Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 TV Terbaik Dengan Sistem Multifungsi 2024

Kini, TV bukan hanya untuk menonton siaran satelite sahaja. 

Ada pelbagai jenama TV baru yang bagus dan terbaik di pasaran, jadi pastinya setiap isi rumah dilengkapi dengan TV yang ada pelbagai fungsi.

Kini, TV bukan hanya untuk menonton siaran TV sahaja sebab ada pelbagai ciri tambahan seperti menonton video atau filem dan juga melayari internet.

TV boleh digunakan untuk bermain game seperti PS4 atau PS5, menonton drama atau filem atas talian dan melayari Internet dengan adanya TV yang boleh connect WiFi.

Terdapat pelbagai jenama TV dengan harga smart TV dan fungsi yang berbeza-beza anda boleh dapatkan mengikut kegunaan dan keperluan di rumah.

Dari TV paling besar berapa inci yang anda mahukan, sehingga jenis TV yang boleh tengok Netflix, semuanya anda boleh dapatkan di pasaran.

Harga TV bukanlah murah dan semestinya kita mahu jenama TV yang tahan lama, betul tak?

Jom lihat senarai jenama TV terbaik yang sesuai dengan kegunaan harian anda, serta ada juga TV murah dan berkualiti untuk anda pilih.


Senarai 11 Jenama TV Terbaik

Toshiba Quantum Dot 4K UHD Google TV (55%22) 55M550LP
Semak Toshiba Quantum Dot 4K UHD Google TV (55") 55M550LP harga dibawah:
add_circle Ada kemampuan AI
add_circle Ada BAZOOKA Bass Booster
add_circle Visual TV nampak sharp & jelas
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama Toshiba ini mampu memberikan keseronokan ketika menonton drama oleh kerana mampu memberikan kualiti gambar yang menakjubkan!

Dengan kuasa teknologi analisis yang tepat dan berkemampuan AI, TV ini akan beri lebih kepuasan berbanding dengan TV biasa yang lain.

Ciri-ciri:

TV bezel nipis ini bukan sahaja akan berikan anda kepuasan tontonan, malah ada satu bilion warna yang tampak realistik, butiran bayang yang tepat dan luar biasa.

Turut dilengkapi dengan "BAZOOKA Bass Booster" 25W di bahagian belakang dan dwi pembesar suara terus jelas 12W yang menjana bunyi yang sangat kuat dan jelas.

Anda tidak perlu tambah speaker atau sound bar untuk nikmati audio yang jelas.

Selain itu, anda juga boleh nikmati sesi gaming yang menyeronokkan dengan game mode yang boleh melancarkan pengalaman gaming anda menerusi ultra-low latency.

Dengan Google TV, anda boleh dengan mudah mengawal TV ini, menonton apa sahaja rancangan yang anda mahukan, dan semua itu hanya di hujung jari sahaja.

Review:

"Untuk midrange performance memang not bad. Specs macam flagship. Untuk market harga ni antara paling rendah boleh dapat berbanding jenama lain macam. Keseluruhan sangat puas hati TV besar harga murah. Paling best ada Google TV dan Apple airplay."

TV 32 inch terbaik
Xiaomi
Xiaomi Mi TV P1 32” 4K UHD Smart TV
Semak Xiaomi 4K UHD Android Smart TV harga dibawah:
add_circle Android Smart TV
add_circle Ada paparan Ultra-HD 4K
add_circle Kualiti audio memuaskan
add_circle Ada fungsi WiFi dan Ethernet
remove_circle Saiz kecil

Adakah anda mencari Android Smart TV yang tidak terlalu mahal dan sesuai dengan ruang tamu anda? 

Pilihlah Xiaomi Mi LED TV 4A 32" yang disertakan dalam 32 inci untuk pengalaman menonton TV lebar.

Anda dapat menonton rancangan TV kegemaran anda kerana TV ini mempunyai paparan Ultra-HD 4K yang mendedahkan setiap butiran dengan warna terang dan tidak kabur!

Seterusnya, TV ini built in dengan fungsi WiFi dan Ethernet yang menyokong WiFi 2.4G dan 5G untuk sambungan internet yang pantas dan stabil.

Turut mempunyai ciri kualiti bunyi 20W untuk bunyi yang kuat dan amat jelas. 

Menarik lagi, anda boleh mengawal TV ini dengan menggunakan telefon anda sahaja tapi jangan lupa muat turun dulu aplikasi Xiaomi okay?

TV terbaik bawah RM2000
TCL
TCL Android TV
Semak TCL 4K UHD HDR Android TV harga dibawah:
add_circle Bezel TV nipis
add_circle Ada ciri algoritma unik
add_circle Menyokong paparan 4K HDR
remove_circle Harga sedikit mahal

Dengan reka bentuk Skrin Penuh, TV TCL menyediakan medan penglihatan yang luar biasa besar untuk memberikan anda pengalaman menonton yang lebih jelas. 

Ciri ini juga memberikan tahap kontras yang tinggi dan meningkatkan butiran imej serta memberikan warna yang terang. 

Selain itu, TV ini mempunyai ciri algoritma unik jadi lampu latar panel TV akan dilaras secara automatik dan dimalapkan untuk meningkatkan kecerahan pada skrin.

Menarik lagi, teknologi Dolby Audio built in dalam TV ini akan berikan anda pengalaman audio yang lebih jelas.

Jadi anda boleh alami hiburan yang lebih seronok dengan bunyi dialog yang jelas, mudah didengar dan bunyi sekeliling yang realistik.

TV 55 inch terbaik
Xiaomi Mi
Mi TV P1 4K 55 Inch Android TV
Semak Xiaomi Mi Smart TV P1 55"4K harga dibawah:
add_circle Ciri paparan 4K
add_circle Ada Google Assistant
add_circle Rekaan tanpa bezel
add_circle Ciri Dolby Vision® dan HDR10+
remove_circle Tiada ciri laras kecerahan automatik

Jenama TV dari Xiaomi ini dilengkapi dengan ciri paparan 4K tanpa had dan MEMC Android TV™ Google Assistant.

Dengan adanya fungsi ini, anda akan dapat mengawal TV ini tanpa menggunakan alat kawalan!

Tapi kalau nak nak guna remote pun boleh, TV ini dilengkapi dengan 360° Bluetooth Remote Control yang membenarkan anda tukar siaran di mana-mana sahaja.

Direka tanpa bezel turut menawarkan nisbah skrin-ke-badan yang lebih tinggi dan sudut tontonan 178°.

Ciri Dolby Vision® dan HDR10+ yang telah built in dalam TV ini akan mempertingkatkan ketajaman, kontras, dan warna imej supaya kelihatan lebih jelas dan lebih cantik.

Smart TV terbaik
Samsung
samsung smart tv
Semak Samsung TV AU7000 4K UHD Smart TV harga dibawah:
add_circle Kualiti paparan 4K
add_circle Terang walaupun babak movie yang gelap
add_circle Bezel nipis
remove_circle Tidak menggunakan OS Android

Anda mahukan Smart TV terbaik dari jenama yang dipercayai? Pilih je Samsung TV AU7000 4K UHD Smart TV ni.

Ia dilengkapi dengan teknologi PurColour yang mampu memancarkan pelbagai warna dari rancangan TV kegemaran anda, serta menyelaraskan setiap warna dari setiap babak sehingga membuatkan ia kelihatan lebih hidup.

Sementara itu, dengan dijana resolusi 4K, anda mampu nikmati filem atau siri kegemaran anda dengan details yang menakjubkan.

Turut disertakan pemetaan warna yang canggih untuk paparan warna yang realistik, jadi gambar sentiasa jelas dan tajam.

Dengan adanya HDR, babak filem atau siri dalam gelap kini tiada masalah lagi kerana ia mampu menyampaikan spektrum warna yang lebih luas dan butiran visual yang rumit.

Dengan reka bentuk moden dan bezel yang nipis, TV ini akan membuatkan ruang tamu anda kelihatan moden dan estetik.

Sony 43 Inch 4K UHD Google TV KD-43X75K
Semak Sony 43 Inch 4K UHD Google TV harga dibawah:
add_circle Visual jelas dan sharp
add_circle Ada teknologi Clear Phase
add_circle Mempunyai fungsi Voice Control
add_circle Ada teknologi X-Protection Pro
remove_circle Saiz kecil

Sony 43 Inch 4K UHD Google TV KD-43X75K ini dapat memberikan visual yang nyata dengan kombinasi warna dan kontras yang cantik.

TV in menggunakan algoritma lanjutan untuk mengurangkan noise di sekeliling untuk meningkatkan perincian audio semasa tontonan.

Dengan isyarat 4K yang lebih jelas, hampir semua yang anda tonton berkualiti 4K lagi jelas dan lebih sharp.

Bagi pembesar suara pula, TV dari Sony ini menggunakan teknologi “Clear Phase” untuk memberikan audio kedengaran tulen, lancar dan sekata bagi semua frekuensi.

Yang menariknya, TV ini ada fungsi Voice Control yang membolehkan anda mengawal TV menggunakan suara untuk mencari rancangan TV kegemaran dengan pantas! 

Caranya mudah, anda hanya perlu tekan butang suara pada alat kawalan jauh tersebut dan terus beri arahan pada TV.

TV ini juga dibina dengan teknologi X-Protection Pro supaya TV akan bertahan dalam jangka masa panjang.

LG C2 48” 4K Smart SELF-LIT OLED Evo TV
Semak LG C2 48” 4K Smart SELF-LIT OLED Evo TV harga dibawah:
add_circle Mempunyai teknologi ThinQ AI dan webOS
add_circle Ada Brightness Booster
add_circle Mempunyai Pemprosesan AI α9 Gen 5
add_circle Menyokong Dolby Vision Gaming 4K
remove_circle Harga mahal

LG C2 48” 4K Smart SELF-LIT OLED Evo TV mempunyai teknologi ThinQ AI dan webOS untuk memberikan cadangan berdasarkan citarasa anda.

Teknologi canggih ini akan ingat apa genre cerita yang anda ingati dan cuba suaikan dengan pilihan yang ada.

Turut mempunyai Brightness Booster iaitu penambahbaikan oleh pemproses AI α9 Gen 5 sehingga 20% lebih untuk kecerahan dan kecekapan cahaya yang lebih unggul.

Jadi, tontonan visual di TV LG ini lebih jelas, sharp dan tidak menyakitkan mata anda ketika menonton di suasana gelap.

Dengan Pemprosesan AI α9 Gen 5, TV ini dapat memberikan bunyi sekeliling yang mengasyikkan kerana ia menggabungkan audio 2 saluran ke dalam bunyi saluran 7.1.2 maya.

Ciri ini membuatkan anda terasa seolah-olah berada di dalam filem tersebut!

Menarik lagi, ini merupakan TV pertama yang menyokong Dolby Vision Gaming 4K pada 120Hz untuk permainan yang lebih lancar dan realistik.

Haier LE50K6600UG 50%22 4K UHD
Semak Haier LE50K6600UG 50" 4K UHD harga dibawah:
add_circle Built-in WiFi, Netflix, YouTube & online games
add_circle Menyokong 4K resolusi ultra HD
add_circle Ciri Smart Share
add_circle Ada teknologi HDR Decoding
remove_circle Audio standard

Smart TV dari Haier ini dapat memberikan kepuasan yang memuaskan kepada penonton untuk hiburan video seperti rancangan berita, sukan atau hiburan.

Turut menyokong 4K resolusi ultra HD untuk kualiti visual yang lebih mantap dan jelas semasa tontonan.

Selain itu, produk ini direka dengan rekaan skrin yang nipis dan besar menjadikannya kelihatan sangat elegan dan moden.

Dilengkapi dengan teknologi HDR Decoding untuk memberikan warna yang menakjubkan dan menambah baik kecerahan serta kontras visual.

Dilengkapi dengan ciri Smart Share, anda boleh menonton bahan media dari telefon atau laptop pada TV tersebut menggunakan peralatan terminal rangkaian.

Sharp 60” AQUOS 4K UHD Android TV 4TC60CK1X
Semak Sharp 60” AQUOS 4K UHD Android TV 4TC60CK1X harga dibawah:
add_circle Mempunyai Panel UV2A
add_circle Ada ciri anti-silau
add_circle Ada Ultra-HD 4K dan OS Android 9.0
add_circle Teknologi Dolby Audio
remove_circle Harga mahal

Jenama TV dari Sharp ini mempunyai lampu latar yang dipertingkatkan untuk meningkatkan ketulenan warna visual tonton.

Selain itu, mempunyai Panel UV2A yang dipatenkan dengan penapis warna dipertingkatkan dengan Chroma.

Fungsi teknologi ini untuk memberikan ketulenan warna yang paling sesuai dengan spektrum sumber cahaya.

Dengan ciri anti-silau, permukaan silau dapat dikurangkan untuk membolehkan anda menikmati rancangan TV tanpa gangguan.

Turut dilengkapi dengan Ultra-HD 4K dan OS Android 9.0 serta Chromecast bersepadu jadi anda mempunyai akses kepada beribu-ribu aplikasi, permainan dan program.

Untuk audio pula, TV ini mempunyai teknologi Dolby Audio yang membantu dalam mengukuhkan lagi kualiti bunyi atau audio.

Hisense 65%22 4K Smart HDR
Semak Hisense 65" 4K Smart HDR harga dibawah:
add_circle Skrin besar dan jelas
add_circle Ada ciri Voice Control
add_circle Visual 4K
add_circle Teknologi High Dynamic Range (HDR)
remove_circle Tiada ciri laras kecerahan automatik

Hisense 65" 4K Smart HDR ini dilengkapi dengan pengalaman audio Dolby Atmos yang mengasyikkan berbanding dengan rangkaian stereo tradisional dan pembesar suara 5.1.

Menariknya lagi, anda boleh mengawal TV dengan ciri Voice Control, hanya tekan butang “mic” di alat kawalan anda, sebut benda yang anda mahu dan TV akan terus respon.

Selain itu, TV ini menyokong resolusi 4K yang memberikan visual dengan ketajaman dan kejelasan yang tinggi semasa menonton filem atau bermain video game.

Turut dilengkapi dengan teknologi High Dynamic Range (HDR) memberikan kontras yang lebih tinggi dan menghasilkan gambar yang lebih hidup dengan butiran yang lebih baik.

Dengan saiz skrin 65", TV ini memberikan pengalaman menonton yang lebih immersive dan mengisi ruang dengan visual yang besar dan jelas.

Anda juga dapat mengakses pelbagai aplikasi dan platform secara mudah seperti Netflix, YouTube, dan lain-lain tanpa perlu peranti tambahan.

TV terbaik bawah RM1000
Megra
Megra 40 Inch FHD Android TV LED
Semak Megra 40 Inch FHD Android TV LED harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Boleh sambung MYTV
add_circle Menggunakan Android 12
remove_circle Jenama kurang dikenali

Android TV dari jenama Megra ini dikuasakan dengan pemproses Quad Core Processor dan berjalan pada sistem operasi Android 12 terkini.

TV ini memberikan prestasi yang lancar dan paparan berkualiti tinggi bagi setiap sesi tontonan anda di ruang tamu.

Menampilkan paparan 4K UHD yang menakjubkan dengan resolusi 3840x2160P dan kadar segar 60Hz, anda boleh nikmati visual yang jelas dan gambar yang realistik di skrin berukuran 40 inci ini.

Sementara itu, dengan HDR dan beberapa mod gambar termasuk Dinamik, Filem, dan Penjimatan Tenaga, ia boleh disesuaikan mengikut pengalaman tontonan yang anda mahu.

Alami juga audio yang terbaik dengan Dolby Digital Plus, bersama dengan keupayaan bunyi surround untuk pengalaman sinematik yang sebenar di rumah. 

Anda juga boleh sambungkan dengan mudah ke Wi-Fi, Miracast, dan akses pelbagai aplikasi termasuk Netflix, YouTube, Prime Video, dan lain-lain melalui kedai aplikasi yang disertakan.

Paling penting, anda boleh buka saluran TV tempatan menerusi MYTV, jadi tidak perlu belanja lebih untuk melanggan rancangan TV.


Apakah Perbezaan Antara Smart TV & Android TV?

Smart TV dan Android TV adalah dua jenis televisyen yang menawarkan kemampuan pintar untuk akses kepada pelbagai aplikasi dan kandungan digital. 

Walaupun terdapat beberapa persamaan, tapi ada juga perbezaan penting. Jom lihat beberapa perbezaan utama antara Smart TV dan Android TV.

Smart TV:

  1. Smart TV merujuk kepada televisyen yang mempunyai sistem operasi dan antara muka pintar yang dibangunkan oleh pengeluar TV tertentu, seperti Samsung, LG, atau Sony.
  2. Setiap pengeluar membangunkan antara muka dan ekosistem aplikasi tersendiri.
  3. Aplikasi dan kandungan yang disediakan pada Smart TV mungkin terhad kepada ekosistem pengeluar tersebut. 
  4. Pengguna mungkin perlu menyesuaikan diri dengan interface yang berbeza jika mereka menukar dari satu jenama TV kepada jenama yang lain.

Android TV:

  1. Android TV adalah platform pintar yang dibangunkan oleh Google, berdasarkan sistem operasi Android yang sama yang digunakan dalam telefon pintar dan tablet. 
  2. Ini membolehkan akses kepada pelbagai aplikasi dan kandungan yang boleh didapati melalui Google Play Store.
  3. Android TV membenarkan akses kepada Google Play Store, di mana pengguna boleh memuat turun dan memasang pelbagai aplikasi dan permainan
  4. Ini termasuk aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, Spotify.
  5. Android TV menawarkan antara muka seragam di pelbagai jenama dan model TV yang menyokongnya. 
  6. Jadi walaupun pengguna yang bertukar kepada TV yang menggunakan Android TV akan mendapati antara muka yang sama, memudahkan penggunaan.
  7. Android TV sering menyediakan sokongan terhadap Google Assistant, membolehkan pengguna mengawal TV dengan suara.

Anda masih keliru yang mana sesuai untuk penggunaan anda di rumah? Jom tonton video ini!


Bagaimana Memilih Smart TV Yang Betul?

Memilih Smart TV yang sesuai memerlukan pertimbangan beberapa faktor penting, jadi jom kami kongsi beberapa langkah yang boleh membantu anda memilih Smart TV yang betul.

  • Saiz Skrin

Pilih saiz skrin yang sesuai dengan ruang di mana TV akan diletakkan dan saiz skrin yang biasa adalah antara 40 hingga 55 inci untuk bilik tidur atau ruang tamu. 

Pastikan skrin tidak terlalu besar sehingga mengganggu pengalaman menonton.

  • Resolusi

Resolusi tinggi memberikan gambar yang lebih tajam dan jelas. 

Pilih TV dengan resolusi sekurang-kurangnya 1080p (Full HD) dan jika mampu, pertimbangkan TV dengan resolusi 4K untuk kualiti gambar yang lebih tinggi.

  • Teknologi Skrin

Terdapat beberapa jenis teknologi skrin seperti LED, OLED, dan QLED. OLED dan QLED menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik, tetapi boleh menjadi lebih mahal.

  • Platform Smart TV

Pastikan Smart TV dilengkapi dengan platform yang mudah digunakan dan mempunyai aplikasi yang anda perlukan seperti Android TV, Tizen (Samsung) dan webOS (LG).

  • Kualiti Bunyi

Beberapa TV dilengkapi dengan sistem bunyi berkualiti tinggi, tetapi jika tidak, anda boleh mempertimbangkan membeli soundbar atau sistem audio tambahan.

  • Prestasi

Pilih TV dengan prosesor yang cepat dan memadai untuk memastikan aplikasi dan fungsi Smart TV berjalan lancar.

  • Kedudukan Port

Pastikan TV mempunyai pelbagai port seperti HDMI, USB, dan Ethernet untuk sambungan yang berbeza. 

Ini membolehkan anda menghubungkan peranti lain seperti konsol permainan, pemacu media, atau peranti storan.

  • Ciri-Ciri Tambahan

Pertimbangkan ciri-ciri tambahan seperti HDR (High Dynamic Range) untuk kualiti gambar yang lebih baik, permainan terintegrasi, dan kemampuan suara pintar seperti Google Assistant atau Alexa.

  • Harga

Tetapkan anggaran yang anda mampu dan cari Smart TV yang memenuhi keperluan anda dalam julat anggaran tersebut.


Ada Berapa Jenis TV Di Pasaran?

Terdapat beberapa jenis TV yang berbeza di pasaran berdasarkan teknologi, saiz, dan ciri-ciri yang ditawarkan. Jom lihat jenis-jenis TV yang paling popular.

  • TV LED

TV LED menggunakan teknologi lampu LED (Light-Emitting Diode) sebagai sumber pencahayaan di belakang skrin. 

Ia adalah jenis TV yang paling umum dan datang dalam pelbagai saiz dan resolusi.

  • TV OLED

TV OLED menggunakan Diode Organik yang mengeluarkan cahaya sendiri untuk menghasilkan gambar. 

TV ini menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik dengan kontras yang tinggi dan hitam yang lebih pekat.

  • TV QLED

TV QLED adalah jenis TV LED yang menggunakan teknologi Quantum Dot untuk meningkatkan prestasi warna, kecerahan dan menawarkan kualiti gambar yang sangat baik.

  • TV 4K / 8K

TV 4K (Ultra HD) dan 8K menawarkan resolusi gambar yang lebih tinggi berbanding TV HD biasa, jadi gambar akan lebih tajam dan lebih jelas.

  • TV Curved (Melengkung)

TV dengan skrin lengkung yang dirancang untuk memberikan pengalaman visual yang lebih imersif.

  • TV Android

TV yang menggunakan sistem operasi Android, membolehkan pengguna mengakses aplikasi, permainan, dan konten media secara langsung dari TV.

  • Smart TV

TV yang mempunyai kemampuan rangkaian dan boleh disambungkan kepada internet.

Ini membolehkan anda akses kepada aplikasi dan perkhidmatan streaming seperti Netflix, YouTube, dan lain-lain.

  • TV Mini-LED / Micro-LED

Teknologi baru yang menggunakan jumlah yang lebih kecil dan lebih kecil diode LED untuk meningkatkan prestasi pencahayaan dan kualiti gambar.


Artikel Berkaitan

End of Article