Product in this article

Pada era ini laptop merupakan keperluan untuk hampir semua orang. Dengan kehadiran laptop, banyak kerja yang dapat dilakukan.

Untuk memastikan laptop yang dibeli kena dengan keperluan anda, berikan perhatian kepada perkara yang penting sahaja untuk memastikan harga laptop yang dibeli adalah murah dan berbaloi. 

Bagaimana cara untuk mendapatkan laptop berkualiti dengan harga yang murah?

Laptop yang bagus adalah laptop dengan spesifikasi berkuasa, ringan, mempunyai rekaan menarik dan premium serta binaan tahan lasak. Jika anda mahu menjimatkan duit, dapatkan laptop yang bagus dengan harga murah.

Berikan perhatian ekstra ketika membeli laptop. Yang paling penting ialah laptop tersebut perlu mempunyai cip yang berkuasa. 

Disarankan anda untuk mencari laptop yang menggunakan sekurang-kurangnya cip i3 untuk Intel dan Ryzen 3 untuk AMD untuk pastikan laptop yang anda beli mampu bertahan selama mungkin tanpa sebarang lag dan murah. Untuk jenis simpanan pula, laptop yang menggunakan SSD adalah lebih laju berbanding HDD.

Ayuh lihat senarai laptop dibawah RM2,000; 

10 Laptop Murah Dibawah RM2,000

Lenovo
1. Lenovo IP330-15IKBR – 81DE01Y8MJ
Laptop untuk kegunaan di pejabat, lakukan tugasan lebih pantas

CPU : Intel i3-8130U  | Grafik : MX150 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 15.6” HD  | Berat : 2.2kg

Lenovo merupakan pengeluar laptop yang mempunyai spesifikasi tinggi pada harga mampu milik. Jika anda mencari sebuah laptop dengan prestasi terbaik pada harga murah, anda pasti tidak akan menyesal memilih laptop Lenovo. 

Laptop ini bukan sahaja mempunyai cip yang berkuasa, ia juga dilengkapi dengan Nvidia MX150 yang menjadikannya berkeupayaan grafik luar biasa. Sesuai digunakan di pejabat kerana ianya mempunyai fungsi yang cukup lengkap.

HP
2. HP 14S-DK0107AU
Laptop untuk edit video dengan paparan visual menarik

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 256GB SSD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Laptop ini mampu digunakan untuk mengedit video kerana mempunyai spesifikasi yang cukup bagus. Ryzen 5 yang setara dengan Intel i5 mampu menjimatkan masa anda untuk ‘render’ video. Ia juga mempunyai skrin beresolusi tinggi FHD, dilengkapi SSD yang pantas serta cukup ringan untuk dibawa travel iaitu hanya 1.5kg.

Asus
3. Asus A409F-ABV255T
Laptop untuk programming – tiada masalah lagging

CPU : Intel i3-8145U  | Grafik : Intel UHD 620  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SSD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.6kg

Laptop Asus sememangnya tidak asing lagi dalam arena laptop di Malaysia. Laptop bajet daripada Asus ini cukup berkuasa kerana dilengkapi dengan Intel i3-8145U yang mampu memproses dengan cukup laju. Laptop ini juga ringan membolehkan ia mudah dibawa kemana-mana sesuai untuk seorang programmer. 

Dilengkapi dengan SSD yang menjanjikan prestasi stabil tanpa sebarang lag. Namun jika anda perlu menggunakan laptop untuk gaming, saya sarankan anda memilih laptop lain kerana laptop ini tidak mempunyai kad grafik yang khas untuk gaming.

HP
4. HP 14S-DQ1030TU
Laptop terbaik untuk guru, tidak perlu yang mahal asal berkualiti

CPU : Intel i3-1005G1  | Grafik : Intel UHD G1  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 256GB SSD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Kerja-kerja yang dilakukan oleh guru biasanya tidak memerlukan pemprosesan grafik yang terlampau tinggi. Laptop ini mempunyai cip generasi terkini daripada Intel iaitu Intel i-1005G1. Ianya merupakan cip generasi ke-sepuluh oleh Intel yang bermakna ia adalah cip yang lebih efisien berbanding generasi sebelumnya. 

Spesikasi lain juga agak bagus kerana ianya dilengkapi dengan SSD, skrin FHD serta berat hanya 1.5kg.

Lenovo
5. Lenovo Ideapad S340-14API 81NB0081MJ
Laptop gaming bawah RM2,000 – sesi bergaming lebih lancar

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SDD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Untuk melayakkan sebuah laptop menjadi sebuah laptop yang mampu memainkan game, ianya haruslah mempunyai kad grafik dan cip pemprosesan yang bagus. Laptop ini dilengkapi dengan Ryzen 5-3500U serta AMD Vega 8 ATI yang mampu memainkan kebanyakan game dengan lebih lama

Selain itu, ia juga mempunyai kapasiti SSD yang cukup besar serta skrin Full HD. Anda perlu menaiktaraf laptop anda kepada 8GB jika anda mahu menggunakan potensi maksimum laptop ini.

ACER
6. ACER Aspire E5-476G-50WA
Laptop terbaik untuk kegunaan pereka grafik

CPU : Intel i5-8250U  | Grafik : NVIDIA MX150 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 14” HD  | Berat : 2.1kg

Dengan kehadiran Intel i5 dan Nvidia MX150 pada laptop bawah RM2,000, laptop ini mempunyai spesifikasi terbaik yang anda boleh dapat pada harga tersebut. Laptop ini mampu menyaingi prestasi laptop yang berharga hampir dua kali ganda. Terbaik untuk pereka grafik yang ingin melakar rekaan anda tanpa had.

Asus
7. Asus Vivobook Ultra A412 AEK156T
Laptop untuk pelajar universiti – mudah dibawa kemana sahaja

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 256GB HDD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Laptop ini adalah laptop yang berkuasa untuk harganya. Ia dilengkapi dengan cip berkuasa serta kad grafik terbina yang mampu bermain game. Selain itu, SSD yang tersedia mengelakkan berlaku sebarang lag dan amat sesuai digunakan untuk pelajar. 

Dilengkapi dengan skrin berkualiti dengan resolusi FHD yang memberikan pengalaman yang lebih baik. Berat laptop ini cukup ringan dan sesuai untuk dibawa keluar kemana-mana.

Asus
8. Asus Vivobook A412D-AEK268T
Laptop terbaik untuk kegunaan kerja atau berdagang di Forex tanpa gangguan

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SDD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Spesifikasi laptop adalah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan harganya. Ia mempunyai CPU Ryzen 5-3500U yang agak bagus serta simpanan jenis SSD yang berkapasiti besar. Apa yang lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan skrin Full HD serta sangat ringan sekitar 1.5kg sahaja. Dengan kombinasi spesifikasi ini, laptop ini sesuai digunakan untuk kegunaan kerja secara umumnya.

Lenovo
9. Lenovo IP330-15IKB 81DE01YDMJ
Laptop untuk Autocad yang sesuai buat Arkitek

CPU : Intel i5-8250U  | Grafik : NVIDIA MX150 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 2TB HDD  | Skrin : 15.6” FHD  | Berat : 2.2kg

Untuk menjalankan AutoCad, laptop tersebut perlu mempunyai spesifikasi yang tinggi. Laptop ini memenuhi keperluan spesifikasi tersebut kecuali anda perlu menambah sekurang-kurangnya 4GB RAM untuk memastikan AutoCad berjalan dengan lancar. 

Selain daripada itu, ia juga sesuai digunakan oleh arkitek kerana ia mempunyai kad grafik berkuasa yang mampu menjalankan hampir semua perisian seperti Rhino, 3ds Max, ArchiCAD, Revit atau Vectorworks. Ia juga mempunyai kapasiti simpanan yang besar untuk penyimpanan data lebih banyak dan besar.

Dell
10. Dell Inspiron 15 (5575)
Laptop untuk pelajar kejuruteraan – lukis pelan bangunan dengan mudah

CPU : Ryzen 5-2500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 8GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 15.6” FHD  | Berat : 2.2kg

Dengan kehadiran Ryzen 5-2500U, prestasi laptop ini adalah amat bagus, boleh dibandingkan dengan laptop berharga lebih RM2,000. Ia juga dilengkapi kad grafik AMD Vega 8 ATI untuk membolehkan laptop ini menjalankan apa-apa perisian grafik untuk pelajar kejuruteraan. 

Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan 8GB RAM membolekan ia menjalankan pelbagai perisian pada satu-satu masa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article
Selengkapnya Elektronik

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!