Robot vacuum cleaner merupakan alat teknologi yang berfungsi menyapu, menyedut dan mengemop lantai rumah.
Kebanyakan daripada kita lebih gemar menggunakan robot vacuum kerana kelebihan memiliki vacuum ini dapat menjimatkan masa.
Cuma, kalau buat carian di Google jenama robot vacuum terbaik kebanyakannya berharga RM1,000 ke atas. Mahal!
Jangan risau, kami ada 7 jenis robot vacuum terbaik Malaysia yabng murah dan bagus bawah RM500 untuk anda miliki.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 8 Robot Vacuum Cleaner Bawah RM500
Sebab menjadi pilihan utama;
Robot vakuum ini memiliki teknologi anti-falling dan anti-collision bagi memastikan tiada risiko kerosakan berlaku akibat jatuh atau pelanggaran.
Ciri-Ciri;
Kuasa sedutan >13000pa juga sangat tinggi untuk menyedut habuk dan sis kotoran makanan di lantai serta karpet.
Mampu beroperasi selama 65 minit maksima dan meliputi 8m2 kawasan secara berkala.
Menariknya lagi, memiliki 4 sistem pembersihan iaitu auto/zigzag iaitu kaedah mengubah arah vakuum jika bertentang dengan halangan, edge cleaning bagi menyedut habuk terperangkap di celahan perabot.
Malah pada bahagian tepi dinding, spot cleaning membersih kawasan yang kotor dan full go cleaning untuk pembersihan secara berkala.
Saiz berat robot vacuum ini cukup ringan dengan sekadar 1.9kg dan apa yang memudahkan lagi ia didatangi bersama remote control.
Review;
“Sangat berpuas hati dengan robot vacuum ini. Sedutan habuk bagus dan fungsi mop yang terbaik. Harga berbaloi dan ia robot vacuum pintar yang boleh kembali sendiri untuk dock pengecasan!
Robot vacuum dari Morgan ini sudah berada lama di pasaran. Ia masih mendapat perhatian dan menerima pelbagai feedback terbaik.
Tidak seperti model robot vacuum yang lain menggunakan Pascal Pressure Unit (pa), Morgan lebih selesa dengan unit Watt (w). Jadi label pada vacuum ini tertera 600w, dimana ia kuasa sedutan yang sederhana tapi masih dapat menarik kotoran dengan kuat.
Biarpun ia sedikit berat 4.6kg tapi masih bersaiz kecil lengkap bersama bekas habuk dengan kapasiti 0.2 liter.
Menariknya tentang Morgan MRV-VAC 1 ia mempunyai teknologi anti-falling yakni pintar mengelakkan risiko jatuh dari lantai tinggi atau tangga.
Manakala berus menyapu pula direka khas sebagai anti-windling iaitu tidak mengakibat berlaku gumpalan rambut.
Maksima waktu operasi vacuum ini juga lama iaitu 95 minit. Sudah tentu, satu rumah boleh dibersihkan dengan baik!
Model robot vacuum Gen G2 dari Tenka Ryohin antara yang paling murah dan bagus.
Ia lengkap dengan aktiviti pembersihan mop bagi memastikan permukaan lantai bukan sahaja bebas dari habuk malah licin dan bersih.
Walaupun ia vacuum yang ringan dengan berat 580 gram tapi Gen G2 mampu menyedut kotoran dengan kuasa sedutan 2800pa.
Jadi ia masih cekap menarik habuk halus dan sisa kotoran, kadar 2800pa sudah memadai bagi sebuah vacuum robot. Lagikan pula dijual pada harga yang sangat murah!
Tiada apa yang rumit tentang vacuum ini, ia dibekalkan wayar USB untuk tujuan pengecasan. Anda boleh run robot vacuum ini selama 120 minit untuk pembersihan tanpa henti.
Terbaru dari Bowai iaitu model robot vacuum yang dipertingkatkan ciri-ciri dan kualiti pada tahun ini.
Robot vacuum mesra bajet ini bukan sahaja untuk menyedut kotoran, malah menyapu dan melakukan basic mop.
Namun begitu kadar sedutan vakuum ini hanya memuaskan. Ia mempunyai kuasa sedutan kecil 1200pa. Iaitu sesuai untuk permukaan lantai simen, mozek dan kayu.
Sisa kotoran makanan yang melekat masih boleh diangkat dan dibersihkan dengan mop.
Saiz yang sedikit bulky dan berat 1kg sudah memadai dengan harga yang ditawarkan cukup murah.
Malah capaian waktu beroperasi juga boleh bertahan selama 60 minit.
Robot vacuum murah terbaik bagi menyedut bulu kucing peliharaan anda. Penting untuk memastikan ruang bilik atau rumah bebas dari bulu kucing yang gugur. Bagi mengelakkan dari kesan alergik atau penyebab serangan asma.
Pemilik kucing wajib ada satu robot vacuum seperti Samu Giken yang berkuasa menyedut kotoran dengan kuasa 1800pa.
Ia berkebolehan menarik bulu haiwan, sisa kotoran makanan bukan sahaja di permukaan keras tapi dicelah-celah karpet rumah anda.
Bukan itu sahaja, teknologi terkini Samu Giken menghasilkan robot vacuum yang bergerak 360 darjah dan reka bentuk nipis supaya setiap sudut sempit rumah anda boleh dibersihkan dengan baik.
Sedikit kekurangan untuk model ini, ia menghasilkan bunyi yang agak bising <55db, berat produk pula 2.5kg dan hanya boleh beroperasi selama 70 minit.
Walau apapun, kuasa sedutan robot vacuum ini masih mengagumkan dan dijamin berkesan membersihkan habuk!
Ternyata brand Giselle ada tawarkan robot vacuum murah dan bagus seperti dari model KEA0365 ini. Ia setanding dengan robot vacuum yang dijual pada harga ribuan ringgit.
Walaupun rekaan vacuum ini nipis, 74mm tapi ia mempunyai tangki air sehingga 250ml untuk tujuan mop lebih lama dan berkesan.
Malah anda boleh menetapkan peta membersih mengikut kesesuaian susun atur rumah atau bilik anda. Jadi tiada isu ruang yang tertinggal dengan kotoran.
Apa yang hebat tentang robot vakuum Giselle, ia memilki kuasa sedutan 1400pa iaitu kadar sedutan paling terbaik untuk robot vakuum.
Selain itu, ciri anti-falling, auto-recharge dan berat 2.5kg juga antara yang menarik perhatian.
Ada bajet lebih sedikit dari RM500?
Anda boleh dapatkan robot vacuum Liectroux model VS3SPRO yang dilengkapi dengan kemudahan wifi supaya anda dapat mengawal dan mengatur gerak-geri vacuum hanya dari telefon pintar.
Sesuai dengan harga, robot vacuum ini cukup kuat dengan kadar 2000pa kuasa sedutan. Ia dapat menarik bukan sahaja habuk, rambut dan sisa makanan. Malas cebisan kotoran yang tebal dan besar. Tangki sampah juga besar iaitu isipadu 600ml dilengkapi penapis HEPA untuk kawalan kebersihan.
Masa bekerja vacuum juga lama 90 minit dan tidak mempunyai sebarang isu dari terjatuh atau pelanggaran. Berat vacuum pula ringan hanya 2kg jadi tak punya masalah jika anda mahu bawa vacuum ini dimana-mana sahaja.
Viomi Robot Vacuum Alpha 2 Pro mempunyai bateri berkuasa 5200mah dimana dapat digunakan seluas kawasan 420m².
Dengan tahap kuasa sedutan 40000Pa dan mod sistem 3 dalam 1; Mengemop, menyapu, menyedut.
Sekaligus robot vacuum ini dapat menjadikan lantai rumah lebih bersih berbanding sebelum ini.
Viomi Robot Vacuum Alpha 2 Pro juga dapat menyedut semua kotoran, serpihan dan bulu haiwan di mana saja termasuk kawasan tersembunyi.
Malah, terdapat Auto Carpet Boost Mode dimana sistem penderia akan di aktifkan untuk menyedut segala kotoran hingga ke dalam permukaan permaidani.
Keluaran penyedut hampagas jenis robot dari Viomi kali ini dapat menghilangkan habuk dalam masa 15 saat saja dengan menggunakan sistem Lambakan Auto 2.0.
Apa yang menariknya lagi, anda boleh bercakap sendiri dengan Alpha 2 Pro jika ingin melakukan kerja pembersihan, mudah bukan?
Kami sangat syorkan membuat pembelian robot vacuum jenis ini untuk keselesaan rumah anda.
Berbaloi Ke Beli Vacuum Robot?
Ya berbaloi!
Lebih lagi pada mereka yang sibuk dengan tugasan atau aktiviti luar. Robot vacuum dapat menjimatkan masa untuk aktiviti membersih lantai dan karpet.
Apatah lagi, jika anda memiliki robot vacuum dengan ciri mop. Sudah tentu dua kali kerja rumah itu anda boleh ganti dengan aktiviti lain.
Selain itu, robot vacuum dapat memastikan keadaan rumah bebas dari habuk atau bulu haiwan peliharaan.
Jadi jika anda bermalasan untuk menyapu, mop atau vacuum. Hidupkan sahaja robot vacuum.
Jangan risau, kini terdapat pelbagai jenama vacuum yang dijual pada harga yang murah dan masih menjamin kualiti pembersihan.