Kesihatan & Kecergasan

16 Baju Renang Muslimah Terbaik & Berkualiti di Malaysia 2026

16 baju renang muslimah terbaik di Malaysia, harga disemak 10 Sept 2026. Pilihan ikut fabrik, potongan dan bajet, termasuk Kimyra Kimtuniq RM139.


Editor · Updated 10 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Baju Renang Muslimah Terbaik & Berkualiti di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: Antara 16 baju renang muslimah terbaik di Malaysia, Kimyra Kimtuniq Plus Size Jersey Baju Sukan Mandi (RM139.00 di Shopee Malaysia, harga disemak 10 September 2026) popular kerana fabrik jersey yang selesa dan saiz plus size yang lengkap. Semak 15 pilihan lain di bawah mengikut potongan, saiz dan bajet anda.

Sukan renang antara tiga sukan sunnah Nabi Muhammad SAW selain memanah dan menunggang kuda.

Kandungan

Ini kerana sukan renang ini dapat membantu tubuh badan dan minda kita akan menjadi lebih cerdas serta aktif.

Tapi, aktiviti ini mungkin sukar untuk wanita muslimah kerana perlu menutup aurat dengan baik ketika melakukan aktiviti renang.

Lebih lagi, kebanyakan rekaan baju untuk berenang menjolok mata dan material yang digunakan mudah melekap pada tubuh sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Jadi, kami nak tolong anda senaraikan jenis baju renang dan harga baju renang muslimah terbaik untuk mudahkan anda lakukan aktiviti renang!


Senarai 16 Baju Renang Terbaik Untuk Muslimah 

Baju renang muslimah terbaik secara keseluruhan 1 daripada 16
Mamakiddies Women Muslimah Swimming Suit Swimwear
Mamakiddies
Dari RM69.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada tali pada sisi seluar
Kain menyejukkan & ringan
Harga mahal
2 lagi
Melindungi kulit dari sinaran UV
Banyak pilihan saiz dari M hingga 6XL

Sebab menjadi pilihan utama:

Telah terjual hingga lebih puluhan ribu unit di Shopee, baju renang muslimah terbaik di pasaran ini tidak mudah pudar warnanya dan diperbuat daripada fabrik yang cepat kering iaitu 20% Spandex dan 80% Nylon.

Ciri-ciri:

Hadir dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan biru gelap, pakaian untuk berenang ini sesuai dipakai oleh kaum hawa yang perlu berlatih berenang untuk tempoh yang lama kerana memang selesa dipakai dan kainnya jenis breathable

Bahannya elastik akan mudahkan pergerakkan berenang dan si pemakai tidak akan terasa terlalu ketat apabila memakainya.

Walaupun harga sedikit mahal, namun pembelian set baju renang labuh lengan panjang ini berbaloi sebab dilengkapi dengan seluar panjang dan topi renang. 

Untuk memudahkan anda memakai pakaian, seluarnya tidak dijahit bercantum pada baju agar mudah ditanggalkan sejurus keluar dari kolam atau air terjun.

Review:

“Kain selesa dipakai dan kalau ambil saiz yang lebih besar dari tubuh kita, tak melekat pada badan. Design patuh syariah dan sesuai untuk muslimah. Boleh la mandi kolam dengan anak-anak.”

MOONAZ.OS Muslimah Swimsuit Plus Size Cut Set
Baju renang zipper one piece 2 daripada 16
MOONAZ.OS Muslimah Swimsuit Plus Size Cut Set
Dari RM29.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Dilengkapi dengan topi renang
Ada tudung labuh menutup dada
Harga mahal
3 lagi
Material Spandex-Lycra
Fabrik tak panas
Terasa ringan dalam air

Untuk wanita bertudung yang berbadan agak gempal, kami sarankan untuk dapatkan pakaian renang menutup aurat dari Moonaz ini kerana ada 7 pilihan saiz dari M, L, XL, 2XL hinggalah 5XL yang sesuai untuk semua. 

Bukan itu sahaja, baju untuk berenang ini juga tersedia dalam 5 pilihan warna, antaranya hitam kelabu, biru kehitaman, polkadot, jalur dan bungaan putih.

Anda tidak perlu risau tentang aurat terdedah ketika berenang kerana baju renang ini bersambung dengan seluar, jadi tidak akan terangkat atau terselak.  

Pakaian renang ini juga sesuai dipakai oleh ibu yang sedang menyusukan anak sebab direka khas dengan zip pada bahagian depan. 

Potongan baju renang muslimah ini juga longgar, oleh itu tidak akan menampakkan susuk tubuh ketika keluar dari kolam.

Paling penting, jenis baju renang ini mampu kering dengan cepat!

DFO Muslimah Swimsuit Hijab Women A5
Baju renang muslimah murah 3 daripada 16
DFO Muslimah Swimsuit Hijab Women A5
Dari RM59.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Selesa & lembut dipakai
Cepat kering
Perlu ambil saiz lebih besar
2 lagi
Ada topi renang
3 pilihan warna, merah jambu, ungu & biru

Pakaian renang murah untuk muslimah ini pula sesuai dimiliki oleh anda yang baru sahaja mula menceburi dalam aktiviti berenang kerana kualitinya tetap tidak mengecewakan walaupun murah.  

Diperbuat daripada fabrik 95% nilon dan 5% Spandex, pakaian ini turut mampu melindungi kulit wanita daripada cahaya UV ketika sedang berenang di kolam atau laut.  

Tidak perlu risau jika badan anda sedikit berisi sebab ada banyak pilihan saiz seperti S, M, L, XL, 2XL hingga 4XL dan 5XL. 

Tambahan pula, kainya jenis elastik dan dari segi penjagaan baju renang pula, si pemakai perlu basuh dengan cucian tangan menggunakan air di bawah suhu 30C.

Kami sarankan anda untuk tidak menggosoknya pakaian renang ini untuk elakkan kainnya rosak.

Mamakiddies Muslimah Kids Swimming Suit Girl Long Sleeve
Baju renang kanak-kanak muslimah 4 daripada 16
Mamakiddies Muslimah Kids Swimming Suit Girl Long Sleeve
Dari RM38.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Warna tak pudar
Kain cepat kering & boleh diregangkan
Bukan jenis one piece
3 lagi
Perlindungan UV
Sesuai untuk latihan renang
Elastik

Ibu bapa jangan abaikan penjagaan aurat anak perempuan yang gemar berenang di kolam renang ketika waktu percutian.

Oleh itu, dapatkan pakaian renang untuk kanak-kanak ini kerana ada beberapa pilihan saiz untuk anak masing-masing. 

Kain baju renang Mamakiddies yang diperbuat daripada 80% bahan nilon dan 20% Spandex ini sangat ringan, jadi si pemakai tidak akan terasa terbeban dengan resapan air. 

Memang mudah dipakai oleh kanak-kanak kerana seluar panjangnya tidak bersambung dengan baju.

Menariknya lagi, baju ini turut hadir dengan topi atau tudung renang agar aurat rambut terjaga dengan baik mengikut hukum. 

Matsalleh Design Modest Swimwear - Ocean Mosaic
Baju renang muslimah bercorak 5 daripada 16
Matsalleh Design Modest Swimwear - Ocean Mosaic
Dari RM299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Jenis cepat kering
Pinggang seluar tinggi
Harga mahal
4 lagi
Kalis air klorin
Bahagian dada tertutup
Kualiti bahan premium
Banyak corak

Jenama pakaian untuk kaum Hawa yang menitikberatkan penjagaan aurat ini pula menawarkan baju renang yang amat selesa dipakai sewaktu berada dalam air terjun atau kolam renang. 

Set renang ini lengkap dengan seluar, baju dan tudung renang, malah ada juga yang tersedia dengan turban untuk golongan wanita yang gemar stail hijab sedemikian. 

Tambahan pula, baju untuk berenang dari Matsalleh Design ini elastik dan boleh diregangkan, jadi sesuai dipakai oleh semua jenis saiz badan dari saiz S hingga lah XXL. 

Paling penting, ada tali yang dijahit boleh diikat pada seluar agar baju tidak mudah terangkat atau terselak ketika anda sedang berenang dalam air di kolam umum.

Mis Claire Dolphin Active Swimming Body Suit - Black
Swimsuit muslimah untuk orang gemuk/plus size 6 daripada 16
Mis Claire Dolphin Active Swimming Body Suit - Black
Dari RM158
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh diregangkan
Rekaan seperti skirt
Tudung renang dibeli berasingan
4 lagi
Lengan panjang
Ada zip depan
Mudah dipakai
Tiada bra pad

Jenama Mis Claire ini sering menjadi pilihan ramai wanita yang berbadan chubby untuk memudahkan mereka menjaga aurat ketika beriadah di kolam renang. 

Baju yang tersedia dalam pelbagai saiz seperti 2XL, 3XL, 4XL hingga 7XL ini sesuai dipakai oleh anda yang mahu tampak lebih kurus kerana berwarna hitam elegan.

Kain baju renang ini diperbuat daripada material campuran polyester yang membuatkan selesa dipakai ketika lakukan pergerakkan dalam air.

Baju renang ini jenis sarung sekali gus kerana seluar dan bajunya dijahit bersama.

Paling bagus, tidak melekat pada badan dan boleh dikatakan kualiti jenama ini memang terbaik dari segi penjagaan aurat wanita. 

HealthGuru Muslimah Quality Muslim Women Swimwear
Baju renang one piece muslimah 7 daripada 16
HealthGuru Muslimah Quality Muslim Women Swimwear
Dari RM39.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ada pad dada
Perlindungan UV
2 lagi
Kain lembut & selesa
Harga sangat murah

Jika anda tergolong dalam golongan wanita muslimah yang mahukan sesuatu yang ringkas untuk aktiviti riadah air atau ketika bercuti di pulau, pakaian renang keluaran jenama HealthGuru ini patut menjadi pilihan utama anda. 

Baju renang ini agak labuh dan mempunyai 3 pilihan warna iaitu hitam biru, hitam merah jambu dan hitam ungu manakala saiz yang ditawarkan pula sesuai untuk semua jenis saiz badan iaitu S, M, L, XL, 3XL hingga 5XL. 

Pakaian yang diperbuat daripada 95% nilon dan 5% Spandex juga cepat kering dan telap udara (breathable).

Bahagian seluar dan bajunya pula bersambung, oleh itu aurat wanita tidak akan mudah terdedah walaupun berada lama dalam air.

baju renang
Baju renang untuk perut buncit 8 daripada 16
Plus Size Baju Renang Muslimah
Dari RM90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk berat badan hingga 120kg
Kain nilon
Topi renang bersaiz besar
1 lagi
2 pilihan warna, biru & hitam

Baju renang yang direka khas untuk kaum hawa yang bertudung dan berbadan gempal ini pula mampu menampakkan ilusi kurus pada tubuh anda kerana berwarna gelap. 

Selain itu, baju ini juga boleh dibeli oleh wanita kurus sebab ada banyak pilihan saiz dari S hinggalah 8XL dan 9XL. 

Di samping itu, bahagian topi renang sudah siap dijahit pada baju yang akan memudahkan si pemakai untuk menjaga aurat wanita ketika sedang bermain air di pantai atau kolam. 

Lagi bagus, pakaian ini direka dengan tali pada tepi baju dan seluar renang untuk memastikannya tidak terselak atau menyebabkan perut anda terdedah.

Ladies Swimwear Full Cover 3 Pieces Set Muslimah Swimming Suit
Swimsuit muslimah printed 9 daripada 16
Ladies Swimwear Full Cover 3 Pieces Set Muslimah Swimming Suit
MotiveForce.os
Dari RM89.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Material kain ringan
Mudah kering
Kurang sesuai untuk dada saiz besar
2 lagi
Tidak cepat pudar
Ada klip untuk seluar dan baju

Mempunyai rekaan corak yang unik, baju renang ini ada beberapa pilihan corak dan warna untuk menepati stail anda. 

Baju renang ini diperbuat dengan baik dan berkualiti menjadikannya setanding dengan harga yang ditawarkan. 

Kain yang digunakan adalah nilon (82%) and spandex (18%) membuatkan baju renang ini lembut, ringan, mudah kering, breathable dan paling penting ada UV resistant.  

Baju renang ini dilengkapi 3 pieces set iaitu baju lengan panjang, seluar panjang dan tudung serta ada klip disediakan untuk baju dan seluar untuk memudahkan aktiviti renang anda!

Jangan risau, mereka ada 6 pilihan saiz, jadi anda hanya perlu beli mengikut ukuran yang selasa.

Women Swimwear
Baju renang muslimah remaja 10 daripada 16
Women Swimwear Baju Renang
Dari RM39.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kain ringan
Mudah kering
Satu corak sahaja
1 lagi
Tidak mudah melekap pada badan

Anda nak berenang bebas seperti ikan di laut? Boleh dapatkan baju renang ini kerana diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan secara teliti. 

Set baju, seluar dan tudung renang ini boleh dipakai untuk aktiviti berenang, menyelam, surfing dan lepak tepi pantai tau!

Menggunakan material kain 82%Polyester dan 18% Spandex membuatkan baju renang ini ringan, mudah kering dan tidak mudah melekap pada badan.

Plus size muslimah swimwear
Baju renang muslimah 11 daripada 16
Plus Size Muslimah Swimming Suit
Dari RM62.70
Lihat harga di Shopee Malaysia
Jahitan kemas
Baju labuh
Disarankan ambil satu saiz besar
1 lagi
Cepat kering

Anda mencari baju renang muslimah? Jom dapatkan baju renang ini!

Menggunakan kain fabrik 95% nilon dan 5% spandex menjadikan baju ini selesa, cepat kering dan paling penting ada UV protection!

Jangan risau, baju renang ini ada saiz kecil S sehinggalah saiz 5XL untuk anda pilih tetapi kami sarankan anda untuk mengambil satu saiz besar daripada ukuran biasa anda untuk memastikan tidak melekap pada badan.

Kain yang lembut dan breathable menjadikan baju renang ini sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti air seperti berenang atau menyelam. 

Nenepubu Seluar Skirt Renang Muslimah
Seluar renang muslimah 12 daripada 16
Nenepubu Seluar Skirt Renang Muslimah
Dari RM99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kain jenis memeri
Potongan labuh dan longgar
Tidak menyerap peluh
1 lagi
Cepat kering

Hujung minggu ni nak pergi mandi kolam tapi tiada seluar sesuai untuk dipakai? Dapatkan seluar berenang ni!

Bukan je sesuai dipakai oleh semua wanita muslimah, malah menepati ciri-ciri islamik dan ada lagi layer pada bahagian atas seluar.

Material jenis campuran nylon 80% dan spandex 20% yang memeri, ringan dan cepat kering.

Cutting seluar pula longgar, labuh dan tidak ketat di pinggul atau peha.

Pakai pun rasa sejuk dan sangat selesa untuk berenang, bercuti tepi pantai atau aktiviti air!

Najelah Women Muslim Swimsuit
Baju renang muslimah set 13 daripada 16
Najelah Women Muslim Swimsuit
Dari RM42.64
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat kering
Seluar getah
Kain nipis
1 lagi
Baju labuh

Anda suka berenang tapi sedih sebab setiap kali nak mandi kolam renang atau waterpark mesti syaratnya pakai baju renang? Jom beli set baju renang ini!

Baju renang ini didatangi 1 set tudung renang, baju renang dan seluar renang yang diperbuat daripada kain polyster ringan, longgar dan tidak melekat pada badan serta cepat kering!

Ada 3 pilihan warna yang menarik seperti hitam bercorak, biru gelap dan corak serta anda boleh pilih saiz ukuran hingga 6XL tau!

Paling penting, anda tidak perlu risau kerana set baju ini tidak ketat di pinggul atau peha kerana cutting selesa, lebar dan ada getah di sekeliling pinggang.

(SHIRT ONLY) Kimyra Kimtuniq Muslimah Swimming Cooling Hiking Jersey
Baju renang muslimah ruffle 14 daripada 16
(SHIRT ONLY) Kimyra Kimtuniq Muslimah Swimming Cooling Hiking Jersey
Dari RM119
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Labuh menutup punggung
Design cantik
1 lagi
Ringan dan cepat kering

Kimyra Kimtuniq direka khas buat wanita muslimah untuk kekal sopan dan cantik walaupun aktif bersukan.

Diperbuat daripada material flexicool yang breathable dan menjamin suhu badan tidak terperangkap.

Boleh diregangkan untuk pergerakan yang optimum dan mempunyai ruffle pada bahagian bawah baju menambah lagi keanggunan si pemakai.

Ringan dan mudah menyerap peluh, memastikan anda selesa dan tidak terganggu sepanjang aktiviti.

Sesuai dipakai untuk bersukan, berenang, travel, harian dan mendaki.

Bella Ammara Baju Renang Muslimah Bakini 3.0
Baju renang wanita 15 daripada 16
Bella Ammara Baju Renang Muslimah Bakini 3.0
Dari RM379
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ada cape untuk cover dada
Bahagian pinggang full getah
Harga mahal
1 lagi
Baju tidak terangkat dalam air

Dah ada baju renang tapi risau baju terangkat ketika berenang? Dapatkan je baju renang Bella Ammara yang lengkap dengan seluar ni.

Diperbuat daripada materian nylon dan spandex yang stretchable, ringan dan boleh memberikan perlindungan daripada sinar UV semasa berenang.

Direka dengan cengkaman di bahagian tangan dan kaki, bahagian pinggang full getah, serta lubang dibahagian pergelangan tangan untuk letak ibu jari.

Anda juga boleh bergerak dengan bebas tanpa risau baju terangkat dan memang breastfeed friendly untuk wanita menyusu.

Malah, ada tali dan butang di dalam baju dan seluar yang akan memastikannya tidak terangkat ketika berenang.

Percuma tudung renang dan stoking untuk elakkan kaki terluka ketika berjalan di persisiran pantai.

kimyra baju renang
Baju renang muslimah plus size 16 daripada 16
Kimyra Kimtuniq Plus Size Jersey Baju sukan mandi
Dari RM139
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ringan dan mudah kering
Ada poket
Baju sahaja

Bukan sekadar untuk berenang, baju renang muslimah ini juga sesuai untuk beriadah atau jalan-jalan bersama keluarga.

Menggunakan material Flexicool yang breathable dan selesa dipakai sepanjang masa.

Kain jenis ringan, cepat kering dan boleh diregangkan untuk memudahkan pergerakan anda semasa berenang.

Baju renang ada pocket di sisi dan saiz yang pelbagai dari 3XL hingga 8XL, ia memudahkan mereka yang berbadan lebih berisi untuk memilih saiz yang selesa.


Apakah Fabrik Paling Sesuai Untuk Baju Renang? 

Kebanyakan baju renang diperbuat daripada fabrik jenis Nylon kerana dikatakan memiliki ciri mudah kering dan tidak terlalu meresap.

Ini menjadikan perenang muslimah akan rasa lebih ringan dan tidak terbeban ketika berada dalam air. 

Fabrik polyester turut menjadi pilihan untuk menghasilkan pakaian renang kerana kain jenis ini tahan air klorin, tidak mudah terbakar dan pudar walaupun dipakai di bawah cahaya matahari terik.

Selain itu, ada juga sesetengah baju renang yang diperbuat daripada kain Lycra atau elastane iaitu kain jenis anjal. 

Fabrik jenis microfiber yang lembut turut sering menjadi pilihan pereka fesyen untuk menghasilkan baju renang kerana memiliki ciri lebih cepat kering berbanding kapas. 


Cara Pakai Pad Bra Dalam Baju Renang 

Sangat mudah untuk kaum hawa muslimah pakai pad bra dalam baju renang.

Mula-mula, lipat bra pad tersebut kepada dua bahagian dan masukkannya ke dalam celah ruangan bra yang tersedia. 

Boleh pin atau jahit sedikit pada bahagian bra pad itu jika anda takut ia akan bergerak-gerak ketika sedang berenang. 


Jenis Bra Yang Sesuai Dengan Baju Renang

Kebanyakan baju renang memang dah tersedia dengan built-in bras, jadi anda tak perlu susah-susah pakai bra yang biasa untuk berenang. 

Malangnya tidak semua baju renang tersedia dengan bult-in bras, jadi anda boleh pakai bra.

Cuma pastikan bra yang nipis dan diperbuat daripada bahan yang cepat kering. 

Namun, kena berhati-hati sebab kebanyakan pakaian dalam tersebut boleh rosak akibat bahan kimia yang ada dalam kolam kerana baju dalam tersebut tidak direka khas untuk tujuan itu.

Apa-apa pun, kena ikut keselesaan diri masing-masing ketika melakukan aktiviti sukan. 


Tips Memilih Baju Renang Muslimah

Bagi mereka yang nak pilih baju renang, ikuti je tips di bawah:

  • Pilih warna gelap

Warna gelap seperti hitam atau navy sangat disyorkan kerana ia membantu mengaburkan bentuk badan dan memberikan perlindungan daripada sinar UV.

  • Material baju renang

Pilih fabrik seperti poliester, spandex, nylon atau lycra. Ini kerana material jenis ini ringan, cepat kering, boleh direnggang, tahan lama dan tidak jarang apabila basah.

  • Pertimbangkan rekaan baju renang

Utamakan baju renang berlengan panjang dan menutupi bahagian belakang dengan baik.

Lagi mudah cari set lengkap baju renang perempuan termasuk tudung khas, bahagian atas dan seluar.

Elakkan baju renang bercorak terlalu menarik perhatian atau bercampur pelbagai warna.

  • Saiz

Pastikan anda memilih saiz yang tidak mengikut badan atau sedikit longgar satu inci dari saiz sebenar.

Ini membantu anda bergerak dengan selesa dan mengelakkan baju melekat pada badan.

Apa apa pun, jom lihat video di bawah:


Cara Memilih Baju Renang Muslimah

Fabrik dan ketahanan air

Pilih fabrik seperti nylon-spandex atau jersey berkualiti tinggi yang cepat kering dan tidak jarang (tidak jadi telus) apabila basah.

Potongan dan penutupan aurat

Pastikan potongan menutup bahagian lengan, kaki dan badan sepenuhnya tanpa ketat melekap pada bentuk tubuh.

Saiz dan keselesaan pergerakan

Pilih saiz yang membenarkan pergerakan bebas semasa berenang; kebanyakan jenama menyediakan carta saiz sendiri kerana potongan berbeza antara jenama, jadi semak carta saiz sebelum membeli.

Sokongan pad dada dan bra dalaman

Baju renang berkualiti biasanya dilengkapi pad bra terbina dalam atau ruang untuk bra sukan berasingan, penting untuk aktiviti renang yang lebih aktif.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation