Kebelakangan ini terlalu banyak pilihan terutama jika anda ingin mencari headset yang berasaskan bluetooth kerana setiap tahun ada pelbagai keluaran baru yang tiba di pasaran.

Kebanyakan headphone ini pula datang dengan pelbagai fungsi menarik untuk setiap lapisan umur dengan wujudnya konsep  tanpa wayar dan mudah untuk dikendalikan tanpa tangan melalui telefon pintar sahaja. Bukan itu sahaja kecanggihan yang ditawarkan pula seringkali membuatkan anda begitu teruja untuk memilikinya.

Berikut merupakan pilihan headset berasaskan bluetooth yang terbaik kini di pasaran untuk pilihan anda semua.

1. Beats Studio TM-028 Headphones 

Terbaik untuk kegunaan PC dan Android

Harga mulai RM20.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM20.00

Kepada mereka yang gemar menggunakan headset ketika menonton PC atau telefon bimbit, headset keluaran Beats Studio ini adalah yang terbaik ketika ini. Dengan bunyi stereo super bass dan menggunakan sambungan Bluetooth tanpa wayar, ia turut dilengkapi dengan binaan mikrofon alaman. Ia juga boleh disambungkan dengan peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth dan apa yang paling menarik ialah headset ini tanpa wayar untuk kemudahan anda.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. EcoSport Noise Canceling Sweat-proof Bluetooth Headset

Terbaik untuk jogging dan olahraga

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM30.00

Rekabentuk yang selesa dan hebat ini muat dengan cukup selesa pada telinga anda untuk pemakaian jangka panjang. Selain itu ia juga turut dilengkapi dengan teknologi  penghapusanbunyi bising untuk keselesaan pendengaran anda. Kebaikannya untuk atlet olahraga, yang berlari dan berjogging adalah kerana mikrofonnya tanpa wayar dan memudahkan anda untuk mengendalikannya ketika melakukan sebarang aktiviti tanpa mengganggu konsentrasi anda.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Ekstra: Jangan Tak Beli! Headphones Bluetooth Wayarles Yang Terbaik Tapi Tak Mahal!

3. Original QCY QY8 Bluetooth V4.1 In-ear Headset

Terbaik untuk kegunaan iPhone dan Samsung Galaxy

Harga mulai RM99.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM99.90

Kepada pengguna tegar Iphone dan Samsung, headset ini adalah pilihan tepat untuk anda yang memberikan kemudahan kepada anda melalui teknologi Bluetooth tanpa wayar. Melaluinya anda boleh berbual panjang dan memainkan muzik untuk jangka panjang, selain dengan kewujudan resonan bass yang jelas dan pengasingan bunyi yang hebat untuk keselesaan anda. Selain itu ia amat sesuai untuk mereka yang lasak kerana ia bersifat ringan dan kalis peluh.

4. QNIGLO BH-23 Wireless Bluetooth Headset

Terbaik untuk Smule dan mendengar muzik

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM39.90

Headphone dari jenama Qniglo ini bakal memberikan kepada anda kepuasan maksima terutama ketika besmule dan mendengar muzik. Dengan pelbagai fungsi termasuk penghapusan bunyi bising, bunyi luarbiasa ketika mendengar lagu, mudah alih, mikrofon binaan dalaman dan headphone yang bersifat tanpa wayar memberikan kemudahan kepada anda. Kepada mereka yang inginkan bunyi yang jelas ketika mendengar muzik sudah tentu akan menggemari headset dari jenama ini.

5. 0.5oz Premium Wireless Bluetooth Car Earpiece

Terbaik untuk kegunaan topi keledar

Harga mulai RM99.99

shopping_cart Lazada Malaysia RM99.99

Headset berasaskan bluetooth tanpa wayar ini adalah salah satu produk popular yang menjadi pilihan ramai kerana membenarkan anda untuk mengendalikan perbualan bebas tangan dan mendengar muzik walaupun ketika anda sedang asyik menjalankan aktiviti yang lain. Anda boleh menjawab panggilan dan menukar pada mod mendengar muzik dengan begitu mudah. Tanpa menggunakan wayar, tiada apa yang mengganggu konsentrasi anda ketika membawa kereta dan ketika belayar.

6. IUNYK New Wireless Headphone Bluetooth

Terbaik untuk semua jenis telefon bimbit termasuk Nokia dan Oppo

Harga mulai RM19.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM19.90

Tidak kira walau apa sahaja jenis telefon bimbit yang anda pakai, headset berasaskan Bluetooth tanpa wayar dari jenama ini boleh memberikan solusi mudah buat anda. Sesuai dengan semua jenis telefon bimbit lebih-lebih lagi Nokia dan Oppo, anda boleh mendengar muzik sepanjang masa dan berbual lama menggunakan headset ini. Headset ini turut menyokong mikro SD dan fungsi FM untuk mendengar radio serta gantian dua peralatan sekaligus.

7. Magnet Wireless Earphones Headset 

Terbaik untuk telefon bimbit ASUS

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM99.00

Kepada pengguna telefon bimbit ASUS kini anda tidak perlu gentar dengan wujudnya headset berasaskan Bluetooth tanpa wayar keluaran Magnet ini, kini anda memiliki headset yang cukup serasi dengan telefon bimbit ASUS milik anda. Dengan rekabentuk magnetik di mana anda boleh menyarungkannya ibarat barang kemas di leher anda di samping kebolehannya untuk bereaksi kepada pelbagai jenis bunyi.

8. Edifier W800BT High Quality Bluetooth Headphones

Terbaik untuk video call

Harga mulai RM179.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM179.00

Kepada mereka yang selalu membuat panggilan video itu, inilah peralatan yang sangat sesuai untuk anda yang demikian. Berfungsi selama 35 jam, ia dilengkapi dengan teknologi Bluetooth 4.1 dan kapasiti bateri sehingga 1400mAh. Headset hebat ini dengan ciri-ciri seperti pengasingan bunyi bising, mikrofon binaan dalaman, kawalan suara dan fungsi untuk menjawab dan menamatkan panggilan. Anda juga diberikan waranti selama setahun untuk produk ini.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aznor

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!