Product in this article

Smartphone atau telefon bimbit pintar merupakan salah satu alat komunikasi yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Ianya digunakan untuk berhubung dengan sesiapa sahaja walaupun di mana jua anda berada. Bukan setakat hanya menjawab panggilan malahan ianya berguna untuk mencari info dengan melayari laman web, bermain game, mendengar muzik, melakukan tugasan harian untuk kerja dan kuliah, merakam video serta menangkap momen indah dalam gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Pendek kata, smartphone ini ialah ‘a must-have item’ untuk setiap individu yang berkemampuan.

Kebanyakan daripada kita akan terus melihat kepada smartphone yang berjenama sahaja tanpa mengira harganya terlebih dahulu. Sesetengah daripada anda mungkin tidak mencukupi bajet maka ditangguhkan dulu niat untuk membeli smartphone. Jangan begitu! Sebenarnya smartphone juga ada yang terbaik penggunaannya tetapi dengan harga dibawah RM400. Tak percaya? Ayuh, ikuti dulu senarai dibawah;

Untuk si gamers mania, smartphone terbaik untuk gaming
1. BLUBOO D5 Pro
Sesuai untuk bergaming, mampu menampung game berat seperti PUBG
Buy Now RM279.00

CPU :  ARM Cortex-A53  | Grafik : Mali-T720 MP1  | Memori : 3GB RAM  | Storage : 32GB  | Skrin : 5.5”  | Berat : 150gm

Dikuasai Quad-Core, smartphone ini mampu memberikan anda prestasi yang laju ketika bermain game mahupun ketika anda membuka beberapa aplikasi pada waktu yang sama. Tambahan lagi, smartphone ini tidak memakan banyak kuasa bateri. Ianya direka khas untuk anda yang sentiasa menggunakan telefon terutamanya ketika bermain game seperti PUBG mahupun game heavy duty yang lain.

Kamera smartphone yang berkondisi tiptop untuk si vlogger
2. MEIZU M6s
Kamera smartphone yang berkondisi tiptop untuk si vlogger
Buy Now RM379.85

CPU : Hexa-core (4x1.6 GHz Cortex-A53 & 2x2.0 GHz Cortex-A73)  | Grafik : Mali-G71 MP1  | Memori : 3GB RAM  | Storage : 32GB  | Skrin : 5.7”  | Berat : 160gm

Jika anda gemar membuat video rakaman seperti vlogging, memiliki smartphone dengan kamera yang berkondisi terbaik adalah keutamaan anda. Dengan Meizu M6s anda boleh menghasilkan rakaman video yang berkualiti dengan kamera belakang yang beresolusi 16MP  dan 8MP depan. Tambahan pula, ianya dilengkapi sensor CMOS Samsung yang memberikan hasil gambar lebih cantik dan video berdefinisi.

Smartphone dilengkapi dengan RAM 3GB pilihan
3. HUAWEI Honor 6
Smartphone dilengkapi dengan RAM 3GB pilihan
Buy Now RM299.00

CPU : Octa-core (4x1.7 GHz Cortex-A15 & 4x1.3 GHz Cortex-A7)  | Grafik : Mali-T624  | Memori : 3GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5”  | Berat : 130gm

Jika anda mahukan smartphone yang bajet tetapi masih tetap laju dan tidak lagging, ini jawapannya. Dengan RAM 3GB, anda pasti tidak akan menghadapi masalah aplikasi slow lagi. Selain itu, kamera pada smartphone ini tidak kurang hebatnya dengan resolusi 13MP belakang dan 5MP depan. 

Kini, anda boleh bergaya dengan smartphone yang tiptop dan murah. Plus point untuk smartphone ini ialah mempunyai sistem ciri noise cancellation bagi mengurangkan bunyi bising dari sekeliling.

Smartphone murah dengan RAM yang besar 3GB
4. OPPO F9 Pro
Smartphone full screen yang sesuai untuk kegunaan orang tua
Buy Now RM255.00

CPU : Octa-core  | Grafik : Mali-G72  | Memori : 2GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5.5”  | Berat : 169gm

Dilengkapi dengan ciri basic yang boleh didapati pada semua smartphone mampu milik, smartphone ini merupakan pilihan tepat buat mereka yang lebih berumur. Sistemnya mudah untuk dikendali tanpa memeningkan kepala. Skrinnya juga memainkan peranan penting untuk pengguna yang lebih berumur kerana dapat memaparkan keseluruhan imej pada skrin. Smartphone canggih ini juga dilengkapi sistem face unlock. Menarik bukan?

Dual kamera terbaik untuk kepuasan fotografi
5. NUBIA N2 Lite
Dual kamera terbaik untuk kepuasan fotografi
Buy Now RM328.95

CPU : Quad-core 1.3 GHz  | Grafik : Mali-T860  | Memori : 3GB RAM  | Storage : 32GB  | Skrin : 5.7”  | Berat : 180gm

Smartphone Nubia ini menjanjikan kualiti gambar yang lebih cantik dengan dual kameranya yang beresolusi 13MP + 2MP menjadikan momen kenangan indah dapat terakam lebih sempurna. Dilengkapi skrin HD sebesar 5.7 inci, smartphone ini memberi kepuasan untuk berfoto lebih menakjubkan dengan harga yang amat mampu milik. 

Tambahan lagi, smartphone ini mempunyai 2 cara untuk unlock screen iaitu melalui fingerprint unlock dan AI face unlock.

Smartphone dual sim – asingkan urusan kerja dan peribadi
6. Neffos X1
Smartphone dual sim – asingkan urusan kerja dan peribadi
Buy Now RM849.00

CPU : Octa-core 1.8 GHz Cortex A53  | Grafik : Mali T860  | Memori : 3GB RAM  | Storage : 32GB  | Skrin : 5.0”  | Berat : 141gm

Dikuasai CPU Helio P10 dan Android 6.0, smartphone ini menjamin kepuasan dalam apa jua cara sekalipun. Smartphone Neffos ini mempunyai slot dual simkad untuk memberi anda kebebasan dalam menggunakan rangkaian telco. Ini memudahkan anda untuk membezakan antara urusan kerja mahupun peribadi. 

Dengan harganya murah, smartphone ini juga dilengkapi kamera 13MP yang hebat dengan sensor Sony.

Xiaomi Redmi dengan RAM 2GB – murah dan terbaik serta berkualiti tinggi
7. Xiaomi Redmi 6A
Smartphone pertama untuk pemula dengan harga mesra poket
Buy Now RM345.00

CPU : Quad-core 2.0 GHz Cortex A-53  | Grafik : PowerVR GE8320  | Memori : 2GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5.45”  | Berat : 145gm

Dinobatkan sebagai raja smartphone untuk pemula ataupun beginner, smartphone ini adalah hadiah terbaik untuk anak-anak yang baru mula berjinak hendak menggunakan smartphone. Sistemnya mudah untuk dikendali dan lengkap dengan ciri asas yang penting dalam sesebuah smartphone. Apa yang terbaik tentang smartphone ini? Harganya memang berpatutan dengan ciri yang ditawarkan.

Dilengkapi RAM 4GB - rangkaian 4G yang lebih stabil.
8. GETONE Phone
Dilengkapi RAM 4GB - rangkaian 4G yang lebih stabil
Buy Now RM339.00

CPU : Octa-core 1.5 GHz  | Grafik : Mali-T860  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 64GB  | Skrin : 5.5”  | Berat : -

Untuk memastikan isyarat smartphone anda stabil, miliki telefon bimbit dari jenama Getone ini sekarang. CPUnya menjamin agar rangkaian 4G anda kekal stabil tidak kira dimana jua. Anda boleh melayari internet tanpa lagging lagi. Selain itu, smartphone ini juga menawarkan ciri smartphone yang berpatutan seperti dual kamera belakang, sistem pengecasan lebih pantas dan built-in memori 64GB serta RAM 4GB yang besar dengan harga murah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Gadget

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!