Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
headphone malaysia 2021

12 Headphone Wireless Murah Terbaik 2024 (Bawah RM100)

Senang pakai, bawa dan audio sedap dengan headphone ini!

Headphone wireless atau headset bluetooth on-ear biasanya lebih ringan dan lebih selesa untuk dipakai untuk jangka masa yang lama berbanding dengan model over-ear

Tapi, kebanyakan headphone wireless terbaik dalam kategori kedua mempunyai bunyi yang lebih baik kerana mempunyai sistem driver audio yang lebih besar. 

Buat yang sedang mencari headphone bluetooth terbaik dengan jenama yang bagus atau headphone budget terbaik, kami ada sediakan beberapa pilihan jenama headphone terbaik dibawah.

Ada juga headphone untuk gaming siap ada mic untuk tingkatkan pengalaman gaming anda.

Jangan risau, kami sediakan sekali review headphone terbaik dan headphone wireless best untuk anda beli terus.


Senarai 12 Headphone Bluetooth Wireless Terbaik

Headphone wireless terbaik secara keseluruhan
Baseus
Baseus D02 Pro Encok Wireless Headphone
Semak Baseus D02 Pro Encok Wireless Headphone harga dibawah:
add_circle Boleh sambung pada jarak 10 meter
add_circle Signal yang lebih stabil
add_circle Adjust untuk keselesaan
remove_circle 2 pilihan warna sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

Headphone dari jenama Baseus ini menggunakan pemandu audio 40mm yang canggih, memastikan setiap bunyi not dan rentak jelas didengari.

Ciri-ciri:

Dengan teknologi Bluetooth 5.0, anda akan nikmati sambungan yang lancar dan bebas bergerak sehingga 32ft (10m) dari peranti anda.

Direka untuk keselesaan, headphone ini boleh memainkan lagu secara berterusan selama 40 jam dengan sekali pengecasan penuh.

Sementara itu, masa pengecasan pula cuma 1.5 jam sahaja untuk pengecasan penuh, jadi anda tidak perlu menunggu lama.

Baseus D02 Pro tidak hanya memberikan audio yang luar biasa, malas ia meningkatkan keupayaan multitask dengan kebolehan menyambungkan dua peranti secara serentak.

Anda boleh tukar dengan lancar antara telefon dan komputer riba, dan juga boleh mengangkat panggilan pada bahagian sebelah headphone tanpa mengganggu audio pada sebelah lagi headphone.

Selain itu, penggunaan port pengecasan Type-C memastikan headphone ini serasi dengan peranti moden lain, dan turut hadir bersama kabel audio 3.5mm untuk digunakan semasa bateri headphone habis.

Review:

"Headphone ni selesa dipakai, rasa lembut je. Saya dah cuba pada laptop dengan handphone, senang je nak connect. Bunyi pun memang sangat best sampai tak dengar bunyi dari luar."

Headphone wireless gaming terbaik
razer blackshar
Semak Razer BlackShark V2 harga dibawah:
add_circle Mikrofon boleh bengkok
add_circle Fabrik kusyen telinga selesa & besar
add_circle Kawalan mute on/off
add_circle Teknologi Advanced Passive Noise Cancellation
remove_circle Mikrofon pendek
remove_circle Telinga mudah panas

Untuk pengguna yang gemar mendengar lagu dan bermain games, produk jenama BlackShark dari Razer ini direka khas buat anda.

Hal ini kerana kualiti audio bunyi yang dihasilkan setanding dengan harganya. 

Reka bentuk terbaru yang berfungsi seperti 3 mod untuk menghasilkan bunyi dan vokal yang lebih jelas dengan treble dan bass yang lebih kuat.

Dilengkapi dengan mikrofon Razer™ HyperClear Cardioid yang akan capture suara anda yang lebih baik dan mengurangkan bunyi bising. 

Dengan teknologi Advanced Passive Noise Cancellation, headphone ini akan menutup telinga anda sepenuhnya dan membantu mengasingkan bunyi.

Ciri ini akan memberikan fokus yang lebih supaya anda tidak mudah terganggu. 

Tambah lagi, produk ini mempunyai pelapik kepala yang lebih tebal dan pelapik telinga dari foam tebal. 

Turut dilapisi dengan kombinasi kain breathable dan bahan kulit sintetik yang lembut.

Terdapat juga kawalan kelantangan yang diletakkan pada earcup dan kawalan mute on/off untuk mikrofon. 

Sesuai dengan PC, Mac, PS4,Nintendo Switch, Xbox One dan peranti mudah alih dengan port 3.5 mm yang tersedia.

Headphone wireless untuk iPhone
Edifier W600BT-Wireless Minimalist Headphone
Semak Edifier W600BT-Wireless Minimalist Headphone harga dibawah:
add_circle Ada built-in microphone
add_circle Bunyi bass yang kuat
add_circle Rekaan yang ringkas & minimalis
remove_circle Mikrofon hanya boleh digunakan bersama mod Bluetooth
remove_circle Masa pengecasan penuh 3 jam

Ini adalah peranti audio yang paling sesuai untuk mereka yang sering menggunakan PC kerana turut dilengkapi dengan mikrofon. 

Dengan bateri yang mampu bertahan selama 30 jam, model dari Edifier ini juga boleh disambung dengan dua peranti. 

Selain itu, mempunyai port AUX 3.5mm jadi pengguna masih boleh mendengar lagu atau sebarang jenis audio walaupun setelah kehabisan bateri. 

Cara untuk mengawalnya juga senang, anda hanya perlu menekan butang pada bahagian luar headphone ini untuk mengurangkan atau meningkatkan volume audio.

Malah, anda juga boleh menerima panggilan hanya dengan menekan butang pada aksesori audio ini. 

Dengan ciri BluetoothV5.1, sambungannya lebih stabil dan kualiti audio yang dihasilkan lebih jelas.

headphone utk lelaki
Semak Alcatroz X Craft HP Gold Series Bluetooth Wireless Gaming Headphones harga dibawah:
add_circle Mempunyai 7 warna LED
add_circle Mod jimat tenaga
add_circle Sesuai untuk muzik dan gaming
add_circle Bunyi stereo berkualiti tinggi
remove_circle Mikrofon tidak berfungsi dengan baik

Headphone ini membantu anda menikmati kebebasan bergerak tanpa wayar yang mengganggu. 

Direka khas untuk permainan mudah alih serta kualiti bunyi yang hebat dan mikrofon dengan ciri noise cancellation ini akan membuatkan anda merasai keadaan sebenar seperti dalam permainan video.

Menawarkan pengalaman visual yang menarik, headphone ini mempunyai LED dengan 7 pilihan warna. 

Jadi, anda boleh memilih warna yang sesuai dengan gaya permainan anda.

Dengan mod jimat tenaga, anda boleh nikmati masa bermain yang lebih lama tanpa risau tentang kehabisan bateri.

Headphone wireless untuk kanak-kanak & dewasa
B39 Wireless Bluetooth Headphone Wireless
Semak B39 Wireless Bluetooth Headphone Wireless harga dibawah:
add_circle Lampu LED berwarna-warni
add_circle Masa pengecasan sekitar 2 jam
add_circle Boleh dilipat
add_circle Saiz boleh laras
remove_circle Headset sedikit besar

Anda dapat terhubung dengan peranti Bluetooth lain seperti tablet, telefon pintar, atau laptop tanpa rasa serabut dengan kabel. 

Untuk kualiti bunyi, B39 Headset ini mampu memberikan pengalaman audio yang bagus. 

Dilengkapi dengan mikrofon yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon dengan mudah tanpa perlu menekan button di telefon. 

Reka bentuknya juga selesa dipakai, headphone ini boleh dilipat dan mudah dibawa juga sesuai untuk mereka yang sentiasa on-the-go.

Headphone ini juga mempunyai saiz yang boleh disesuaikan, jadi sesuai digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak. 

Terdapat ciri lampu LED yang membuatnya kelihatan lebih menarik. 

Produk ini menawarkan 7 pilihan perubahan warna yang berbeza, jadi headphone ini akan kelihatan bersinar pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda menggunakannya.

Headphone wireless untuk perempuan
Cat ear headphone wireless
Semak Cat ear headphone wireless harga dibawah:
add_circle Masa bercakap 6 jam
add_circle Mempunyai lampu LED berwarna-warni
add_circle Bunyi jelas
add_circle Murah
add_circle Reka bentuk comel
remove_circle Audio kurang memuaskan

Headphone gaya Over-Ear ini bukan sahaja memberikan keselesaan maksimum, tapi juga menawarkan masa penggunaan sehingga 6 jam! 

Anda boleh menggunakan headphone ini dengan pemain media mudah alih, telefon bimbit, komputer, permainan dan lain-lain lagi.

Headphone ini mudah digunakan di mana-mana sahaja. 

Jangan risau, headphone ini menyokong semua jenis telefon mudah alih kecuali model Nokia. 

Mempunyai tempoh penggunaan sehingga 15 jam, memberikan anda kebebasan untuk menggunakan headphone ini tanpa perlu mengecas semula. 

Nikmati sambungan yang lancar dan stabil dengan peranti Bluetooth lain tanpa sebarang gangguan.

Headphone wireless untuk olahraga
Awei Bluetooth Over Ear Headphones A780BL
Semak Awei Bluetooth Over Ear Headphones A780BL harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Boleh dilipat & mudah dibawa
add_circle Masa pengecasan penuh hanya 2 jam
add_circle Stabil
add_circle Kalis air dan tahan peluh
remove_circle Mahal
remove_circle Hanya untuk telefon

Headphone AWEI A780BL dilengkapi teknologi Bluetooth versi 5.0 terkini untuk memberikan prestasi yang stabil, jarak jauh dan ketahanan yang baik. 

Anda boleh mendengar muzik atau bercakap tanpa gangguan daripada isyarat lain. 

Dilengkapi dengan ciri kad TF yang membolehkan anda mendengar muzik dari kad memori tanpa perlu menyambungkannya ke mana-mana peranti lain. 

Dengan reka bentuk ergonomik, earcup headphone ini sangat selesa dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama tanpa rasa sakit. 

Headphone ini membolehkan pengguna mengawal muzik, menerima panggilan dan melaraskan volume terus daripada kepala.

Masa pengecasan hanya 2 jam sahaja dan boleh bertahan dalam mod siap sedia sehingga 300 jam.

Headphone wireless untuk gym
SPRISE
SPRISE DR58 Premium Wireless Bluetooth Earphone
Semak SPRISE DR58 Premium Wireless Bluetooth Earphone harga dibawah:
add_circle Sambungan pada jarak 10 meter
add_circle Kualiti audio HIFI
add_circle Kalis air dan peluh
remove_circle Masa pengecasan 3-4 jam

SPRISE DR58 Premium Wireless Bluetooth Earphones mempunyai pilihan warna Dolomite White, Athens Black, dan Tender Pink yang anda boleh pilih sesuai dengan personaliti anda.

Dengan berat hanya 275g, SPRISE DR58 menawarkan reka bentuk yang ringan tetapi tahan lama.

Selain itu, bersama Bluetooth 5.0 anda boleh nikmati sambungan yang lancar dalam jarak 10 meter, memastikan anda kekal terhubung dengan peranti tanpa sebarang gangguan.

Headphone ini memberikan anda 12 jam masa bercakap jika anda membuat atau menerima panggilan telefon. 

Boleh digunakan bersama sistem Android, iOS, macOS, dan Windows, SPRISE DR58 sesuai untuk pelbagai peranti dan mudah digunakan.

Dengan teknologi HIFI, anda akan merasakan pengalaman audio seperti sedang mendengar konsert secara live.

Untuk yang gemar pergi gymheadphone ini juga merupakan jenis kalis air dan peluh, jadi anda tidak perlu risau jika terkena air peluh.

Headphone wireless untuk PC
Realme
Realme RMA66 Bluetooth Headphone
Semak Realme RMA66 Bluetooth Headphone harga dibawah:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Ringan
add_circle Reka bentuk mudah lipat
remove_circle Kualiti audio yang biasa

Headphone dari jenama Realme ini mempunyai reka bentuk yang elegan dan ciri-ciri terkini, sesuai untuk anda yang sukakan gaya unik.

Dengan sensitiviti sebanyak 102dB dan julat respons frekuensi antara 20Hz hingga 24KHz, headphone ini memberikan pengalaman audio yang jelas dan tajam.

Manakala, rintangan 32Ω memastikan prestasi optimal, sama ada anda mendengar muzik, menonton filem, atau menjawab panggilan.

Sambungan menjadi lebih mudah dengan soket audio 3.5mm, membolehkan anda menikmati lagu kegemaran anda melalui sambungan berkabel jika bateri habis.

Headphone Realme RMA66 menyokong tiga mod penyambungan iaitu; Kad Memori, Bluetooth, dan AUX Berkabel, memberikan anda fleksibiliti untuk memilih cara penyambungan yang dirasakan mudah.

Direka untuk keselesaan, headphone ini ringan dan boleh dilipat, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja dan sesuai digunakan bersama PC kerana tidak akan membuatkan telingan anda rasa sakit jika digunakan lama.

Headphone wireless untuk TV
SonicGear
SonicGear AirPhone 5
Semak SonicGear AirPhone 5 harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan warna menarik
add_circle Sambungan sehingga jarak 15 meter
add_circle Kualiti audio terbaik
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Playback time 10 jam sahaja

SonicGear AirPhone 5 merupakan sebuah headphone jenis over-ear yang direka untuk memberikan pengalaman mendengar yang mendalam dan jelas.

Ia sesuai untuk para peminat muzik yang mahukan headphone jenis portable yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Dengan ciri-ciri Bluetooth dan pilihan Aux-IN, AirPhone 5 memastikan anda kekal tersambung pada peranti anda walaupun selepas kehabisan bateri.

Pemandu audio 40mm, dengan impedans 32 Ohm, memberikan kejelasan tinggi dan bunyi bass yang kuat, meningkatkan pengalaman audio anda ke tahap baru.

Dilengkapi dengan mikrofon dan kawalan muzik, headphone ini menawarkan keselesaan di hujung jari anda untuk urus panggilan dan kawal muzik.

Dengan bateri penuh, anda boleh menggunakan headphone ini selama 10 jam pada volume 70%, dan masa pengecasan hanya selama 2.5 jam sahaja untuk bateri penuh.

Headphone wireless untuk PS5
Lenovo
Lenovo TH30 Bluetooth Headphone
Semak Lenovo TH30 Bluetooth Headphone harga dibawah:
add_circle Fungsi smart touch
add_circle Mengurangkan bunyi dari luar
add_circle Kualiti audio HIFI
remove_circle Bahan binaan dari material plastik

Lenovo TH30 Bluetooth Headphone boleh digunakan bersama dengan pelbagai peranti, dari Android hingga peranti iOS.

Dilengkapi dengan pembesar suara dual power yang mempunyai unit berukuran besar 40mm, Lenovo TH30 memberikan kualiti audio yang mengagumkan yang membuatkan muzik, filem, dan sesi gaming lebih hidup.

Mikrofon CVC statik pula meningkatkan lagi kesan bunyi, menjadikan setiap panggilan dan interaksi lebih jelas dan immersif.

Headphone ini juga turut mempunyai sambungan kabel audio 3.5mm, memastikan pilihan kabel yang boleh dipercayai, manakala teknologi Bluetooth 5.1 memberikan julat sambungan tanpa wayar antara 10 meter ke 15 meter.

Bagi satu penyecasan penuh, anda boleh menggunakan headphone ini selama 7 jam untuk sesi gaming atau 11 jam untuk dengar muzik.

Headphone wireless untuk jogging
Sony
Sony Extra Bass Bluetooth Headphone Wireless Headphones
Semak Sony Extra Bass Bluetooth Headphone Wireless Headphone harga dibawah:
add_circle Bunyi bass yang baik
add_circle Pelbagai pilihan warna
remove_circle Kualiti binaan kurang berkualiti

Sony 650BT Extra Bass Bluetooth Headphone mempunyai sensitiviti 102dB/mW dan impedans 32 ohm, memberikan bunyi yang jelas dan bass yang mendalam serta memastikan setiap rentak dan not dapat didengari.

Sementara itu, sambungan Bluetooth terus ke peranti anda memberikan pengalaman tanpa wayar yang lancar, membolehkan anda bergerak bebas atau pergi jogging bersamanya.

Reka bentuk over-ear yang penuh menutupi telinga menawarkan pemakaian yang selesa, memastikan anda tidak terasa sakit memakainya untuk tempoh yang lama.

Selain itu, turut ada butang kawalan, mikrofon, dan kawalan volume yang akan memastikan ia mudah digunakan secara freehand.


Perbezaaan Headphone & Headset 

Sama tapi tak serupa, itulah gambaran headphone dan headset walaupun kedua-duanya mempunyai fungsi utama yang sama iaitu untuk mendengar audio. 

Headphone merupakan dua speaker mini yang boleh diletakkan pada kedua-dua belah telinga pengguna.

Rekaan aksesori audio ini lazimnya mempunyai kebolehan untuk mengurangkan bunyi bising di persekitaran pengguna.  

Jadi, anda boleh menggunakan headphone untuk mendengar sebarang audio seperti lagu, muzik dan podcast yang akan menjanjikan anda kualiti bunyi yang baik. 

Manakala headset pula merupakan sebuah peranti yang lebih kurang sama dengan headphone, cuma dilengkapi dengan mikrofon yang boleh diubah posisinya mengikut keperluan pengguna. 

Jadi, selalunya mereka yang sering berkomunikasi menerusi panggilan video seperti Skype dan Zoom pada komputer riba atau PC akan menggunakan alat ini.


Adakah Headphone lebih baik Wireless?

Pilihan antara headphone berwayar dan tanpa wayar bergantung pada keutamaan atau cara penggunaan harian anda.

Sama ada jenis berwayar atau wireless, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan apa yang dianggap "lebih baik" berbeza bagi setiap individu.

Headphone Berwayar

  • Secara umumnya, headphone berwayar boleh menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik kerana mereka tidak bergantung pada penghantaran tanpa wayar, yang mungkin menyebabkan pengecilan saiz audio.
  • Headphone berwayar juga tidak memerlukan bateri dalaman, jadi boleh digunakan secara berterusan tanpa henti.
  • Sambungan berwayar boleh memiliki latensi yang lebih rendah berbanding tanpa wayar, menjadikannya lebih baik untuk aktiviti seperti gaming atau menonton video di mana ketepatan masa audio adalah penting.

Headphone Tanpa Wayar

  • Headphone tanpa wayar menyediakan kebebasan pergerakan yang lebih besar kerana tiada kabel yang membataskan pergerakan anda. Ini adalah berguna terutamanya untuk aktiviti seperti bersenam.
  • Headphone ini juga lebih mudah disimpan dan disimpan, serta tidak nampak serabut kerana ia tidak mempunyai wayar.
  • Banyak headphone tanpa wayar dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti kawalan sentuhan, pembantu suara, dan teknologi pembatalan bunyi (Noise Cacellation)

Pada hakikatnya, pilihan "lebih baik" bergantung pada keperluan dan kehendak anda. Jika anda memberi keutamaan kepada kualiti bunyi dan tidak berasa rimas dengan wayar, headphone berwayar mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.

Sebaliknya, jika anda mahukan kebebasan, keselesaan, dan tidak kisah dengan kualiti audio yang superb, headphone tanpa wayar mungkin lebih sesuai.


Adakah Headphone Wireless Berbaloi Untuk Dibeli?

Jawapan mudah adalah ya, membeli headphone tanpa wayar adalah satu perkara yang berbaloi untuk anda yang mempunyai personaliti yang bebas.

Headphone tanpa wayar memberikan kebebasan untuk anda bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa sentiasa memegang peranti anda.

Selain itu, anda juga tidak terasa seperti diganggu oleh wayar yang terikat pada headphone, jadi boleh lebih fokus untuk kerja atau bersenam.

Headphone tanpa wayar sering dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti kawalan sentuhan, teknologi pembatalan bunyi, dan kemampuan bersambung dengan beberapa peranti pada satu-satu masa.

Dari segi reka bentuk pula, ia kelihatan lebih simple dan kemas, memberikan penampilan yang moden.

Untuk dapatkan headphone tanpa wayar dengan kualiti bunyi terbaik, anda boleh dapatkan headphone pada harga yang lebih mahal kerana kualitinya audionya lebih terjamin. 

Secara keseluruhannya, jika anda bersetuju dengan perkara di atas, maka boleh dikatakan headphone tanpa wayar memang berbaloi untuk anda.

Artikel Berkaitan

End of Article