Product in this article

Tahun 2020 ini, apakah azam anda untuk tahun ini? Baju baru? Kasut baru? Sofa baru? Langsir baru? Mungkin juga TV baru? Teknologi semakin maju dan canggih. Bukan sahaja tertakluk kepada gajet pintar tetapi juga kepada TV. Kini, TV juga mempunyai sistem multifungsi iaitu samada digunakan untuk tontonan harian dan bergaming.

Apakah perbezaan di antara Smart TV dan Android TV?

Kebanyakan Smart TV memiliki port Ethernet untuk menggunakan router rumah iaitu akses kepada Wi-Fi. Tidak jauh beza dari smartphone, anda juga boleh melayari YouTube dan Netflix dengan menggunakan Smart TV. Manakala Android TV pula, anda boleh layari internet tanpa had dan memiliki spesifikasi lebih tinggi berbanding Smart TV. Anda boleh muat turun aplikasi kegemaran melalui Google Playstore. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis TV sesuai untuk bergaming dan mendengar muzik. Ayuh lihat senarai TV yang multifungsi ini;

10 TV Sesuai Untuk Bergaming Dan Menonton Drama

Isonic
1. Isonic ICT3205 32" LED TV
TV mampu milik dilengkapi core HDMI – setanding jenama mahal
TV mampu milik dilengkapi core HDMI – setanding jenama TV yang mahal
Isonic
1. Isonic ICT3205 32" LED TV
TV mampu milik dilengkapi core HDMI – setanding jenama mahal

Brand : Isonic  | Screen : 32”  | Resolution : HD Ready  | System :  HDMI  | Warranty : 2 years

TV mampu milik dari Isonic ini berbaloi dan sesuai untuk kegunaan di dalam bilik yang sederhana besar. TV buatan Malaysia ini didatangi dengan ciri visual dan bunyi yang berkualiti tinggi serta 3 port HDMI yang penting agar ianya dapat disambung ke dekoder Astro atau siaran lain.

TV berukuran 32” ini juga mempunyai ciri video playback melalui USB Port yang disediakan. Dengan harga yang murah, kualiti keseluruhan TV ini tidak akan mengecewakan pengalaman menonton anda.

TCL
2. TCL Led TV (32D3000)
Berkualiti dijamin terbaik dan lengkap dengan MyTV
TCL
2. TCL Led TV (32D3000)
Berkualiti dijamin terbaik dan lengkap dengan MyTV

Brand : TCL  | Screen : 32”  | Resolution : HD Ready  | System :  HDMI  | Warranty : 2 years

TV buatan Amerika Syarikat ini menawarkan DVB-T2 MyTV dimana anda boleh menonton rancangan diatas talian (online). Dengan resolusi visual 1080p, ianya akan memberi kualiti gambar yang cantik dan lebih terperinci. 

Reka bentuk yang sofistikated akan mudah dipadankan di ruangan dalam rumah anda. Ianya mempunyai bingkai yang nipis bagi menampakkan reka bentuk moden.

Toshiba
3. Toshiba Smart LED TV (40L5650VM)
Dengan ciri screen mirroring, hanya dihujung jari anda
Dengan ciri screen mirroring – hanya dihujung jari anda
Toshiba
3. Toshiba Smart LED TV (40L5650VM)
Dengan ciri screen mirroring, hanya dihujung jari anda

Brand : Toshiba  | Screen : 40”  | Resolution : Full HD  | System :  - |  Warranty : 2 years

Kini anda boleh berkongsi apa jua yang anda inginkan dari smartphone anda ke kaca TV dengan teknologi screen mirroring. Tidak perlu menyambung apa-apa wayar dan anda boleh memaparkannya untuk ikuti langkah yang disediakan melalui sambuungan bluetooth. 

Plus point untuk TV ini adalah ianya merupakan smart TV yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom beli sekarang!

Sharp
4. Sharp Full HD LED TV – DVBT2 (LC40SA5200X)
TV LED terbaik untuk monitor PC
Sharp
4. Sharp Full HD LED TV – DVBT2 (LC40SA5200X)
TV LED terbaik untuk monitor PC

Brand : Sharp  | Screen : 40”  | Resolution : FHD LED  | System :  Aqua Motion 200Hz  | Warranty : 2 years

TV LED dari Sharp ini compatible untuk kegunaan monitor PC. Harganya mampu milik, menjadikan TV ini dapat memberi kualiti gambar lebih jelas, halus dan terang. Sistem X2 Master Engine akan meningkatkan lagi pengalaman video mahupun gambar anda. Dilengkapi dengan Eagle View serta AQUOMOTION LITE berkualiti tinggi.

Sharp menawarkan  perisian Super ECO Mode bagi menambahbaik penggunaan tenaga di skrin TV. Stereo pula menggunakan sistem Sound Reflect Design agar anda boleh menikmati bunyi yang lebih tersusun dan menyeluruh.

Hisense
5. Hisense Led Smart TV (49A5700)
TV Full HD dengan port USB terbaik
TV Full HD dengan port USB terbaik
Hisense
5. Hisense Led Smart TV (49A5700)
TV Full HD dengan port USB terbaik

Brand : Hisense  | Screen : 49”  | Resolution : Full HD  | System :  HDMI  | Warranty : 2 years

Jika anda gemar menonton video playback dari media lain, pastikan TV anda mempunyai port USB. TV daripada Hisense ini mempunyai ciri visual dan bunyi yang tiada kompromi. Dilengkapi dengan sistem Dolby Digital Plus, TV ini setanding dengan jenama TV yang lebih mahal diluar sana. Skrinnya bersaiz 49” cukup besar untuk diletakkan diruang tamu.

Hanya cucukkan sahaja USB ke dalam port yang disediakan, anda sedia untuk menonton movie yang di muat turun. Pastikan tiada virus, tau!

Philips
6. Philips 4K UHD Smart LED TV (50PUT6002S)
Smart TV dengan 4K beresolusi tinggi
Smart TV dengan 4K beresolusi tinggi
Philips
6. Philips 4K UHD Smart LED TV (50PUT6002S)
Smart TV dengan 4K beresolusi tinggi

Brand : Philips  | Screen : 50”  | Resolution : 4K UHD  | System : HDMI  | Warranty : 2 years

Skrin smart TV ini bersaiz 50 inci memudahkan anda untuk bergaming dan menonton rancangan kegemaran di Netflix atau YouTube dengan baik. Resolusi visualnya pula adalah 4K UHD yang memaparkan 8 juta piksel lebih tepat pada imej paparan serta dilengkapi dengan Upscaling Engine dan Ultra Resolution yang memberi gambaran lebih jelas. 

Bagi anda si kaki gamers dan movie mania, lebih elok jika anda membeli smart TV jenama Philips ini untuk pengalaman menonton sambil bergaming dengan lebih lancar.

Haier
7. Haier 4K Smart LED TV (LE55K6500UA)
TV dengan teknologi smart share – kongsi momen anda
Haier
7. Haier 4K Smart LED TV (LE55K6500UA)
TV dengan teknologi smart share – kongsi momen anda

Brand : Haier  | Screen : 55”  | Resolution : 4K UHD  | System : Android OS  | Warranty : 2 years

Smart TV dari jenama Haier ini dilengkapi dengan sistem smart share yang membolehkan anda berkongsi samada gambar, video atau game di TV. Dilengkapi dengan resolusi 4K Ultra HD Protection, visual yang dipaparkan lebih jelas dan terang untuk tontonan anda. Menggunakan sistem operasi Android, anda juga boleh melayari internet atau muat turun aplikasi untuk bergaming.

Revolusi smart TV terbaru dari Haier ini dengan rekaan ‘ultra-slim bezel’, menjadikannya antara TV pilihan pengguna.

LG
8. LG HDR Smart TV with AI (49UM7300)
TV terbaik untuk bergaming – sesuai menggunakan konsol PS4
TV terbaik untuk bergaming – sesuai menggunakan konsol PS4
LG
8. LG HDR Smart TV with AI (49UM7300)
TV terbaik untuk bergaming – sesuai menggunakan konsol PS4

Brand : LG  | Screen : 49”  | Resolution : 4K UHD  | System :  Multi-HDR  | Warranty : 2 years

Jika anda gemar bermain game, lengkapi rumah dengan TV daripada LG ini. Ianya sesuai digunakan untuk konsol game PS4. TV flat-screen ini berukuran 49” dan mempunyai resolusi gambar 4K, bersesuaian dengan game yang dimainkan dalam PS4. Visualnya akan nampak seakan-akan seperti realiti. Sistem audionya juga pasti akan memberi kepuasan hati dan kedengaran meluas.

Sony
9. Sony 55 Inch UHD Smart TV 4K KD-55X7000G
Smart TV yang boleh disambung terus ke Wi-Fi
TV kelas pertengahan berkualiti dan tahan lama
Sony
9. Sony 55 Inch UHD Smart TV 4K KD-55X7000G
Smart TV yang boleh disambung terus ke Wi-Fi

Brand : Sony  | Screen : 55”  | Resolution : 4K UHD  | System :  4K Dynamic Range  | Warranty : 2 years

Smart TV semakin berleluasa digunapakai oleh isi rumah pada masa kini. Ianya boleh disambung ke WiFi dan selalunya, Smart TV sudah mempunyai aplikasi yang telah dimuat turun seperti Youtube di dalamnya. 

Berukuran 55”, smart TV Sony ini mempunyai ciri “awesome” seperti 4K X-Reality Pro untuk kualiti gambar yang lebih terang dan ClearAudio+ untuk bunyi yang menakjubkan. Bergaming pada bila-bila masa sahaja!

Samsung
10. Samsung Curved Smart 4K UHD TV (UA65RU7300KXXM)
Resolusi 4K yang unggul untuk kepuasan menonton filem di rumah
TV 65inci UHD reka bentuk melengkung – TV 4K premium terbaik
Samsung
10. Samsung Curved Smart 4K UHD TV (UA65RU7300KXXM)
Resolusi 4K yang unggul untuk kepuasan menonton filem di rumah

Brand : Samsung  | Screen : 65”  | Resolution : 4K UHD  | System :  HDR |  Warranty : 2 years

Nikmati imej lebih jelas dengan TV UHD ini yang mempunyai 4 kali lebih pixel dari TV Full HD. Ianya juga memberi perincian skrin terang dan gelap secara tepat. Ciri PurColour semestinya akan memberi pewarnaan yang meriah dikaca TV anda. Perincian kecil pada imej akan mudah dikenalpasti dengan adanya UHD Dimming.

Reka bentuk yang slim dan bergaya moden sesuai untuk isi rumah masa kini. Boleh diletakkan di ruang tamu dan masa untuk bersantai bersama keluarga.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Elektronik

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!