Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tablet terbaik

9 Tablet Terbaik di Malaysia 2025 (Untuk Kerja, Pelajar, Guru)

Pastikan guna tablet berkualiti untuk kegunaan harian anda.

Kali ni kami akan bantu anda senaraikan tab yang bagus murah dan berkualiti dari jenama tablet terbaik mengikut kesesuaian penggunaan anda beserta dengan harga tablet.

Selain daripada telefon pintar, memiliki tablet juga sudah seperti satu alat teknologi yang wajib dimiliki.

Lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak kecil, kerja yang memerlukan tablet, cikgu atau pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Boleh dikatakan setiap hari tablet digunakan untuk bekerja atau belajar, jadi kini ramai memerlukan tablet sesuai, canggih dan berkualiti.

Apa yang menjadi masalah sekarang, mana satu tablet terbaik untuk kerja atau kegunaan harian, dan mana satu tablet terbaik dan murah?


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 9 Tablet Terbaik

Tablet terbaik secara keseluruhan
Samsung Galaxy Tab S10 Ultra
Samsung
Samsung Galaxy Tab S10 Ultra
From
RM5,999.00
Check Samsung Galaxy Tab S10 Ultra price below:
add_circle Paparan Dynamic AMOLED 2X
add_circle Kamera 13MP, 8MP yang sangat jelas
add_circle Storan hingga 1TB
add_circle Bateri 11,200mAh tahan lama
remove_circle Harga agak premium
remove_circle Tidak ada sokongan kad microSD
  • Cipset: Mediatek Dimensity 9300+ (4 nm)
  • OS: Android 14, One UI 6.1
  • RAM: 12GB, 16GB LPDDR5
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB UFS
  • Paparan: 14.6" Dynamic AMOLED 2X, 120Hz
  • Kamera: 13MP (lebar), 8MP (ultrawide), 12MP (selfie)
  • Berat: 732g (5G)
  • Ports: USB Type-C 3.2, Samsung DeX

Sebab menjadi pilihan utama:

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra adalah tablet terbaik secara keseluruhan kerana ia menggabungkan prestasi tinggi, paparan yang luar biasa, dan reka bentuk terbaik.

Dengan kadar penyegaran 120Hz, storan besar, dan stylus berlatensi rendah, ia adalah pilihan tepat untuk profesional, pelajar, dan pencipta kandungan yang memerlukan tablet serba boleh dan berprestasi tinggi.

Ciri-ciri:

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra menggabungkan prestasi menakjubkan dan teknologi paparan dalam pakej ultra nipis 14.6 inci.

Dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 9300+ dengan CPU lapan teras dan GPU Immortalis-G720 MC12, ia memberikan prestasi yang lancar untuk multitugas, tontonan media, dan gaming ringan.

Paparan Dynamic AMOLED 2X dengan kadar penyegaran 120Hz, HDR10+, dan resolusi 1848 x 2960 piksel menjadikan segala-galanya dari filem hingga editing foto kelihatan terang dan tajam.

Sama ada menonton video, membaca, atau melukis dengan stylus (latensi 2.8ms), tablet ini memberikan pengalaman yang imersif.

Dengan 12GB hingga 16GB RAM dan pilihan storan sehingga 1TB (UFS), Tab S10 Ultra menyediakan ruang yang cukup untuk fail besar dan mampu menjalankan banyak aplikasi.

Kamera belakang 13MP dan 8MP sangat baik untuk menangkap gambar atau video, manakala kamera depan 12MP sangat sesuai untuk selfie atau panggilan video, merakam dalam 4K pada 30fps.

Untuk sambungan, tablet ini menyokong 5G, Wi-Fi 7, dan dilengkapi dengan USB Type-C 3.2 serta Samsung DeX untuk multitugas dan docking tanpa gangguan.

Bateri 11,200mAh memastikan penggunaan yang tahan lama, manakala pengecasan pantas pada 45W memastikan tablet ini kembali digunakan dalam masa yang singkat.

Dengan IP68 kalis air dan debu serta binaan ultra tahan lasak, Samsung Galaxy Tab S10 Ultra adalah tablet berkuasa bagi anda yang mementingkan prestasi serta kebolehbawaan.

Review:

"Sangat puas hati dengan Samsung Galaxy Tab S10 Ultra ni. Paparan Dynamic AMOLED 2X 120Hz dia sangat tajam, prestasi lancar dengan Mediatek Dimensity 9300+, dan kamera 13MP juga sangat jelas. Bateri 11,200mAh memang tahan lama dan pengecasan pantas sangat memudahkan. Inilah tablet premium yang serba boleh!"

Tablet 8 inch terbaik
Lenovo Tab One
Lenovo
Lenovo Tab One
From
RM549.00
Check Lenovo Tab One price below:
add_circle Pemproses MediaTek Helio G85
add_circle Paparan 8.7 inci HD+
add_circle Pengecasan pantas 15W
add_circle Bateri 5100mAh tahan lama
remove_circle Kamera depan 2MP
remove_circle Tidak sekuat tablet premium
  • Cipset: MediaTek Helio G85
  • OS: Android 14
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB (expandable via microSD)
  • Paparan: 8.7 inci HD+
  • Kamera: 8MP (belakang), 2MP (depan)
  • Berat: 355g
  • Ports: 1 x USB Type-C, 1 x microSD slot, 3.5mm audio jack

Lenovo Tab One adalah tablet 8 inci terbaik untuk kegunaan harian yang menawarkan prestasi hebat dengan harga berpatutan.

Dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G85 dan dilengkapi dengan 4GB RAM, tablet ini cukup berkuasa untuk memenuhi keperluan asas seperti melayari internet, menonton video dan aplikasi harian lain.

Paparan HD+ 8.7 inci memberikan visual yang tajam dan jelas, memastikan pengalaman menonton yang menyenangkan. Dengan bateri 5100mAh, tablet ini mampu bertahan lama untuk sesi penggunaan tanpa gangguan dan menyokong pengecasan pantas 15W.

Kamera belakang 8MP membolehkan anda merakam gambar yang jelas, sementara kamera depan 2MP sesuai untuk panggilan video.

Dengan sokongan 4G LTE, tablet ini membolehkan anda berhubung dengan pantas untuk aktiviti dalam talian.

Selain itu, Lenovo Tab One hadir dengan Android 14 OS yang terkini, memberi pengalaman pengguna yang lancar dan mesra.

Dengan reka bentuk yang ringan dan mudah dibawa, Lenovo Tab One adalah pilihan tablet 8 inci terbaik yang sesuai untuk mereka yang mencari tablet serba guna pada harga yang berpatutan.

Tablet terbaik untuk hiburan
OPPO Pad SE
OPPO
OPPO Pad SE
From
RM787.00
Check OPPO Pad SE price below:
add_circle Paparan 11 inci yang besar
add_circle Prestasi lancar dengan 4GB RAM
add_circle Pengecasan pantas 33W
add_circle Sistem operasi Android 15
remove_circle Tiada sokongan untuk microSD
remove_circle Kualiti kamera sederhana
remove_circle Tiada sokongan NFC
  • Cipset: Mediatek Helio G100 (6 nm)
  • OS: Android 15, ColorOS 15
  • RAM: 4GB
  • Storage: 128GB
  • Paparan: 11 inci IPS LCD, 90Hz
  • Kamera: 5MP (belakang), 5MP (depan)
  • Berat: 527/530g
  • Ports: USB Type-C 2.0, 3.5mm audio jack

OPPO Pad SE adalah tablet yang direka khusus untuk hiburan dengan prestasi mantap dan paparan jelas.

Dikuasakan cip Mediatek Helio G100 (6 nm) dan 4GB RAM, tablet ini mampu memberikan pengalaman yang lancar untuk menonton video, bermain permainan ringan, atau melayari internet.

Paparan 11 inci IPS LCD dengan resolusi 1200 x 1920 piksel memberikan visual yang tajam dan jelas, sesuai untuk menikmati kandungan media dalam pelbagai format.

Dengan bateri 9340 mAh yang mampu bertahan lama, tablet ini turut menyokong pengecasan pantas 33W untuk pengecasan yang lebih efisien.

Kamera belakang 5MP dan kamera depan 5MP membolehkan korang merakam gambar atau video dengan kualiti sederhana.

OPPO Pad SE hadir dengan sistem operasi Android 15 dan ColorOS 15, memberikan pengalaman pengguna yang mudah dan mesra.

Tablet ini juga ringan dengan berat 527g, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.

Sesuai untuk sesiapa yang mencari tablet berkuasa dengan harga berpatutan untuk hiburan harian.

Tablet windows terbaik
Microsoft Surface Pro 11 Copilot+ PC
Microsoft
Microsoft Surface Pro Copilot+ PC
From
RM5,399.00
Check Microsoft Surface Pro 11 Copilot+ PC price below:
add_circle Pemproses Snapdragon® X Plus yang berkuasa
add_circle Paparan 120Hz, Dolby Vision
add_circle Bateri tahan lama (14 jam)
add_circle Port USB-C dan Thunderbolt™ 4
remove_circle Harga yang agak premium
remove_circle Tiada bicu audio 3.5mm
  • Cipset: Snapdragon® X Plus (10-core CPU)
  • OS: Windows 11 Home
  • RAM: 16GB LPDDR5x
  • Storage: 256GB, 512GB Gen 4 SSD
  • Paparan: 13" PixelSense™ Flow, 120Hz
  • Kamera: 10 MP (lebar), 1440p Quad HD (depan), 10 MP (belakang)
  • Berat: 895g
  • Ports: 2x USB-C® / USB4®, Surface Connect

Microsoft Surface Pro Copilot+ PC adalah tablet Windows terbaik kerana ia menggabungkan prestasi tinggi dengan rekaan yang serba lengkap.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon® X Plus dan paparan PixelSense™ Flow 120Hz, ia sesuai untuk kerja produktif, kreatif, dan hiburan.

Dengan sistem pengecasan pantas dan audio Dolby® Atmos® premium, ia menjadi pilihan tepat bagi mereka yang memerlukan tablet serba boleh dan berkuasa.

Selain itu, ketahanan bateri sehingga 14 jam untuk playback video dan 10 jam penggunaan web secara aktif, peranti ini sesuai untuk sesi kerja atau belajar yang panjang.

Wi-Fi 7 dan Bluetooth® 5.4 pula memastikan sambungan pantas dan boleh dipercayai, dan port USB-C® / USB4® menawarkan pelbagai pilihan untuk pengecasan dan pemindahan data.

Surface Pro Copilot+ dilengkapi dengan port Surface Connect untuk pengecasan lebih pantas dan keserasian dok.

Tablet terbaik untuk gaming
iPad Pro (M4) 7th Gen
Apple
iPad Pro (M4) 7th Gen
From
RM4,799.00
Check iPad Pro (M4) 7th Gen price below:
add_circle Cip Apple M4 yang sangat laju
add_circle Dilengkapi skrin OLED 120Hz
add_circle Kamera depan Center Stage
add_circle Reka bentuk nipis dan premium
remove_circle Harga agak premium
remove_circle Tiada bicu audio 3.5mm
  • Cipset: Apple M4, hingga 10-core CPU
  • OS: iPadOS 17.5.1 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
  • RAM: 8GB atau 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB, 2TB
  • Paparan: 13" Ultra Retina OLED, 120Hz
  • Kamera: 12MP belakang, 12MP depan Ultra Wide
  • Berat: 579g (Wi-Fi), 582g (5G)
  • Ports: USB-C 4 (Thunderbolt), magnetic connector

iPad Pro (M4) 7th Gen boleh dianggap sebagai iPad gaming terbaik yang ada di pasaran sekarang.

Dengan cip Apple M4 dan GPU 10 teras, ditambah teknologi AI yang mampu meningkatkan prestasi pemproses, ia boleh menjalankan game triple-A dengan lancar dan dengan grafik memukau.

Skrin Ultra Retina XDR OLED 120Hz memastikan gerakan dalam permainan kelihatan lancar dan responsif, manakala bateri tahan lama membolehkan sesi gaming tanpa gangguan.

Sementara itu, sambungan Wi-Fi 6E dan 5G memastikan anda kekal online tanpa lag.

Dengan audio stereo 4 pembesar suara, pengalaman gaming jadi lebih imersif.

Senang cerita, ini merupakan iPad yang bukan sahaja untuk kerja dan kreativiti, tetapi juga untuk gamer serius yang mahukan prestasi maksimum di hujung jari.

Tablet mini terbaik
iPad mini (A17 Pro) 7th Gen
Apple
iPad mini (A17 Pro) 7th Gen
From
RM2,199.00
Check iPad mini (A17 Pro) 7th Gen price below:
add_circle Cip A17 Pro sangat laju
add_circle Saiz mini mudah dibawa
add_circle Paparan Liquid Retina yang terang
add_circle Sokongan Apple Pencil Pro
remove_circle Tiada Face ID
remove_circle Tiada ProMotion 120Hz
remove_circle Bateri sederhana 5078 mAh
  • Cipset: Apple A17 Pro (3 nm)
  • OS: iPadOS 18 (boleh naik taraf iPadOS 18.4)
  • RAM: 8GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 8.3" Liquid Retina IPS LCD, 500 nits
  • Kamera: 12MP belakang, 12MP depan Ultra Wide
  • Berat: 293g (Wi-Fi), 297g (Wi-Fi + Cellular)
  • Ports: USB Type-C 3.1 Gen2, DisplayPort

iPad mini generasi ke-7 ini boleh dianggap sebagai tablet mini terbaik kerana saiznya yang kompak, ringan hanya 293g, tetapi berkuasa tinggi dengan cip A17 Pro.

Ia mudah dibawa ke kelas atau kafe, sesuai untuk mencatat nota dengan Apple Pencil Pro, membaca e-buku, atau membuat tugasan.

Skrin Liquid Retina 8.3 inci dengan warna P3 wide colour menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, manakala sambungan Wi-Fi 6E dan 5G memastikan pelajar kekal berhubung di mana saja.

Tambahan lagi, kamera Center Stage memang sesuai untuk kelas online, dan storan hingga 512GB memadai untuk anda menyimpan segala dokumen sepanjang tempoh belajar.

Walapun saiz bateri sekadar 5078 mAh, ia masih memadai untuk penggunaan yang tidak terlalu berat sepanjang hari.

iPad mini generasi ke-7 ini adalah pakej lengkap untuk belajar yang mahukan sebuah iPad mini yang boleh dipercayai.

Tablet terbaik untuk kerja
Huawei MatePad Pro 13.2
Huawei
Huawei MatePad Pro 13.2
From
RM4,340.00
Check Huawei MatePad Pro 13.2 price below:
add_circle Flexible OLED
add_circle Kemampuan bateri yang besar
add_circle Mempunyai Huawei Super Charge
remove_circle Harga Mahal
  • Cipset: Kirin 9000S (7 nm)
  • OS: Harmony OS 4.0
  • RAM: 12GB, 16GB LPDDR4x
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB UFS 3.1
  • Paparan: 13.2" OLED, 144Hz, 2880 x 1920 pixels, 1000 nits peak
  • Kamera: 13 MP (lebar), 8 MP (ultrawide), 16 MP (selfie)
  • Berat: 580g
  • Ports: USB Type-C 3.1, OTG, DisplayPort 1.2

Anda ingin mencari tablet yang berkemampuan tinggi dan boleh dibawa kemana-mana sahaja dengan mudah? Boleh cuba guna Huawei Matepad Pro 13.2 ini.

Tab ini adalah antara tab yang terbaik untuk golongan yang bekerja terutama dalam bidang profesional kerana skrin yang besar 13.2 inci serta flexible OLED yang mempunyai refresh rate yang tinggi 144hz.

Tambahan lagi, turut hadir bersama Huawei M-pencil yang menyokong 10,000+ tahap pengesan tekanan.

Tahap kelancaran tab ini juga sangat smooth dan simple, memang kena dengan reka bentuk yang penuh bergaya dan elegan.

Bateri tab bersaiz 10,101 mAh dan 88W Super Charge membuatkan tab mampu bertahan lama walaupun menjalankan pelbagai aplikasi yang besar dan bateri cepat penuh dalam masa yang singkat.

Jika anda ingin menonton video, movie atau pembentangan, Huawei Speaker memang jelas kerana Multi-Driver Array Speaker yang mampu memenuhi setiap ruang di sekeliling anda.

Tablet terbaik untuk guru
OnePlus Pad
OnePlus
OnePlus Pad
From
RM1,899.00
Check OnePlus Pad price below:
add_circle Reka bentuk berkualiti
add_circle Skrin terang dan pantas
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Aplikasi disediakan terhad
  • Cipset: Mediatek Dimensity 9000 (4 nm)
  • OS: Android 13, OxygenOS 15 (upgradable to Android 15)
  • RAM: 8GB, 12GB LPDDR5
  • Storage: 128GB, 256GB UFS 3.1
  • Paparan: 11.61" IPS LCD, 144Hz, 2000 x 2800 pixels, 500 nits (typ)
  • Kamera: 13 MP (lebar), 8 MP (selfie)
  • Berat: 552g
  • Ports: USB Type-C 2.0, OTG

Selain tablet Google Pixel, OnePlus Pad adalah alternatif yang baik bagi mereka yang menginginkan prestasi tablet Android sehebat tablet keluaran Apple dan Samsung. 

Dengan sistem pengendalian unik Oxygen, pengguna akan memperoleh interface yang intuitif dan pengalaman penggunaan yang lancar.

Penting untuk sebuah tablet memiliki skrin mudah baca, dan dalam kes tablet ini, ia mempunyai nisbah aspek 7:5 dan ciri-ciri ReadFit Display.

Ini bermakna tablet ini tidak hanya menawarkan paparan yang cerah dan jelas, tetapi mata anda juga akan selesa setiap kali memandangnya. 

Hanya setebal 6.54mm dan seringan 552g, ia juga muat dengan mudah ke dalam beg anda tanpa menambah beban sedia ada.

Inilah tablet dengan dual OS yang terbaik anda boleh miliki, sesuai untuk yang gemar dengan gadget dan teknologi baru.

Tablet yang sesuai untuk pelajar universiti
Google Pixel Tablet
Google
Google Pixel Tablet
From
RM2,590.00
Check Google Pixel Tablet price below:
add_circle Butiran gambar tajam
add_circle Driver besar 44mm
add_circle Menyokong WiFi 6
remove_circle Tiada slot headphone jack
  • Cipset: Google Tensor G2 (5 nm)
  • OS: Android 13, upgradable to Android 15
  • RAM: 8GB LPDDR5
  • Storage: 128GB, 256GB UFS 3.1
  • Paparan: 10.95" IPS LCD, 1600 x 2560 pixels, 276 ppi
  • Kamera: 8 MP (lebar), 8 MP (selfie)
  • Berat: 493g
  • Ports: USB Type-C 3.2 (Gen 1), magnetic connector

Selepas percubaan kurang memuaskan dengan beberapa tablet Chrome pada tahun-tahun sebelumnya, Google telah kembali ke pasaran dengan Pixel Tablet yang jauh lebih hebat. 

Apa yang membezakan tablet ini dengan yang lain adalah daripada segi sistem visual dan audionya. 

Tablet ini boleh dipasangkan pada speaker dock menggunakan fungsi magnet atau satu set pin sambungan untuk memulakan proses pengecasan peranti dengan mudah. 

Speaker dock merujuk kepada dock yang juga berfungsi sebagai speaker jadi anda tidak perlu menggunakan peranti audio tambahan.

Dari segi visual pula, anda akan mendapat ketumpatan piksel sebanyak 276 piksel per inci (ppi) dan peak brightness setinggi 500 nits dan refresh rate selaju 60Hz.

Pilihan yang terbaik bagi pengguna yang ingin menonton video berkualiti tinggi atau membuat kerja grafik yang halus.


Apa Tips Membeli Tablet Terbaik?

  • Tentukan Kegunaan

Pilih tablet mengikut keperluan. Jika untuk membaca dan menonton video, pilih tablet dengan paparan yang bagus. Untuk kerja atau tugasan kreatif, pilih tablet dengan prestasi tinggi dan sokongan aksesori.

  • Saiz Paparan

Tentukan saiz paparan yang sesuai; tablet 8–10 inci lebih mudah dibawa, manakala tablet 12 inci lebih sesuai untuk kerja serius.

  • Sistem Operasi

Pilih antara Android, iPadOS, atau Windows berdasarkan keselesaan penggunaan dan aplikasi yang disokong.

  • Sokongan Stylus

Jika anda minat melukis atau membuat nota, pastikan tablet menyokong stylus seperti Apple Pencil atau S Pen.

  • Bateri & Prestasi

Pilih tablet dengan bateri tahan lama dan prestasi pantas (RAM dan cipset yang baik) supaya dapat digunakan sepanjang hari tanpa gangguan.

  • Harga

Pastikan tablet yang dipilih sesuai dengan bajet dan beri nilai terbaik untuk prestasi yang ditawarkan.


Apa Beza Tablet Dengan Laptop?

  • Fungsi & Prestasi

Laptop lebih berkuasa, sesuai untuk kerja berat seperti pengeditan video, reka bentuk grafik, atau pembangunan perisian. Tablet lebih sesuai untuk kegunaan ringan seperti melayari web, membaca, atau menonton video.

  • Saiz & Portabiliti

Tablet lebih ringan, nipis dan mudah dibawa berbanding laptop yang lebih berat dan besar.

  • Skrin Sentuh vs. Keyboard

Tablet mengutamakan skrin sentuh dan boleh dilengkapi dengan stylus untuk kreativiti, manakala laptop lebih bergantung kepada papan kekunci untuk menaip.

  • Sistem Operasi

Tablet menggunakan iOS, Android, atau Windows, sementara laptop biasanya menggunakan Windows atau macOS dengan perisian penuh.

  • Kebolehan Multitasking

Laptop lebih baik untuk multitasking yang melibatkan aplikasi berat, manakala tablet lebih sesuai untuk multitasking ringan.

  • Kapasiti Storan

Laptop selalunya mempunyai storan yang lebih besar dan lebih cepat berbanding tablet yang biasanya menggunakan eMMC atau SSD yang lebih kecil.


Perbezaan iPad dan tablet

iPad hanya dikeluarkan oleh Apple dan menggunakan iPadOS yang sangat dioptimumkan untuk peranti Apple, dengan sokongan aksesori eksklusif seperti Apple Pencil dan Magic Keyboard.

Tablet boleh datang dari pelbagai jenama seperti Samsung, Lenovo, Huawei dan menggunakan sistem Android atau Windows. Ianya lebih fleksibel dari segi pilihan, tetapi aplikasi mungkin tidak dioptimumkan sebaik iPadOS.


Apakah Kelebihan Tablet

  • Portabiliti: Tablet lebih ringan dan mudah dibawa berbanding laptop, sesuai untuk perjalanan atau kerja di luar.

  • Skrin Sentuh: Pengalaman menggunakan skrin sentuh untuk navigasi dan kreativiti (terutamanya dengan stylus) sangat intuitif.

  • Kos: Tablet biasanya lebih berpatutan berbanding laptop dengan ciri-ciri yang hampir serupa.

  • Bateri panjang: Tablet biasanya mempunyai jangka hayat bateri yang lebih panjang berbanding laptop.


Boleh ke tablet menggantikan laptop?

Ya, tablet boleh menggantikan laptop untuk tugas-tugas asas seperti melayari web, membaca e-mel, menonton video, dan membuat nota.

Namun, untuk kerja berat seperti pengeditan video profesional, reka bentuk grafik, atau pembangunan perisian, laptop lebih sesuai kerana prestasi yang lebih kuat dan sokongan untuk perisian penuh.


Artikel Berkaitan

End of Article