Jawapan ringkas: RM3.90 ialah harga paling murah (Chlorophyll 999 Soap), tetapi pilihan terbaik keseluruhan untuk kulit ekzema di Malaysia ialah Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash pada RM14.70, formulasi lembut tanpa pewangi kuat. Untuk kulit ekzema yang lebih teruk atau sensitif, Cetaphil Ultra Gentle Body Wash (RM50.90) atau CeraVe Hydrating Body Wash (RM59.99) ialah pilihan soap-free yang biasa disyorkan untuk kulit atopik. Untuk bayi, Johnson's Baby Milk + Oats Bath pada RM28.00 lebih sesuai.
Harga di atas kami semak sendiri di Shopee Malaysia pada 22 September 2026. Ini bukan nasihat perubatan, jadi kalau simptom ekzema teruk atau berpanjangan, jumpa doktor untuk rawatan yang tepat.
Kandungan
- Senarai 15 Jenis Sabun Terbaik Untuk Kulit Eczema
- Terbaik secara keseluruhan: Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash
- Pilihan terbaik jenama farmasi: Sebamed Liquid Face & Body Wash
- Terbaik untuk bayi berkulit sensitif: Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
- Terbaik untuk kulit gatal kanak-kanak: AVEENO Skin Relief Body Wash
- Terbaik untuk eczema dewasa: Eucerin Skin Calming Body Wash
- Terbaik untuk kulit gatal dan sensitif: Cetaphil Ultra Gentle Body Wash
- Terbaik untuk kulit gatal dan kering: CeraVe Hydrating Body Wash
- Terbaik untuk kulit alergi: Vanicream Liquid Cleanser for Body & Face
- Terbaik untuk rawatan sulfur: Nixoderm Sulfur Soap
- Terbaik untuk kanak-kanak: Ceradan Moisturising Body Wash 280ml
- Paling murah: Chlorophyll 999 Soap
- Terbaik untuk perlindungan bakteria: Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care
- Terbaik untuk kulit bayi sensitif: Johnson's Baby Milk + Oats Bath
- Terbaik untuk kulit eczema: Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream
- Terbaik untuk penjagaan harian: Sabun Marine Essence
- Cara Kami Pilih Senarai Ini
- Soalan Lazim
- Panduan Memilih Sabun Untuk Kulit Gatal
- Bagaimanakah Cara Merawat Eczema Dewasa?
- Apakah Punca Kulit Kering & Gatal?
- Apakah Jenis-Jenis Kulit Gatal Yang Ada?
- Artikel Berkaitan
Ekzema merupakan salah satu penyakit kulit gatal yang sering terjadi pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Antara simptom kulit eczema adalah kulit menjadi kemerah-merahan, mengelupas, panas, kering dan gatal. Memilih sabun yang bebas bahan kimia keras dan pewangi kuat dapat mengurangkan risiko simptom ini bertambah teruk.
Senarai 15 Jenis Sabun Terbaik Untuk Kulit Eczema
Terbaik secara keseluruhan: Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash
Sebab menjadi pilihan utama:
Kulit yang mempunyai masalah eczema sangat sesuai menggunakan sabun ini kerana sabun ini akan bantu kulit menjadi lembut dan berbau wangi tanpa menyebabkan kegatalan.
Ciri-ciri:
Bagi pilihan dari koleksi mandian Dove, sabun mereka mempunyai pelbagai bau dan fungsi.
Jadi, jika anda menghadapi masalah kulit kering dan gatal, anda disarankan menggunakan Dove Sensitive Skin Nourishing Body Wash.
Ini kerana kadungan bahan yang terdapat pada setiap pilihan berbeza dan ini adalah pilihan terbaik bagi kulit gatal kerana bebas dari hypoallergenic yang menyebabkan keradangan, kegatalan akibat eczema.
Paling penting, lulus dari ujian determalogis kerana bahan dari mandian Dove ini membuatkan kulit tidak gatal serta menjadikan tekstur kulit lembap.
Harganya juga murah dan mudah didapati di drugstore sahaja, yang murah tidak semestinya tidak berkualiti tau!
Review:
"Kesan gatal dan kemerahan akibat eczema berkurangan, kulit rasa lembut dan lembap sepanjang hari."
Pilihan terbaik jenama farmasi: Sebamed Liquid Face & Body Wash
Sabun Sebamed merupakan jenama yang tidak asing bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal akibat eczema.
Sabun ini mudah didapati pada setiap drugstore, farmasi atau secara online.
Tambah pula, teksturnya tidak terlalu berbuih dan tiada bau wang, selamat untuk mereka yang ada masalah kulit.
Ini bermakna, mandian ini tidak mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit badan.
Kulit sensitif akibat eczema hanya sesuai dengan mandian yang rendah kandungan pH.
Walaupun tidak memberikan bauan harum pada badan, kulit badan tampak lebih lembut dan tiada masalah kegatalan lagi!
Terbaik untuk bayi berkulit sensitif: Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
Bayi sememangnya sangat sensitif terutama pada kulit mereka, jadi Aveeno adalah pilihan terbaik untuk jadikan Aveeno sebagai mandian untuk bayi.
Ini kerana Aveeno merupakan jenama yang disarankan oleh beberapa Pediatrician, jadi sangat sesuai sebagai sabun baby eczema.
Hal ini kerana sabun ini bebas paraben dan ini merupakan pilihan terbaik bagi setiap mandian untuk bayi anda.
Tidak menyebabkan iritasi dan kegatalan pada kulit bayi yang masih lagi bersih dari bahan kimia.
Malah, kandungan oat dapat melembutkan kulit dan memberikan kesan lembap sepanjang hari.
Jadi anda membersihkan kulit bayi tanpa merosakan skin barrier akibat bahan kimia.
Kulit bersih dan sihat dengan Aveeno.
Terbaik untuk kulit gatal kanak-kanak: AVEENO Skin Relief Body Wash
2 lagi
Kandungan pH yang rendah menjadikan sabun ini sangat bagus untuk kulit kering dan gatal.
Bukan itu sahaja kandungan utamanya adalah oat yang membuatkan kulit menjadi lebih lembut.
Tambah pula kandungan glycerin yang tinggi membantu kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
Kebiasaanya sabun sintetik akan menyebabkan kulit menjadi kering kerana sabun tersebut bertindak menyingkirkan hasil minyak asli yang terhasil dari badan.
Kini tidak lagi, dengan Aveeno Skin Relief Body Wash free-soap, anda dapat membersih badan dengan bahan yang selamat digunakan.
Terbaik untuk eczema dewasa: Eucerin Skin Calming Body Wash
1 lagi
Eucerin merupakan jenama terbaik bagi kulit sensitif dan mendapat kelulusan dari dermatologis.
Soap adalah bahan yang menghasilkan banyak buih sehingga boleh menyebabkan iritasi serta mengeringkan kulit sensitif.
Tetapi Eucerin ialah soap free dan memberi kelembutan pada kulit.
Walaupun bercirikan soap free, tapi kulit anda tetap bersih dari segala kotoran dan dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan gatal.
Bahan lain seperti Omega oil semula jadi ini menjadikan kulit anda kekal lembap dan lembut.
Terbaik untuk kulit gatal dan sensitif: Cetaphil Ultra Gentle Body Wash
Tahukah anda, penggunaan sabun badan yang tidak sesuai boleh menyebabkan liang pori mudah tersumbat dan jerawat boleh terhasil?
Dengan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash fragrance free ini tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat dan dapat mengelakkan berlakunya jerawat.
Bahan utamanya adalah aloe vera dan juga Vitamin B5, akan bantu kulit lebih lembut tanpa berlakunya kulit gatal dan kering.
Bebas pewangi yang boleh mengurangkan masalah kulit eczema terjadi.
Terbaik untuk kulit gatal dan kering: CeraVe Hydrating Body Wash
2 lagi
Tekstur dari mandian CeraVe ini seakan pelembap dan tidak terlalu berbuih untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda.
Dengan bercirikan fragrance free, sabun ini sesuai bagi mereka yang mempunyai alergi kulit gatal.
Ini kerana bauan yang ada pada setiap mandian merupakan bahan kimia yang tidak elok untuk kulit sensitif.
Selain itu, bahan utama seperti ceramides ini yang akan membantu memperbaiki sel-sel kulit, melembapkan kulit, melindungi kulit agar tidak kering dan iritasi.
Kesan yang paling menarik, bila guna CeraVe kulit semakin lembut dan tiada lagi masalah kulit kering dan gatal.
Harga sabun ini sedikit tinggi tetapi sangat berbaloi!
Terbaik untuk kulit alergi: Vanicream Liquid Cleanser for Body & Face
Kandungan Paraben merupakan bahan yang menyebabkan kegatalan dan iritasi pada setiap orang yang mempunyai masalah kulit eczema.
Jadi bahan yang terdapat pada Vanicream Gentle Body Wash ini adalah paraben free yang menjadikan kulit anda lembut dan mengurangkan keradangan.
Bahan seperti panthenol dan juga glycerin membuatkan kulit anda yang kering seperti flaky, menjadi lebih lembut dan lembap.
Sabun ini antara yang disarankan oleh beberapa determalogis kerana kesan yang cepat seawal 6 minggu penggunaan.
Walaupun harga mahal tapi sangat berbaloi untuk anda cuba dan rasai sendiri hasilnya!
Terbaik untuk rawatan sulfur: Nixoderm Sulfur Soap
2 lagi
Mencari sabun sabun hilangkan gatal yang halal? Kami sarankan guna produk Nixoderm yang mengandungi 10% sulfur ini.
Bahan ini bersifat antibakteria di mana boleh membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan masalah kulit seperti pori tersumbat.
Berkesan juga untuk melegakan jerawat pada tubuh sekaligus melindungi badan anda dari berbau busuk atau kepam.
Dengan penggunaan yang konsisten, sabun ini juga boleh lembutkan kulit kerana mengandungi emollient.
Terbaik untuk kanak-kanak: Ceradan Moisturising Body Wash 280ml
2 lagi
Sabun Ceradan ini boleh menghasilkan buih dengan lembut, bebas sabun, bebas pewangi dan diformulasikan dengan konsentrasi tinggi ceramide.
Bukan itu saja, ceramide dalam sabun ini membantu menguatkan kulit, menjaga kelembapan dan melindungi kulit dari kekeringan serta mengurangkan rasa gatal.
Dengan ciri hipolergenik, sabun ini dirumus khas untuk mengurangkan risiko reaksi alergi pada kulit sensitif.
Sekaligus, sangat sesuai untuk kulit eczema yang sensitif dari kanak-kanak hingga dewasa.
Menariknya, sabun ini selamat digunakan pada wajah tau.
Paling murah: Chlorophyll 999 Soap
2 lagi
Sabun buatan Malaysia ini diperbuat dengan kualiti yang terjamin dan boleh mengatasi masalah kulit eczema anda serta mengandungi bahan pelembap yang efektif iaitu minyak sayuran semula jadi.
Dengan membeli sabun ini, akan membantu melembutkan dan menyegarkan kulit anda serta memberikan kelegaan yang anda perlukan.
Dengan penggunaan yang konsisten, anda akan melihat perubahan positif pada kulit eczema anda.
Kesan sabun ini juga membuatkan kulit anda jadi lebih bersih dan sihat.
Terbaik untuk perlindungan bakteria: Aiken Antibacterial Shower Cream Protect & Care
1 lagi
Katakan selamat tinggal kepada masalah jerawat belakang dan cela degil dengan AIKEN Antibacterial Shower Cream Protect & Care.
Krim mandian lembut ini diperkaya dengan Minyak Tea Tree dan Aloe Vera, yang terkenal dengan sifat antibakteria dan menenangkan, memberikan hasil kulit licin tanpa cela.
Diformulakan dengan Teknologi Perlindungan Herba, formula AIKEN mengandungi Minyak Pati Serai yang berkesan membunuh 99.99% kuman berbahaya, memastikan kulit anda kekal sihat dan dilindungi.
Dihasilkan dengan 100% bahan aktif semula jadi, krim mandian ini lembut pada kulit dan sesuai untuk seisi keluarga.
Formula yang tidak mengeringkan kulit ini diperkaya dengan perapi berasaskan tumbuhan semula jadi, menjadikan kulit anda berasa lembut, terhidrat, dan segar selepas setiap penggunaan.
Terbaik untuk kulit bayi sensitif: Johnson's Baby Milk + Oats Bath
1 lagi
Johnson's® Baby Milk + Oats Bath direka khas untuk membersih dan menyuburkan kulit halus bayi anda dengan lembut.
Kulit bayi cenderung kehilangan kelembapan lebih cepat berbanding kulit dewasa, oleh itu mandian ini diperkaya dengan protein susu dan 300% lebih ekstrak oat berbanding formulasi sebelumnya.
Apabila digunakan bersama dengan Johnson's® Milk + Oats Lotion, ia membantu memulihkan kulit kering, menjadikan kulit lembut dan licin.
Formula hypoallergenic dan seimbang pH ini diuji oleh pakar pediatrik, memastikan ia cukup lembut untuk kegunaan harian pada kulit sensitif bayi anda.
Johnson's® Baby Milk + Oats Bath membekalkan nutrien dan penghidratan, menjadikannya bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit bayi anda.
Terbaik untuk kulit eczema: Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream
1 lagi
Antabax Sensitive Antibacterial Shower Cream memberikan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, memastikan keluarga anda dilindungi sepanjang hari.
Formula yang diuji secara dermatologi ini lembut pada kulit, menjadikannya sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.
Ia diperkaya dengan Vitamin C dan E yang terkenal dengan sifat antioksidan dan anti-radangnya, membantu melindungi dan meremajakan kulit anda.
Selain itu, Vitamin B Complex yang penting (B3, B5, dan B6) menyokong pembaharuan sel, mempromosikan kulit yang sihat dan berseri.
Sistem Derma-Protect yang inovatif dengan Micro Moisture Serum memastikan kulit anda kekal lebih lembut, licin, dan terhidrat dengan baik.
Paling penting sabun badan ini disahkan halal, selamat untuk anda memakainya tanpa ragu.
Terbaik untuk penjagaan harian: Sabun Marine Essence
1 lagi
Sabun Marine Essence direka khas untuk menyuburkan, melembapkan, dan meremajakan kulit anda.
Diperkaya dengan campuran mewah minyak semula jadi dan antioksidan, sabun ini memberikan manfaat yang tiada tandingan untuk kulit anda.
Formula unik ini mengandungi Garam Buluh, yang kaya dengan mineral penting dan antioksidan, menawarkan perlindungan antibakteria dan mempromosikan kulit yang lebih sihat.
Selain itu, Pheno-SFE™ (Ekstrak Teh Pu-erh) dimasukkan untuk sifat antioksidan dan anti-penuaan yang kuat, membantu memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit, menjaga kulit anda muda lebih lama.
Tidak lupa juga, kandungan ekstrak Liquorice membantu mengurangkan perubahan warna dan bintik-bintik gelap, manakala minyak Pokok Teh memberikan tindakan antibakteria dan manfaat penyembuhan kulit.
Gliserin pula sebagai pelembap yang hebat, menarik kelembapan dari atmosfera, memastikan kulit anda kekal terhidrat dan lembut.
Akhir sekali, kandungan lidah buaya melengkapkan formulasi kuat ini dengan keupayaannya merangsang pembaharuan sel kulit, menjadikannya sempurna untuk kulit yang rosak atau bermasalah.
Cara Kami Pilih Senarai Ini
Kami menyemak harga sebenar setiap produk di Shopee Malaysia pada 22 September 2026, bukan harga cadangan jenama. Produk yang kekal dalam senarai ini mesti ada pautan pembelian yang masih aktif dan sekurang-kurangnya satu peniaga sah yang menjual di Malaysia. Kelebihan dan kekurangan setiap produk (dalam kad di bawah) ditulis berdasarkan kandungan dan tuntutan jenama, bukan ujian klinikal kami sendiri; ini bukan nasihat perubatan.
Soalan Lazim
Apakah sabun mandi yang sesuai untuk kulit ekzema?
Sabun atau body wash yang lembut, tanpa pewangi kuat dan berlabel "soap-free" atau "sensitive skin" seperti Cetaphil, CeraVe atau Sabun Marine Essence, biasa disyorkan untuk kulit yang mudah gatal dan kering.
Apakah losyen yang sesuai untuk ekzema?
Losyen berasaskan ceramide atau tanpa pewangi, digunakan sejurus selepas mandi semasa kulit masih lembap, membantu mengekalkan kelembapan kulit. Rujuk doktor kulit untuk cadangan yang sesuai dengan tahap keparahan.
Apakah sabun badan yang sesuai untuk kulit gatal?
Pilih body wash berlabel "fragrance-free" atau "hypoallergenic", elakkan sabun berbuih tinggi yang mengandungi sodium lauryl sulfate (SLS), kerana ia boleh menyahairkan kulit yang sudah kering.
Apakah krim ekzema bayi terbaik?
Untuk bayi, produk seperti Aveeno Baby Cleansing Therapy atau Johnson's Baby Milk + Oats Bath sering digunakan kerana diformulasi lebih lembut, tetapi sentiasa dapatkan pengesahan doktor kanak-kanak sebelum menggunakan sebarang produk pada bayi dengan kulit sensitif.
Panduan Memilih Sabun Untuk Kulit Gatal
Bagi individu yang ada masalah kulit eczema, ikuti je tips di bawah:
-
Kandungan bahan
Elakkan sabun yang mengandungi pewangi, pewarna buatan, dan alkohol yang berpotensi menyebabkan iritasi pada kulit mereka.
Seeloknya, carilah sabun yang diformulasikan khas untuk kulit eczema dan mengandungi bahan semulajadi seperti minyak zaitun, aloe vera, dan shea butter yang boleh melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan.
Ceramide juga berkesan untuk memperbaiki dan menguatkan lagi penghalang perlindungan kulit.
-
Sifat hipoalergenik
Pilih sabun yang diuji secara klinikal untuk kesesuaian kulit sensitif dan mengurangkan risiko reaksi alergi.
Baca label dan cari produk yang dinyatakan sebagai hipoalergenik atau sesuai untuk kulit sensitif.
-
Kadar pH
Sabun dengan kadar pH neutral (pH 5 hingga 7) akan membantu mencegah kekeringan dan iritasi kulit yang lebih teruk.
-
Kelembapan dan perlindungan
Kulit eczema memerlukan hidrasi yang baik untuk mengurangkan kekeringan dan kegatalan.
Dapatkan sabun yang ada bahan seperti gliserin atau minyak semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit.
-
Maklum balas individu
Apa yang berkesan untuk seseorang mungkin tak berkesan untuk yang lain.
Cuba beberapa jenis sabun dan lihat bagaimana kulit bertindak balas terhadapnya.
Jika ada reaksi negatif atau iritasi, henti guna dan jumpa doktor atau pakar kulit.
Bagaimanakah Cara Merawat Eczema Dewasa?
Bayangkan gatalnya teramat sehinggakan ada yang tidak mampu dan selesa untuk melakukan kerja seharian.
Malangnya, rawatan kulit gatal bukanlah perkara yang mudah tapi merawat dengan mencuba itu adalah wajib.
Bermula dari perkara paling asas iaitu keadaan di rumah wajib berada dalam keadaan bersih dan menggunakan air purifier agar udaranya lebih bersih.
Selain itu, anda perlu sering basuh dan tukar tuala, pakaian, cadar dan sarung bantal.
Jenis sabun basuh baju juga merupakan faktor utama penyumbang utama kepada kulit gatal.
Jika anda mengalami iritasi dan kegatalan, terus tukar sabun tersebut tau!
Sebaiknya gunakan sabun yang khas untuk kulit eczema dan pakai pelembap sesudah mandi.
Pemakanan juga harus dititik berat kerana ada yang mudah alergi dengan makanan laut.
Paling penting, dapatkan nasihat dari doktor untuk dapatkan bekalan ubat yang sesuai untuk kulit anda.
Apa pun jom dengarkan ulasan ringkas dari temu bual cara rawat kulit gatal dari pakar.
Apakah Punca Kulit Kering & Gatal?
Kulit kering dan gatal berpunca dari pelbagai faktor. Ada yang dapat penyakit ini dari keturunan, akibat makanan, tidak menjaga kebersihan dan lain-lain.
Antara faktor yang sering kita tahu adalah akibat hormon badan yang terlalu sensitif, tidak boleh berpeluh, terkena habuk, bulu kucing.
Setiap dari faktor ini, boleh menyebabkan iritasi sehingga kulit menjadi kering dan gatal.
Menggunakan bahan pencuci yang terlalu tinggi kandungan kimia dan juga bahan yang boleh menyebabkan iritasi.
Oleh itu, jaga pemakanan, tempat tinggal, pilih sabun yang baik untuk kulit dan juga kerap menggunakan pelembap.
Mari kita lihat penjelasan ringkas punca kulit gatal dari video berikut.
Apakah Jenis-Jenis Kulit Gatal Yang Ada?
Kulit sering gatal dan anda tidak tahu masalah sebenar?
Malah, menjadi tanda tanya sama ada berbahaya atau tidak sehinggaboleh merebak?
Jom kenali beberapa jenis kulit gatal dan simptomnya:
- Eczema merupakan ruam atau iritasi yang menyebabkan kulit menjadi merah dan panas.
Rasanya miang sehingga mengganggu tidur dan kerja seharian. Tidak berjangkit pada orang lain dan memerlukan rawatan.
- Kurap adalah sejenis kulat yang terjadi akibat tidak menjaga kebersihan atau anda berjangkit dengan si pembawa virus ini.
Bahagian kulit menjadi kering, gatal, dan bersisik.
- Psoriasis pula merupakan penyakit kulit kronik berwarna merah, bersisik dan boleh menebal pada kulit.
Tidak menjangkiti orang lain dan tandanya adalah kulit menjadi kering sehingga berdarah.
Gatal dan rasa terbakar pada kulit, sering berlaku pada kulit kepala, siku dan punggung.
- Herpes boleh terjadi pada dua bahagian di mulut atau bahagian alat kelamin.
Penyakit ini berjangkit yang sering berlaku akibat perkongsian tuala atau berus gigi.
Herpers merupakan sejenis penyakit kulit gatal yang kudis berair, rekahan kulit pada tepi bibir. Boleh juga terjadi ulcer pada selaput putih pada bahagian lidah.
Apa pun jaga diri, dan segera berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat jika anda mengalami penyakit kulit.




