Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Headphone Bagus untuk Pelbagai Jenis Kegunaan dibawah RM50

Kini sudah terdapat begitu banyak lambakan headphone and earphone di pasaran sehingga kita sukar untuk memilih yang mana satukah yang benar-benar sesuai untuk diri anda. Tidak kira samada untuk mendengar muzik atau berbual kin headphone telah didatangkan dengan harga-harga yang bersesuaian dengan bajet dan rekabentuk unik dan menawan. Kadangkala ia bukan sahaja didatangkan dengan warna yang pelbagai malah mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian pengguna.

Maka tahukah anda pilihan headphone yang manakah merupakan pilihan yang terbaik, bersesuaian dengan kegunaan dan bajet anda?

mulai
RM48.90
Semak Universal Sport Wireless Mini 503 Bluetooth Headphone Stereo Music Headset harga dibawah:

Nikmati pengalaman bunyi yang mengagumkan dengan Universal Sport Wireless Mini 503 Bluetooth Headphone keluaran OEM yang memberikan anda audio bunyi yang berkuasa dan bass yang bertenaga melalui teknologi Bluetooth malah ia juga boleh mengelakkan anda daripada tersangkut dengan wayar. Terdapat butang yang mudah dikendalikan di mana anda boleh memainkan muzim dan memberhentikannya. Muzik akan diberhentikan automatik sebaik sahaja terdapat panggilan masuk.

mulai
RM13.90
Semak High Quality Earpod Earphone Handsfree For Android Phone Samsung Galaxy S6 harga dibawah:

Headset dengan kualiti stereo hebat dengan kebolehan bebas pegang. Ia juga memliki MIC dan butang untuk menjawab selain fungsi untuk mengawal suara di samping audio jack sehingga 3.5mm. Earphone yang benar-benar selesa ini membolehkan anda untuk meggunakannya sepanjang masa. Ia juga diperbuat dari material yang dijamin berkualiti tinggi sesuai dengan pengguna tegar Android.

Terbaik untuk noise cancelling berkesan
mulai
RM40.90
Semak Zengear AMW-810 Wireless Sports Headphones Bluetooth 4.2 Headsets harga dibawah:

Sangat serasi dengan kebanyakan peranti Bluetooth, headphone ini dilengkapi dengan penghapusan bunyi bising serta kawalan untuk efek bunyi yang benar-benar jelas. Direkabentuk untuk selesaan dan keselamatan selain membolehkan anda untuk menikmati muzik di mana sahaja. Disertai dengan mikrofon HD dalaman dan menyokong panggilan tanpa perlu untuk memegang dengan tangan, ia juga boleh menandakan status bateri melalui paparan sistem IOS.

Ekstra: 8 Headset Bluetooth Dengan Suara Masyuk Tapi Harga Berpatutan

Terbaik ketika menonton filem
Terbaik ketika menonton filem
mulai
RM23.50
Semak Philips SHE1360 Economy Earphone harga dibawah:

Philips SHE1360 Economy Earphone ini anggun dengan respon frekuensi sehingga 16 - 20,000 Hz. Selain itu ia juga mempunyai kuasa input maksimum sebanyak 50 mW. Rekabentuknya yang kecil serta mudah dibawa ke mana sahaja menjadikan ia sesuai untuk menonton filem dimana sahaja anda berada. Di samping itu ia juga disertakan dengan waranti selama 1 tahun.

mulai
RM36.90
Semak REMAX T10 Mini Bluetooth Earphone Wireless Headphone In-ear Headset with Mic harga dibawah:

Diciptakan untuk keselesaan atlet, REMAX T10 Mini Headphones didatangkan dengan kabel pengecas dan mini earphone dengan Bluetooth untuk gaya hidup anda yang aktif, untuk membantu anda kekal fokus ketika bersenam. Nikmati rekabentuknya yang anggun dan kecil dan amat mudah untuk anda bawa ketika bersenam. Direkabentuk untuk memotivasi, REMAX T10 Mini Bluetooth mampu untuk menjamin anda pergi lebih jauh.

Ekstra: 6 Earphone Sukan yang Sesuai untuk Gaya Hidup Aktif Anda

Terbaik untuk pengguna iPhone
mulai
RM12.00
Semak Sony MDR-Q140 Clip-on Earphone with Mic & Call Button Control harga dibawah:

Premium Stereo Headset memberikan anda kualiti audio terbaik dan pengasingan bunyi ketika anda sedang mendengar muzik. Sangat ideal untuk digunakan pada iPhone dan iPod kerana mampu memberikan bunyi stereo berdasarkan bass dengan keselesaan untuk pemakaian sepanjang masa. Boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, merah dan biru. Kepada kebanyakan pengguna Iphone masa kini anda mampu merasakan pengalaman luar biasa menggunakan Iphone anda bersama headphone dari Sony ini.

Terbaik untuk kegunaan bersama komputer riba
Terbaik untuk kegunaan bersama komputer riba
mulai
RM59.00
Semak Philips Headphone (SHP1900) Black harga dibawah:

Headphone bersaiz penuh dengan rekabentuk ringan untuk pendengaran yang mudah ketika bermain game, menonton video atau mendengar muzik menggunakan komputer riba. Memiliki panang kabel yang ideal untuk memudahkan pergerakan dan memilih di mana anda ingin membawanya. Bahagian headband pula mudah diselaraskan untuk dimuatkan mengikut saiz anda. Anda kini boleh menggunakan komputer riba beserta headphone serba canggih ini untuk memberikan anda pengalaman yang berbaloi.

Terbaik untuk kegunaan bermain game
mulai
RM49.50
Semak FANTECH VISAGE HG7 Chroma Lighting Wired Gaming Headset with Base Enhancement harga dibawah:

Headset khas untuk permainan komputer ini keluaran Fantech Visage HG7 adalah berbentuk bulat dan ia direkabentuk untuk menghasilkan bunyi yang jelas dan mendalam untuk membenarkan anda merasai sendiri pengalaman seperti bunyi tembakan serta pergerakan dalam permainan tersebut. Fantech HG7 memberikan pencahayaan kroma dan rekabentuk ergonomik untuk memberikan anda keselesaan sepanjang permainan tersebut.

Headphone terbaik untuk kegunaan dj muzik di mana sahaja
Headphone terbaik untuk kegunaan dj muzik di mana sahaja
mulai
RM39.88
Semak Moob Wireless Bluetooth Stereo Headphone Foldable EDR Earphone Mic MP3 FM Headset harga dibawah:

Headphone pelbagai fungsi ini bukan sahaja menggabungkan Bluetooth, kad pemain MP3 dan fungsi radio FM, malah ia juga menyokong fungsi bebas tangan. Dengan peralatan ini anda boleh menikmati muzik tanpa wayar yang mana ia juga boleh bertindak sebagsai pemain MP3 kerana ia menyokong kad memori. Kepada dj muzik yang bertugas di mana-mana sahaja, anda membuat pilihan tepat dan berbaloi dengan headphone keluaran OEM ini.

Earphone terbaik untuk kegunaan di pejabat
Earphone terbaik untuk kegunaan di pejabat
mulai
RM36.80
Semak Awei Es-16Hi 3.5Mm Comfortable In-Ear Headset For All Phone harga dibawah:

Headphone keluaran Awei ini adalah sangat sesuai untuk kegunaan pejabat ia adalah bersifat praktikal, mudah dibawa dan murah. Warna oren metaliknya begitu menarik sekali untuk dipadankan sebagai kegunaan di pejabat. Ciri yang paling menarik adalah dilengkapi dengan mikrofon serta serasi dengan segala model telefon di pasaran. Dilengkapi dengan respon frekuensi sehingga 20~20000Hz, menjadikan ia sesuai untuk dibawa ke pejabat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article