Telefon pintar merupakan alat teknologi yang sangat penting sekarang sebab boleh dikatakan semua urusan menggunakan smartphone.
Kini ada smartphone yang berharga bawah RM1500 dan boleh berfungsi sama seperti smartphone mahal yang lain.
Selain itu, smartphone juga kini dijadikan sebagai alat utama untuk gaming dan fotografi, jadi banyak juga phone yang sesuai untuk gaming dan phone camera cantik di pasaran.
Kini, dengan bajet yang rendah pun anda boleh beli phone bawah RM1,500 dari pelbagai model telefon, dan beli handphone secara ansuran pun boleh.
Ini apa kata Expert kami mengenai telefon bawah RM1,500.
Jadi bagi membantu anda mencari telefon terbaru, kami senaraikan beberapa phone terbaik bawah RM1,500 dan juga harga telefon Malaysia.
Penyunting
Tentang Hamka Rosli chevron_right
Pakar
Azee chevron_right
Table of Contents
Tips Memilih Telefon Terbaik Bawah RM1,500
Mungkin anda tak tahu macam mana nak pilih telefon mid-range yang terbaik sebab memang banyak sangat pilihan di pasaran.
Kalau salah pilih, takut nanti kita akan menyesal beli dan rasa tak berbaloi buat pembelian tersebut.
Jom lihat apa kata Expert kami mengenai ini:
Azee
Pertama sekali kena tengok software atau perisian di dalamnya.
Itu antara benda yang paling penting tapi tak ramai yang perasan.
Sebabnya, bila software bermasalah, dia akan mengurangkan prestasi telefon tu.
Secara teknikalnya, software untuk bawah RM1,500 semuanya okay.
Perlu lihat pada berapa tahun kemas kini software yang diberikan, macam Xiaomi akan dapat 3 tahun kemas kini, manakala Infinix 2 tahun.
Jadi kalau nak pakai lama mestilah nak cari yang sekurang-kurangnya ada 3 tahun software update.
Lepas tu perlu lihat juga chipset, kamera, dan specs yang ditawarkan secara keseluruhan.
Dari situ kita boleh tahu sama ada telefon tu bagus ataupun tidak.
Tapi macam saya sendiri akan tengok pandangan dekat internet, tengok apa orang cakap seperti di Reddit atau Forum.
Dekat situ sekadar nak lihat model yang nak dibeli tu ada masalah ataupun tidak.
Bila anda dah tahu tips yang terbaik sebelum buat pembelian, barulah tak rasa rugi beli dan dapat buat pilihan yang tepat.
Apa Anda Akan Dapat Untuk Telefon Bawah RM1,500?
Dengan bajet RM1,500, sudah tentu anda mahukan sebuah telefon yang boleh dipercayai dan boleh pakai lama.
Tapi biasanya apa yang ditawarkan kepada pengguna untuk model telefon mid-range ini?
Azee
Sebenarnya telefon bawah RM1,500 ni adalah range telefon paling popular, ramai golongan-golongan muda yang suka dengan telefon mid-range ni.
Tawaran pertama yang anda boleh dapat sekarang untuk telefon bawah RM1,500 yang berbaloi adalah sokongan rangkaian 5G.
Memang penting ciri ni sebab kalau tak ada 5G memang tak disarankan untuk beli, dan ia juga menjadikan telefon tu boleh pakai lama.
Kemudian chipset untuk telefon bawah RM1,500 juga banyak yang bagus-bagus.
Anda juga akan dapat kualiti paparan yang bagus untuk telefon bawah RM1,500.
Selain daripada itu adalah ciri tambahan kepada telefon mid-range sahaja, jadi untuk phone bawah RM1,500 anda boleh perhatikan tiga ciri utama ini.
Senarai 10 Smartphone Terbaik Bawah RM1,500
*PERHATIAN: Jenama smartphone yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Azee, kecuali dinyatakan.*
- Chipset: Mediatek Dimensity 7200
- OS: Android 14, Funtouch 14
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB
- Saiz Skrin: 6.67-inch
- Resolusi: 1080 x 2400 pixels
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50MP (lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:
Telefon keluaran Vivo yang direka khas untuk gaming ini menawarkan prestasi tinggi dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, RAM 8GB, dan storan 256GB.
Ciri-ciri:
Ia menggunakan sistem operasi Funtouch 14 yang berasaskan Android 14 yang terkini.
Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 6,000mAh yang menggunakan teknologi bateri grafit ultra nipis serta menyokong pengecasan pantas FlashCharge 80W.
Paling penting untuk pengalaman gaming yang memuaskan, ia juga menawarkan paparan pantas dengan sokongan 144Hz dan sistem penyejukan ‘Vapor Chamber’ seluas 6,043mm² untuk memastikan telefon tetap sejuk walaupun digunakan secara intensif.
Dengan ciri-ciri ini, telefon dari Vivo iQoo Z9 bukan sahaja ideal untuk gaming, tetapi juga untuk penggunaan harian yang memerlukan prestasi tinggi dan kebolehpercayaan.
Review:
"Vivo memang Terbaik. Setelah 2 minggu guna tiada masalah. Sistem berfungsi dengan baik. Pengecasan pantas dan bateri tahan 12 jam layan game e-football 24. Rekomen pada semua."
- Chipset: Qualcomm SM7475-AB Snapdragon 7+ Gen 2 (4 nm)
- OS: Android 13, Realme UI 4.0
- RAM: 8GB, 12GB, 16GB
- Storage: 256GB ,512GB, 1TB
- Saiz Skrin: 6.74-inch
- Resolusi: 1240 x 2772 pixels
- Bateri: 5500 mAh
- Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (mikro) 16MP (swafoto)
Realme GT NEO 5 SE merupakan sebuah smartphone kelas pertengahan yang dilengkapi dengan stereo speaker.
Fungsi keselamatan pada Realme GT NEO 5 SE yang terletak di bawah skrin sangat mengagumkan bagi sebuah phone mid-range.
Bagi anda yang mencari smartphone kelas pertengahan yang terbaik dengan kapasiti bateri besar, ini antara pilihan utama anda.
Realme GT NEO 5 SE juga turut hadir dengan versi Android 13 terbaru, dan juga interface Realme UI 4.0 yang menarik.
Salah satu ciri menarik Realme GT NEO 5 SE adalah pembesar stereo yang menyediakan audio terbaik untuk pengalaman multimedia yang menyeronokkan.
Ciri ini amat sesuai untuk anda buat live streaming dan berborak dengan penonton.
Selain itu, telefon Android terbaik ini menyediakan sensor cap jari optik di bawah skrin untuk unlock telefon dengan pantas dan selamat.
Paling menarik, turut disokong oleh bateri yang berkapasiti 5500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.
- Chipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm)
- OS: Android 13, ColorOS 13.1
- RAM: 8GB
- Storage: 256GB
- Saiz Skrin: 6.72-inch
- Resolusi: 1080 x 2400 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 64MP (lebar) 2MP (mikro) 2MP (kedalaman) 32MP (swafoto)
Oppo A98 adalah telefon Android terbaik yang lengkap dengan ciri-ciri hebat pada harga yang berpatutan.
Dengan paparan IPS LCD FHD+ sebesar 6.72 inci, anda dapat menikmati paparan skrin yang menakjubkan.
Sementara itu, cip pemprosesan Snapdragon 695 akan memastikan prestasi yang lancar dan dapat menjalankan multitask tanpa masalah.
Bagaimanapun, telefon ini hadir dengan satu pilihan RAM dan storan dalaman sahaja, iaitu 8GB RAM dan 256GB internal storage.
Dengan bateri 5000 mAh dan pengecasan 67W, Oppo A98 dapat digunakan sepanjang hari tanpa perlu risau bateri cepat habis.
Ciri ini membuatkan telefon ini sesuai untuk mereka yang kerja sebagai Grab driver.
Oppo A98 dijalankan menerusi ColorOS 13 yang menyediakan antara muka yang mesra pengguna dan dapat akses kepada pelbagai aplikasi dan ciri.
- Chipset: Mediatek Dimensity 920 (6 nm)
- OS: Android 13, Funtouch 13
- RAM: 6GB, 8GB
- Storage: 128GB
- Saiz Skrin: 6.38-inch
- Resolusi: 1080 x 2400 pixels
- Bateri: 4500 mAh
- Kamera: 64MP (lebar) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)
Vivo iQOO Z7 hadir dengan paparan AMOLED yang menakjubkan sebesar 6.38 inci.
Kadar penyegaran 90Hz, sokongan HDR10+, kecerahan 1300 nits, dan perlindungan Schott Xensation Glass pasti anda dapat menikmati visual yang dinamik dan live.
Selain itu, Android terbaik ini juga menawarkan sambungan 5G dan rating IP54, menjadikannya tahan habuk dan air.
Tambahan lagi, Vivo iQOO Z7 dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 920 bagi memastikan prestasi yang lancar dan multitask yang efisien.
Manakala, antara muka Funtouch 13 yang disesuaikan berdasarkan firmware Android 13 memberikan anda antara muka yang mesra pengguna.
Dengan storan dalaman 128GB dan RAM 6GB/8GB, anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk semua aplikasi, foto, dan fail anda.
Telefon pintar ini boleh didapati dalam variasi warna menarik, termasuk Norway Blue dan Pacific Night.
- Chipset: Qualcomm SM7150 Snapdragon 732G (8 nm)
- OS: Android 11, MIUI 13
- RAM: 6GB, 8GB
- Storage: 128GB. 256GB
- Saiz Skrin: 6.67-inch
- Resolusi: 1080 x 2400 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 108MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 2MP (kedalaman) 16MP (swafoto)
Xiaomi Redmi Note 12 Pro 4G merupakan salah satu telefon Android terbaik yang premium pada harga yang berpatutan.
Dengan reka bentuknya yang slim, ukuran 164.2 x 76.1 x 8.1 mm dan berat 201.8 g, telefon ini selesa digenggam dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Peranti ini turut menyokong fungsi dual SIM hybrid bagi memudahkan anda menggunakan dua nombor telefon.
Selain itu, phone bawah RM1,500 ini turut menggunakan paparan AMOLED yang menakjubkan sebesar 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.
Sudah tentu paparan visual anda semasa menonton video akan lebih menyeronokkan.
Dikuasakan oleh chipset Snapdragon 732G, telefon pintar ini menyediakan prestasi yang hebat untuk multitask dan penggunaan harian.
- Chipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G (6 nm)
- OS: Android 12, Magic UI 6.1
- RAM: 6GB, 8GB
- Storage: 128GB, 256GB
- Saiz Skrin: 6.67-inch
- Resolusi: 1080 x 2400 pixels
- Bateri: 5100 mAh
- Kamera: 64MP (lebar) 5MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)
Honor X9a hadir dengan bateri Li-Po 5100 mAh yang besar dan boleh bertahan lebih 6 jam penggunaan secara terus.
Selain itu, telefon pintar ini turut mendapat sokongan pengecasan pantas 40W.
Telefon Android terbaik ini menawarkan tiga warna menarik iaitu Titanium Silver, Emerald Green, dan Midnight Black.
Honor X9a menampilkan panel AMOLED 6.67 inci yang boleh memaparkan 1 bilion warna, kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan 800 nits.
Untuk kamera, terdapat tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultrawide 5MP, dan lensa makro 2MP.
Kedua-dua kamera ini mampu merakam video dengan resolusi 1080p.
Honor X9a dikuasakan oleh chipset Snapdragon 695 5G yang dikatakan terbaik dalam kelasnya.
Ciri tambahan ini akan melancarkan penggunaan anda dan membuatkan telefon pintar ini tidak mudah lagging.
- Chipset: Mediatek Dimensity 7200 Ultra
- OS: Android 13, MIUI 14
- RAM: 8GB, 12GB, 16GB
- Storan dalaman: 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.67-inch, FHD+ Curved Amoled Display
- Resolusi: 1220 x 2712 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 200MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 2MP (makro) 16MP (swafoto)
Redmi Note 13 Pro+ 5G menampilkan paparan AMOLED Curved FHD+ sebesar 6.67 inci dengan kadar segar 120Hz, memberikan pengalaman mendalam dan lancar.
Dengan pilihan RAM 16GB (8+8) Extended RAM atau 20GB (12+8) Extended RAM, dipadankan dengan sehingga storan dalaman 512GB, anda akan mempunyai ruang simpanan yang mencukupi dan juga terhindar daripada masalah lagging.
Dikuasakan oleh Android 13 dengan MIUI 14, Redmi Note 13 Pro+ memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan intuitif.
Selain itu, cipset Mediatek Dimensity 7200 Ultra memberikan prestasi yang sangat pantas, sama ada anda sedang bermain game, melakukan pelbagai tugasan, atau menonton video dan movie.
Rakam setiap momen dengan terperinci menerusi setup kamera belakang yang mengagumkan, menampilkan sensor utama sebesar 200MP dengan OIS.
Tambahan lagi, disertai dengan lensa ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.
Di bahagian hadapan, kamera selfie 16MP memastikan gambar selfie anda sentiasa kelihatan cantik serta membuatkan kualiti panggilan video lebih jelas.
Dengan bateri besar 5,000mAh, dan dengan teknologi Xiaomi HyperCharge, nikmati kelajuan cas yang pantas sehingga 120W.
- Chipset: Mediatek Dimensity 8200 Ultimate
- OS: Android 14, XOS 14
- RAM: 8GB, 12GB
- Storage: 256GB
- Saiz Skrin: 6.78-inch
- Resolusi: 1080 x 2436 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 108MP (lebar) 2MP (kedalaman) 2MP (makro) 32MP (swafoto)
Telefon Infinix GT 20 Pro ini memang sesuai buat kaki game di luar sana kerana reka bentuknya dengan tema gaming yang unik.
Reka bentuk futuristik ini lebih kurang sama dengan Infinix GT 10 Pro, tetapi dengan tambahan lampu LED yang dinamakan Mecha Loop, yang boleh diselaraskan dengan permainan atau notifikasi.
Selain itu, telefon gaming ini dilengkapi dengan cip Dimensity 8200 Ultimate 4nm yang memberikan prestasi pantas, serta RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 3.1 256GB yang pantas.
Pengecasannya juga boleh dikategorikan sebagai laju dengan kuasa 45W, dan yang lebih menarik lagi, ia mempunyai fungsi Bypass Charging yang membolehkan power dihantar terus dari blok pengecas.
Untuk skrin pula, telefon ini dilengkapi dengan panel AMOLED 144Hz dan sistem operasi XOS 14 for GT yang bersih.
Bagaimanapun, telefon ini mempunyai kekurangannya juga iaitu ia tidak dilengkapi dengan kamera ultra-lebar.
Anda akan dapat lensa kamera lebar 108MP, dan 2 MP lensa makro dan kedalaman.
- Chipset: Exynos 1380
- OS: Android 14, One UI 6.1
- RAM: 6GB, 8GB, 12GB
- Storage: 128GB, 256GB
- Saiz Skrin: 6.6-inch
- Resolusi: 1080 x 2340 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 5MP (makro) 13MP (swafoto)
Anda mahukan telefon dengan kualiti kamera yang boleh dipercayai? Dengan Samsung Galaxy A35, anda tidak akan kecewa.
Kini harga bawah RM1,500, telefon ini dilengkapi dengan cip Exynos 1380, RAM 8GB, dan storan 256GB.
Kelebihan utama telefon Samsung ini adalah jaminan kemas kini OS selama 4 tahun dan keselamatan selama 5 tahun.
Ia didatangkan dengan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14.
Skrinnya adalah Super AMOLED 6.6-inci dengan kadar penyegaran 120Hz, memang puas untuk menonton video dan mendapatkan paparan yang lancar.
Bagaimanapun, pengecasan telefon ini disokong pada kadar 25W sahaja, jadi ia mungkin agak perlahan bagi sesetengah pengguna.
Namun, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP, cukup untuk keperluan fotografi asas.
Selain itu, telefon ini turut menawarkan ciri keselamatan menarik, iaitu Knox Vault.
- Chipset: Mediatek Dimensity 8300 Ultra
- OS: Android 14, HyperOS
- RAM: 8GB, 12GB
- Storage: 256GB, 512GB
- Saiz Skrin: 6.67-inch
- Resolusi: 1220 x 2712 pixels
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 64MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 2MP (makro) 16MP (swafoto)
Poco X6 Pro dipacu oleh cip Dimensity 8300 Ultra 4nm, serta RAM LPDDR5X 8GB dan storan UFS 4.0 256GB yang pantas, telefon ini menawarkan prestasi luar biasa.
Untuk memastikan prestasi kekal tinggi, Poco X6 Pro dilengkapi dengan teknologi LiquidCool 2.0 dan Vapor Chamber seluas 5,000mm2 untuk penyejukan yang efisien.
Kualiti paparan juga adalah yang terbaik dengan skrin AMOLED 6.67 inci dan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits memastikan paparan yang jelas dan terang.
Tambahan lagi, bahagian skrin turut dilindungi oleh kaca Corning Gorilla 5 yang tahan lasak.
Bateri pula mempunyai kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.
Dengan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14, telefon ini menawarkan pengalaman pengguna yang lancar.
Untuk bahagian kamera, ia dilengkapi dengan tiga kamera belakang, iaitu; kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera makro 2MP.
Jenama Smartphone Terkenal Di Malaysia
Sememangnya sudah menjadi lumrah untuk orang Malaysia memiliki smartphone dari jenama yang dikenali ramai.
Antara sebabnya adalah kerana mahu mengikuti trend terkini dan tidak mahu rasa ketinggalan.
Namun apakah jenama paling ramai dibeli di Malaysia sehingga menjadikan jenama tersebut popular dalam kalangan pengguna?
Mungkin ada yang akan kata iPhone daripada Apple merupakan jenama paling terkenal.
Mengikut pemerhatian, iPhone boleh dikatakan sebuah smartphone yang popular dan dikenali oleh semua orang di Malaysia.
Tapi data menunjukkan jenama Apple bukanlah smartphone yang paling banyak dibeli di Malaysia.
Data terkini menunjukkan jenama Xiaomi menjadi jenama smartphone paling banyak dibeli oleh orang Malaysia dengan mencapai 25 peratus market share dalam pasaran smartphone.
Ini kerana penawaran harganya yang jauh lebih murah dari smartphone yang lain.
Selain itu, smartphone Xiaomi juga banyak menawarkan features, kualiti kamera dan kuasa pemprosesan, serta reka bentuk telefon yang terbaik.
Misalnya Redmi 12 series, Redmi Poco, Redmi 11 series dan lain-lain.
Jadi, jika anda tidak pasti nak beli jenama telefon yang mana satu, boleh lah pilih salah satu model dari jenama terkenal di Malaysia ini.
Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara pilih smartphone terbaik.
Artikel Berkaitan
- Smartphone Android Terbaik
- Smartphone Murah Bawah RM500
- Smartphone Terbaik Untuk Kaki Gamers
- Smartphone Murah Untuk PUBG
- Smartphone Samsung Terbaik
- Smartphone Kalis Air Terbaik
- Handphone Gaming Terbaik 2024
- Handphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti
- Handphone Murah Bawah RM400 Terbaik
Azee
Sejujurnya, kalau bajet RM1,500 atau atas daripada tu anda boleh dapatkan telefon yang bagus, jadi tak perlukan pun telefon flagship.
Kalau bawah RM1,000 tu mungkin sesuai untuk budak-budak, dan dia tak tahan lama sangat.
Tapi kalau tanya saya, lebih baik beli beli yang mahal sikit untuk pakai lama daripada beli yang murah tapi boleh pakai sekejap je.
Bagi saya, it’s ok to spend more on a smartphone rather than spend less and regret it later.