Pasti ramai diluar sana yang tidak tahu memilih langsir yang sesuai dengan ruang peribadi kegemeran anda. Ada juga yang tidak mengambil endah tentang penggayaan langsir yang mampu mengubah keseluruhan ruang kediaman. Percayalah semua ruang mempunyai corak, saiz dan warna langsir tersendiri bersesuaian untuk setiap ruang.

Tips penting: haruslah dilihat saiz ketinggian siling dan keluasan bilik terlebih dahulu. Dalam artikel kali ini, penulis ingin memberikan sedikit tips bagaimana hendak memilih langsir yang sesuai untuk mengubah ruangan menjadi lebih selesa dan ‘up to date’.

1. 1. 70% Blackout Solid Color Bedroom Curtain

BELI DISINI

Harga mulai RM49.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM49.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM49.00

Bermula dengan bilik tidur, pencahayaan di sini selalunya ditetapkan kepada sesuatu yang malap dan intim atas tujuan privasi. Ini kerana keadaan pencahayaan yang malap, secara psikologinya mempunyai ciri-ciri yang dapat menenangkan anggota badan dan mental yang penat setelah seharian berada di luar rumah, bekerja mahupun melakukan aktiviti rutin.

Langsir jenis ini sesuai untuk bilik tidur kerana ia menghalang cahaya dari masuk ke bilik. Dilapiskan dengan ‘day curtain’ atau langsir siang iaitu langir yang diperbuat oleh material linen putih yang nipis.  Tidur malam anda tidak lagi terganggu dengan cahaya matahari.

12 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Langsir jenis ‘blackout’ untuk bilik tidur – dengan motif ringkas dan classy

2. Modern Pattern Curtain

BELI DISINI

Harga mulai RM13.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM13.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM20.70

Untuk ruang tamu, pilihlah curtain dengan warna dan motif ke arah natural atau lebih kepada moden kontemporari iaitu rona-rona pastel. Langsir berwarna pastel akan membenarkan cahaya matahari masuk  dan mencerahkan seluruh ruang tamu sekaligus memberi ilusi ruang yang lebih luas. Bukan itu sahaja, langsir yang berwarna pastel juga sesuai dipadankan dengan semua warna cat dinding.

Tips bagi sesiapa yang keliru dengan pemilihan warna langsir ruang tamu, pilihlah langsir dari tona lembut seperti krim, beige, off white, kelabu cair dan perang untuk mengelakkan rembesan cahaya matahari agar ruang tamu anda tidak terkumpul haba.

18 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Langsir yang sesuai dengan ruang tamu – moden dan kontemporari

3. 3. Modern Stripes Sheer Window Curtains

BELI DISINI

Harga mulai RM17.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM17.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM25.59

Apabila anda memasuki sesuatu ruang, mata anda pasti tertarik ke arah langsir kerana saiz dan panjang langsir akan mengimbangi keluasan dan ketinggian siling sesuatu bilik. Jika kain langsir anda singkat, siling bilik akan kelihatan rendah. Ruang tersebut juga tampak lebih kecil.

Satu lagi cara adalah dengan menggunakan langsir bercorak jalur menegak atau melintang. Corak jalur menegak akan menampakkan siling ruangan peribadi lebih tinggi manakala melintang buat bilik anda akan terasa luas. Langsir juga memainkan peranan penting dalam dekorasi. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak!

10 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Luaskan ruang kecilmu, dengan cara ilusi optikal

4. 4. Ikea LILL Sheer Tulle Curtain

BELI DISINI

Harga mulai RM14.90

shopping_cart Ikea RM14.90 shopping_cart Ikea RM14.90

Langsir bertona cerah dan nipis sangat sesuai digayakan di kediaman tradisional kayu kerana dinding kayu yang telah sedia berwarna gelap sangat mengimbangi pencahayaan natural yang diberikan daripada langsir cerah. Material tulle atau linen ringan sangat sesuai dipadankan untuk ruang tamu atau bilik tidur dengan ditambah dekorasi dari motif kayu akan membuatkan ruang kediaman tradisional anda lebih selesa, sejuk dan luas.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Untuk yang berjiwa tradisional, langsir ini sesuai untuk anda

5. 5. Butterfly Voile Sheer Wall

BELI DISINI

Harga mulai RM12.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM12.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM12.00

Pasti ada satu ketika sewaktu anda berpindah masuk ke rumah baru terutamanya rumah sewa dan mendapati bahawa salah satu dinding bilik di rumah anda berwarna terang. Dinding berona terang sukar digandingkan dengan warna lansgir yang sesuai, seperti dinding yang berwarna hijau. Anda pasti tidak mahu membazir wang ringgit dengan mengecat semula dinding tersebut.

Tips untuk menggayakan pada dinding berwarna terang, adalah dengan menggunakan motif yang berbeza supaya rona dinding serta langsir anda akan tampak lebih menonjol. Ini akan mewujudkan ruang yang lebih kohesif dan ringkas.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Langsir sesuai dengan dinding berwarna terang – jika hijau warnamu

6. 6. Color String Curtain Door Way (100cm x 200cm)

BELI DISINI

Harga mulai RM10.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM10.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM10.00

Fungsi langsir pintu adalah untuk memisahkan ruang tamu dan bilik tidur dan juga sekadar dekorasi trendi yang mengikat stail ruang bilik anda secara menyeluruh. Diperbuat daripada benang polyester, langsir ini sangat sesuai buat menutup pintu bilik anda. Jika anda memilih langsir pintu yang tepat dan kena pada tema keseluruhan ruang, langsir ini boleh dijadikan sebagai salah satu item dekorasi pada bilik yang akan menaikkan lagi seri ruang anda.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Langsir pintu yang trendi

7. 7. Niki Cains Crack Kitchen Curtain (140cm x 60cm)

BELI DISINI

Harga mulai RM19.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM19.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM52.70

Kebanyakan panel tingkap dapur di kediaman rakyat Malaysia selalunya bersaiz lebih kecil. Memadankan tingkap bersaiz kecil dengan langsir bermotifkan grid ringkas dan berwarna natural ini akan memberikan efek stail minimalis ke dalam dapur. Ianya dapat membiaskan cahaya matahari dengan secukupnya tanpa perlu membuatkan anda terasa rimas akibat kekurangan udara.

Bukan itu sahaja, langsir dapur juga boleh dijadikan boleh digayakan di kabinet dapur sebagai dekorasi tambahan tanpa mengambil ruang terlalu banyak. Langsir dapur bercorak seperti ini juga sesuai digayakan untuk dapur yang kecil dan malap.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Langsir dapur yang sesuai – untuk panel tingkap kecil

8. 8. Ikea SCHOTTIS Pleated Blind (2 pilihan warna)

BELI DISINI

Harga mulai RM9.90

shopping_cart Ikea RM9.90 shopping_cart Ikea RM9.90

Bidai jenis ini sangat nipis tetapi tahan lasak, sesuai dipadankan untuk ruangan yang mahukan privasi dan ingin menghalang cahaya matahari terlampau. Lebih ringkas dari menggunakan langsir dari material fabrik yang lembut, bidai ini amat sesuai dipadankan didalam bilik darjah mahupun bilik pejabat. Bidai dari Ikea ini sangat mudah dipasang dan tidak memerlukan alatan pemasangan yang rumit.

Bidai ini sesuai digunakan didalam bilik darjah dan pejabat kerana tidak memerlukan penjagaan yang tinggi dan hanya boleh dibersihkan menggunakan kain pengesat ataupun vakum untuk menghilangkan habuk.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Sesuai untuk bilik darjah dan bilik pejabat 

9. 9. Star Motive Blackout Curtain (3 pilihan warna)

Miliki ruang ajaib untuk anak anda – ‘magical’ dan riang!

Harga mulai RM19.30

shopping_cart Shopee Malaysia RM19.30

Kanak-kanak mempunyai banyak perkara yang mereka sering lakukan sebagai salah satu proses perkembangan diri. Memiliki dekorasi bilik yang sesuai dengan citarasa anak kecil sangat membantu dalam membentuk proses ini supaya mereka mempunyai imaginasi yang pelbagai demi meningkatkan daya pengetahuan mereka. Pilihan langsir adalah satu langkah yang ringkas untuk menghidupkan ruang imaginasi anak anda.

Tips bagi memilih langsir untuk anak kecil adalah dari corak yang riang, terang, gelap, minimalis mahupun berseni, untuk mewujudkan suasana ruangan bilik tidur dan juga ruang mainan kanak-kanak, imej ‘magical’ dan ‘dreamy’.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. 10. Ikea VADSJON Shower Curtain

Tirai bilik air – sesuai untuk ruang pancuran dan juga tab mandi

Harga mulai RM29.90

shopping_cart Ikea RM29.90

Tirai bilik mandi selalunya digantung untuk memberikan privasi ekstra, menghalang air dari merenjis ke bahagian lantai yang lain atau menghalang haba dari pancuran air panas keluar dari ruangan mandi. Produk dari jenama Ikea ini bukan sahaja berkos rendah, malah diperbuat daripada bahan kalis air, kalis kulat dan boleh dikitar semula.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!