Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

14 Serum Muka ‘Hidden Gems’ Ini Dari Drugstore Terkenal, Watsons Di Malaysia

Kulit sempurna dengan mudah!

Product in this article

Apabila bercakap tentang produk penjagaan wajah, serum adalah salah satu produk di dalam regim kecantikan yang berkonsentrasi tinggi dan mengandungi ramuan aktif untuk menangani masalah kulit degil seperti pigmentasi, kekeringan, tanda penuaan dan garis halus. Fikirkan ianya sebagai produk yang bekerja keras secara ekstra, terbukti mampu memberikan perbezaan. 

Adakah serum baik untuk semua jenis kulit dan teknik memakai serum dengan betul?

Terdapat serum yang bersesuaian mengikut kulit jenis kulit anda. Hanya perlu perhatikan labelnya agar tidak tersalah pilih. Molekul-molekul kecil dalam serum ini dapat menjaga dan membaikpulih kulit anda dari sebarang radikal bebas. Cara terbaik untuk serum menyerap dengan lebih cepat adalah gunakannya selepas memakai toner.  

Untuk serapan lebih pantas adalah dengan mengurut wajah anda dari bawah dan ke atas terutamanya dari bawah pipi hingga ke tepi dahi. Kulit anda akan bertambah anjal dan segar. Serum berharga lebih mahal daripada barangan penjagaan kulit yang lain kerana bahan-bahannya berkonsentrasi tinggi. 

Usah risau, Watsons juga menyediakan serum dengan harga yang berpatutan, ikut kemampuan anda.  Ayuh lihat senarai serum terbaik dari Watson untuk kulit anda;

14 Serum Terbaik Dari Watsons, Khas Untuk Anda

Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml)

RM 22.17
Cosmoderm
1. Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml)
Serum wajah untuk kulit berminyak dengan kebaikan minyak tea tree
Updated on 4th August 2020

Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera dan buah-buahan yang mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dengan bertindak membersih pori terbuka. Selepas toner, serum boleh diaplikasi kepada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka.

Kulit berminyak juga perlu menggunakan produk tambahan yang mengandungi bahan untuk menghalang pengeluaran minyak berlebihan. Produk daripada Cosmoderm ini menawarkan satu serum yang diperkaya dengan minyak Tea Tree yang membantu untuk mengawal kilauan dan minyak pada muka anda. 

Bahan yang sememangnya popular mana-mana produk kecantikan ini dapat melawan gejala jerawat. Ini kerana khasiat minyak tea tree pada kulit juga termasuk melegakan iritasi, memberikan sensasi kesegaran dan juga mengelak jerawat daripada muncul.

Baca juga: Hapuskan Kulit Berminyak Anda Dengan 10 Serum Muka Khas Ini 

Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml)

RM 31.3
Safi
2. Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml)
Untuk kulit jenis kombinasi - gunakan produk multifungsi
Updated on 4th August 2020
add_circle Tanpa paraben
add_circle Tanpa Sulfat
add_circle Tanpa Alkohol
remove_circle Mengandungi Silikon
remove_circle Mengandungi pewangi

Serum keluaran jenama terkenal Safi ini mengandungi Nano Gold dimana ianya mempunyai ciri antioksida dan anti-radang, sekaligus mengekalkan sel-sel kulit anda dalam keadaan yang sihat dari radikal bebas dan searang kecederaan. Ia juga diperkaya dengan Beetox yang boleh memperbaiki struktur kulit anda dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Beetox merupakan hasil campuran diantara madu asli, propolis dan bisa dari lebah, dimana hasil campuran ini menghasilkan bahan seakan-akan botox yang dapat mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan dari wajah.

Serum daripada Rania Gold ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi kerana ianya bersifat non-comedogenic yang tidak akan menyumbatkan liang pori dan mengekalkan lembapan. Formulasi serum ini bebas minyak membuatkan ianya dapat menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit. 

Serum ini juga dapat meningkatkan kadar pegeluaran kolagen yang akan membaiki masalah kulit anda. Dilengkapi juga dengan fungsi mencerah dan meratakan tona kulit.

Baca juga: Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi 

Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml)

RM 29
Garden of Eden
3. Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml)
Lindungi parut cela yang tampil pada kulit wajah
Updated on 4th August 2020

Produk eliksir vitamin E semula jadi ini, Natur E Scar Serum berfungsi dengan baik dalam pembetulan parut jeragat dan kesan luka. Dengan sifat anti-oksidannya, serum ini melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan mula muncul jeragat atau pigmentasi pada kulit wajah. Ia juga merupakan pelembap intensif yang membantu melicinkan parut lama serta mencerahkan kulit.

Serum ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit, mengekalkan hidrasi dan melembut hingga ke dalam lapisan kulit. Ianya berkesan untuk merawat sunburn akibat terdedah kepada sinaran UV.Diperkaya dengan Vitamin E, serum Garden of Eden ini mampu untuk melindungi kesan parut dan cela yang tampil pada kulit wajah dengan sambil memberi lembapan ekstra agar kulit tidak menjadi kering. Ianya 100% diperbuat daripada bahan semulajadi, sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang mempunyai kulit kering dan sensitif. 

Bebas alkohol, paraben, pewangi tiruan dan minyak mineral, serum ini dijamin Halal dan sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja.

Baca juga: Rawat Wajah Tidak Bermaya Dengan 8 Serum Untuk Kulit Kusam Ini

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)

RM 58.41
Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat
Naruko
4. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)
Serum muka multifungsi sesuai untuk kegunaan kaum lelaki
Updated on 4th August 2020
add_circle tidak mengandungi paraben, pewangi dan pewarna
add_circle tidak diuji pada haiwan
add_circle packaging mesra alam
remove_circle mengandungi alkohol

Serum multifungsi ini bukan sahaja mengandungi 1001 bahan di dalamnya untuk memastikan segala masalah kulit anda terbaiki, malah ia juga memastikan bahawa wajah anda kekal cerah dan berseri. Ekstrak minyak Tea Tree dan pudina di dalam serum ini membantu dalam mengawal minyak supaya kulit sentiasa segar dan bersih.

Serum ini mempunyai kegunaan 4-dalam-1 iaitu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat, penghasilan minyak berlebihan dan kulit kusam serta menghalang liang pori dari tersumbat. Diformulasi dari ekstrak biji benih Hyacinth, saw palmetto dan dengan kandungan 1% asid Salicylic, ianya dapat mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan menghakis sel kulit mati. 

Serum ini dapat memperbaiki kulit bermasalah serta menutup cela dan parut di kulit wajah akibat kesan jerawat. Kandungan esen minyak Tea Tree dalam serum ini berfungsi sebagai penghalang antibakteri pada kulit.

Manakala kandungan Vitamin B3 dan tranexamic acid pula mampu memudarkan parut jerawat. Bertindak sebagai pelembap, kulit wajah anda kekal terhidrat sepanjang hari. Tidak perlu memakai produk yang berbeza untuk pelembap muka. 

Bukan itu sahaja, rumusan snow fungus dan arbutin pula membantu untuk mengawal kelembapan dan memberikan wajah kecerahan. Cubalah sekarang produk dari jenama Naruko ini!

Olay Regenerist Face Serum (50ml)

RM 55.92
Olay
5. Olay Regenerist Face Serum (50ml)
Kurangkan kedutan dan garis halus dengan serum ini
Updated on 6th April 2020

Serum ini terbaik untuk memberi lembapan ekstra pada kulit wajah selepas anda memakainya. Ianya merupakan serum anti-penuaan yang dapat melawan dan melambatkan kemunculan penuaan pada wajah anda dengan formulasi Amino-Peptide Complex.

Hanya gunakan hujung jari sahaja dan sapukan perlahan-lahan ke seluruh wajah. Serum ini akan menyerap cepat masuk ke dalam lapisan kulit paling dalam. Gunakannya secara konsisten 1 – 2 kali sehari bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)

RM 64.9
Eucerin
6. Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)
Terbaik untuk menghapus jerawat dan kulit tidak mudah merengsa
Updated on 4th August 2020

Amalkan penjagaan kulit wajah dengan mengunci hidrasi pada kulit, pasti jerawat anda akan cepat hilang dan kulit akan cepat bersih. Ini kerana hidrasi akan membantu membaiki kulit dari dalam sel kulit. Jadi, serum apa yang sesuai untuk jerawat dan memberikan hidrasi tambahan? Jawapanya sudah tentulah serum Pro-Acne daripada Eucerin ini. 

Eucerin adalah antara jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi. Ia mengekalkan dan mengembalikan kesihatan kulit sekaligus memberi keyakinan kepada anda dengan kulit yang lebih berseri. Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, mengurangkan jerawat dalam lapisan kulit wajah. Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.

Serum ini bertekstur ringan seperti emulsi yang cepat menyerap. Diperkaya dengan asid laktik yang tertumpu sebagai penyumbang lembapan dan meningkatkan penampilan wajah. Mengandungi Decandiol yang mempunyai kesan anti-bakteria, berkesan untuk membantu mencegah jerawat daripada tumbuh meliar.

Nutox Advanced Serum Concentrate (30ml)

RM 55.23
Nutox
7. Nutox Advanced Serum Concentrate (30ml)
Kembalikan seri kulit anda dengan serum bebas paraben ini
Updated on 4th August 2020

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic +, dan B'Nest Collagen. Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic + adalah sistem pertumbuhan semula epidermis yang menimbulkan kesan ketara untuk kulit tampak lebih muda dan berseri. Gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman. Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja

Serum yang berkonsentrasi tinggi ini diformulasi dengan teknologi terbaru dan kesannya tahan lama. Hasil kulit wajah anda akan tampil jelas hanya selepas 7 hari penggunaan secara konsisten. Diperbuat daripada Actigenic+ dan mengandungi 2X ekstrak pati sarang burung untuk menghasilkan kolagen pada kulit.

Bahan aktif yang terdapat dalam serum ini pula ialah asid Hyaluronik untuk merawat dan membaikpulih kerosakan yang tampil pada wajah. Kulit anda akan kelihatan lebih muda dari usia selepas seminggu.

Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum (30ml)

RM 62.00
Neutrogena
8. Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum (30ml)
Kunci lembapan pada kulit wajah anda
Updated on 4th August 2020

Jika anda mendengar bahawa asid Hyaluronik adalah sejenis bahan pelembap, pasti anda yang berkulit berminyak menjauhkan diri daripada menggunakan produk ini bukan? Sebenanya tidak salah jika ingin mengenakan produk tambahan untuk mengunci lembapan pada kulit kerana ianya berfungsi untuk membaiki penghadang lembapan dan mengekalkan hidrasi pada kulit. Serum daripada Neutrogena ini sesuai untuk pengguna berkulit berminyak kerana tekstur gelnya nipis dan ringan meresap pantas dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit. 

Bukan itu sahaja, serum antioksidan ini juga lengkap dengan teknologi terbaharu Moisture Sensor Complex yang dapat mengembalikan lembapan pada kulit sambil membaikpulih kerosakan pada pertahanan kulit. Kulit anda tidak akan alami kekeringan yang melampau kerana serum ini mengunci lembapan agar kulit sentiasa kekal hidrasi. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, serum ini bersifat non-comedogenic dan bebas paraben. Jadi pada yang mempunyai kulit bermasalah dan sensitif, serum ini boleh digunakan oleh anda.

Clinelle Brightening WhitenUp Serum (20ml)

RM 53.1
Clinelle
9. Clinelle Brightening WhitenUp Serum (20ml)
Regenerasi dan mencerahkan kulit dengan sempurna
Updated on 21st May 2020

Serum dari jenama Clinelle ini mampu untuk mencerah, hidrasi dan regenerasi kulit anda kepada lapisan yang baru agar tidak lagi tampil kusam serta kurang bermaya. Ianya menghapuskan cela seperti pigmentasi dan bintik hitam sambil sekatakan tona kulit. 

Serum ini juga mampu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus yang muncul pada permukaan kulit sambil memperbaharui sel kulit baru. Diperkaya dengan ekstrak Japanese Purple Rice, Vitamin C dan bunga matahari, menjadikan kulit wajah anda lebih anjal dan kekal lembap sepanjang masa.

Serum pencerahan daripada Clinelle ini menjanjikan pengurangan pigmentasi, menghalang pembentukan melanin dan meningkatkan keanjalan kulit. Namun, yang membuatkan serum ini bertambah bagus ialah kerana ianya mempunyai bahan mutiara hitam dan beras ungu untuk membaiki penghadang lembapan pada kulit dan tidak akan menyebabkan kepedihan ketika menggunakan serum ini.  Kandungan Vitamin C dan ekstrak bunga daisi yang terdapat dalam serum ini dapat membantu menghalang kegelapan kulit wajah.

Neogence Pore Extremely Off-Heads Serum (15ml)

RM 52.5
Neogence
10. Neogence Pore Extremely Off-Heads Serum (15ml)
Hapuskan blackheads / whiteheads dengan berkesan
Updated on 22nd June 2020

Serum ini disyorkan untuk menggunakannya selepas anda mencuci muka agar liang pori terbuka luas dan bebas kotoran untuk memudahkan serapan terus ke dalam lapisan kulit. Ianya dapat mengurangkan kemunculan blackheads dan whiteheads pada permukaan kulit wajah anda sambil menghapuskan kotoran yang masih melekat pada liang pori. 

Untuk yang memiliki kulit kering dan sensitif juga boleh menggunakan serum ini kerana ianya akan mengurangkan masalah pada kulit. Kulit anda akan tampil lebih berseri dan bermaya serta awet muda.

Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml)

RM 84.91
Bio Essence
11. Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml)
Berkesan untuk memutihkan kulit wajah
Updated on 21st May 2020

Rumusan terbaru produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol seperti ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex yang berkesan dalam menghapus bintik gelap dan jeragat pada kulit sambil membekal hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.

Produk ini juga dapat menghalang pembentukan bintik gelap, jeragat, parut yang degil, mengurangkan pembentukan ekstra melanin, melembap dan memberi sensasi dingin buat kulit. Ianya bertujuan untuk keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.

Ia juga membantu mencerah kulit kusam dengan menghakis sel kulit mati supaya lapisan kulit baru yang cerah dan bersih terserlah. Sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi dan rengsaan.

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini

Mamonde First Energy Serum

RM 100.80
Mamonde
12. Mamonde First Energy Serum
Sesuai untuk kulit kombinasi dan elak kedutan
Updated on 6th April 2020

Serum dari Korea ini diperbuat daripada cuka yang diperap dari ekstrak bunga dan dicampur pula dengan Japanese Honeysuckle yang memberi lembapan serta mengekalkan keanjalan pada kulit wajah anda. Ianya juga mampu untuk mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis halus agar wajah anda sentiasa tampak awet muda. 

Terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi cenderung kering, serum ini jawapannya. Hasil penggunaan serum ini akan membuatkan wajah anda kekal hidrasi berpanjangan.

Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid (15ml)

RM 134.10
Dr. WU
13. Dr. WU Intensive Hydrating Serum with Hyaluronic Acid (15ml)
Serum muka untuk kulit kering – penyelamat kulit dehidrasi
Updated on 4th August 2020

Daripada namanya sahaja kita boleh meneka apa fungsi dan kebaikan serum ini bukan? Diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik yang terkenal dengan faedahnya dalam memberi hidrasi pada kulit wajah dalam jangka masa panjang. Diformulasi menggunakan HyaluComplex berkonsenstrasi tinggi yang mampu mengekalkan penghidratan dan kelembapan melalu kesemua lapisan kulit. Dengan rumusan dan kebaikan 5th Generation HyaluComplex, Active Year Extract, Ceramela dan Seamollient ini, hasil kulit wajah anda akan menjadi lembut dan anjal berpanjangan.

Diperkaya dengan khasiat asid Hyaluronik yang terkenal dengan faedahnya dalam memberi hidrasi pada kulit wajah dalam jangka masa panjang. Diformulasi menggunakan HyaluComplex berkonsenstrasi tinggi yang mampu mengekalkan penghidratan dan kelembapan melalu kesemua lapisan kulit. 

Trilogy Rosapene Radiance Serum

RM 153
Trilogy
14. Trilogy Rosapene Radiance Serum
Untuk raut wajah lebih berseri dan glowing
Updated on 6th April 2020

Diperkaya dengan alga laut dan Aloe Vera, serum ini akan melembut dan menjadikan kulit wajah anda lebih halus serta bermaya. Diformulasi juga dengan campuran bahan unik antioksidan kompleks, Rosapene, serum semulajadi ini mampu untuk melindungi kulit anda daripada terkena radikal bebas. 

Kulit wajah anda akan kelihatan lebih glowing selepas beberapa minggu, hanya jika anda menggunakannya secara konsisten.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article