Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Handphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti 2024

Harga murah tapi tetap berkualiti dan bagus!

Kini semua orang memiliki telefon pintar untuk kegunaan harian.

Cuma apa yang membezakan adalah ciri, model, jenama dan harga sesebuah smartphone.

Ada juga orang lebih memilih untuk beli handphone murah dan berkualiti disebabkan kekangan kewangan.

Mungkin juga ada yang ingin beli telefon murah tapi bagus untuk pembelajaran anak mereka.

Jadi, kami senaraikan phone murah terbaik bawah RM300, memang harga handphone yang berbaloi.

Jangan risau, semua fon murah ini berkualiti dan hadir bersama warranty yang berpatutan.


Senarai 12 Smartphone Murah & Tahan Lasak Bawah RM300

Smartphone murah terbaik secara keseluruhan
Vivo
Vivo Y93
Semak Vivo Y93 harga dibawah:
add_circle Pemprosesan yang baik
add_circle Ringan untuk dibawa
remove_circle Kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Mediatek MT6762 Helio P22 (12 nm)
  • OS: Android 8.1 (Oreo), Funtouch 4.5
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.22 inci
  • Resolusi: 720 x 1520
  • Bateri: 4030 mAh
  • Kamera: 13MP (utama), 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Vivo Y93 merupakan sebuah smartphone yang dilengkapi dengan spek yang lengkap dan baik bagi sebuah smartphone murah terbaik, tidak lag dan memenuhi keperluan harian.

Ciri-ciri:

Chipset yang digunakan agak berkualiti iaitu Snapdragon 439 yang akan memastikan phone berfungsi dengan baik.

Saiz RAM juga agak besar bagi sebuah phone murah, iaitu sebanyak 6GB, manakala saiz storan yang ditawarkan adalah sebanyak 128GB. 

Jika saiz storan tidak mencukupi, anda boleh menambah kad micro SD sehingga 256 GB.

Pada bahagian kamera, terdapat dua lensa kamera pada bahagian belakang (13MP + 2MP) dan satu lensa swafoto (8MP). 

Bagaimanapun, kualiti kamera phone ini dikatakan kurang memuaskan. 

Ketahanan bateri phone ini juga tidak menjadi masalah dengan adanya bateri sebesar 4030 mAh. 

Secara keseluruhan, Vivo Y93 mempunyai spek terbaik bagi sebuah telefon murah dan juga dilengkapi RAM besar.

Review:

"Setakat ni download TikTok dengan WhatsApp tak lag pun. Bateri pun okay tak cepat habis. Okay je guna WiFi, data pun okay simcard boleh masuk. Memang puas hati dengan harga murah."

Smartphone murah dan berkualiti
Nokia
Nokia C01 Plus
Semak Nokia C01 Plus harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Nokia mampu milik
remove_circle Paparan skrin kurang cerah
  • Chipset: Unisoc SC9863A
  • OS: Android 11 (Go edition)
  • RAM: 1GB, 2GB
  • Storage: 16GB, 32GB
  • Saiz Skrin: 5.45 inci
  • Resolusi: 720 x 1440 piksel
  • Bateri: 3000 mAh
  • Kamera: 5MP (utama) 5MP (swafoto)

Bagi yang merindui handphone jenama Nokia, kini anda boleh memiliki handphone Nokia yang sesuai digunakan pada masa kini. 

Nokia antara salah satu jenama telefon terkenal yang tahan lasak dan anda boleh dapatkan Nokia C01 Plus untuk dapatkan kualiti tahan lasak dengan harga yang murah. 

Sistem operasi pada Nokia C01 Plus ini adalah Android 11 atau Go edition, jadi anda akan dapat menggunakan OS yang terkini.

Bagaimanapun, saiz skrin handphone murah ini sedikit kecil iaitu 5.45 inci dan saiz RAM pula 2GB manakala 32GB untuk storan dalaman.

Saiz ini sudah cukup bagi penggunaan harian dan anda boleh gunakan sebagai telefon kedua atau spare phone untuk kecemasan.

Untuk bateri pula, Nokia C01 Plus dibekalkan dengan bateri 3000 mAh yang sesuai dengan harga dan penggunaannya. 

Smartphone murah untuk anak
Infinix Smart 6
Semak Infinix Smart 6 harga dibawah:
add_circle Hadir dengan slot micro SD
add_circle Saiz skrin besar
add_circle Bateri bersaiz besar
remove_circle Kadar penyegaran yang rendah
remove_circle Gambar kurang cantik waktu malam/gelap
  • Chipset: Unisoc SC9863A
  • OS: Android 11 (Go edition), XOS 7.6
  • RAM: 2GB
  • Storage: 32GB
  • Saiz Skrin: 6.6 inci
  • Resolusi: 720 x 1600 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 8MP (utama) 8MP (swafoto)

Telefon pintar Infinix Smart 6 memiliki spesifikasi yang terbaik pada harga yang sangat murah dan dikatakan mampu memberi spesifikasi seperti telefon pintar mahal.

Antara ciri spek tinggi yang ada pada model ini adalah mempunyai pengimbas wajah dan cap jari untuk sistem keselamatan serta paparan visual beresolusi HD+ sebesar 6.6 inci.

Berita baik bagi mereka yang sentiasa ‘hidup’ dengan telefon kerana Infinix Smart 6 mempunyai bateri kapasiti 5,000 mAh dan mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan yang normal.

Walaupun telefon ini harga murah tapi kamera bahagian depan dan belakang tetap disediakan.

Menariknya, kualiti kameranya juga boleh tahan bagus bila ambil dalam keadaan cahaya terang. 

Jadi, kalau anda mencari handphone murah terbaik dengan bateri yang tahan lama, boleh dapatkan Infinix Smart 6 ini!

Smartphone murah bateri tahan lama
Nokia 105 4G - 2021
Semak Nokia 105 4G harga dibawah:
add_circle Rekabentuk ringkas
add_circle Mudah digunakan
add_circle Ada sambungan ke rangkaian 4G
add_circle Boleh layari internet
add_circle Audio jelas dan kuat
remove_circle Tidak boleh muat turun aplikasi terkini
  • Chipset: Unisoc T107
  • OS: Series 30+ 
  • RAM: 48MB
  • Storage: 128MB
  • Saiz Skrin: 1.8 inci
  • Resolusi: QVGA
  • Bateri: 1020 mAh, removable
  • Kamera: Tiada

Nokia 105 4G adalah pilihan terbaik jika anda mencari telefon mudah alih yang tahan lasak dan murah untuk ibu bapa yang sudah berumur. 

Telefon ini memenuhi keperluan komunikasi asas dengan reka bentuk yang simple dan mudah digunakan.

Bagi golongan orang berumur yang memerlukan smartphone yang ringkas, Nokia 105 4G adalah pilihan tepat.

Telefon ini menawarkan skrin 1.8 inci dengan resolusi QQVGA yang mencukupi untuk melihat mesej dan kandungan lain. 

Nokia 105 4G hadir dalam tiga warna iaitu Hitam, Biru dan Merah, jadi anda anda pilih ikut citarasa masing-masing.

Dilengkapi dengan sokongan dua kad SIM dan sambungan 4G, Nokia 105 4G boleh bertahan sehingga 12 hari dalam mod standby dan kira-kira 5 jam tempoh panggilan telefon.

Kalau anda mahu bermain game yang tersedia pula, bateri telefon ini boleh bertahan sehingga 36 jam. 

Dengan saiz yang kecil, ringan dan compact, Nokia 105 4G selesa di pegang di tangan atau sangat mudah disimpan dalam poket anda.

Smartphone murah untuk kerja
KYOCERA TORQUE G04
Semak KYOCERA TORQUE G04 harga dibawah:
add_circle Paparan FHD berkualiti tinggi
add_circle Dilengkapi Cip Snapdragon 660
add_circle RAM dan kapasiti storan cukup
remove_circle Kemaskini telefon terhad
remove_circle Bateri bersaiz kecil
  • Chipset: Snapdragon 660
  • OS: Android 9.0
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Saiz Skrin: 5.0 inci
  • Resolusi: 1080x1920 piksel
  • Bateri: 2940 mAh
  • Kamera: 24MP+8MP (belakang) 8MP (depan)

Jika anda kerja di tapak pembinaan dan mahu sebuah smartphone yang tahan lasak, Kyocera Torque G04 adalah pilihan yang tepat. 

Smartphone ini dibina khas untuk keadaan yang lasak dan ekstrem tanpa mengurangkan kualiti prestasinya.

Selain tahan lasak, harga yang ditawarkan untuk Kyocera Torque G04 ini murah dan dilengkapi dengan paparan FHD 5.0 inci dan resolusi 1080x1920 piksel. 

Dengan ciri ini, visual yang dihasilkan pada skrin telefon ini sangat jelas dan detail menjadikannya sangat sesuai untuk kerja.

Selain itu, smartphone tahan lasak dan murah ini turut dikuasakan oleh cipset Snapdragon 660 yang menawarkan prestasi yang lancar dan efisien.

Untuk bahagian kamera juga tidak mengecewakan, dengan kamera belakang 23MP+8MP, anda tetap dapat mengambil gambar dan mendapatkan kualiti yang cantik. 

Selain itu, dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, memberikan ruang yang cukup untuk menyimpan aplikasi, fail dan sebarang gambar atau video anda.

Smartphone murah untuk orang tua
Xiaomi
Xiaomi ZMi Z1
Semak Xiaomi ZMi Z1 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Boleh dijadikan sebagai hotspot
add_circle Android sambungan ke rangkaian 4G
remove_circle Tidak boleh muat turun aplikasi
remove_circle RAM kecil (512MB)
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 617 MSM8905
  • RAM: 512MB
  • Storage: 4GB
  • Saiz Skrin: 2.8 inci
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 2MP

Smartphone dari jenama Xiaomi ini dilengkapi dengan connectivity ke rangkaian 4G LTE yang stabil. 

Selain itu, turut sesuai dijadikan sebagai hotspot untuk memastikan anda sentiasa terhubung ke alam maya menerusi peranti yang lain. 

Dengan layar 2.8 inci, smartphone ini memberikan anda interface yang cukup untuk menjalankan tugasan anda. 

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 617 MSM8905, Xiaomi ZMi Z1 menawarkan prestasi yang lancar dan efisien untuk anda yang gemar multitasking

Selain itu, turut dilengkapi dengan RAM 512MB dan storan dalaman 4GB, cukup untuk anda menyimpan fail penting.

Smartphone ini juga dilengkapi dengan kamera 2MP yang membolehkan anda mengambil gambar dengan jelas. 

Menarik lagi, Xiaomi ZMi Z1 merupakan sebuah telefon pintar murah dan berkualiti dengan bateri tahan lama berkapasiti 5000 mAh.

Smartphone murah untuk zoom meeting
MYFON S20
Semak MYFON S20 harga dibawah:
add_circle Paparan 6.5 inci besar
add_circle Bateri 3000 mAh
add_circle Sistem operasi Android 10.1 mudah digunakan
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
  • Chipset: MTK 6737 / 1.5 GHZ Quad Core
  • OS: Android 10.1 
  • RAM: 2GB, 3GB
  • Storage: 16GB, 64GB
  • Saiz Skrin: 6.5 inci
  • Resolusi: 540x1170 piksel
  • Bateri: 3000 mAh
  • Kamera: 8MP

MYFON S20 dijalankan diatas sistem operasi Android 10.1 yang mudah digunakan, jadi sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Telefon ini hadir dengan paparan HD Waterdrop 6.5 inci yang menawarkan paparan yang mengagumkan dan lebar untuk pengalaman multimedia yang baik. 

Dengan pilihan varian RAM 3GB + ROM 32GB dan 2GB RAM + ROM 16GB, smartphone ini berikan pilihan ruang penyimpanan yang cukup untuk aplikasi, video atau gambar anda.

Selain itu, bateri 3000 mAh akan memastikan telefon pintar ini bertahan sepanjang hari.

Untuk kamera pula, dilengkapi dengan kamera belakang 8MP dan turut hadir bersama flashlight untuk mengambil gambar. 

Sementara itu, turut ada teknologi ultra-fast face unlock untuk menjamin keselamatan handphone murah terbaik ini.

Smartphone murah untuk live streaming
Redmi 10A(2+32GB)
Semak Redmi 10A(2+32GB) harga dibawah:
add_circle Prosesor MediaTek Helio G25 kuat
add_circle Menggunakan sistem operasi terbaru
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Resolusi kamera terhad
  • Chipset: MediaTek Helio G25
  • OS: Android 11, MIUI 12.5
  • RAM: 2GB
  • Storage: 32GB
  • Saiz Skrin: 6.53 inci, HD+
  • Resolusi: 720 x 1600 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 13MP (belakang) 5MP (depan)

Redmi 10A merupakan antara salah satu telefon Android yang murah di pasaran untuk anda dapatkan sekarang. 

Telefon pintar ini dikuasakan oleh prosesor MediaTek Helio G25 yang mampu berikan kekuatan dan prestasi terbaik. 

Dengan CPU Octa-Core kecepatan hingga 2.0GHz dan GPU ARM GE8320 kecepatan hingga 650MHz, smartphone ini mampu menjalankan tugas-tugas harian dengan lancar.

Paparan IPS LCD HD+ 6.53 inci pula boleh menghasilkan visual yang jelas dan butiran untuk pengalaman menonton video-video kegemaran anda.

Selain itu, Redmi 10A turut disertakan dengan bateri besar 5000mAh yang tahan lama, jadi tiada masalah untuk guna handphone murah terbaik ini sepanjang hari.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 11, handphone ini juga dapat mengakses ciri-ciri terbaru yang ada.

Smartphone murah untuk ayah
NOKIA 5310
Semak NOKIA 5310 harga dibawah:
add_circle Rekaan ringkas & ringan
add_circle Bateri boleh dicabut & mudah ditukar
add_circle Ada fungsi asas
remove_circle Tidak boleh muat turun aplikasi terkini
remove_circle Saiz RAM & storan dalaman kecil
  • Chipset: MT6260A
  • OS: Series 30+ 
  • RAM: 8MB
  • Storage: 16MB
  • Saiz Skrin: 2.4 inci
  • Resolusi: QVGA
  • Bateri: 1200 mAh, removable
  • Kamera: VGA

Nokia 5310 sememangnya akan mengembalikan nostalgia buat anda yang pernah melihat atau menggunakan telefon jenama ini. 

Model ini merupakan keluaran tahun 2020 dari Nokia dan ia masih releven dan sesuai untuk dijadikan sebagai handphone murah tahan lasak.

Handphone ini dilengkapi dengan paparan QVGA 2.4 inci yang jelas dengan visual yang memuaskan untuk anda jadikan telefon ini sebagai phone backup.

Dengan RAM 8MB dan storan dalaman 16MB, Nokia 5310 juga dilengkapi dengan slot microSD dan saiz storan boleh ditambah sehingga 32GB.

Dikuasakan dengan sistem operasi Series 30+ dan dikuasakan oleh pemproses MT6260A, Nokia 5310 memberikan anda prestasi yang lancar dan efisien. 

Pada bahagian bateri pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri 1200 mAh dan boleh bertahan sepanjang hari walaupun anda gunakannya untuk mendengar lagu seharian.

Menariknya, turut ada fungsi asas seperti Stopwatch, Kalkulator, Kamus Elektronik, Memo, Kalender dan Notepad juga disertakan dalam telefon pintar murah ini.

Smartphone murah untuk gaming
Oppo
Oppo A31
Semak Oppo A31 harga dibawah:
add_circle Akses keselamatan fingerprint di bahagian tepi phone
add_circle Bateri besar dan tahan lama
add_circle Kamera berkualiti
remove_circle Tidak ada pengecasan pantas
remove_circle Versi Android lama
  • Chipset: Mediatek MT6765V/CB Helio P35 (12nm)
  • OS: Android 9.0 (Pie), ColorOS 6.1
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.5-inch
  • Resolusi: 720 x 1600
  • Bateri: 4230 mAh
  • Kamera: 12MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (depth) 8MP (swafoto)

Oppo A31 hadir dengan saiz skrin sebesar 6.5 inci, dengan nisbah screen-to-body mencapai 82.4%. Ia menjadikan paparan visual anda pada phone kelihatan luas. 

Selain itu, ia berjalan di atas sistem operasi  Android 9.0 (Pie) dengan ColorOS 6.1. Anda tentu akan dapat menikmati penggunaan telefon pintar yang lancar serta mudah digunakan.

Jika anda gemar mengambil gambar, telefon pintar murah ini hadir dengan tiga kamera dia bahagian belakang. Kamera utama 12 MP disokong oleh dua kamera 2MP (marco & depth) untuk hasil gambar yang memukau.

Untuk gambar swafoto, anda akan dapat kamera hadapan 8 MP bagi menghasilkan gambar selfie yang jelas dan tajam. 

Dikuasakan oleh chipset Mediatek MT6765V/CB Helio P35, dan dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB, Oppo A31 akan memastikan anda mampu melakukan kerja multitask dengan lancar dan mempunyai ruangan yang cukup untuk segala aplikasi, gambar serta video.

Smartphone murah untuk travel
ZTE
Zte Blade A3
Semak ZTE Blade A3 harga dibawah:
add_circle OS Android Go Edition
add_circle Bateri smart power saving
add_circle Selesa dipegang di tangan
remove_circle RAM kecil 1GB
  • Chipset: Quad-Core ARM Cortex A53 1.4 GHz
  • OS: Android 9 Go
  • RAM: 1GB
  • Storage: 32GB
  • Saiz Skrin: 5.45 inci, HD+
  • Resolusi: 1440 x 720 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 5MP (belakang) 2MP (depan)

ZTE Blade A3 dikuasakan dengan pemproses Quad-Core ARM Cortex A53 1.4 GHz, memastikan prestasi yang lancar untuk tugasan harian anda.

Menggunakan sistem operasi Android 9 Go, ia menawarkan antara muka yang mesra pengguna dan fungsi yang cekap.

Untuk kamera, anda akan dapat menggunakan kamera 5MP pada kamera utama dan 2MP untuk kamera hadapan.

Kamera utama memiliki resolusi foto maksimum 3264 x 2448 dan menyokong rakaman video pada 720p, membolehkan anda merakam kenangan dengan jelas.

Selain itu, turut dilengkapi dengan paparan skrin HD+ 5.45 inci dengan 16 juta warna, memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan dan menyeronokkan.

Smartphone murah untuk pelajar
Sony
Sony Xperia XZ3
Semak Sony Xperia XZ3 harga dibawah:
add_circle Kamera yang bagus
add_circle Paparan skrin OLED terbaik
remove_circle Sensor cap jari di belakang telefon
  • Chipset: Snapdragon 845 
  • OS: Android 9.0, boleh naik taraf ke Android 10
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Saiz Skrin: 6.0 inci
  • Resolusi: 1440x2880 piksel
  • Bateri: 3300 mAh
  • Kamera: 19MP (utama) 13MP (swafoto) 

Telefon Sony Xperia XZ3 dilengkapi 4G LTE dan mempunyai paparan skrin OLED 6.0 inci, memberikan anda visual yang menakjubkan pada resolusi 1440x2880 piksel.

Reka bentuk yang ramping dipadankan dengan satu slot SIM nano, menawarkan hubungan yang lancar.

Dengan menggunakan sistem operasi Android 9.0, boleh naik taraf ke Android 10, dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, Xperia XZ3 memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dan responsif. 

RAM 4GB dan storan dalaman 64GB pula cukup untuk menyimpan aplikasi dan fail anda, dan boleh melakukan multitask dengan lancar.

Untuk kamera, 19MP dual pixel pada kamera utama dan 13MP pada kamera swafoto, memastikan setiap gambar diambil dengan jelas.

Xperia XZ3 menyokong pengecasan pantas pada 18W, dan bateri 3300mAh membolehkan anda menggunakan telefon ini sepanjang hari.

Bagaimanapun, telefon murah ini merupakan telefon tepakai, tetapi masih lagi dalam keadaan yang sangat bagus berdasarkan review orang ramai.


Tips Sebelum Beli Telefon Murah

Kebiasaannya ramai menganggap telefon murah ini telefon yang tidak berkualiti atau cepat rosak.

Tapi sebenarnya tidak sebab sekarang banyak telefon pintar murah di pasaran dijual dengan kualiti yang baik.

Bagaimanapun sebelum membuat pembelian, anda perlu tahu tujuan sebenar membeli telefon dengan bajet bawah RM300. 

Selalunya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang simple seperti WhatsApp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon. 

Namun, anda juga patut membuat perbandingan sebelum buat pembelian, antaranya:

  • Saiz skrin yang besar
  • Menyokong microSD
  • Chipset berkualiti
  • RAM yang mencukupi
  • Kapasiti bateri minimum 3000 mAh
  • Lengkap semua sambungan komunikasi seperti WiFi, 4G dan Bluetooth

Malah, disebabkan harga yang ditawarkan rendah, jadi mungkin tak banyak model menawarkan storage besar. 

Jadi, kalau dapat memilih model yang menyokong microSD itu adalah lebih baik dan pastikan RAM pada telefon berkenaan mencukupi. 

Dengan harga RM300, RAM yang ditawarkan adalah sekitar 1GB hingga 4GB, jadi kalau dapat memilih RAM yang tinggi itu lebih baik.

Kalau anda masih dalam bajet dan perlukan telefon pintar murah, mungkin anda boleh dapatkan smartphone secondhand. Jom ikuti tips dari video di bawah. 


Bagaimana Pilih Phone Murah Yang Sesuai Untuk Saya?

Bila tengok fon murah, mesti kita akan fikir telefon tu tiada kualiti atau mungkin tak boleh pakai lama.

Bagaimanapun, di pasaran sekarang banyak telefon pintar yang murah ditawarkan bersama dengan kualiti setanding dengan smartphone jenama mahal.

Sebelum membuat pembelian ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Jadi ini adalah cara memilih dan membeli smartphone murah.

Tahu Tujuan Membeli Smartphone Murah

Sebelum anda bersetuju untuk membeli telefon pintar murah, anda perlu tahu apa tujuan anda membelinya. 

Kebiasaannya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang asas seperti WhatsApp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon. 

Jadi ianya tidak sesuai jika anda mahu smartphone bagi tujuan penggunaan yang berat.

Senaraikan Spesifikasi Yang Diperlukan

Bila dah faham tujuan beli smartphone murah, kemudian anda senaraikan pula spesifikasi yang anda perlukan atau yang anda mahu. 

Boleh lihat kualiti kamera yang anda mahu, berapa besar RAM dan ROM yang anda perlukan, dan juga kapasiti bateri yang sesuai dengan penggunaan anda. 

Padankan spesifikasi-spesifikasi ini dengan gaya penggunaan anda.

Baca Review

Sekarang ini mudah untuk baca ulasan tentang sesebuah smartphone yang kita ingin sebelum buat pembelian. 

Lakukan sedikit kajian tentang smartphone murah pilihan anda itu di YouTube, Blog, website dan sebagainya. 

Jangan terburu-buru buat keputusan. 

Pastikan Ia Bukan Scam

Sekarang memang banyak kes scam melibatkan pembelian telefon pintar. Jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi. 

Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana ia mungkin bukan kedai sebenar.

Warranty

Walaupun anda membuat pembelian telefon pintar murah, pastikan anda mendapat warranty yang sepatutnya. 

Walaupun wang yang dikeluarkan tidak begitu banyak, tetapi ianya tetap hak anda untuk mendapatkan warranty

Ini akan berguna sekiranya smartphone anda bermasalah di kemudian hari jadi ketahui tempoh jaminan dan jaminan itu datangnya dari siapa.


Artikel Berkaitan

End of Article