Kelengkapan Rumah

12 Kipas Siling Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama & Harga)

Sekarang terdapat pelbagai jenama kipas siling terbaik. Jadi kami bantu anda senaraikan kipas angin siling terbaik dengan harga kipas siling yang berpatutan.


Editor · Updated 28 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Kipas Siling Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama & Harga)

Jawapan ringkas: kipas siling terbaik di Malaysia sekarang ialah Panasonic Bayu 5 DC Motor (F-M14JHVBKH, RM399 di Shopee Malaysia, 5 bilah, motor DC jimat elektrik, sesuai untuk ruang tamu atau bilik tidur biasa). Kalau nak lebih tahan lasak dan bertenaga untuk ruang lebih luas, KDK K14Y2 / K15Y2 V-TOUCH Series (dari RM515) guna motor AC 5 kelajuan yang terkenal senyap dan tahan lama, tapi harganya lebih mahal dan kurang jimat elektrik berbanding motor DC. Harga disemak pada 12 Ogos 2026.

Kipas siling merupakan antara kelengkapan elektrik yang paling penting dalam setiap rumah lebih-lebih lagi negara kita beriklim tropikal. 

Kandungan

Lagipun kalau kita masuk rumah, secara tidak langsung kita akan buka suis kipas terlebih dahulu untuk dapatkan angin yang nyaman.

Bagaimanapun, tidak semua kipas di kedai kipas siling yang dijual sama dan terdapat beberapa perbezaan pada fungsi dan harga setiap jenis kipas siling.

Malah, pemilihan kipas siling dan cara pasang kipas siling juga sangat penting supaya sesuai dengan keluasan ruangan dan kita pun dapat jumlah angin yang sepatutnya.

Anda juga boleh melawat forum kipas siling terbaik untuk mengetahui tentang pemasangan wayar kipas siling yang betul dan mendapatkan maklumat dari pengguna lain yang berpengalaman.

Jadi jom kita lihat senarai jenama kipas siling terbaik atau kipas angin siling terbaik yang sesuai untuk kegunaan rumah anda.


Senarai 12 Kipas Siling Terbaik Untuk Kediaman Anda

Midea 5 Blades Ceiling Fan with Remote MFC140CJR
Kipas siling terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Midea 5 Blades Ceiling Fan with Remote MFC140CJR
Midea
Dari RM261.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 5 bilah
Ada alat kawalan jauh
Tidak sesuai ruang kecil
2 lagi
Mempunyai tetapan masa (6 jam)
Murah

Sebab menjadi pilihan utama:

Kipas dari jenama Midea ini boleh dipercayai dan mempunyai pengiktirafan kualiti dari SIRIM.

Ciri-ciri:

5 buah bilah kipas jenis ABS dengan panjang 56 inci sudah pasti memberi pusaran angin yang lancar dan pantas menyejukkan ruang bilik. 

Anda juga boleh mengubah kelajuan kipas dengan 3 pilihan dengan menggunakan remote control. 

Selain itu, kipas angin siling terbaik ini turut lengkap dengan tetapan pemasa selama 6 jam.

Jadi anda boleh mengawal masa kegunaan, sekaligus menjimatkan elektrik.  

Review:

“Kipas angin siling dengan harga murah tetapi masih memberi kelajuan yang baik. Sangat berbaloi untuk ruang tamu dan bilik tidur."

Kipas siling jimat elektrik 2 daripada 12
REDBUZZ Aux Fashionable 6 Blades Powerful Mini Ceiling Fans (Blue)
Dari RM43.87
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 6 bilah
Material plastik ABS tahan lama
Tidak sesuai untuk ruang yang luas
3 lagi
Mudah dipasang
Murah
Tiada alat kawalan jauh

Sekiranya anda memerlukan kipas siling bersaiz kecil untuk ruang tertentu di kediaman anda, pilihlah kipas REDBUZZ Aux Fashionable 6 Blades ini.

Kipas kecil ini diperbuat dari material plastik ABS jadi mempunyai berat 0.52 kilogram. Ringan!

Disebabkan saiz kipas siling ini kecil, jadi kipas ini hanya menggunakan tenaga 7 watt sahaja.

Rata-rata ulasan dari Shopee pengguna sangat berpuas hati dan mengatakan merasa sejuk bila berada dibawah kipas. 

Cara pemasangan kipas sangat mudah dengan disertakan kabel 460cm ditambah lagi kabel tambahan 250cm.  

Kami syorkan anda letak kipas ini di bilik bayi, ruang main anak-anak, dapur atau ruang koridor.

Kelajuannya turut senang dikawal kerana kipas ini dilengkapi dengan mod kawalan suis ‘push and pull’.

Kipas siling hitam 3 daripada 12
Deka Ceiling Fan with Remote Control (56”)
Deka
Dari RM149
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
4 pilihan kelajuan angin
Jaminan 3 tahun untuk motor kipas
Mudah bergoyang
2 lagi
3 pilihan tetapan timer
Alat kawalan jauh

Kipas Deka ini menggunakan bilah kipas dari material ABS yang diperbuat daripada gabungan tiga monomer iaitu akrilonitril, butadiena dan stirena.

ABS mempunyai kebolehprosesan yang baik, sifat mekanikal yang baik, rintanagn suhu haba yang tinggi dan berkilat.

Kipas ini turut mempunyai ciri-ciri yang mengagumkan antaranya ialah 4 pilihan kelajuan angin dan disertakan pilihan setting timer untuk 1 jam, 3 jam dan 6 jam. 

Ciri menarik ini dapat membantu anda untuk menjimatkan elektrik dan memastikan suasana bilik nyaman. 

Kipas siling dengan 5 bilah ini turut mempunyai alat kawalan jauh untuk memudahkan turn on/off jadi anda tidak perlu susah hendak pergi ke suis utama kipas. 

Panjang 56 inci bagi memastikan pusingan kipas senyap, kualiti angin yang tinggi dan kipas tidak berat. 

Menariknya lagi, anda akan menerima jaminan produk selama 1 tahun, manakala 3 tahun untuk kerosakan motor kipas. 

Ternyata walaupun dengan harga yang rendah, jenama Deka tetap menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggan mereka. 

Kipas siling angin kuat 4 daripada 12
Midea 60” Ceiling Fan MFC-150A15 (White)
Midea
Dari RM115
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bilah kipas panjang (60cm)
Material bilah dari besi
Rekaan kipas tidak menarik
2 lagi
5 pilihan kelajuan angin
Murah

Kipas 3 bilah dari jenama terbaik Midea ini bukan calang-calang kerana setiap bilah kipas ini dari besi tahan lasak dan panjang sehingga 60 inci. 

Kipas siling ini dapat mengalirkan angin nyaman secara menyeluruh bersama 5 pilihan kelajuan dari perlahan hingga laju. 

Mekanisme pada kipas Midea menjamin keselamatan dan telah mendapat kelulusan dari SIRIM. 

Jadi tiada masalah untuk dipasang di bilik tidur anda atau anak-anak. Confirm selamat!

Kelebihan kipas siling dengan 3 bilah besi ini tidak akan menggunakan tenaga yang kuat walaupun laju. 

Cukup sekadar 75 watt yang dikira sudah rendah untuk kipas yang berat. 

Motor kipas siling ini dapat beroperasi untuk jangka hayat masa yang panjang, malah Midea memberi 3 tahun jaminan. 

Khind Ceiling Fan 60” CF615
Kipas untuk siling tinggi 5 daripada 12
Khind Ceiling Fan 60” CF615
Khind
Dari RM476.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 3 bilah
Material bilah jenis logam
Tiada alat kawalan jauh
3 lagi
Saiz bilah panjang (60 inci)
5 pilihan kelajuan angin
Bunyi kipas agak bising <65dB

Walaupun kipas dari Khind ini hanya mempunyai 3 bilah tapi menggunakan bilah material logam.

Panjang bilah setiap satu adalah 60 inci dan sudah cukup dapat memusarkan angin.

Malah, setiap bilah kipas disalut untuk tujuan tahan lama dan elak dari risiko berkarat. 

Kipas siling Khind ini boleh dikatakan dapat memberi penyejukkan yang cepat kerana bilah kipas yang panjang serta mempunyai 5 pilihan kelajuan. 

Sekurang-kurangnya 240m³/min walaupun bermula dari kelajuan pertama.

Selain itu juga setiap dari pembelian kipas, anda akan menerima jaminan setahun dari kilang pengeluar.

Deka DK50L Ceiling Fan with LED Lamp
Kipas siling berlampu terbaik 6 daripada 12
Deka DK50L Ceiling Fan with LED Lamp
Deka
Dari RM246.51
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
3 pilihan pencahayaan lampu
Mempunyai 5 bilah
Kipas berat (13kg)
2 lagi
4 pilihan kelajuan angin
3 pilihan tetapan timer

Teringin rumah dengan kipas siling berlampu tapi bajet tidak cukup? Model Deka DK50L antara kipas siling berlampu dijual pada harga yang cukup murah.

Kipas siling sangat berbaloi kerana mempunyai pelbagai keistimewaan seperti lampu LED pada kipas ini anda boleh ubah pada 3 pencahayaan. 

Jadi bila tengok movie, baca buku atau tidur boleh ditukar mengikut mood anda. 

Ciri pada kipas pula lengkap dengan 5 bilah kipas panjang 56 inci, 4 pilihan kelajuan angin dan sudah tentu disertakan bersama alat kawalan jauh. 

Jangan terkejut, kipas ini menggunakan motor jenis DC dimana penggunaan tenaga yang rendah dan mengurangkan bunyi bising kipas (silent motor). 

Bayangkan dengan harga yang kurang dari RM300, anda dah boleh dapat kipas siling siap bersama lampu yang cukup elegan. 

Bukan itu sahaja, kipas siling ini dilindungi dengan jaminan motor selama 3 tahun dan 1 tahun untuk produk.

Rezo Ceiling Fan S106
Kipas siling untuk ruang tamu 7 daripada 12
Rezo Ceiling Fan S106
Dari RM205
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 5 bilah
Material bilah dari jenis keluli tahan lasak
Tiada alat kawalan jauh
3 lagi
4 pilihan tetapan timer
Aliran angin kuat & laju
Penggunaan elektrik agak tinggi (80 watt)

Ruang tamu anda tidak punyai penghawa dingin? Gantikan sahaja dengan kipas siling dari Rezo ini. 

Kipas ini menggunakan 5 bilah kipas dari keluli berat supaya dapat memberi aliran angin yang kuat dan laju. 

Sekaligus menyejukkan ruang rumah dengan cepat. 

Bukan sahaja untuk dirumah, kipas ini disyorkan untuk ruang bilik yang luas seperti surau, dewan kecil dan pejabat. 

Walaupun menggunakan 80 watt tapi anda kena ingat sebuah kipas yang besar dan 5 bilah besi yang memerlukan tenaga yang kuat untuk menjana angin. 

Menariknya, kipas siling Rezo turut mempunyai setting timer dengan 4 pilihan iaitu selama 1 jam, 2 jam, 4 jam dan 8 jam. 

Jangan risau, tetamu anda pasti terasa nyaman dengan kipas siling ini.

Ecoluxe ECO-503 E503 56%22 DC Motor
Kipas siling 5 bilah 8 daripada 12
Ecoluxe ECO-503 E503 56" DC Motor
Dari RM208.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 5 bilah
3 pilihan tetapan timer
Bukan untuk siling tinggi
3 lagi
6 pilihan kelajuan angin
Mempunyai fungsi ‘reverse’
Jaminan motor selama 5 tahun

Bila guna kipas jenis motor DC berbanding AC perbezaanya adalah lebih senyap dan penggunaan tenaga lebih rendah. 

Paling menarik, kipas motor ini tahan lama kerana tidak terdedah kepada lonjakan kuasa atau kilat yang boleh merosakkan motor.

Kipas siling dari Ecoluxe merupakan kipas motor DC yang dijual pada harga yang berpatutan. 

Lengkap dengan ciri 5 bilah ringan dari material ABS dan panjang bilah 56 inci dan dapat memberi keselesaan angin yang tenang dan terhindar dari bunyi bising.

Kelajuan kipas siling Ecolux boleh dipilih dari 6 putaran dan mempunyai fungsi reverse, dimana boleh membalikkan udara mengikut cuaca sekitar. 

Fungsi reverse ini sedikit sebanyak membantu mencipta sistem udara yang sihat dan selesa bukan memberi kesejukan semata-mata. 

Jangan risau, kipas ini mempunyai alat kawalan jauh dan ada setting timer 1 jam, 3 jam dan 6 jam. 

Jika anda membeli kipas siling Ecolux ini anda disertakan jaminan motor DC selama lima tahun dan produk satu tahun. 

Ceiling Fan with Lamp
Kipas siling moden 9 daripada 12
Ceiling Fan with Lamp 72W fan light ceiling fan
Dari RM112.37
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kipas dengan lampu siling
Mudah dipasang
Kipas kurang laju
2 lagi
Kawalan jauh
3 Kelajuan angin boleh laras

Reka bentuk baru ini menggabungkan kipas siling dengan lampu siling menjadikannya jimat ruang dan wang!

Kipas berlampu ini memberikan cahaya selesa kepada bilik anda dan juga menyejukkan bilik anda.

Menggunakan motor berkualiti tinggi untuk memastikan operasi kipas yang senyap dan stabil.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyesuaikan cahaya dan kelajuan angin melalui alat kawalan jauh. 

Turut menyokong 3 kelajuan kipas (perlahan, sederhana, tinggi) dan 3 kecerahan lampu led yang berbeza (malap, putih, neutral) yang anda boleh sesuaikan mengikut keperluan anda.

Tambah lagi, kipas ini juga mempunyai fungsi penjadualan dan boleh menetapkan masa mati automatik. 

Ciri ini akan membolehkan anda berehat dengan lebih tenang, meningkatkan kualiti tidur dan menjimatkan wang.

lampu syiling
Kipas siling cantik 10 daripada 12
NSB FAN Xtreme MAX Powerful 54” / 42” CEILING FAN TURBO 5 Blades
NSB
Dari RM120
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kipas laju
Kawalan jauh
Body kipas mudah calar
2 lagi
Motor ac berkuasa
Bilah ABS yang tahan lasak

Dapatkan kesejukan maksimum di dalam rumah anda dengan NSB FAN Xtreme MAX, kipas siling yang kuat dan canggih! 

Dengan diameter 54" inci, kipas siling ini mampu memberikan kualiti udara yang meluas di seluruh bilik anda.

Dilengkapi dengan pilihan turbo yang mempunyai 4 kelajuan dan kawalan jauh serta bilah ABS yang tahan lasak.

Selain itu, dikuasakan oleh motor AC yang berkuasa untuk menghasilkan angin yang kuat dan lancar. 

Tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti antique bronze, silver dan gun metal pasti kipas ini akan menambahkan ciri moden di dalam rumah anda.

PANASONIC BAYU Series Remote Control Ceiling Fan
Kipas siling besar untuk rumah 11 daripada 12
PANASONIC BAYU Series Remote Control Ceiling Fan
Panasonic
Dari RM449
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
5 bilah kipas
Sesuai untuk ruang besar
Harga sedikit mahal
1 lagi
Mempunyai ciri keselamatan

Kipas jenama Panasonic siri Bayu ini mempunyai diameter 56 inci yang besar dan 5 bilah yang akan memastikan aliran udara konsisten dan nyaman di seluruh bilik atau ruang tamu.

Direka untuk pengedaran udara yang optimum, reka bentuk bilah yang unik menjamin aliran udara yang lebih sekata, mencipta suasana yang selesa di mana sahaja anda berada dalam bilik atau ruang tamu.

Selain itu, kipas ini mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuk mekanisme pencegahan bilah atau badan kipas tertanggal, serta perlindungan daripada maslaah overheating.

Anda juga boleh pilih 3 daripada pilihan kelajuan pra-tetap untuk memenuhi keperluan anda dalam menyejukkan ruangan bilik.

Tambahan lagi, kipas ini dilengkapi dengan fungsi off timer yang mudah, membolehkan anda menetapkannya secara automatik off selepas 1, 3, atau 6 jam.

KDK K14Y2 / KDK K15Y2 56'' / 60" Inch V-TOUCH SERIES 5 Speed AC MOTOR
Kipas siling mewah 12 daripada 12
KDK K14Y2 / KDK K15Y2 56'' / 60" Inch V-TOUCH SERIES 5 Speed AC MOTOR
KDK
Dari RM631
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kurang bising
Reka bentuk moden
Harga sedikit mahal
2 lagi
Jaminan sehingga 12 bulan
Mempunyai 5 pilihan kelajuan

Kipas siling KDK ini mempunyai reka bentuk yang moden, sekaligus membuatkan ia kipas siling yang kelihatan mewah tanpa membebankan bajet anda.

Kipas siling KDK V-TOUCH SERIES ini mempunyai diameter yang besar, iaitu 56 dan juga 60 inci yang anda boleh pilih sendiri.

Bila-bila yang besar ini pula akan memastikan aliran udara yang mencukupi di seluruh bilik, membuatkan anda berasa nyaman sepanjang hari.

Tersedia dalam warna silver gray yang bergaya, kipas ini membuatkan ruang tamu atau bilik anda kelihatan moden dan mewah.

Sementara itu, dilengkapi dengan motor AC yang kuat, ia menawarkan 5 kelajuan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak anda.

Paling bagus, kipas ini beroperasi pada tahap bunyi hanya 52 dB, jadi anda tidak akan dengar bunyi bising kipas.

Sama ada anda bersantai di rumah atau bekerja di pejabat, anda dapat menikmati keselesaan dan ketenangan yang sempurna.

Dengan berat bersih 6.2KG, pemasangan adalah mudah dan dengan jaminan 1 tahun penggunaan kipas ini tanpa masalah.


Kenapa Kipas Siling Berbunyi? 

Memang risau jika sedang baring bawah kipas siling kemudian kipas mula berbunyi atau sedikit bergoyang-goyang. 

Mulalah keluar bayangan menakutkan ala-ala movie Final Destination.

Jangan drama! Tiada yang berbahaya pun cuma memang menyampah bila dengar bunyi kipas yang nyaring dan putaran angin yang perlahan. 

Kipas siling anda berbunyi mempunyai pelbagai kemungkinan, antaranya;

  1. Bilah yang dipasang pada kipas tidak kukuh. Apa yang anda boleh buat, ketatkan semula skru kipas. 
  2. Begitu juga dengan kesan habuk dan kotoran pada bilah. Mungkin membebankan bilah.
  3. Periksa juga bahagian kanopi atau cap kipas, mungkin ada yang tidak dipasang dengan baik. 

Apakah Cara Pasang Kipas Siling?

Bila anda dah beli kipas siling secara online melalui Lazada atau Shopee sudah tentu pemasangan kipas perlu dipasang secara sendiri. 

Tak perlu panik, kami bantu anda dengan langkah-langkah yang ringkas pemasangan kipas siling dibawah; 

Bagaimanapun, terdapat faktor lain juga yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang kipas di siling. Antaranya;

  • Ketinggian

Pilih ruang atau bilik untuk meletakkan kipas yang sesuai. 

Jarak minimum kipas ialah lapan kaki dari bawah supaya aliran udara mencukupi dan mengelakkan dari sebarang bahaya.

Begitu juga dengan panjang bilah yang tidak terlalu dekat dengan dinding bilik. 

Sebaiknya 50 cm dari dinding bilik, perabot atau pintu. 

  • Ikuti panduan pengilang

Semak urutan dari panduan yang telah disediakan oleh pengilang jenama kipas siling anda.

Ini kerana setiap jenama kipas berbeza dari segi rekaan dan dawaian. 

  • Pemasangan bilah

Bilah biasanya dipasang dahulu setelah siap pemasangan sistem dawaian dan peti suis.

Tapi terdapat bilah dipasang dengan skru dan ada juga dengan dawai. 

Cuma hati-hati jangan terlalu ketat kerana boleh merosakkan bilah. 

  • Gantung kipas

Setelah siap memasang bilah, anda boleh terus menggantung pada motor diatas siling.

Anda harus pasangkan bilah pada gelung kipas kemudian hubungan gelung pada motor.

Pasangkan skru dan sambungkan kanopi atau cap kipas untuk kemasan akhir.

Seperti yang kami maklum diatas, anda harus membaca dahulu teliti panduan bagi setiap jenama anda. 

Tidak semua jenis kipas sama atau boleh ikuti langkah lebih terperinci menerusi tutorial kipas siling di Youtube. 


Cara Pilih Kipas Siling

Kipas siling merupakan salah satu alat penting dalam rumah yang membantu menyediakan udara yang segar dan sejuk.

Kita haruslah memilih kipas siling yang sesuai dapat memastikan keselesaan dan efisiensi energi di dalam rumah anda.

Berikut beberapa faktor utama yang perlu dipertimbangkan ketika memilih kipas siling.

  • Saiz dan Bentuk Bilik

Sebelum membeli kipas siling, anda harus mengukur saiz bilik anda kerana saiz bilik akan menentukan saiz kipas siling yang paling sesuai.

Bilik yang lebih kecil memerlukan kipas siling kecil, manakala bilik yang lebih besar memerlukan kipas siling yang lebih besar untuk menyediakan pengedaran udara yang baik.

Tambah lagi, pilih bentuk kipas siling yang sesuai dengan gaya dan reka bentuk bilik anda.

  • Jenis Bilah Kipas

Terdapat dua jenis bilah kipas yang biasa, iaitu bilah lurus dan bilah bengkok.

Bilah kipas lurus cenderung menghasilkan aliran udara yang lebih kuat, manakala bilah kipas bengkok dapat menyediakan pengedaran udara yang lebih baik di dalam bilik secara menyeluruh.

  • Jenis Kawalan

Kipas siling boleh dikawal dengan beberapa cara seperti menggunakan tangan, remote control, atau kawalan jauh melalui aplikasi telefon pintar.

Anda perlu memilih jenis kawalan yang paling mudah dan sesuai dengan keperluan anda.

Kawalan jauh melalui remote control atau aplikasi telefon pintar membolehkan anda mengawal kipas siling dari jarak jauh tanpa perlu bergerak dari tempat anda berada.

  • Kecekapan Tenaga

Apabila memilih kipas siling, pertimbangkan juga kecekapan tenaga atau kipas siling yang berjimat tenaga kerana membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan menjimatkan bil elektrik anda.

Cari kipas siling yang mempunyai pengiktirafan Star Energy atau label penjimatan tenaga yang serupa.

  • Kualiti dan Jaminan

Akhir sekali, pastikan anda membeli kipas siling daripada jenama yang terkenal dan mempunyai reputasi yang baik serta dilengkapi dengan jaminan pengeluar.

Cara ini untuk memastikan kipas siling berfungsi dengan baik dan tahan lama.


Antara Kelebihan Dan Kekurangan Kipas Siling

Salah satu kelebihan utama kipas siling adalah keupayaannya untuk menyediakan pengedaran udara yang baik di seluruh ruangan rumah.

Dengan pemasangan yang betul, kipas siling dapat membantu mengelakkan udara panas dalam bilik, menyebarkan udara segar ke setiap sudut.

Selain itu, ia membantu mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan penyaman udara dan mengurangkan beban elektrik pada penyaman udara.

Bukan sahaja memberikan keselesaan dengan menyediakan udara yang segar, tapi juga menambah gaya dan reka bentuk kepada ruang. 

Terdapat pelbagai reka bentuk dan gaya kipas siling yang boleh dipilih, yang membolehkan anda menyesuaikan dengan gaya reka bentuk dalaman rumah anda. 

Tapi kipas siling hanya menyediakan pengedaran udara dengan menggerakkan udara yang ada di sekitar bilik dan tidak dapat menyejukkan ruangan sepenuhnya seperti penyaman udara.

Tambah lagi, kipas siling juga memerlukan penjagaan dan pembersihan yang berkala. Beberapa kipas siling juga boleh menghasilkan bunyi yang bising semasa beroperasi.

Terdapat keadaan di mana pemasangan kipas siling hanya boleh dilakukan di ruangan tertentu bergantung kepada siling bilik anda.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation