Teknologi

6 Printer Murah Bawah RM300 Yang Berkualiti 2026

Ada banyak jenis printer yang bagus dan ink murah di pasaran. Ini senarai printer murah terbaik, harga printer terkini dan harga printer murah.

A
Editor · Updated 11 Aug 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

6 Printer Murah Bawah RM300 Yang Berkualiti 2026

Kini, mesin pencetak atau printer boleh dikatakan antara alat elektronik yang penting dalam setiap rumah.

Lebih-lebih lagi sekarang ini ramai antara kita lebih selesa untuk print dari rumah untuk lebih jimat dan cepat.  

Kandungan

Cuma ramai yang beranggapan harga printer bagus dan ink murah cecah ribuan ringgit tapi sebenarnya anda boleh dapat bawah RM300 sahaja!

Dengan tawaran harga printer terkini dan kualiti ink printer yang baik, anda boleh buat salinan kerja dengan lebih berbaloi. Kalau nak print gambar pun boleh!

Perubahan teknologi terkini membolehkan kita print, scan dan fotostat dengan satu klik sahaja melalui fungsi wireless dan Bluetooth juga!

Jom kita lihat senarai harga printer murah terbaik dan jenis printer bagus yang sesuai untuk kegunaan harian anda.


Senarai 6 Printer Murah & Terbaik 

hp desk jet printer
Printer wireless murah 1 daripada 6
HP DeskJet 2776
Dari RM199
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sambungan Bluetooth dan WiFI
Kelajuan tinggi
Ink cartridges cepat habis
1 lagi
Waranti 3 tahun

Printer jenama HP ini sangat sesuai digunakan di pejabat atau rumah anda kerana mempunyai WiFi dan Bluetooth untuk mudahkan anda menggunakannya. 

Bukan sahaja dapat membuat cetakan warna, malah printer HP Deskjet 2777 ini juga boleh menyalin dan mengimbas dokumen dengan mudah.

Anda juga boleh menggunakan sambungan tanpa wayar untuk menghantar dokumen untuk dicetak. 

Dengan kelajuan mencetak secepat 15 saat, kini anda tidak perlu menunggu lama untuk mencetak dokumen untuk aktiviti pengajaran atau pembelajaran.

Printer ini boleh mencetak sehingga 1000 halaman sebulan dengan resolusi 300 x 300 dpi.

Pilihan printer yang tepat untuk mencetak dokumen dengan teks atau grafik dan menjadikan tugas harian anda sebagai guru lebih efisien.

Canon Pixma TS307
Printer murah WiFi 2 daripada 6
Canon Pixma TS307
Canon
Dari RM169
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Harga mampu milik
Reka bentuk bergaya
Jumlah cetakan terhad
2 lagi
Salinan mudah dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY
Kelajuan cetakan perlahan

Canon PIXMA TS307 antara printer yang berjaya menggabungkan elemen reka bentuk menarik dengan kemampuan pencetakan yang hebat dan ink murah. 

Printer jenis wireless ini mempunyai kelajuan cetakan piawai ISO sehingga 7.7 ipm untuk warna hitam dan 4.0 ipm untuk cetakan berwarna pada saiz A4.

PIXMA TS307 menawarkan pelbagai pilihan connectivity, termasuk Hi-speed USB 2.0, WiFi, Wireless Pictbridge, Mopria, AirPrint, BLE, dan Direct Wireless, membolehkan anda mencetak dari pelbagai peranti tanpa wayar.

Selain itu, turut berfungsi sebagai scanner untuk anda scan dokumen penting dengan mudah. 

Ciri lain yang menarik pada printer ini adalah pada ink yang digunakan

Bukan sahaja murah dan anda dapat jimat, printer ini mampu menghasilkan cetakan yang jelas dan tajam!

Printer murah dan jimat ink 3 daripada 6
Canon Pixma MG3070S Wireless 3-in-1 Color Inkjet Printer
Canon
Dari RM225
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Rekaan menarik & tahan lasak
Mudah dikendali dengan harga murah
Tiada LED/LCD
2 lagi
Mempunyai sistem Cloud Link
Tidak mempunyai sistem duplex printing

Canon Pixma MG3070S merupakan sebuah printer 1 dalam 3 yang murah, berkualiti dan juga mempunyai ink yang menjimatkan.

Kualiti cetakan printer ini dikatakan jelas dan boleh menghasilkan cetakan yang tajam jadi anda tidak perlu berhabis duit yang banyak untuk dapatkan printer berkualiti seperti ini.

Selain itu, Canon Pixma MG3070S menyediakan connection tanpa wayar yang lancar melalui WiFi dan Bluetooth supaya tidak perlu menggunakan kabel ke peranti anda dan boleh juga print melalui telefon pintar sahaja. 

Sementara itu, terdapat juga aplikasi Canon PRINT Inkjet / SELPHY menjadikan wireless connection mudah dan membolehkan anda mencetak gambar yang menakjubkan.

Pencetak murah terbaik ini juga mempunyai fungsi Auto Power ON/OFF bagi meningkatkan lagi keupayaan penjimatan tenaga.

Pantum P2506 Pro Monochrome Laser Printer
Laser printer murah 4 daripada 6
Pantum P2506 Pro Monochrome Laser Printer
Pantum
Dari RM139
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Laser print
Jimat toner
Toner hitam putih sahaja
2 lagi
Portable
Boleh print banyak saiz

Kalau mahu printer yang pantas mencetak dan cetakan tidak mudah rosak, printer Pantum P2506 Pro Monochrome adalah pilihan terbaik dan murah. 

Printer ini mampu mencetak kertas tebal dan nipis bersaiz A4, ISO B5, sampul surat dan pelbagai lagi.

Menarik lagi, printer laser murah ini boleh mencetak sehingga 150 helai kertas dalam satu masa.

Maksimum 700 helai kertas boleh dicetak pada setiap bulan mengikut penggunaan dakwat toner yang disediakan.

Bagaimanapun, model laser printer ini untuk cetakan hitam dan putih saja dan tidak dapat menyambung dengan WiFi.

HP DeskJet 2336 All-in-one Printer
Printer murah untuk pelajar 5 daripada 6
HP DeskJet 2336 All-in-one Printer
HP
Dari RM265
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah digunakan
Cetakan resolusi tinggi
Tiada fungsi wireless

Printer HP DeskJet 2336 sangat berbaloi untuk dibeli kerana printer ini mempunyai fungsi scan dan copy.

Malah printer ini boleh disambungkan melalui WiFi dan kelajuan cetakan pula pada tahap 6 cpm (hitam) dan 3 cpm (berwarna).

Manakala resolusi cetakan memuaskan dengan 600 x 300 dpi tidak kira cetakan bertulis, gambar dan berwarna. 

Purata bulanan cetakan kertas mampu dicapai sehingga 1000 helai kertas bersaiz A4 dan boleh membuat sambungan dengan laptop yang mempunyai sistem Windows 10 ke atas saja.

HP DeskJet Ink Advantage 2330
Printer murah dan berkualiti 6 daripada 6
HP DeskJet Ink Advantage 2330
HP
Dari RM299
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Fungsi 3 dalam 1
Cetakan pantas
Tidak sokong MAC
1 lagi
Boleh cetak dalam kuantiti banyak

Dengan harga bawah RM300, printer Deskjet Ink Advantage 2330 boleh print, copy dan juga scan dengan kelajuan 5.5 ppm sehingga 7.5ppm.

Model printer ini mampu mencetak 1000 helaian kertas A4 tidak kira berwarna atau pun hitam putih.

Mudah saja cara penggunaannya, anda hanya menyambungkan wayar USB HP printer ke laptop dan boleh digunakan.

Bagaimanapun, printer ini hanya menyokong sistem operasi Windows dan tidak menyokong sistem operasi MAC.


Apakah Tips Memilih Printer? 

  • Printer dan dakwat

Kos printer bergantung kepada penggunaan dakwat cartridge atau toner. Printer inkjet atau deskjet, mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning. 

Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar jadi penting untu tahu penggunaan.

Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.

Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner). 

Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak. Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).

  • Kertas dan jumlah penggunaan 

Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000. 

Manakala untuk cetakan gambar pula anda harus lihat dari segi resolusi, isipadu dakwat dan jenis kertas gambar yang boleh digunakan pada mesin printer. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation