Product in this article

Tidak dinafikan yang susu ibu tentunya susu yang paling baik untuk bayi tercinta. Namun demikian, bagi bayi yang lahir pramatang, mendapatkan susu tambahan yang mempunyai zat-zat tambahan sudah pasti dapat membantu meningkatkan pertumbuhan minda dan badan mereka. Bayi pramatang adalah disebabkan kelahiran belum sampai waktunya. Lihat terlebih dahulu isi kandungan susu tersebut samada sesuai atau tidak buat bayi pramatang terutamanya bagi yang mengalami alergi. 

Dibawah ini, kami sediakan senarai yang pasti dapat memberi sedikit sebanyak panduan buat ibu bapa memilih susu terbaik buat bayi pramatang mereka. Susu formula ini haruslah dicuba kepada bayi anda. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk susu. Ini antara produk yang mendapat rekomendasi terbaik dari pakar kesihatan.

1. S26 SMA GOLD Step 1

Susu Premium S26 yang lebih lembut pada perut bayi pramatang

Harga mulai RM107.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM107.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM120.00

Ramai ibu bapa yang telah mencuba sendiri susu S26 SMA Gold Step 1 ini amat berpuas hati dengan kesan positif yang ditunjukkan oleh bayi mereka. Susu premium ini mengandungi alpha-lactalbumin yang diperkaya dengan protein Whey dari lembu yang baik untuk tumbesaran bayi. 

Diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA yang diperlukan untuk perkembangan otak serta lutein dan choline untuk tumbesaran bayi, susu ini pastinya pilihan paling sesuai untuk si bayi comel.

2. NESTLE Pre Nan Ha Step 1

Susu formula untuk mengatasi masalah cirit-birit pada bayi pramatang

Harga mulai RM26.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM26.90 shopping_cart Motherhood Malaysia RM30.20

Kebanyakan bayi pramatang masih belum mempunyai sistem organ yang lengkap berfungi kerana lahir sebelum waktunya. Bagi bayi yang diberi susu tidak sesuai dengan perut mereka, masalah cirit-birit adalah antara masalah utama yang dihadapi. Susu Pre Nan ini mengandungi DHA dan ARA yang dapat memberi tenaga serta menambahkan protein dalam badan jika si kecil mengalami dehidrasi akibat cirit-birit.

Bayi anda pasti lebih selesa dengan keadaan perut yang tidak keruan kerana masalah penghadaman.

3. ENFALAC A+ Lactofree

Susu untuk bayi pramatang yang tidak toleran laktosa

Harga mulai RM118.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM118.90

Susu Enfalac A+ LactoFree adalah susu tanpa gula yang dilengkapi dengan nutrisi tanpa laktosa seimbang dengan protein susu lembu untuk bayi baru lahir termasuklah bayi pramatang. Bagi bayi yang tidak toleran dengan laktosa, pengambilan susu biasa boleh menyebabkan masalah penyusuan seperti cirit-birit, angin atau muntah-muntah timbul. 

Susu ini pastinya antara pilihan yang patut ibubapa pertimbangkan dalam menangani masalah yang dialami oleh si kecil terutamanya buat pramatang (preemie).

4. DUPRO 1 Infant

Terbaik untuk bayi pramatang dengan harganya murah dan berkualiti

Harga mulai RM25.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM25.50

Oleh kerana susu untuk bayi khususnya pramatang kebanyakannya agak mahal, masih ada susu berkualiti bagus untuk bayi jenis ini bagi mendapat khasiat dan nutrisi yang terbaik dengan harga berpatutan. 

Susu Dupro 1 ini adalah susu keluaran DUMEX dengan harga berpatutan dan mengandungi zat-zat yang membantu pertumbuhan bayi. Dirumus dengan bahan-bahan yang mengandungi Kalsium, lcFOS, Protein, Vitamin A dan DHA, susu Dupro ini boleh menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.

5. SIMILAC Neosure

Tambah berat badan bayi pramatang anda dengan susu ini

Harga mulai RM70.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM70.40 shopping_cart Baby Dash Malaysia RM75.00

Kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan yang kecil dan ringan kerana mereka lahir awal dari yang dijangkakan. Susu tambahan pastinya membantu perkembangan bayi untuk membesar dengan sihat. Susu untuk bayi pramatang dari Similac ini antara yang terbaik dilengkapi dengan formulasi DHA, Lutein dan Nukleotida bagi membantu tumbesaran bayi. Kandungan protein, tenaga, vitamin dan mineral di dalam susu ini lebih banyak berbanding susu bayi yang lain. 

Dengan kalori tambahan di dalam susu ini, ia membantu bayi membesar mengikut kadar sepatutunya. Susu ini menyokong perkembangan bayi dari segi berat, panjang dan juga diameter kepala bayi.

6. KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm)

Elakkan daripada penyakit kuning (Jaundice) dengan susu formula ini

Harga mulai RM57.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM57.40 shopping_cart Lazada Malaysia RM59.00

Bayi pramatang yang lahir sebelum tarikh, masih belum mempunyai organ hati yang berfungsi dengan baik. Oleh kerana itu, bayi pramatang cenderung untuk menghidapi penyakit kuning (Jaundice). Bagi bayi yang mempunyai masalah ini, susu kambing adalah susu terbaik buat mereka.

Susu Karihome Step 1 Infant Formula ini adalah susu permulaan untuk bayi kuning yang pramatang. Susu bersifat alkali ini berkualiti tinggi serta mudah untuk dicernakan. Disyorkan buat ibu bapa memberi susu ini kepada si kecil agar penyakit kuning dapat dikurangkan risikonya.

7. LACTOGEN Step 1

Sesuai untuk bayi pramatang yang menghadapi masalah sembelit

Harga mulai RM44.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM44.40

Bayi yang menghadapi masalah sembelit tentunya memberi keresahan dan rasa tidak tenang pada ibu bapa. Tambahan pula, bayi pramatang yang menghadapi masalah ini mungkin lebih menyukarkan kerana organ badan yang masih belum berfungsi sepenuhnya dengan baik. 

Susu LACTOGEN Step 1 ini mengandungi bakteria Lactobacillus Reuteri yang membantu menyelesaikan masalah sembelit bagi bayi. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai khaziat dan zat lain seperti Omega 3 dan 6, DHA, Taurine dan L-Carnitine yang baik untuk tumbesaran bayi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Bayi

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!