Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Laptop Saiz Mini Tidak Lebih Daripada RM1,500 Yang Praktikal

Kompak dan mudah dibawa serta harga mesra poket

Product in this article

Ramai orang yang memerlukan laptop tidak kira untuk penggunaan di tempat kerja, berniaga mahupun untuk mereka yang ingin ke sekolah. Laptop sudah menjadi suatu keperluan di dalam kehidupan masyarakat pada zaman kini terutamanya semenjak semakin ramai yang melakukan kerja dari rumah dan tidak lagi memerlukan pekerja untuk sering berada di pejabat.

Apakah kelebihan dan kekurangan laptop mini berbanding yang biasa?

Diketahui umum, laptop mini ada kelebihannya berbanding yang biasa adalah dalam bentuk saiz, berat dan menjimatkan ruang. Jika anda lebih banyak menghabiskan masa bekerja di luar berbanding di pejabat atau rumah, laptop mini direkomendasi relevan untuk kegunaan anda. Tetapi laptop mini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Ruang memori dan penyimpanan data tidak boleh terlalu berat atau banyak. 

Tidak relevan juga untuk anda yang melakukan kerja dengan menggunakan grafik. Namun, ada juga beberapa kelebihan lain yang terbaik boleh didapati daripada laptop mini ini. Jom lihat senarai laptop mini terbaik dan sesuai untuk anda;

10 Laptop Mini Relevan Untuk Kegunaan Harian

HP Steam Pro 11 Notebook

RM 499
HP
1. HP Steam Pro 11 Notebook
Laptop paling murah dan ringan – mudah untuk kegunaan pelajar

CPU : Intel® Celeron®  Grafik : Intel® HD Graphics  Memory : 2GB  | Storage : 32GB SSD  | Skrin : 12” LED  | Berat : -

Laptop mini ini dilengkapi dengan sistem operasi Windows 10 dan unit pemprosesan daripada Intel Celeron. Mempunyai ruang penyimpanan data tidak terlalu besar tetapi ianya tidak akan membuatkan laptop anda mudah lagging jika membuka ‘browser’ berlainan dalam satu masa yang sama. 

Berfungsi bagaikan laptop konvensional yang lain, ianya didatangi dengan bateri Li-ion untuk jangka masa lebih lama dari biasa.

Acer Aspire One Cloudbook

RM 599
Acer
2. Acer Aspire One Cloudbook
Laptop mini dengan spesifikasi yang tinggi

CPU : Intel Celeron M  | Grafik : Integrated  | Memory : 2GB  | Storage : 32GB SSD  | Skrin : 14” LED  | Berat : -

Skrin multitouch yang begitu popular ketika ini menjadi pilihan ramai pengguna dengan kewujudan komputer riba atau laptop serbaguna seperti ini. Rekabentuk yang mudah dan tidak membebankan pengguna tanpa mengorbankan ciri-ciri unik komputer tersebut. Dengan kapasiti sebesar 32GB ia bakal menjadi teman bekerja anda yang utama.

JOI Book 80

RM 929
JOI
3. JOI Book 80
Laptop mini lengkap dengan bateri Lithium-ion Polymer

CPU : Intel® Celeron® Dual-core N3350  Grafik : Intel® HD Graphics 500MHZ  Memory : 4GB LPDDR3  | Storage : 64GB eMMC  | Skrin : 12.5” FHD IPS  | Berat : 1063g

Laptop mini ini sangat ringan dan tidak membebankan anda untuk membawanya dengan hanya menggunakan beg tangan atau beg galas. Anda boleh lakukan kerja pada bila-bila masa, tak kira dimana jua. Ianya sangat sesuai untuk pelajar, mahasiswa dan juga kegunaan guru. 

Ruang penyimpanan data seluas 64GB membolehkan anda menyimpan dokumen-dokumen penting tanpa perlu mengalihkannya ke storage yang lain.

Lenovo ThinkPad X240 Ultrabook

RM 1039.2
Lenovo
4. Lenovo ThinkPad X240 Ultrabook
Laptop bersaiz kecil dengan kapasiti yang luas dan besar

CPU : Intel® Core i5 – 4200U 1.6GHz Turbo Boost  | Grafik : Intel HD4400 DDR3 Graphics  | Memory : 4GB DDR3  | Storage : 500GB HDD SATA  | Skrin : 12.5” HD LED  | Berat : -

Laptop mini ini sangat mudah dikendali dan dibawa ke mana sahaja dengan pelbagai ciri-ciri kemudahan yang bakal disediakan. Selain ringan, ia juga memiliki teknologi canggih yang mampu untuk mengatasi kebanyakan laptop biasa di pasaran. 

Dengan rekabentuk versatil dan canggih menjadikan ia antara laptop pilihan orang ramai ketika ini. Saiznya sahaja kompak tetapi masih mampu berprestasi seperti laptop konvensional yang lain.

Asus Vivobook Max (X441M)

RM 1350
Asus
5. Asus Vivobook Max (X441M)
Sesuai untuk pelajar universiti – lakukan tugasan kuliah lebih mudah

CPU : Intel® Celeron® Dual-core N4000  Grafik : Integrated Intel® Graphics  Memory : 4GB DDR3  | Storage : SATA 500G 5400RPM 2.5’ HDD  | Skrin : 14” HD LED Back-lit Antiglare  | Berat : 1.6kg (without battery)

Chromebook ini adalah sejenis komputer berwajah baru yang bukan sahaja kecil malah memiliki keunikan ciri-ciri tersendiri. Ia juga boleh beroperasi dengan pantas serta menawarkan kepada pengguna dengan ribuan aplikasi untuk digunakan. 

Laptop ini mempunyai anti virus yang sudah siap dibina dari dalam demi keselamatan data anda. Sesuai untuk pelajar dan mahasiswa yang memerlukan laptop serbaguna.

Lenovo Ideapad Miix D330-10igm 81h3003wmj

RM 1095
Lenovo
6. Lenovo Ideapad Miix D330-10igm 81h3003wmj
Laptop mini sesuai untuk kegunaan si kecil

CPU : Intel® Celeron® N4000  Grafik : Integrated Intel® UHD Graphics  Memory : 4GB  | Storage : 64GB eMMC  | Skrin : 10.1” HD  | Berat : 600g (Tablet), 1.12kg (with keyboard)

Jika anda ingin memberi hiburan buat si kecil semasa travelling atau keluar bersantai bersama keluarga, bawa bersama laptop mini daripada Lenovo ini. Ianya sesua untuk kegunaan si kecil kerana boleh berfungsi samada seperti tablet atau laptop biasa. 

Sistem operasi laptop ini adalah Windows 10 yang memudahkan anda melakukan kerja dimana-mana sahaja. Bersaiz kompak dan ringan, anda boleh meletakkannya di dalam beg tangan tanpa terasa ‘berat’.

HP Elitebook 725 G2 Ultrabook Design

RM 1113
HP
7. HP Elitebook 725 G2 Ultrabook Design
Terbaik untuk gaming – prestasi memuaskan seperti laptop biasa

CPU : AMD A8 Pro 7150B Quad-core Processor 3.20GHz Turbo Boost  | Grafik : AMD Radeon R5  | Memory : 8GB DDR3  | Storage : 128GB SSD SATA  | Skrin : 12.5” HD LED Antiglare  | Berat : -

Jika anda tidak bekerja dengan laptop, anda masih boleh bermain game dengan laptop jenis Elitebook ini. Saiz dan sistem operasi boleh dikatakan setanding dengan laptop lain yang lebih mahal darinya, membolehkan anda untuk menenangkan fikiran sambil bergaming tanpa perlu membelanjakan lebih wang untuk kepuasan yang maksimum.

Acer Chromebook 11 (C733 – C8R2)

RM 1159
Acer
8. Acer Chromebook 11 (C733 – C8R2)
Laptop mini dengan bateri tahan lama dan lasak

CPU : Intel® Celeron® N4100 Processor1.1GHz  Grafik : Intel® HD Graphics 500 Memory : 4GB LPDDR4  | Storage : 32GB eMMC  | Skrin : 11.6” ComfyView  | Berat : 1.26kg

Laptop jenis Chromebook ini sudah semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana saiznya yang kecil dan rekabentuknya yang menawan. Dengan harga mampu untuk dimiliki, anda boleh menjadi kagum dengan ketahanan bateri dari komputer berjenama Acer ini. Sesuai dibawa untuk  travel dan ke mana sahaja tanpa rasa ragu.

Acer Aspire ES11 ES-1-132-C129

RM 1319
Acer
9. Acer Aspire ES11 ES-1-132-C129
Terbaik untuk kegunaan mereka grafik / design bangunan

CPU : Intel® Celeron® N3350, 1.1 GHz; Dual-core  Grafik : Intel® HD Graphics 500 DDR3L  | Memory : 4GB  | Storage : 500GB Hard Drive  | Skrin : 11.6” ComfyView  | Berat : 1.3kg

Ciri-ciri lengkap pada laptop mini ini dapat membantu anda melakukan kerja merekabentuk dan sebagainya. Dengan saiz yang begitu comel, anda cukup bersedia untuk apa jua keadaan sekalipun anda sedang menguruskan kerja-kerja grafik. 

Unit pemprosesannya pula dilengkapi dengan teknologi Dual Processor yang mampu menampung beban grafik berat tanpa masalah lagging.

Acer Chromebook Spin 11 (CP311-1H-C9K5)

RM 1419
Acer
10. Acer Chromebook Spin 11 (CP311-1H-C9K5)
Laptop mini dengan ciri skrin sentuh

CPU : Intel® Celeron® Quad-core N3450  Grafik : Intel® HD Graphics 500 Memory : 4GB LPDDR4  | Storage : 32GB  | Skrin : 11.6”  | Berat : 1.35kg

Laptop mini ini bukan sahaja boleh berfungsi seperti laptop konvensional yang lain, malahan ianya boleh dijadikan sebagai tablet. Hanya ‘flip’ sahaja skrinnya, laptop ini akan menjadi seperti bentuk buku. 

Sesuai buat anda yang sering melakukan kerja-kerja melakar atau melukis pelan dan reka bentuk, laptop mini dari Acer terbaik untuk kegunaan ini. Tidak perlu gunakan sketchbook, hanya lakarkan visual di alam maya dengan baik agar tampil lebih ‘real’.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article