di ruang tamu yang sempit.
Dengan saiz skrin 43 inci dan resolusi Ultra HD 4K, smart TV ini sesuai diletakkan di ruangan masjid supaya ahli kariah surau boleh pasang video alunan ayat-ayat suci Al-Quran atau ceramah agama menerusi aplikasi YouTube.
Bahagian audio pula, TV ini menggunakan teknologi audio DTS Studio Sound yang mampu mengenal pasti bunyi sekaligus bunyi akan kedengaran lebih jelas.
Tak perlu risau jika alat kawalan jauh TV Hisense ini tiba-tiba hilang sebab boleh dikawal dengan telefon pintar dengan mudah.
Selain sesuai untuk penggunaan di masjid, Smart TV 43 inci ini juga boleh digunakan seperti Smart TV biasa kerana TV ini sudah dilengkapi dengan aplikasi Netflix.
Jangan risau, model Smart TV dari Hisense ini mempunyai slot USB, HDMI, Bluetooth serta menyokong fungsi screen mirroring.
Televisyen pintar bersaiz 32 inci ini sesuai untuk diletakkan di ruangan yang kecil dan kualiti TV tidak mengecewakan.
Paling penting, sudut pandangan alat elektronik ini 178°, jika anda menonton dari arah sisi TV, paparan skrin tetap jelas.
Seperti Smart TV yang lain dimana mempunyai slot USB yang membolehkan anda untuk menggunakan televisyen ini untuk pembentangan digital ketika mesyuarat di pejabat. Memang multifungsi kan?
Manakalah, slot HDMI pada TV ini pula boleh digunakan oleh gamers untuk menyambung alat elektronik jenama Gell dengan komputer riba serta PS3 atau PS4 untuk bermain permainan video.
Jika anda mencari Smart TV murah dan bagus bersaiz kecil untuk diletakkan di bilik tidur atau di dapur, alat elektronik jenama Sakura ini merupakan pilihan tepat.
Walaupun bersaiz 32 inci, tetapi menyokong resolusi sehingga 4K. Memang puas kalau menonton TV.
Aplikasi YouTube pada televisyen pintar Sakura boleh bergerak tanpa alat kawalan jauh. Anda hanya perlu sambungkan YouTube di telefon pintar anda dengan TV dan fungsi carian suara boleh digunakan.
Uniknya lagi, produk ini mempunyai pembesar suara yang berkualiti kerana menggunakan audio jenis stereo 8W.
Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan ketika musim promosi, anda boleh dapatkan produk ini dengan harga serendah RM 659 sahaja.
Seperti televisyen pintar yang lain, Smart TV Sakura boleh menyambung Wi-Fi serta dilengkapi dengan pelbagai jenis input yang berguna seperti input USB, input VGA, input AV dan input HDMI.
Malah, sudut pandangan 178° turut membolehkan anda untuk meletakkan TV ini di mana-mana ruang kerana visual yang terhasil masih bagus walaupun anda sedang menonton dari bahagian sisi.
TV jenama Chiq ini dilengkapi dengan teknologi terkini, termasuk Android 11,Composite in (AV), Bluetooth, Digital Audio Out (Optical), Ethernet (LAN), USB dan HDMI.
Walaupun saiznya kecil, tapi smart TV ini mempunyai ciri HDR untuk gambar yang lebih jelas dan hidup tau!
Anda juga boleh mengawal TV menggunakan suara anda melalui Google Assistant dan Alat Kawalan Jauh Suara Bluetooth.
Disertakan dengan Google Play dan Netflix, memberikan anda akses kepada lebih 5000 aplikasi dan program TV.
Selain itu, Chromecast Terbina dalam membolehkan anda menonton video daripada lebih 1500 aplikasi, termasuk YouTube, Netflix dan Amazon Prime Video.
Dilengkapi Cast Screen Share untuk berkongsi skrin telefon pintar atau tablet anda dengan TV.
Menariknya, reka bentuk luaran TV yang minimalis dan elegan tanpa bingkai logam.
Sekiranya anda sedang mencari tv yang tahan lama dan mempunyai kualiti gambar yang sharp, belilah TV Ultra HD 3840x2160 yang hadir dengan reka bentuk bezel-less yang menarik.
TV ini menawarkan resolusi gambar yang sangat tinggi, jadi anda boleh melihat gambar yang sangat tajam dan jelas.
Anda boleh menonton video atau filem, seolah-olah anda berada dalam adegan itu sendiri.
Jadi, jika anda seorang penggemar filem, anda pasti akan menyukainya.
Mempunyai pelbagai pilihan sambungan untuk menyesuaikan dengan keperluan anda seperti AV Input, USB, Optical Digital Audio Output (SPDIF), HDMI dan earphone jack.
Paling penting, anda boleh menghubungkan peranti anda seperti laptop atau konsol permainan dengan mudah.
Anda juga boleh menonton video dalam format UHD (4K) secara terus dari internet.
Turut mempunyai sound yang berkualiti tinggi dengan teknologi Dolby Audio dan fungsi User Interface: VIDAA U5, Smartphone Remote Control Application dan banyak lagi.
Dengan versi Android 9.0, anda boleh menonton filem kegemaran, video YouTube, atau bermain permainan dengan mudah melalui TV anda dengan resolusi 1920*1080.
Dilengkapi dengan RAM 1GB DDR dan ROM 8GB eMMC yang memberikan prestasi yang pantas dan lancar.
Anda boleh dengan mudah beralih antara aplikasi tanpa gangguan.
Kadar Refresh Rate 60Hz pada TV ini akan memastikan gambar yang halus dan tajam semasa anda menonton filem aksi atau bermain permainan dengan sudut pandangan yang luas sehingga 178°.
Selain itu, dilengkapi dengan pembesar suara stereo 8W yang kuat dengan kualiti bunyi premium.
Dengan ciri Screen Mirroring, anda boleh memaparkan paparan telefon pintar anda di skrin TV dengan mudah dan tanpa kesulitan.
Mempunyai CPU Amlogic Cortex A53 quad-core dan GPU Mali-470 MP3 serta boleh disambung dengan peranti lain seperti konsol permainan, pemain Blu-ray, atau peranti audio luaran.
Menyokong aplikasi popular seperti Netflix dan Prime Video serta mempunyai 30 permainan klasik yang disediakan, anda boleh berseronok dengan keluarga dan rakan-rakan anda dalam masa lapang.
Dengan spesifikasi yang bagus, smart TV jenama Xiaomi akan memenuhi keperluan dan keinginan anda.
Dengan menggunakan sistem operasi Android 10, anda boleh akses ke pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google yang popular seperti Google Game dan Google Playstore.
Dilengkapi ciri pencarian suara Google, membolehkan anda mengendalikan TV secara pintar menggunakan suara anda sendiri.
Jika anda gemar menonton video di YouTube atau rancangan TV dan filem di Netflix, Xiaomi Mi Smart TV P1 / TV A2 Series sudah mempunyai kedua-duanya dipasang terlebih dahulu untuk keselesaan anda.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menghubungkan peranti-peranti pintar anda, seperti penyejuk udara, pencahayaan dan mengendalikan semuanya daripada satu tempat.
Dengan saiz paparan tersedia dari 43 inci, TV ini sesuai untuk keperluan hiburan dan keluarga anda.
Star World menawarkan TV Pintar dalam saiz 32 inci dan TV digital dalam pelbagai saiz mulai dari 17 inci hingga 43 inci.
Saiz 17 inci hingga 22 inci dan 32 inci mempunyai resolusi HD 800cd/m2, manakala saiz 24 inci hingga 43 inci memberikan resolusi HD penuh untuk tontonan TV yang lebih jelas.
TV ini mempunyai pelbagai port termasuk port usb, fon telinga, audio, AV, HDTV/HDMI, VGA, dan input DC.
Selain itu, turut memiliki ciri Multimedia untuk Filem, Muzik, dan gambar, dan dilengkapi dengan kabel AC 1.5 m, alat kawalan jauh, dan manual Bahasa Inggeris.
Dengan reka bentuk tanpa bezel yang ramping, TV ini tersedia dalam ukuran 32", 40", dan 43".
Mempunyai resolusi 1366 x 768, sambungan WiFi, Bluetooth 5.0, kontras tinggi dan resolusi HD yang memberikan visual lebih jelas.
Selain itu, natural colour enhancer menghidupkan lagi visual filem kegemaran anda.
Terdapat juga satu input RF, satu input AV, dua port USB 2.0, satu output audio digital optik, satu port earphone dan dua input HDMI (2.0 dan1.4).
Dilengkapi Chromecast dan akses satu sentuhan kepada penstriman popular seperti YouTube, Netflix dan Prime Video.
Output kuasa audio setiap saluran ialah 10 watt, dan terdapat dua pembesar suara dengan Dolby Audio dan DTS Virtual X yang memberikan pengalaman audio lebih mendalam.
TV ini juga mempunyai ciri Pemasa, antara muka pengguna yang dikuasakan oleh Android R, dan keupayaan carian suara serta mudah dipasang dengan pelekap dinding.
Smart TV Expose mempunyai resolusi 1920x1080p dan Super Dimming untuk kecerahan dan warna yang lebih baik seakan imej hidup.
Bagi audio pula dikendalikan oleh DTS Virtual:X dan Dolby Audio serta menyokong Dolby Vision HDR dan HDR10+ untuk pengalaman menonton terbaik.
Selain itu, mempunyai pelayar web, mobile screen projection, sambungan WiFi terbina dalam (2.4 G dan 5G), Bluetooth (Versi 5), dan menggunakan Google Assistant untuk interaksi suara.
Beroperasi dengan sistem Android 12 dan Trochilus Extreme 2.0 yang meningkatkan prestasi TV dan keupayaan memproses kualiti gambar.
TV pintar ini juga boleh memainkan Netflix, Disney+, Prime Video, YouTube, Hulu, Google Play, Tiktok, Google Chromecast, dan HBO Go.
Reka bentuk TV menambah sentuhan moden ke ruang tamu dan saiznya sesuai untuk ruangan kecil.
Sekali pasang TV dan lihat visualnya serta dengar bunyinya, pasti tak berganjak dari tempat duduk!
Bagi yang mencari smart tv untuk ruang tamu atau rumah mak tersayang, beli je Sharp Aquos.
TV ini dilengkapi dengan teknologi X2 Master Engine Pro, panel VA, dan HDR 10 untuk memberikan gambar yang lebih tajam dan terang.
Bunyi sekeliling juga asli dan mempunyai audio Dolby untuk audio yang jelas.
Ciri kawalan auto volume juga memastikan bahawa anda tidak terlepas satu suara, walaupun semasa adegan aksi yang sengit.
Bagi ciri pintar, TV ini dilengkapi dengan pemproses quad-core dan menggunakan operasi Android Versi 9.0.
Dari segi sambungan, TV jenama Sharp ini mempunyai 3 port HDMI v1.4, HDMI-ARC, headphone, 2 port USB 2.0, Chromecast terbina dalam, Bluetooth Versi 5.0, dan Wireless LAN.
Pertimbangkan model Philips 32 inci dengan jaminan 2 tahun ini untuk dijadikan sebagai smart TV semasa panggilan zoom.
Smart TV ini mempunyai pemproses gambar pixel plus HD dan reka bentuk bezelless yang sesuai untuk panggilan zoom.
Selain itu, model Philips juga mempunyai pembesar suara RMS 10 watt dan Dolby Bass.
Ciri ini memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan, membolehkan anda menikmati sepenuhnya filem, rancangan TV dan muzik kegemaran.
TV ini juga mempunyai main balik USB yang mudah untuk filem, muzik, dan foto.
Beratnya hanya 3kg dan pasang je TV ini di dinding.
Skrin TV nampak besar dan bunyi tanpa speaker lagi sedap, terutamanya bila layan movie!
Kalau korang cari smart TV bajet untuk PC tapi nak saiz besar, smart tv Hanier antara pilihan yang berbaloi!
Dengan reka bentuk moden dan nipis, smart TV ini tersedia dalam saiz 40/43/46/50 inci, sesuai digunakan bersama PC anda.
Nisbah aspek 16: 9 dan resolusi 1920 x 1080, TV ini pasti memberikan anda pengalaman menonton yang luar biasa terutamanya semasa menonton Netflik 4K.
Dilengkapi dengan sorotan 200cd / M2 dan nisbah kontras 1200:1 yang memastikan anda dapat menikmati kesan yang lebih dinamik.
Selain itu, TV ini juga dilengkapi dengan penyambung USB dan HDMI, yang membolehkan anda berkongsi dan memutar kandungan kegemaran anda dari pelbagai peranti.
Nikmati kualiti suara HD dan kesan bunyi digital serta audio premium dengan pembesar suara stereo 8W yang kuat.
Tambahan pula, dengan penala RF, anda boleh mengakses saluran myTV tempatan seperti TV1,2, 3, NTV7, 8 dan 9 dengan mudah.
Cara Pilih Smart TV
Jika anda sedang mencari Smart TV yang terbaik, ikuti je panduan di bawah;
-
Saiz Skrin
Pilih saiz skrin yang sesuai dengan saiz ruang.
Jika ruang besar, boleh pilih Smart TV skrin 43 inci ke atas. Tapi jika ruang kecil, saiz 32 inci sudah mencukupi.
-
Resolusi Paparan
Pertimbangkan TV dengan resolusi minimun 4K untuk visual yang lebih sharp.
-
Sistem Operasi
Pastikan Smart TV menggunakan sistem pengoperasian yang mudah digunakan seperti Google TV, Android TV, WebOs dan VIDAA OS.
-
Sistem Audio
Smart TV dengan sistem audio seperti Dolby Digital dan DTS studio memberi audio berkualiti dan lebih immersive.
-
Harga
Sebelum beli TV, pastikan ia sesuai dengan budget dan mempunyai ciri-ciri lain seperti kawalan suara, speaker kuat, 1 HDMI port, 2 post USB dan integrasi smart home.
Apa Kelebihan Smart TV?
Tidak seperti TV LED atau LCD biasa, smart TV boleh disambungkan dengan WiFi dan internet, jadi anda boleh mengakses lebih banyak rancangan menerusi aplikasi seperti Netflix dan YouTube.
Lagipun, smart TV lebih mudah digunakan berbanding TV Android terutamanya jika anda kurang mahir dengan sistem Android.
Beberapa model smart TV juga menampilkan fungsi suara Google Assistant yang memudahkan anda mencari dan menonton movie kegemaran secara online.
Manakala, dari segi prestasi pula, TV pintar juga dikatakan lebih laju berbanding Android.
Televisyen jenis smart TV lazimnya dilengkapi dengan fungsi screen mirroring di mana anda boleh tonton video terus daripada telefon pintar selepas disambung pada skrin TV.
Paling best, terdapat sesetengah model smart TV boleh dikawal dengan telefon pintar saja jadi tidak perlu guna alat kawalan jauh untuk mengawal.
Malah, smart TV juga boleh digunakan untuk melayari laman web dan bermain game.
Pendek kata, 10 dalam 1 untuk sesi hiburan di rumah.
Anda juga boleh dengarkan penjelasan di bawah untuk mengetahui kelebihan smart TV.
Smart TV vs. Android TV
Peranti elektronik canggih seperti TV Pintar atau TV Android sememangnya perlu ada di setiap rumah.
Namun, adakah anda tahu perbezaan antara TV ini?
Ciri |
Smart TV |
Android TV |
Sistem operasi |
Biasanya menggunakan sistem selain android seperti webOS, Tizen, Smart Central |
Menggunakan sistem Android TV |
Aplikasi |
Terhad kepada aplikasi yang dibangunkan dalam TV seperti Netflix, YouTube, dan Amazon Prime Video |
Mempunyai akses ke Google Play Store dan boleh memasang pelbagai aplikasi Android lain |
Kawalan Suara |
Ada yang menyokong kawalan suara (bergantung pada jenama) |
Menyokong Google Assistant untuk kawalan suara |
Antara Muka Pengguna |
Antara muka pengguna dibangunkan oleh pengeluar dan mudah digunakan |
Antara muka Android biasa dan sedikit mengelirukan untuk pemula |
Pengalaman Pengguna |
Berbeza mengikut pengeluar |
Konsisten |
Harga |
Lebih mahal berbanding Android TV |
Biasanya lebih murah |